Support My Blog

Saturday, August 8, 2020

PENYAKIT LAYU PISANG - SEBAB APA? (Part 2)

PENYAKIT LAYU PISANG DI MALAYSIA adakah ianya berpunca daripada serangan Penyakit Moko atau Penyakit Darah Pisang (BDB) atau penyakit lain?. Penulis blog dapati sehingga artikel ini ditulis pun masih banyak kecelaruan dikalangan saintis, agen2 pengembangan pertanian apa lagi dikalangan pengusaha tanamn pisang dan petani kecil. Dari rekod menunjukkan tanaman pisang ialah tanaman buah-buahan popular yang ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Keluasan penanaman pisang direkod sebagai kedua tertinggi dengan keluasan antara 27,454 ha sehingga seluas 33,495 ha setahun mengikut statistik Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dari tahun 2009 - 2013 dengan pengeluaran masing-masing dianggarkan antara 279,762 sehingga sebanyak 357,745 metrik tan setahun. Pada tahun 2018 dilaporan seluas 35,156 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 376,690 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Buah-buahan, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Di Malaysia ada laporan menyatakan dimana kedua-dua kumpulan pisang ditanam adalah untuk ‘makan segar’ dan ‘untuk proses’ ditanam hampir di seluruh negeri. Data diatas juga penulis blog dapati dimana keluasan penanaman dan hasil pisang telah meningkat apabila isu penyakit layu seperti moko telah dapat dibendung dengan beberapa kaedah dala tempoh agak lama (2018 - 2006 = 12 tahun berlalu). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula kajian oleh pusat penyelidikan MARDI, Pemerhatian oleh Jabatan Pertanian dan Laporan oleh UPM mengenai penyakit pisang untuk bahan rujukkan anda semua.


Agen penyebab penyakit iaitu hasil dari  temuan kajian saintis MARDI dan juga berdasarkan kepada keputusan serta pengenalpastian sebenarnya penyebab penyakit layu bakteria pada pisang di Malaysia dikenali sebagai Blood Disease Bacterium (BDB). Bakteria ini tergolong dalam kompleks spesies jenis Ralstonia solanacearum Filotip IV kerana hubungannya yang rapat dengan spesies lain seperti R. solanacearum  dan R. syzygii. Koloni bakteria ini adalah berbentuk bulat tetapi tidak sekata, garis pusatnya kurang daripada 5 mm, melekit, berwarna merah di tengah dan putih di sekelilingnya apabila ianya dipencilkan di atas medium dikenali Tripheny tetrazolium chloride (TZC) dan medium Semiselective medium from South Africa (SMSA) yang diubah suai (Sila lihat foto dalam Part 1. Bakteria BDB ini menjangkiti tanaman pisang sahaja dan tidak menjangkiti tanaman dari keluarga Solanaceae yang lain seperti bakteria penyakit Moko. Bakteria BDB ini juga didapati boleh menjangkiti spesies Heliconia akan tetapi ia tidak menunjukkan simptom. 

Sejak penyakit pisang ini dikenalpasti dan menyebabkan banyak kerosakan kepada industri pisang maka kini semasa artikel ditulis pada tahun 2020 sudah banyak kejayaan dicapai. Apa pun antara kawalan dan pencegahan yang paling ketara menyumbang kepada kejayaan kawalan adalah penggunaan benih pisang yang bebas dari bakteria ini seperti Benih Pisang Kultur Tisu (TC Planting Material). Benih pisang kini kebanyakan petani sudah membeli dari jenis benih pisang TC kecuali memang pisang dari varieti tertentu tidak ada dijual baru mereka memiih benih sulur dari kawasan yang bebas penyakit BDB ini. Apa pun kaedah pencegahan Patogen penyakit BDB ini dikenal pasti boleh disebar oleh serangga yang hinggap pada bunga jantan iaitu pada jantung pisang yang berpenyakit. Kebolehan bakteria ini adalah untuk berada di dalam tanah sehingga 24 bulan (2 tahun) juga mendatangkan risiko pada tanaman pisang. Bakteria ini juga didapati boleh tersebar secara mekanikal dimana contohnya melalui peralatan pertanian tercemar yang digunakan dan juga bakul-bakul berisi pisang tercemar atau tayar lori yang keluar masuk daipada kebun kekebun lain. Kaedah memberi kesedaran secara agressif oleh Jabatan Pertanian melalui agen pengembangan dan pihak swasta sendri banyak membantu mengawal serangan BDB ini. 

Apa pun sebenarnya sehingga kini, tiada lagi kaedah kawalan kimia atau biologi dibangunkan untuk mengawal penyakit ini. Walau bagaimanapun kini melalui Amalan Pertanian Baik (MyGAP), maka penyakit ini dapat dibendung penyebarannya daripada merebak ke kawasan lain. Antara kaedah-kaedah pencegahan yang boleh dilakukan adalah seperti dengan penggunaan bahan tanaman bebas penyakit (Benih TC), mensanitasi atau menyahkuman peralatan pertanian yang digunakan dan juga memusnahkan dengan segera pokok-pokok berpenyakit. Kaedah lain boleh dilakukan adalah dengan Mengamalkan amalan giliran tanaman lain di tapak yang sama, Amalan membungkus buah bagi mengelak jangkitan daripada serangga yang mengerumuni buah dan juga membuang bunga jantan iaitu jantung pisang bagi mengelak jangkitan oleh serangga. Petani juga digalakkan untuk Menyembur racun serangga, Membuang rumput rampai di ladang bagi menghalang serangga yang tercemar berlindung pada rumpai dan dikhuatiri rumpai juga boleh menjadi perumah gantian bagi bakteria BDB. Apa pun sebagai kesimpulan yang berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap agen penyebab penyakit layu bakteria pada pisang telah adalah disahkan bahawa agen penyebab penyakit tersebut ialah Blood Disease Bacterium (BDB)  dan bukannya oleh Ralstonia solanacearum iaitu bakteria penyebab penyakit Moko. Pengesahan lanjut terhadap pengenalpastian agen penyebab ini penting bagi merangka strategi pengurusan penyakit yang berkesan. Artikel ini ada dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Terimakasih kepada pihak MARDI, Jabatan Pertanian dan rakan penulis blog yang berkongsi maklumat. Wasallam!!...
PENYAKIT MOKO... BDB KELIRUNYA....
APABILA MENYERANG...SIMPTOM SAMA....
RUPANYA STRAIN LAIN... SUDAH JUMPA...
BACA AARTIKEL... SUDAH FAHAM SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 221, Hotek Leged Inn,
Jalan Long Jaafar, Taiping,
Perak, Malaysia.
(!8 Zulhijjah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...