CANOPYTECHTURE merupakan satu sistem struktur sebagai penyokong ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat. Mendengar 'canopytechture' memang bunyinya sangat hebat dan sukar disebut tetapi rupanya ia cuma sistem para atau sokongan tanaman menjalar sahaja bagi jenis sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar. Ini kerana biasanya tanaman ini boleh ditanam di kawasan laman yang terhad seperti di persekitaran rumah kediaman, ruang pejabat dan taman kejiranan. Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar memerlukan struktur penyokong tanaman ataupara yang membolehkan tanaman tersebut berpaut, tumbuh secara vertikal dan mengeluarkan hasil. Secara konvensional penulis blog dapati dimana ada kayu pancang daripada buluh sering dijadikan sebagai sokongan sebagai para atau sistem trellis. Ia juga biasanya diperbuat daripada dawai bagi membolehkan tanaman sayuran jenis menjalar jenis berbuah akan tumbuh berpaut. Untuk tujuan memudahkan aktiviti tersebut lazimnya satu struktur ringkas bagi memenuhi keperluan pertumbuhan sayuran-sayuran menjalar jenis berbuah yang dikenali sebagai canopytechute berjaya direka bentuk. Struktur Canopytechture yang penuh dengan tanaman sayur-sayuran atau buah-buahan memanjat dapat mempamerkan buah bergantungan, seterusnya memberi impak landskap yang unik dan kelihatan menarik. Di samping itu ada ruang teduh di bawah canopytechture yang disusun berderetan boleh dijadikan tempat istirehat dengan menempatkan kerusi taman di bawahnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula artikel mengenai struktur ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar diruangan yang terhad untuk bahan rujukkan anda.
Rekacipta Canopytechture yang juga merupakan satu sistem struktur sebagai penyokong ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat dan mampu mengeluarkan buah. Ia merupakan struktur berpara khas yang direka bentuk bagi membolehkan tanaman melilit, berpaut dan tumbuh secara vertikal. Struktur ini mempunyai para khas yang berbentuk heksagon (segi enam), bergaris pusat 150 cmdan terletak di atas tiang penyokong dengan paras ketinggian180 cm. Melalui proses latihan dan lenturan maka tanaman sayur-sayuran atau buah-buahan menjalar dapat tumbuh secara vertikal dan mengeluarkan hasil buah yang bergantungan di bahagian para khas. Untuk peminat dalam pertanian bandar, struktur penyokong ringkas pelbagai guna ini sangat praktikal diaplikasikan bersama bekas pasu self-watering container (SWC) dan juga pasuan biasa bagi penanaman sayur-sayuran menjalar seperti petola, peria, timun dan labu serta buah-buahan seperti anggur dan melon. Penggunaannya dapat membantu penghuni bandar bercucuk tanam walaupun memiliki ruang laman yang terhad. Apa pun selain hasil tanaman, canopytechture juga dapat memberi impak estetika dan menjadi elemen terapi di ruang laman tersebut. Bagaimana hendak menanam pada struktur ini?. Sebaiknya anak benih sayur-sayuran atau buah-buahan jenis menjalar disediakan dengan menyemai biji benih di dalam dulang semaian yang mengandungi banyak lubang (106 lubang). Medium semaian peat moss disyorkan sebagai medium percambahan biji benih. Dulang semaian diletakkan di kawasan yang bernaung dengan keperluan cahaya matahari 50%. Semaian perlu disiram sebanyak dua kali sehari secara semburan halus atau kapilari .Biasanya apa dilihat semaian akan bercambah dalam masa 3-4 hari dananak benih dibiarkan membesar. Baja foliar boleh diberi secara semburan untuk menghasilkan pertumbuhan anak benih yang sihat dan berkualiti.
Kemudian setelah anak benih telah mengeluarkan 2-4 helai daun sebenar maka ia boleh dipindahkan ke dalam pasu dibawah canopytechture. Sebaiknya proses memindahkan anak benih hendaklah dilakukan seelok-eloknya pada waktu pagi atau lewat petang bagi mengelakkan berlakunya renjatan akibat cuaca panas. Menanam dan bekas tanaman apabila anak benih yang berumur 2 minggu selepas disemai sesuai dipindahkan ke dalam bekas tanaman atau pasu. Bilangan anak benih yang sesuai ditanam bergantung kepada saiz dan jenis pasu yang dipilih. Untuk pasuan SWC (dilengkapi dengan sistem takungan air) bersaiz 52 cm x 46 cm, sebanyak empat anak benih sesuai ditanam dalam satu pasu. Melalui pasu ini tanaman tidak perlu kerap disiram kerana ia memperoleh air secara tindakan kapilari. Medium penanaman yang sesuai digunakan ialah campuran tanah, peat moss, pasir dan tempurung kelapa sawit terproses pada nisbah 1:1:1:1. Sekiranya terdapat tanaman yang mati maka kerja penyulaman anak benih hendaklah dilakukan segera bagi memperoleh pertumbuhan dan hasil yang seragam. Langkah melatih tanaman dilakukan selepas 2-3 minggu anak benih ditanam dan pokok mencapai ketinggian sekitar paras 15 - 20 cm dimana sokongan dengan menggunakan tali rafia perlu diberi supaya pokok boleh tumbuh secara vertikal. Caranya adalah dengan mengikat tali rafia pada dawai bengkok berbentuk U (10-15 cm tinggi) yang dicucuk bersebelahan dengan pangkal setiap pokok manakala hujung tali tersebut ditarik ke bahagian para khas terletak pada canopytechture setinggi 1.5 - 2.0 m dari paras permukaan medium. Semasa pertumbuhan, pokok perlu dilatih untuk memanjat, melilit tali rafia dan tumbuh vertikal ke struktur bahagian para khasdengan sempurna.
Jenis dan pertumbuhan tanaman yang sesuai adalah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar dimana ia ditanam dengan menggunakan struktur
canopytechture. Cara ini mampu untuk
menghasilkan pertumbuhan secara vertikal yang subur sekiranya dilatih di peringkat awal lagi. Biasanya selepas 3-4 minggu penanaman maka tanaman mula mengeluarkan bunga dan berbuah. Jangka masa kutipan hasil bagi tanaman bergantung kepada varieti sayuran. Sebagai contoh, petola segi, petola ular dan peria boleh dituai dalamtempoh 7 -16 minggu selepas ditanam. Tempoh pengeluaran buah, hasil tanaman dan jangka hayat tanaman yang ditanam di dalam pasu banyak bergantung kepada cara mengendalikannya. Antara pengendalian penting adalan sistem pengairan bagi penanaman sayur-sayuran menjalar yang diaplikasikan. Teknologi dengan menggunakan pasu SWC tidak perlu kerap disiram. Kekerapan menambah air di dalam pasu SWC (bersaiz 52 cm x 46 cm) bergantung juga kepada umur dan jenis tanaman yang ditanam. Biasanya, kadar penambahan air meningkat apabila pokok semakin meningkat dewasa. Contohnya bagi tanaman seperti timun dan petola perlu ditambahair 2-3 hari sekali (kira-kira 5 liter setiap penambahan) ketika tanaman sedang berbuah. Walau bagaimanapun, penggunaan struktur canopytechture bagi tanaman sayur-sayuran menjalar jenis berbuah yang ditanam di dalam bekas biasa atau di atastanah perlu disiram 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang kecuali hari hujan.

SAYUR MENJALAR... SIKIT RUANGNYA..
STRUKTUR CANOPYTECTURE... ADA...
SUDAH BACA.. MARILAH MENCUBA...
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
malaysia.
5 Muharram 1442H.
Sumber artikel: Buletin Teknologi MARDI, Bil. 7(2015): 11-17
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.