Support My Blog

Saturday, August 15, 2020

JENIS-JENIS CILI BENGALA (BELL PEPPER)

CILI BENGGALA atau lebih dikenali sebagai 'Bell Pepper' atau nama botaninya Capsicum annum L. merupakan sejenis sayuran jenis cili dari keluarga Solanaceae. Cili benggala di tanam untuk digunakan sebagai sayuran, salad atau ramuan dalam makanan jenis segar oleh semua bangsa didunia. Apa yang menarik tentang Cili Benggala di Malaysia ini adalah bentuknya yang menarik serta mempunyai pelbagai warna menarik seperti Hijau, Merah dan Kuning. Cili Benggala ini dipercayai berasal dari kawasan Mexico, Amerika Selatan atau Amerika Tengah yang terus disebarkan kekawasan Eropah, Asia Barat, Afrika , Asia dan lain-lain negara sehingga ditanam diseluroh dunia terutama dikawasan Amerika Selatan. Negara Mexico merupakan negara pengeluar utama cili benggala di dunia. Malaysia menanam seluas lingkugan 3,195 hektar cili (temasuk juja jenis Cili Benggala) pada tahun 2019 dengan pengeluaran sebanyak 33,775 metrik tan untuk pasaran domestik dan import (Sumber: Buku Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Antara kawasan penanaman utama di Cameroon Highland Pahang, Kundasang, Sabah, Lojing Kelantan bagi kawasan lain di Negeri Johor, Selangor , Kelantan dan Pahang bagi cili benggala tanah rendah. Penanaman cili belanda mempunyai kaedah yang hampir sama dengan penanaman cili besar dari segi pengurusan agronomi terutama sistem Fertigasi. Bagaimana pun bagi tanaman cili benggala di tanah rendah dan kawasan terbuka kerana bentuk buah yang berwarna-warni dan pengurusan yang lebih baik. Kerja penyediaan tanah dimulakan dengan membina batas tanaman mengikut rupabentuk tanah dan diberikan baja asas organik dengan kadar 50 kg bagi setiap 500 kakipersegi. Pokok cili belanda paling sesuai ditanam dalam polibeg atau pasu secara Fertigasi. Kaedah fertigasi dijalankan selama 6 bulan atau dua kali setahun. Selalunya penanaman cili benggala secara Fertigasi di Cameroon Highland mampu menghasilkan purata hasil sebanyak 4 kilogram sepokok dimana buah hijau dijual harga ladang RM 2.50 /kg - RM3.50 sementara buah warna merah dijual dengan harga RM 11.00 semasa lawatan diladang. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan mengenai beberapa jenis bell pepper yang popular diseluruh dunia untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Kita di Malaysia memang hanya mengenali 3 jenis bell pepper iaitu warna hijau, oren atau kuning dan merah. Berikut adalah penerangan mengenai jenis Bell Pepper yang perlu kita semua perlu tahu atau mengenalinya ditanam diseluruh dunia. Dilaporkan ada bell pepper yang berwarna Hijau, Coklat, Merah, Oren, Kuning, Ungu dan juga Hitam.


1. Bell Pepper HIJAU

Bell Pepper Hujau merupakan jenis yang dipunyai oleh kebanyakan jenis bell pepper semasa ia masih muda. Bagaimana pun jenis hijau ini tetap hijau apabila matang dengan citarasa sepertii 'grassy' dan rangup teksturnya. Jenis ini merupakan antara yang menarik dijadikan salad kerana warna hijau kuat akan menjadikan kombinasi makanan yang menarik. Jenis ini ada ditanam di Malaysia (atau memang dipetik muda sebelum ia berubah warna apabila matang).


2. Bell Pepper OREN

Daripada laporan menunjukkan dimana jenis bell pepper Oren ini merupakan jenis yang kurang sedap (less tasty) berbanding dengan jenis merah. Ia berwarna oren terang semasa masak awal dan bertukar kepada oren kuat apabila cukup masak. Kebanyakan jenis ini sesuai dimakan mentah dijadikan salah satu warna untuk menaikan selera memakannya (appetizers).  Makanan yang ada hirisan bell pepper oren ini juga amat menarik.

3. Bell Pepper UNGU

Dilaporkan jenis ini mempunyai warna ungu yang menarik apabila cukup masak. Bell pepper ungu ini bagaimana pun didakwa kurang manis berbanding dengan jenis bel peller merah dan oren akan tetapi dikatakan lebih sedap rasanya berbanding dengan bell pepper hijau. Jenis ungu ini amat sesuai dimakan segar (raw fresh) dalam makanan seperti salad atau makanan lain asas terang sebagai hiasan diatasnya. Kepada makanan yang dimasak pucat atau cerah menjadikan hiasan ini mencantikan lagi hidangan.


4. Bell Pepper MERAH

Jenis Bell pepper Merah merupakan antara yang popular dan disukai oleh pengguna. Ini disebabkan jenis merah ini adalah memberikan citarasa bell pepper yang paling manis dan mudah didapati dipasaran. Oleh kerana warna merah garang dan rasa manis maka ia menjadi pilihan setiap hidangan salad dan makanan lain. Apa pula yang hanya membakar atau panggang (roasted) bell pepper merah ini dan terus dimakan. Dikalangan pengguna ada yang membelahnya dan diisikan dengan pelbagai perisa didalamnya untuk dimasak dan dimakan.


5. Bell Pepper KUNING

Bell pepper Kuning ini sama tarafnya dengan jenis bell pepper merah dan oren iaitu untuk mencantikkan hiasan makanan. Bagaimana pun jeni kuning ini memang manis dan rangup dengan rasanya yang enak. Apa yang bagus tentang jenis ini ia akan mengekalkan warna kuning walau pun selepas ia dipanggang sama dengan bell pepper jenis merah. Jenis ini juga sering digunakan sebagai hiasan kepada makanan lain untuk menambak selera memakannya.



6. Bell Pepper COKLAT
Bell pepper jenis Coklat ini agak kurang popular bebrbanding denga 5 jenis bell pepper yang dijelaskan diatas. Ia merupakan varieti yang sekali dilihat semacam jenis ungu atau hitam sahaja. Bagaimana pun jenis ini memang manis dan sesuai untuk dijadikan makanan segar atau dipanggang. Jenis coklay juga sesuai dijadikan hiasan kepada makanan lain. Mungkin ramai dikalangan rakyat Malaysia yang belum melihat bell pepper jenis ini di pasaran.


7. Bell Pepper HITAM
Bell peper Hitam pula mempunyai warna kehitaman walau pun sekali pandang seakan jenis ungu (Sila lihat foto disebelah). Jenis ini memberikan rasa sederhana manis dengan bentuk yang juga menarik. Jenis hitam ini ada dijual dipasaraya tetapi sukar melihatnya di Malaysia. Jenis ini juga memberikan warna tersendiri apabila diletakkan kepada jenis makanan pucat aatau crah. Sesuai dimakan mentah sebagai salad atau dijadikan hiasan diatas makanan lain.

8. Bell Pepper PUTIH
Bell peper puih merupakan yang paling unik kerana warnanya adalah putih krim tau putih cerah. Jenis ini merupakan cili yang rasanya sederhana manis dan sesuai dijadikan salah satu daripada gabungan pelbagai warna didalam salad dan hiasan makanan lain. Mudah ditanam sama dengan bell pepper lain dan ada dijual dibeberapa negara secara komersil. Keunikan warna bell pepper putih menceriakan lagi koleksi.


Apa pun cili bengala atau bell pepper ini memang banyak kultivar ditanam diseluruh dunia. Kepelbagaian warna buah bell peper ini seperti merah, hijau, kuning, oren, putih dan sebagainya. Pada penulis blog yang paling istimewa ada bell pepper yang ada banyak warna dalam sebiji buah. Ini dilakukan dengan membuat kacukan hibrid dikalang beberapa warna yang ada sebingga mendapat corak unik (Sila lihat foto diatas). Dilaporkan kandungan vitamin C didalam bell pepper merah adalah 1.5 kali ganda daripada bell pepper berwarna hijau., oren dan kuning.Bell pepper yang kaya dengan bahan mineral merupakan berkhasiat dan menambahkan selera makan. Semuga pembaca blog anim agro technology mendapat maklumat berguna membaca artikel kali ini. Wasallam!...  
BELL PEPPER... SAMA CILI BENGGALA...
BANYAK JENISNYA...BANYAK WARNA...
HANYA 3 WARNA...DITANAM DIMALAYSIA...
MEMBACA ARTIKEL... SAYA MENULISNYA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya.
Malaysia.
(30 Zulkaedah 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...