Support My Blog

Tuesday, July 27, 2021

TERNAKAN KATAK DI MELAKA - APA CERITA

MENTERNAK KATAK (Frogs) merupakan satu perkara yang agak janggal dikalangan pembaca blog akan tetapi kini aktiviti menternak katak iaitu sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit sudah dikomersilkan. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang penulis blog biasa lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh semua kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan dan waktu hendak hujan. Katak juga boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Saya ada menulis mengenai beberapa artikel menternak katak dengan pautan yang berikut (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Artikel subuh Ahad ini saya terfikir untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan media mengenai industri ternakan katak terutama di Melaka yang menarik ceritanya untk dkongsikan sebagai bahan rujukkan pembaca semua. 

Berita bagaimana 'Melaka jadi pengeluar katak tertinggi negara' oleh Utusan Malaysia menggemparkan ramai pihak baru-baru ini. Berita dari Air Keroh (Teritori yang sama dengan rumah penulis blog juga) menyatakan dimana Negeri Melaka menjadi negeri pengeluar ternakan katak tertinggi negara tahun 2020 mengatasi Pulau Pinang dan Perak. Menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka (DVS) terkini Melaka menghasilkan lebih 1.5 juta ekor katak. Selain Melaka yang berjaya menternak 1,560,875 ekor katak dilaporkan hanya dua negeri lagi dikenal pasti DVS yang mempunyai perusahaan penternakan katak komersial di Malaysia iaitu Perak dan Pulau Pinang namun jumlahnya pula agak kecil. Perak cuma mampu menghasilkan sejumlah 147,289 ekor katak pada tahun lepas, bertambah sedikit daripada tahun sebelumnya hanya 140,600 ekor haiwan spesies dua alam berkenaan. Dalam pada itu dilaporkan Pulau Pinang pula sekadar mengeluarkan sebanyak 67,683 ekor katak, merosot 2,317 ekor berbanding 70,000 ekor yang direkodkan pihak DVS pada tahun 2019.vSecara keseluruhannya hasil laporan portal Utusan Malaysia itu menyebut dimana Malaysia telah berjaya menghasilkan sejumlah 1,775,847 ekor katak ternakan sepanjang tahun 2020 iaitu bertambah 39,247 ekor daripada sebanyak 1,736,600 ekor pada 2019. Ternakan amfibia ini lebih kepada pembekalan makanan eksotik di restoran dan lazimnya menerima permintaan tinggi pelanggan yang gemar rasa dagingnya atas faktor kesihatan. Dianggarkan sebanyak 3.2 bilion ekor katak dieksport ke seluruh dunia setahun dengan pengguna terbesar ialah pelbagai negara anggota Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Seekor katak dewasa komersial mampu dijual pada harga cecah £10 atau RM57 di pasaran global dengan China dan Indonesia merupakan dua negara pengeksport utama haiwan itu.

Portal berita Melakahariini.my melaporkan dimana 'Melaka tiada perancangan khusus buat penternak katak- Norhizam' juga berkait dengan industri ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa PertanianDatuk Norhizamdari Air Keroh menyatakan dimana masih tiada perancangan khusus buat penternak katak di negeri ini meskipun Melaka diumumkan sebagai negeri tertinggi dalam pengeluaran ternakan katak pada tahun lalu. Dilaporkan menurut perangkaan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Melaka telah menghasilkan lebih 1.5 juta ekor katak bagi baka ‘bull frog’ spesies Rana Catesbeiana tahun 2020 lalu. JPV tidak lagi mengeluarkan lesen kepada penternak itu tetapi memberi perkhidmatan sokongan berkaitan kesihatan ternakan. Memang setakat ini tiada sebarang perancangan khusus untuk penternak katak di Melaka dan kesemua penternak setakat ini mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan. JPV pula tidak keluarkan lesen kerana kebiasaannya lesen perniagaan adalah dari pihak berkuasa tempatan (PBT).  Mengikut rekod JPV Melaka, sebanyak 330,000 ekor katak dikeluarkan di kawasan Alor Gajah melibatkan lima penternak, manakala di kawasan Jasin sebanyak 1,196,000 ekor katak melibatkan enam penternak. Permintaan bagi pasaran ke Kuala Lumpur dan Singapura untuk katak bull frog mencecah 500 kilogram sehingga 3,000 kilogram seminggu dengan harga RM10 hingga RM15 sekilogram. Bagi umpan pancing pula, harga seekor katak adalah RM0.23 hingga RM0.25 seekor. Semalam, portal Utusan Malaysia memaklumkan Melaka menjadi negeri pengeluar ternakan katak tertinggi negara tahun lalu mengatasi Pulau Pinang dan Perak. Selain Melaka yang berjaya menternak lebih satu juta katak, dua negeri lagi dikenal pasti JKV mempunyai perusahaan penternakan katak komersial di Malaysia iaitu Perak dan Pulau Pinang, namun jumlahnya agak kecil. Perak cuma mampu menghasilkan sejumlah 147,289 ekor katak pada tahun lepas, bertambah sedikit daripada tahun sebelumnya hanya 140,600 ekor haiwan spesies dua alam berkenaan.  Sementara Pulau Pinang sekadar mengeluarkan sebanyak 67,683 ekor katak, merosot 2,317 ekor berbanding 70,000 ekor yang direkodkan pihak DVS pada tahun 2019

Laporan akhbar kain bertajuk 'Katak Melaka cecah RM15 sekilogram' juga berkaitan dengan tajuk artikel hari ini. Dilaporkan setakat ini terdapat 11 penternak katak baka Bull Frog, jenis Rana Catesbeina yang mengusahakan ternakan itu di sekitar daerah Alor Gajah dan Jasin dekat sini dan ia dipasarkan ke Kuala Lumpur dan juga Singapura dengan harga di antara RM10 hingga RM15 sekilogram. Itu respons Pengerusi Jawatankuasa Pertanian ketika diminta mengulas berkenaan laporan Utusan Malaysia semalam, berkenaan perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Bagaimanapun kini masih belum ada perancangan khusus buat industri penternakan katak walaupun Melaka diumumkan sebagai negeri tertinggi dalam pengeluaran ternakan haiwan eksotik pada tahun 2020. Lesen penternakan katak dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala DVS pula terus untuk memberikan perkhidmatan sokongan berkaitan kesihatan ternakan. Buat masa ini tiada perancangan khusus untuk penternak katak, DVS hanya bagi perkhidmatan sokongan berkaitan kesihatan ternakan. DVS tidak keluarkan lesen, cuma keluarkan sijil kesihatan bagi tujuan eksport. Biasanya lesen perniagaan daripada PBT. Melaka terus unggul sebagai negeri pengeluar ternakan katak paling tinggi di negara ini sepanjang tahun lepas jauh mengatasi pesaingnya, Pulau Pinang dan Perak. Apa pun menurut perangkaan yang dikeluarkan DVS Melaka menghasilkan 1,560,875 ekor katak pada tahun 2020. Jumlah yang diternak tersebut meningkat sedikit sebanyak 34,875 ekor itik berbanding hanya 1,526,000 ekor haiwan amfibia itu telah direkodkan oleh agensi berkenaan pada 2019. Secara keseluruhan, Malaysia berjaya menghasilkan sejumlah 1,775,847 ekor katak ternakan sepanjang tahun lalu, bertambah 39,247 ekor daripada sebanyak 1,736,600 ekor pada 2019.  Semuga artikel ini memberi info berguna bagaimana industri ternakan katak kini sudah menjadi satu perusahaan penternakan yang hebat di Melaka untuk diketahui oleh pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERNAKAN KATAK... APAKAH BERDOSA....
NEGERI MELAKA... PENGELUAR UTAMA...
1.5 JUTA EKOR... DIPASARKAN KEMANA... 
BELUM UJIRASA.... TAKUT AKAN HUKUMNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(14 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...