Support My Blog

Thursday, August 13, 2020

NUFARM TREE DRESSING - APA DIA

NUFARM TREE DRESSING merupakan satu produk dari jenama yang digunakan untuk didapu pada bahagian batang tanaman bagi elakkan jangkitan patogen perosak yang boleh merosakan tanaman. Produk ini memang agak kurang dikenali oleh pekebun kecil dahulu sebelum adanya internet untuk di google. Penulis blog membuat banyak tinjauan tanaman durian pada tahun 2020 ini dimana berkesempatan untuk melawat sebuah dusun durian varieti Musang King (D197) di Kampung Teratai, Bukit Gambir, Tangkak, Johor bersama dengan pasukan pakar durian dan pembajaan tanaman dusrian. Kebun ini yang mempunyai sekitar 300 pokok durian dewasa dibeli oleh Ah Kheng dalam masa 4 tahun selepas hampir semua pokok didalamnya telah siap dicantum dengan kaedah cantuman dewasa (mature budding) atau ditanam anakbenih pokok cantuman D197 yang baru. Kebun ini dijangka akan mengutip pungutan mencecah RM500 ribu pada tahun ini disebabkan harga buah durian yang agak tinggi tahun ini. Harga ex-farm dari kebun ini diantara RM35 - RM45 bergantung kepada gred buah durian Musang King. Ladang ini mempunyai sistem pengairan renjis (micro jet) setiap pokok dengan cara pembajaan optima. Semburan bahagian atas pokok dilakukan dengan menggunakan galah sepanjang 50 kaki untuk pastikan tiada serangan perosak pada buah dan daun. Pokok yang di buat cantuman dewasa meninggalkan parut (bekas pokok utama yang dipotong) dan disapu dengan sejenis bahan tar dikenali dengan nama Nufarm Tree Derssing (NTD) yang dilakukan dengan kemas dan sangat baik untuk mengelakan sebarang serangan perosak. Artikel tengahari Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai penggunaan tar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan semua.

Nufarm Tree Dressing merupakan sejenis produk berasaskan mintak tar (asphalt) yang sesuai untuk digunakan pada kesan potongan atau luka pada tanaman seperti pokok durian (Sila lihat foto disebelah). Produk ini sangat mudah untuk digunakan dengan membersihkan dahulu permukaan bahagian dipotong dan kemudian ia disapu dengan tar NTD sehingga merata. Tar NTD ini akan melindungi bahagian kayu pokok durian daripada serangan serangga dan juga kulat (fungus) terutama pada musim hujan dan keadaan lembap. Apa yang didakwa oleh pengeluar produk ini dimana bahan ini memang mampu mengawal penyakit Cendawan Angin (Pink Disease) yang memang merbahaya jika berlaku pada pokok durian, koko dan juga getah. Bahagian pokok yang terluka amat baik disapu dengan NTD dan produk lain yang serupa dengannya untuk mempastikan panjagaan pokok durian yang sangat bernilai ini berkesan. Sapuan NTD ini boleh diulang apabila perlu dimana lazimnya sekitar 6 bulan sapuan sekali bagi mempastikan bahagian yang terluka akan terus terjaga dengan baik.

Cara menggunakan seperti dinyatakan pada label pada tin NTD sangat mudah difahami. Pertama sekali perlu dibersihkan bahagian yang terluka atau dilukakan akibat aktiviti cantuman dewasa durian atau cantasan dahan yang hendak dibuang (Sila lihat foto disebelah). Kalau ada kerosakkan pada kulit pokok durian sebaiknya ia dikikis dahulu sehingga bersih menggunakan pisau atau parang yang tajam atau alatan lain yang sesuai. Pastikan ia benar-benar besih sebelum mengambil berus yang sederhana lembut dan ambil tar NTD dan disapukan rata pada bahagian tersebut. Pastikan semasa menyapu tar ini bahagian batang tersebut kerinng agar ia melekat kuat pada kayu. Elakkan untuk menyapu jika batang tersebut masih berair atau basah atau ketika waktu hujan. Bahagian yang dikikis juga perlu disapu dengan baik menggunakan bersus dan boleh diulangi beberapa kali sehingga puashati. Bagi kulit pokok yang sudah mati (dead tissues) sebaiknya ia perlu dibuang dan dikikis agar hanya tisu hidup yang ada pada batang durian. Kemudian ambil tar NTD dan disapukan pada bahagian tersebut sehingga rata. Ada juga kes-kes dimana berlaku kerosakan batang atau dahan durian rosak akibat daripada panas kebakaran atau panahan petir (File and lightening damage). Caranya dengan mengikis kulit atau kawasan yang rosak terbakar tadi dengan pisau tajam sehingga bersih dan disembur dengan air mengandungi racun kulat sesuai. Kemudian apabila semburan racun kulat inii mengering boleh disapukan tar NTD sebingga bahagian luka ini terlindung. Kalau bahagian yang terluka atau rosak ini terdedah terus kepada panas cahaya atahari sebaiknya ia dibasuh dahulu dengan air (white-wash the diseased area). Bagi baang yang rosak akibat serangan cendawan angin sebaiknya ia dipotong dan dibersihkan kemudian disapu dengan tar NTD ini dimana ia didakwa berkesan selama 24 bulan (2 tahun) lamanya. Serangan cendawan angin pada pokok durian, koko dan getah ini sesuai dikawal dengan kaedah ini.

Produk Nufarm Tree Dressing ini mudah didapati daripada kedai-kedai pertanian yang menjual racun kimia, baja dan segala keperluan perkebunan. Apa pun apabila saya google didalam internet ia memang produk hebat kerana ada dijual didalam Lazada dengan harga RM68.90 satu tin dengan jaminan penghantaran sekitar 3 - 5 hari di sekitar Lembah Kelang. Kawasan utama tanaman durian memang mudah untuk mendapatkan produk ini hanya dengan membelinya di kedai tersebut dipercayai harga adalah lebih rendah kerana tiada kos penghantaran. Daripada FB pengeluar dilaporkan harga runcit produk ini adalah bergantung kepada beratnya iaitu 500 gram, 1 kg, 2 kg dan 5 kilogram. Bagi tin yang seberat 500 gram harga jualan perlu ditambah RM8.00 di Semenanjung Malaysia dan RM10,00 bagi Sabah dan Sarawak. Dalam pada itu untuk pembungkusan 1 kg diperkulan kos penghantaran RM10.00 di Semenanjung Malaysia serta RM15.00 untuk tujuan penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Bagi pakej sebanyak 2 kg diperlukan kos RM12.00 (SS) dan RM25 (Sabah dan Sarawak). Sementara itu pembungkusan paling besar adalah sebanyak 5 kg dimana perlukan kos penghantaran 30.00 (SM) dan RM99.00 bagi Sabah dan Sarawak. Kepada semua pemilik kebun durian dan lain-lain pastikan pokok anda dirawat dengan baik dengan menggunakan tar sesuai seperti produk NTD untuk pertumbuhan pokok yang lebih sihat. Lawatan penulis kekebun durian di Kg Teratai Bukit Gambir  ini membuktikan pokok durian yang sihat mampu dalam memberikan hasil buah berkualiti. Semuga tulisan ini memberi infoo berguna kepada semua pembaca anim agro technology semuanya. Wasallam!!...
POKOK DURIAN... PERLU DIJAGA...
POPULAR....CANTUMAN DEWASA...
DAHAN DIPOTONG... IA TERLUKA...
GUNAKAN TAR... LINDUNGI LAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...