Support My Blog

Friday, August 28, 2020

BAGAIMANA KURMA BERBUAH?

POKOK KURMA (Phoenix dactylifera) atau 'Date Palm' dari keluarga Arecaceae sama dengan pokok kelapa dan sawit merupakan sejenis tanaman yang hidup semenjak beribu tahun dulu di kawasan yang cuaca panas sesuai dengan keperluannya dan banyak benua lain. Buah kurma memang ada digunakan sebagai sumber makanan utama penduduk di negara-negara tertentu dan kini telag dipasarkan keseluruh dunia. Umat Islam yang telah pergi ke Arab Saudi pastinya tidak lepaskan peluang untuk melihat pokok-pokok kurma yang di tanam di tepi jalan dan juga di sekitar masjid-masjid serta tempat rombongan jemaah berziarah. Kita di Malaysia pun memang merupakan pengguna dan makan kurma terutama di bulan Ramadan setiap tahun sebagai hidangan yang amat di perlukan. Sebenarnya pokok kurma adalah Dioecious (berumah dua - dioecious) dimana satu tanaman hanya mempunyai bunga jantan sahaja dan tanaman lain (pokok kurma lain) juga hanya mempunyai bunga betina sahaja. Ini kerana hanya pokok betina sahaja yang akan berbuah sedangkan fungsi pokok jantan menghasilkan debunga. Ini bermakna jika anda menanam pohon jantan sahaja atau pohon betina sahaja maka pastinya anda tidak akan mendapat buah kurma yang di harapkan di pokok yang ditanam. Bagaimana pun di beberapa negara penanam pokok kurma komersil mereka akan menanam 1 pokok  jantan dengan kadaran sebanyak 50 pokok betina seekar. Ini dilakukan bagi tujuan proses pendebungaan semulajadi oleh angin dan pendebungaan tangan adalah salah satu teknik pertanian tertua. Biasanya dengan menggunakan kaedah pendebungaan mekanikal maka debunga yang dikumpul dari bunga jantan dicampur dengan bahan campuran seperti tepung dimana ia kemudian ditabur kepada kelompok bunga betina yang sedang mekar. Dikawasan ladang kurma lazimnya debunga jantan boleh di beli di pasaran jika petani terlibat kehabisan stok atau tidak mempunyai pokok jantan. Debunga jantan boleh bertahan sehingga 2 tahun selepas di petik dalam simpanan yang vetuk (salam shu sejuk). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis tentang teknik menjalankan proses pendebungaan pokok kurma untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Penghasilan buah oleh pokok kurma merupakan satu proses biakbaka yang mana ia boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu melalui  biji benih, dengan sulur (offshoot) dan secara pembiakan Kultur Tisu (tissue culture). Pembiakan dengan cara kulur tisu di makmal bagaimana pun masih menghadapi masaalah ketidaktentuan bagi tumbuhan daripada famili Arecaceae. Teknik ini adalah berteknologi tinggi dimana pokok di klonkan menggunakan sel tisu pokok induk terpilih perlu melalui proses yang sukar. Apa pun telah ada kejayaan untuk membiakan pokok kurma dengan kaedah kultur tisu telah dilakukan untuk mendapatkan banyak pokok betina. Pada penulis bloh kardah paling baik adalah dengan mengambil sulur pokok jantan dari pokok jantan dan sulur pokok betina dari induk betina untuk dijadikan benih tanaman. Anak benih kurma yang disemai daripada biji kurma kurang disyorkan kerana kajian menunjukkan dimana 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan dan sukar dapatkan pokok betina. Teknik menggunakan sulut (offshoot) dari pokok induk biasanya 70 peratus anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa( offshoot) adalah pokok betina dan boleh menghasilkan buah (Sila lihat foto disebelah). Kini teknik gunakan anakbenih TC kurma yang diperoleh dari teknik kultur potensi betinanya adalah 99%. Ini kerana TC adalah teknik yang digunakan untuk mengembangkan sel atau tisu tumbuhan dalam keadaan steril pada medium khas agar yang digunakan. Tisu kultur digunakan secara meluas untuk menghasilkan klon tumbuhan dalam kaedah yang dikenali sebagai 'micro proppogation'.

Apabila menanam kurma sebenarnya seorang petani perlu tahu bagaimana mengenali pokok jantan dan betina. Ada dilaporkan dimana jika sesiapa hendak mengenali sama ada pokok kurma itu jantan atau betina boleh dilihat saiz panjang daun. Lazimnya pokok kurma jantan mempunyai duri lebih banyak dan panjang dibandingkan dengan kurma betina (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pencirian ini masih kurang tepat kerana beberapa faktur lain juga mempengaruhi perkara tersebut. Sebenarnya pokok kurma jenis 'dioecious' walau pun pokok jantan dan betina nampak serupa. Pakar akan dapat membezakan pokok jantan dan betina semasa pokok kecil atau tampang. Bunga Jantan dikeluarkan sebanyak 100-150 jambak berukuran sepanjang 12-15 cm sementara jambak bunga betina kecil sedikit iaitu berukuran 30-50 cm sahaja. Jambak ini ditutupi dengan lapisan upeh sebelum terbuka. Apabila cukup masa, bunga betina keluar dengan 6 'perianth segments' berukuran 1 cm panjang yang ada 6 stigma. Pendebungaan kurma dijalankan dengan cara berbantu oleh manusia. Petani lelaki akan memanjat pokok dengan menggunakan tangga dan menyemburkan debunga kepada bunga betina. Kadar pokok ialah dimana 1 pokok jantan boleh digunakan debunga untuk 100 pokok betina secara komersil. Debunga yang dikutip boleh disimpan selama beberapa tahun dan masih segar untuk proses pendebungaan dengan kaedah penyimpanan yang betul. Jika berlaku 'pendebungaan silang' akan menjejaskan kualiti dan keseragaman buah yang dihasilkan.

Dalam laporan akhbar tempatan Harian Metro bertajuk 'Perlu kenal dulu akan 'karakternya' dimana dilaporkan tanaman eksotik kini kian mendapat perhatian penggemar tanaman baik hiasan atau tujuan memperoleh buah. Kini pokok  kurma boleh dikelaskan antara tanaman eksotik tempatan kerana tanaman itu berasal dari Timur Tengah dan kini mula ditanam penduduk negara ini. Memang boleh dikatakan tanaman 'survival' ini lebih kepada tanaman landskap, namun peminatnya tidak menolak nilai komersial termasuk untuk tujuan tuaian buah segar seperti di Thailand. Seorang pengusaha anak pokok kurma dan juga pengasas U&U Global Enterprise Encik  Jamaludin Maideen yang mula membawa masuk tanaman ini dari Chiang Mai, Thailand semenjak 2015 lagi telah tertarik dengan usahawan tani di negara itu yang lebih maju apabila menjadikan pokok kurma sebagai antara tanaman komersial alternatif. Beliau telah pergi ke Thailand dan mempelajari mengenai pokok kurma dinamakan 'kolak' yang didapati menerusi semaian benih oleh Profesor Sam Lak Juan. Dia mendapat tahu petani Thailand menanam pokok kurma sebagai tanaman alternatif yang didakwa menguntungkan berdasarkan hasil jualan buah kurma segar selain diproses menjadi pelbagai produk dijual di pasar raya besar. Kini dia juga mencuba membawa masuk anak pokok ke Malaysia bermula dengan 50 pokok pada 2015 dan melihat ada permintaan dalam pasaran tempatan terhadap tanaman itu sebagai pokok untuk memperindahkan kawasan. Dakwanya lama-kelamaan tanaman kurma dilihat serasi dengan cuaca tempatan apabila ada pohon sudah mengeluarkan bunga dan ada juga mula mengeluarkan buah. Jadi saya optimis suatu hari nanti pokok kurma ini boleh dijadikan tanaman komersial bagi tujuan pasaran buah pula.

Beliau menyatakan dimana aktiviti penjagaan pokok seperti tanaman lain, 'medium' adalah elemen penting iaitu tanah perlulah subur dan tiada takungan air. Jamaluddin mendakwa dia sempat bergambar dengan pokok kurma kolak dinegara jiran semasa buat lawatan (Sila lihat foto disebelah). Beliau dakwa dimana pemilik tanaman kurma ini berusaha keras dan telah merancang untuk merasa hasil buah. Asasnya dia perlu kenal terlebih dahulu karakter atau ciri-siri semasa peringkat peenyediaan atau pembelian benih kurma. Pokok kurma ini dalam satu pokok hanya ada satu spesies iaitu sama ada jantan atau betina. DIjelaskan dimana anak pokok disemai menerusi biji benih. Hanya selepas berbunga iaitu kira-kira tiga hingga empat tahun baru dapat kenal pasti spesies pokok. Karakter pokok jantan bunganya lebih berbentuk tajam sementara bunga betina pula berbiji. Buah kurma hanya boleh dihasilkan pokok betina apabila berlaku proses pendebungaan iaitu menerusi debunga daripada pokok jantan 'dikahwinkan' dengan bunga betina untuk dapat menghasilkan buah. Jadi pembeli dan penamam pokok kurma perlu faham semasa membeli pokok kurma kerana teknikalitinya memang tiada istilah jaminan pokok dibeli akan mengeluarkan buah melainkan ia adalah pokok betina.

Dalam pada itu bagi menyediakan beih perlukan medium asas untuk anak pokok dengan medium yang betul. Selalunya menggunakan tanah campuran iaitu dengan kada nisbah 3:2:1 iaitu tiga untuk tanah, dua kompos dan satu untuk pasir. Penjagaan lain ialah siram dan baja yang mencukupi memastikan pokok membesar serta tumbuh dengan baik. Anak pokok dan pokok dewasa memang perlukan baja yang baik iaitu baja untuk tumbesaran pokok dan untuk buah pada usia tiga tahun. Selain itu pokok ini memerlukan jarak yang mencukupi iaitu tujuh meter kerana kemampuan pokok ini membesar sepadan dengan usianya boleh mencecah lebih 100 tahun. Biasanya jika semua keperluan pokok ini dijaga rapi didakwa iaitu satu pokok saja boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 kilogram dan anggaran pendapatan boleh dapat dengan sekali tuaian itu sekitar RM5,000. Seterusnya dijelaskan dimana diantara masaalah penyakit pokok kurma adalah dimana pokok ini kalah dengan musuh utama pokok jenis palma iaitu Kumbang Palma Merah (Red Palm Weevil -RPW). Kumbang dewasa akan bertelur pada pokok dimana larva daripada kumbang ini akan memakan umbut dalam batang pokok kurma sehingga pokok akhirnya mati. Ia boleh dikesan dengan simptomnya menerusi daun dan batang yang menandakan kehadiran serangga pemusnah itu. Walau pun petani boleh gunakan racun bersesuaian (racun sistemik) tetapi sebaiknya mesti mendapatkan khidmat nasihat khas daripada Jabatan Pertanian berhampiran bagi menangani masalah kumbang merah (Sila lihat foto disebelah). Kes kemasukkan secara 'tidak sah' benih kurma daripada Thailand ini apa yang penulis blog dapat maklum (memang sah) menyebabkan wabak serangan RPW telah memusnahkan ribuan pokok kelapa (Cocos nucifera) yang menyebabkan kehilangan hasila kelapa dan melibatkan kos kawalan jutaan ringgit di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KURMA... RAMAI MENCARINYA...
BENIH DIJUAL... RAMAI YANG DITIPUNYA...
MEMBACA ARTIKEL... DIPERJELASKANNYA...
TERINGIN MAKAN KURMA... BELILAH SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3306, Camellia Building, 
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 
Bentong, Pahang, 
Malaysia.
(8 Muharam 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...