SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang amat kurang dikenali di negara kita Malaysia. Bagaimana pun ramai mula bertanya penulis blog mengenai tanaman ini yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini sesuai diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Penulis blog kali pertama melihat tanaman ini semasa melawat negara Thailand dan kali kedua semasa melawat Vietnam walau pun masa itu belum berminat untuk menulis blog. Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja. Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik. Tanah dengan pH diantara pH5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendpatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong. Penulis mendapati banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan. Saya ada menulis dan membuat posting artikel ini pada tahun 2017 dimana untuk pautan (Sila klik disini). Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman sacha inci dan khasiatnya untuk pembaca yang berminat dengannya sebagai rujukan.
Sacha Inchi kurang dikenali di Malaysia dimana ia berasal dari Hutan Amazon Peru dan sudah lama ditanam serta digunakan sejak beribu tahun yang lalu oleh masyarakat orang asli Inca di Peru sebagai herba ubat disana. Menurut portan delimajelita2u.com yang saya rujuak didakwa biji Sacha Inchi mempunyai kandungan protein tinggi sebanyak 27% dan minyak sebanyak 35%-60%. Minyak didalam Biji Sacha Inchi kaya dengan asid lemak penting seperti omega-3, omega-6 dan omega-9 serta vitamin A dan E sekaligus menjadikannya sumber bahan antioksidan yang terbaik sehingga digelar 'Power Food' oleh negara2 tertentu. Biji Sacha Inchi tidak boleh dimakan secara mentah kerana sukar ditelan, melekat dan tersangkut pada kerongkong. Ia perlu perlu dipanggang menggunakan oven atau digoreng tanpa minyak bersama kulitnya sebelum ia boleh dimakan isi dalam sebagai kacang atau dimasukan kedalam kapsul supaya mudah ditelan. Portal ini menyatakan dimana diantara Khasiat Sacha Inchi adalah untuk kesihatan jantung, Mengawal kencing manis, Mengawal kolestrol dalam darah dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga khasiatnya untuk mencerdaskan otak. anti kanser, melancarkan dan menjaga sistem buah pinggang dan juga pulihkan tenaga batin lelaki dan wanita. Kegunaan lain minyak dari biji Sacha Inchi banyak digunakan didalam produk kosmetik sebagai agen pembantu menyihat dan melembabkan kulit sekaligus dapat mengurangkan kedutan dan juga jeragat kulit, ia juga mampu menyembuhkan penyakit kulit serta bantu tingkatkan kesuburan rambut. Cara guna dengan mengoreng biji sacha inchi tanpa minyak atau panggang menggunakan oven. Pecahkan kulit luarnya dan makan isi dalam yang berwarna putih 1biji 1kali 1hari sebagai suppliment kesihatan, isi biji sacha inchi rasa lemak seperti kacang goreng.
Pokok Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Blog sentiasapanas.com yang saya rujuk menarik untuk dikongsi bersama semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Khasiat Sacha Inchi yang mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit kita yang berbahaya. Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan. Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi kerana ia didakwa membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh. Ia juga akan membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan, membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser dan juga menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak. Khasiat seterusnya melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti dann juga meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi. Ia akan melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik dan mampu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah. Khasiat selanjutanya ia dapat memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum dan juga membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.
Bagi mengukuhkan lagi akan khasiat sacha inchi yang banyak ditulis maka saya kunjungi pula blog berkaita milik mustafayas.in dimana beliau juga menyatakan akan 12 khasiat tumbuhan ini. Beliau nyatakan Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan. Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi dakwanya dapat membantu mencegah dan eterusnya meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan sistem pengaliran darah dalam tubuh. Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan. Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser. Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak. Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh seterusnya mengakibatkan obesiti. ia juga akan meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi. Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah. Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

SACHA INCHI... BANYAK KHASIATNYA...
PENYAKIT DISEMBUHKAN...BERGUNA...
OMEGA 3 PULA... KANDUNGAN UTAMA...
BANYAK RUJUKKAN...DAPAT ILMUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawaal 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.