Sebaiknya semasa pemilihan baka Arnab Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan. Apa yang unik dimana didakwa purata bilangan anak peranakan arnab adalah sekitar 7 - 9 ekor malahan ada baka mencepai sehingga 13 ekor. Dalam pada itu purata bilangan anak masa cerai susu 6 - 8 ekor. Apa yang menarik adalah dimana berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan dan berat dalam masa dua bulan pertama mampu mencapai lebih kurang 2 kg. Baka arnab import jenis pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Dilaporkan terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka arnab impport ini dimana harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Saiz ekonomi penternakan arnab pedaging ini perlu diteliti sama ada menternak secara hobi, komersial atau untuk tujuan lain. Lazimnua untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu ekor pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa). Dalam pada itu untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan. Bagaimana pun lazimnya bagi tujuan untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan sebanyak 500 induk betina dan 100 ekor pejantan. Sebaiknya kandang arnab mestilah berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan serta ia agah jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan lain. Sebaiknya lokasi mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih. Pastikan kandang mempunyai sistem peredaran udara yang balk dan memuaskan.
Akhbar Sinar Harian yang menulis artikel bertajuk 'Hobi ternak arnab jadi duit' agak menarik untuk dukupas dalam blog ini. Berita yang dipetik daripada Pasir Putih, Kelantan ini menyatakan aktiviti yang bermula dengan menternak lapan ekor arnab sebagai hobi, seorang guru dari Kampung Berangan, Selising di sini berjaya menjana pendapatan berjumlah RM5,000 sebulan. Menurut usahawan dikenali dengan Wan Airisi Wan Hassan yang berumur 44 tahun mendakwa dimana dia tidak menyangka hobi menternak arnab yang dilakukannya sejak tahun 2018 mampu menjana pendapatan lumayan. Dia yang juga guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu dakwa pada mulanya menternak arnab itu dijadikan sebagai aktiviti riadah waktu petang dan terapi selepas penat bekerja.Melihat potensi itu saya mengambil keputusan menjadikan hobi membela arnab sebagai pendapatan sampingan. Dia juga cukup bertuah apabila hobi tersebut mendapat sokongan penuh dari kedua ibu bapanya. Setiap pagi ayah dan ibu akan memberikan makan dan membersihkan kawasan sangkar arnab sementara menunggu saya pulang bekerja pada waktu petang. Sehingga kini dia mempunyai 130 ekor arnab induk yang dijadikan sebagai baka. Arnab yang yang dibelanya itu jenis pedaging dari New Zealand White. I kini djual dengan harga RM40 hingga RM380 seekor. Selain menjual baka dia juga turut membekalkan daging arnab untuk dijadikan sebagai sate. Dia juga turut menjual daging arnab dengan harga RM35 sekilo. Dakwanya kebanyakan pelanggannya bukan hanya dari Kelantan malah ada dari Pahang, Johor, Pulau Pinang dan banyak lagi.
Dalam akhbar Harian Metri pula artikel bertajuk 'Tiga dah jadi 120' berkaitan penternakan arnab sesuai dikongsikan. Berita dari Bachok. Kelantan ini juga ada menyatakan jika sebelum ini arnab dijadikan sebagai haiwan peliharaan saja tetapi kini hobi itu boleh menyumbang kepada keuntungan ribuan ringgit kepada pemiliknya berikutan dagingnya mula diminati orang ramai. Harga arnab pedaging mampu mencecah RM150 - RM800 seekor bagi induk dan RM35 - RM45 sekilogram bagi arnab yang siap diproses iaitu dua kali ganda mahal daripada daging lembu atau ayam. Faktor dagingnya yang dikatakan mampu merawat angin ahmar selain permintaan sebagai menu hidangan seperti sate arnab dan sup menjadikan penternakan arnab kini bukan lagi sekadar hobi biasa. Usahawan arnab bernama Niwana Abdullah berumur 39 tahun berkata, dia hanya bermula dengan modal RM150 bagi membeli tiga ekor arnab sebagai peliharaan, tetapi haiwan itu membiak dengan cepat sebelum dia mengambil keputusan untuk menjualnya selepas ramai bertanya untuk membelinya. Dia kini mampu menjana pendapatan ribuan ringgit hasil dengan menjual arnab. Kini dia mempunyai 120 ekor arnab jenis New Zealand White dan Chincilla termasuk 60 induk yang dijadikan baka. Arnab berusia dua bulan dengan berat sekurang-kurangnya 1.6 kilogram ke atas sudah boleh dijual dan boleh dijadikan induk baka ketika berusia tiga bulan ke atas. Niwana antara 55 penternak arnab yang aktif di Kelantan ditemui dalam majlis Kursus Penternakan Arnab Sebagai Sumber Rezeki Baru dan Taklimat Pembiayaan Geran Kerajaan Agropreneur Muda anjuran Pertubuhan Darul Naim Gemilang. Permintaan arnab pedaging sangat tinggi cuma kita nak jual semua tak boleh sebab nak buat induk, jadi kalau ada bantuan kewangan, kita boleh ternak lebih banyak arnab untuk memenuhi permintaan pasaran. Seorang rakannya dikenalis ebagai Wan Mohd Johari berkata dimana penternakan arnab antara potensi ternakan yang menjadikan pertanian sebagai pilihan orang muda khususnya bagi yang menganggur. MOA memperuntukkan RM20 juta bagi program agropreneur muda dengan anggaran RM10,000 ke RM20,000 bagi setiap petani atau penternak. Ini termasuk kepada penternak arnab di mana kita sasar menu haiwan ini setanding dengan permintaan terhadap kambing yang menjadi menu harian sebagai hidangan di restoran atau keraian, kita nak permintaan arnab begitu juga.
Sementera akhbar Berita Harian melaporkan artikel berjudul 'Arnab hasil perniagaan besar' dari Sarikei, Sarawak memang baik dicontohi usahawan lain. Baeita dari Sarikei ini menyatakan dimana barangkali tidak ramai orang akan menyangka yang arnab kebiasaannya dijadikan haiwan peliharaan berpotensi dikembangkan menjadi perniagaan menguntungkan melalui program penternakan berskala besar. Kini dengan hasil jualan mencecah RM50,000 sebulan seorang usahawan dikenali dengan nama Pn Meriamah Abdullah, 42 tahun kini boleh bangga dengan pencapaiannya sebagai pengusaha penternakan arnab terbesar di Sarawak, dengan produk keluarannya bukan hanya bagi menampung keperluan domestik, bahkan pasaran eksport. Beliau mula menceburi bidang penternakan arnab lima tahun lalu dengan membuka Gold Rabbit Farm di Jalan Termedak, Meradong. Bermula dengan hanya lima ekor arnab betina dan seekor arnab jantan, populasi ternakan kami kini mencecah lebih 5,000 ekor dari pelbagai baka, termasuk New Zealand White, California dan Chincilla. Dalam tempoh lima tahun sahaja beroperasi maka Ladang Gold Rabbit Farm berkembang pantas dan kini pembekal utama produk berasaskan arnab di Bumi Kenyalang. Syarikat kini tertumpu kepada jualan arnab hidup yang dijual dengan harga RM30 sekilogram dan juga ada menjual daging arnab yang siap diproses dengan harga RM48 sekilogram. Kapasiti syarikat kini berupaya untuk membekalkan 2.5 tan arnab setiap bulan. Syarikatnya kini mula mengorak langkah baharu dengan membuka sebuah pusat jualan, Gold Rabbit Mart di Simpang Jalan Sing Ba, di sini untuk kemudahan pelanggan tetapnya. Pusat jualan ini dibuka beberapa bulan lepas dan dibuka untuk memasarkan arnab hidup, makanan arnab, sangkar arnab serta baja kompos dari najis arnab yang dijual murah dengan harga hanya RM1.5 hingga RM2 sekilogram.
Sebenarnya ada galakkan pertanian organik dimana baja dari tahi arnab ini sangat sesuai kerana dapat menyuburkan tanah tanaman tanpa mereka perlu untuk menggunakan bahan kimia. Antara kelebihan yang didakwa terkandung dalam daging arnab adalah ia sesuai untuk yang mahu berdiet kerana kandungan kalorinya yang lebih rendah berbanding daging lain. Daging arnab juga mengandungi Vitamin B12, Vitamin B3 yang mampu meningkatkan sistem metabolisme badan. Ramai yang percaya daging ini juga mampu meningkatkan tenaga batin lelaki (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan menyedari pasaran luas dalam industri ternakan arnab ini maka beliau kini berusaha dalam mempromosikan ternakan arnab dalam kalangan petani atau usahawan yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang itu. Mariamah menjelaskan syarikatnya kini sedang menganjurkan program 'Syukur Bersama Mu' bertujuan membantu masyarakat pedalaman dan luar bandar meningkatkan sosio-ekonomi mereka melalui bidang penternakan arnab. Ia telah berjaya membuka peluang kepada masyarakat pedalaman dan luar bandar berkecimpung dalam bidang perternakan arnab yang sememangnya mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan memandangkan Sarawak dikategorikan dalam 'Zon Bebas Penyakit'. Syarikat Gold Rabbit Farm akan berkongsi dan membongkarkan rahsia penternakan arnab yang mengaplikasikan sistem penternakan moden bersistematik. Mereka kini akan membekalkan sangkar dan anak arnab, dan mereka boleh menjual semula arnab yang sudah besar kepada kami mengikut harga yang sesuai. Dakwanya lagi di Sarawak masih kekurangan bekalan daging arnab, sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya ternakan itu mempunyai permintaan yang rendah dan sukar dipasarkan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro Technology kali ini. Wasallam!!...
HAIWAN ARNAB... ADA BANYAK BAKA...
RAMAI MENCUBA... SUDAH BERJAYA...
ASALNYA HOBI... USAHAWAN MUDA...
HARGA MAHAL... ENAK DAGINGNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(23 Ramadan 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.