Support My Blog

Wednesday, August 5, 2020

JENIS-JENIS OREN POPULAR

LIMAU OREN atau ORANGES (Citrus reticulate) merupakan sejenis buah limau yang sangat popular didunia dimana ia dihasilkan dari pokok kecil didalam keluarga limau iaitu  Rutaceae. Dipercayai limau oren ini berasal daripada India Utara atau pun Barat Daya China. Tanaman oren ini dikomersilkan sehingga menjadi salah satu buah yang diperdagangkan didunia dalam bentuk buah segar dan juga produk proses berasaskan oren seperti minuman, serbuk oren dan juga makanan oren. Kita di Malaysia tidak ada menanam oren secara komersil akan tetapi menjadi negara pengimport buah oren yang tegar serta produk-produk berasaskan oren. Buah oren yang selalunya dikenali disusun dipasaraya atau kedai runcit mudah dikenali dengan warna kulitnya yang berwarna oren disusun diatas rak dan kotak (Sila lihat foto diatas). Pokok oren mempunyai bentuk daun yang Lanceolate berwarna hijau gelap ukuran sepanjang 3 cm. Daunnya juga mempunyai lapisan berlilin berkilat dibahagian atas permukaannya. Bunga oren selalunya berwarna keputihan dan menghasilkan abu wangi semasa mekar membolehkan serangga datang menghisap nektar dan melakukan proses pendebungaan. Bunga ini akan membentukk buah oren berbentuk bulat atau lonjong dengan ukuran diameter 7,5 cm dimana isinya manis atau masam manis bergantung kepada varieti buah dan indeks pada kematangannya. Isi buah oren ini terdapat ulas-ulas isi sekitar 10 - 14 yang boleh diasingkan dan dimkan. Jus didalam oren ini yang dilaporkan sangat berkhasiat terutama dengan vitamin C dan sebagainya. Pokok oren hidup subur pad tanah lom berpasir dan juga lom liat berat. Ia sesuai ditanam dengan komersil iaitu dikawasan beriklim tropika dan sub-tropika dimana mampu menghasilkan buah yang manis. Buah oren yang matang akan dimakan segar atau diproses menjadi jus, marmalade dan juga jem. Dari segi nilai permakanan oren kaya dengan Serat, Thiamin, Vitamin C, Folate dan antioksidan. Khasiat dari bahan kompoun 'anti-inflammatory' dan antioksidan seperti Phenolic, Flavonoids (nobiletin, tangeretin, hesperetin dan diosmin) amat menjadikan buah oren amat digemari pengguna. Phenolic dan Flavanoid juga berfungsi sebagai anti-bakteria, Anti-kulat, anti-radang dan Choleretic. Artikel didalam blog "Anim Agro Technology" menjelaskan beberapa jenis oren yang popular didunia dan perlu diketahui semua pembaca sebagai bahan rujukkan. 


Dilaporkan memang banyak terdapat jenis dan varieti buah oren yang ada didunia. Pembiakbakaan oren (plant breeding) dilakukan semenjak beratus tahun diseluruh dunia bagi menghasilkan tanaman yang berhasil tinggi, manis, tahan serangan penyakit dan sesuai dengan iklim tempatan. Oren yang merupakan buah yag lazat merupakan tanaman dari keluarga Citrus iaitu sama dengan Lemon, Lime, dan Limau Bali. Buah limau termasuk Oren yang manis  selalu dikaitkan dengan jenis Citrus sinensis sementara yang masam adalah Citrus aurantium. Nama buah Oren berasal dari perkataan ;Orange' didalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada warna kulitnya. Terdapat panggilan lain kepada buah ini bergantung kepada bahasa dan negara. Buah ini dilindungi dari segi warna jukitnya yang kuning oren dengan lapisan kulitnya tidak tebal (lapisan mesokap) dan lapisan epokap yang lembut. Oren dengan jenama SUNKIST merupakan sejenis buah oren yang amat terkenak didunia yang luas ditanam di California dan Arizona di USA. Limau sunkist ini dihasilkan sepanjang tahun dan dipasarkan diseluruh dunia dengan promosi dan jaminan kualiti yang hebat. Kita sejak kecil sudah melihat iklan buah oren Sunkist ini dikaca TV, media cetak dan sebagainya dan berfikir 'Sunkist itu adalah Oren' atau sebaliknya. Setiap biji limau sunkost dari sini akan ditampal dengan stiker menunjukkan ia ada jaminan kualiti yang amat tinggi.



JENIS-JENIS OREN :

1. OREN NAVEL :

Oren Navel ini didakwa sebagai sejenis oren yang amat unik kerana kualitinya yang mengejutkan sebaik sahaja mengupasnya. Ia berbentuk bulat mempunyai kulit yang nipis dengan warna isinya yang oren kuning kuat (Sila lihat foto disebelah). Buat ini selalunya terbentuk selepas pendebungaan dengan buahnya ada dua setangkai dihujung ranting pokok. Kedudukan buah ini yang seperti pinggang manusia membolehkan oren ini diberikan gelaran 'Navel Orange'. Limau Oren Navel ini luas ditanam di Brazil, dan di USA (Calofornia, Arizona dan Florida) dan sedikit di Cnina serta Meditrenean. Oleh kerana kehebatan oren Naval ini tidak ada biji maka kaedh pembiakan melalui mengetut dan kaedah lain yang sesuai.


2. OREN VALENCIA:

Oren Valencia adalah jenis oren bersaiz besar yang mudah dikupas dimana mempunyai permukaan kulit luar tidak rata (pebbled surface). Oren ini menghasilkan batu yang sangat kuat selepas dikupas dimana memang mudh dikupas kulitnya untuk dimakan. Jenis limau ini ada biji dimana buah jenis ini apabila cukup masa memang sangat manis. Buan ini amat lembut dan sakulen dan juga sensitif apabila didalam mulut. Dilaporkan oren Valencia adalah jenis oren yang paling baik untuk dijadikan jus minuman akan tetapi penggunakan makan segar begitu sahaja kerana kemanisannya. Walau pun mempunyai kulit yang agak nipis dan mudah dikupas, oren Valencia ini kehebatannya kerana ia tahan lama hayatnya (lengthy shelf-life). Apabila anda ke Hypermarket mudah jumpa limau ini dipamerkan dengan harga sederhana mahal dimana pengguna akan membeli mengiku kiraan biji atau timbangan kilogram. Oren ini memang akan dibawa pulang untuk dimakan segar dan lebih best dibuat jus.


3. OREN MORO:

Oren Moro ini amat berlainan sekali kerana ia masih mengekalkan warna kulit luarnya yang berwarna oren akan tetapi isinya berwarna kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Nama oren ini diberikan kerana warna isinya yang merah darah atau dipanggil sebagai 'Moro Blood' yang merupakan jenis unik bagi oren. Wana isi yang juga 'red striped to totally deep red' memang mempunyai kulit luar kadang-kadanga oren kemerahan juga terutama pada bahagian tangkai buah. Warna merah ini disebabkan oleh kandungan bahan pigmen iaitu antosianin (Anthocyanin) sama ada didalam buah atau bunganya. Dari segi rasa pula ia seakan rasa buah Raspberry dimana ada yang mengambilnya sebagai baik untuk kesihatan. Makanan dikenali sebagai minuman ais (sorbets) menjadikan ia berwarna merah yang diminati ramai orang (Sila lihat foto paling bawah). Pokok oren ini mempunyai ketinggian sekitar 10 - 25 kaki tinggi.


4. OREN CARA-CARA:

Oran Cara-Cara juga merupakan sejenis oren yang isinya berwarna merah tetapi dipanggil sebagai Merah Bunga Mawar (Rose Red Colour). Kultivar oren ini juga ada variasi warna isinya daripada rosy flesh kepada warnak Pinkish sehingga menyamai buah grapefruit. Oren ini dilaporkan mengandungi asid yang rendah dimana sesuai dimakan oleh mereka yang bermasaalah dengan asid didalam oren. Ramai pengguna mendakwa bahawa limau ini lebi baik dan adcance daripada oren Navel dari segi rasa dan khasiatnya. Ini menjadikan buah ini sangat laris apabila tiba musimnya dimana memang ramai menyukaiinya, Penulis blog sendiri belum pernah dapat ujitrasa oren jenis ini sehingga artikel ini ditulis.


5. OREN HAMLIN:

Oren Hamlin dilaporkan antara kultivar yang paling luas ditanam di Florida USA dan istimewanya pokok oren ini tahan dengan suhu sejuk. Ia merupakan jenis oren yang isinya manis dimana ada banyak pilihan kepada pengguna ketika musim sejuk untuk mereka masih dapat menikmati buah oren yanng segar. Oren ini didakwa mampu menghasilkan buah yang banyak hasil dari biak baka yang sangat baik di Florida. Oren ini biasanya diisikan didalam kotak dimana akan dipasarkan kebeberapa negara luar dengan konsisten. Walau pun warna isinya tidak berapa kuat seperti oren navel akan tetapi masih menerima pasaran agak baik diseluruh dunia. Pokok oren ini lazimnya akan menggunakan pokok penanti daripada Lime yang dicantum dengan tunas dari induk oren Hamlin. Ia juga sesuai untuk diperah untuk djadikan jus minuman oren.


6. OREN CLEOPATRA:

Oren Cleopatra atau Cleopatra Mandarin mempunyai bentuk agak bulat leper (glaborous) dengan warna kulit luar oren lembut. Pokok ini mempunyai kurang duri pada batang dan ranting agak panjang dan ada yang tidak berduri.  Ia merupakan jenis oren yang berkualiti akan tetapi tahap kematangannya umum. Buahnya agak sedikit kecil dengan banyak juga ditanam di Australia dimana mempunyai kulit tebal berwarna oren dengan isinya yang memang manis. Sesuai dimakan segar atau pun dijadikan jus minuman.


7. MANDARIN ORANGE :
Oren Mandarin merupakan jenis oren yang paling popular di Malaysia terutama semasa sambutan Tahun baru China. Nama Limau Mandarin ini ada digunakan didalam kebanyakan jenis oren keran bentuk dan isinya. Oren Mandarin (Citrus recticulata) merupakan luas jenis lagi seperti jenama Clemetine, Satsuma, Honey, Pixie, dan juga Dancy.  Limau ini mempunyai kulit yang sederhana tebal dan memang sangat mudah dikupas dengan didalamnya banya serat seperti miselium yang berwarna putih (Sila lihat foto disebelah). Isinya berwarna oren dengan tahap kemanisan yang berneza bergantung kepada indeks kematangan. Buah yang masak (tidak dipetik muda memang sangat manis) dan sesuai dimakan segar dan kurang sesuai dijadikan jus minuman seperti limau navel. ia sesuai juga dipanggil sebagai limau kupas dan dimakan segar. Negara China antara negara yang luas menanam limau mandarin yang dibawa masuk ke Malaysia dengan pelbagai jenama.


8. TANGERINE ORANGE:

Oren Tangerine (Citrus tangerina) adalah oren yang mempunyai warna kulit dan is berwarna oren. Walau pun oren ini adalah hampir menyamai dengan limau Mandarin tetapi kulit dan susunan isinya berlainan. Ia tidak mempunyai serat seperti miselium limau mandarin (Sila lihat foto disebelah). Limau ini mudah didapati dipasaraya kerana memang banyak diimport ke Malaysia. Oren ini juga mempunyai julat tahap kemanisan berbeza daripada kurang manis, sederhana manis dan amat manis. Limau ini juga sering dikaitkan dengan jenis limau Mandarin (Citrus reticulata). Tangerin ini saiznya agak kecil berbanding dengan Mandarin dimana ini memudahkan untuk kita mengupas kulitnya yang lembut. Ia mudah diasingkan isinya dan dimakan dengan rasa sangat manis dan hampir tiada rasa masam. Selain dimakan segar ia juga dimakan sebagi salad, pencuci mulut dan juga dibuat minuman. Tangerine yang dikeringkan amat populat sebgai snek  di Sichuan.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!...

BUAH OREN... BANYAK DIDUNIA...
LUAS DITANAM... ANTARANYA DI USA...
NAMA SUNKIST... LUAS PASARANNYA...
KENAL 8 JENIS.... CUKUP BAHAGIA,

By,
M Anim Hosnan,
Senior Agronomist,
Room 11, Bedrock Hotel,
No 13-15, jalan Che Tak, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(10 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...