Support My Blog

Tuesday, July 21, 2020

TANAM NANAS DALAM POLIBEG

PENANAMAN NANAS DALAM POLIBEG kini telah agak semakin banyak diperkatakan semenjak kes Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Ini disebabkan oleh beberapa faktur diantaranya ketika duduk rumah selama beberapa bulan tanpa bekerja dan keinginan untuk mencuba pula berkebun setelah jemu melayari internet. Pokok Nanas (Ananas comosus) merupakn sejenis tanaman yan sesuai ditanam di kawasan kebun nanas atau ladang nanas terbuka secara konvensional diatas tanah. Pokok nanas lazimnya ditanam untuk mendapatkan buahnya atau pun bagi sesetangah varieti untuk mendapatkan sulurnya (anak benih). Bergantung kepada varieti nanas, penanaman nanas mengambil masa agal lama melebihi setahun untuk ianya berbuah dan hasilnya boleh dimakan. Kini penanaman nanas semakin menjadi popular apabila banyak laporan dan viral menyatakan penanaman nanas memberikan pulangan jauh pebih tinggi daridapa komodiri kelapa sawit, getah dan juga kebanyakkan tanaman buah-buahan yang lain. Hanya tanaman durian Musang King (D197) yang didakwa mampu mengatasi pendapatan daripada penanaman nanas pada tahun 2020 ketika artikel ini ditulis. Penanaman nanas secara konvensional dilakukan diatas tanah gambut atau tanah mineral dimana kini penanaman nanas untuk makan segar hampir mendomisai sektor pasaran domestik dan eksport berbanding dengan penanaman nanas untuk kaleng (ditinkan). Penulis blog membuat tinjauan dibeberapa usahawan dan kelompok masyarakat dan individu yang berjaya menanam nanas didalam polibeg atau pasu. Artikel malam Selasa ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai penanaman nanas didalam pasu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Pemilihan jenis atau varieti nanas untuk ditanam didalam polibeg ini penting bagi mempastikan ianya akan memberikan hasil seperti yang dikehendakki. Antara nanas yang sesuai seperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas Moris, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Crystal Honey dan beberapa lagi. Nanas yang kurang sesuai pula seperti nanas Yankee, Nanas Moris Gajah dan juga Nanas Sarawak yang pokoknya terlalu besar, mengambil masa menuai agak lama (mencapai 20 bulan) dan ianya tidak berapa responsif terhadapan aruhan pembungaan (menghormon nanas). Bagaimana pun jika hendak menanam nanas jenis ini masih dibolehkan dengnan kaedah pengurusan yang sedikit berbeza. Bahan tanaman boleh menggunakan sulur tanah atau jambul atau pun benih lain yang sesuai. Benih dari sulur tanah ini sebaiknya sihat, segar dengan ukuran sekitar 30 cm (Mengikut piawaian benih nanas diluluskan). Pilih benih yang tidak berpenyakit dan perlu dirawat dahulu dengan racun kulat (Benlate dan sebagainya) dan Racun Serangga untuk elakan serangan perosak dan penyakit. Kalau anda membeli nanas segar untuk dimakan pastikan pilih buah nanas yang masih berjambul dimana ia boleh ditanam sahaja jambul tersebut didalam polibeg plastik. 


Jenis polibeg yang digunakan hendaklah bersaiz besar sekurang-kurangbya 8 inci dengan ketebalan maksima yang boleh bertahan sehingga minima  melebihi jangkamasa lebih1.5 tahun. Elakkan dari gunakan jenis polibeg nipis yang akan reput dan pecah dalam masa singkat. Boleh membeli polibeg besar tahan lama yang berwarna hitam atau putih (lebih mahal sedikit). Pastikan setiap polibeg plastik ini mempunyai lubang dibahagian bawan dan tepi bawah untuk air keluar dari dalamnya. Jika air tidak dapat mengalir keluar maka akar akan rosak dan pokok nanas boleh mati. Buka polibeg plastik dan isikan dengan media tanaman sesuai. Bergantung kepada modal dan kepakaran, media tanaman ini boleh menggunakan tanah atas (top soil) sahaja, tanah campuran dengan bahan cocopeat atau terbaik boleh masukkan tanah top soil bersama baja asas (Nisbah pada 60 topsoil: 40 baja organik). Akar tanaman nanas yang merupakan akar jenis rerambut akan memenuhi kawasan didalam polibeg semasa tumbesaran dan pokok berbuah. Sebenarnya lebih besar polibeg adalah lebih baik untuk pertumbuhan tanaman nanas dalam polibeg. 


Setelah media di masukkan kedalam polibeg (hampir penuh) maka anakbenih sulur atau jambul yang telah dirawat boleh ditanam ditengah-tengah polibeg sedalam 2-3 inci dari permukaan tanah dan dipadatkan pada diperdu pokok. Pokok nanas ini kemudian perlu disiram sekerap mungkin diperingkat awal penanaman untuk pastikan ia tumbuh. Bagaimana pun pastikan tidak menyiram terlalu banyak air atau terlalu kerap sehingga anakbenih akan 'mati lemas'. Perlu diingat bahawa pokok nanas adalah sejenis kaktus yang hanya aktif pada waktu malam sahaja. Polibeg ini disusun didalam barisan 2 - 3 kaki dantara barisan dan 1.5 kki diantara pokok (kesesuaian ikut keadaan tempat penanaman atau susunan polibeg). Pemilihan tapak untuk menyusun polibeg penting dikawasan lapang yang dapat cahaya matahari 100% dari pagi sampai petang (kawasan lapang). Kawasan tersebut sebaiknya bebeas dari rumpai seperti diatas simen, lantai plastik atai pun diatas tanah rata (Sila lihat foto disebelah). Pokok boleh dijarakan apabila mula membesar dan rapat bercantum daunnya. Pastikan susunan barisan polibeg ini tidak ada terlindung kerana ia menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah (kurang manis).



Teknik menanam nanas didalam polibeg besar ini memerlukan kesabaran dan teknik rawatan agronomi sedikit berbeza dengan menanam datas tanah atau diatas batas secara konvensional atau moden. Paling utama adalah penjagaan pokok dalam polibeg dengan air yang mencukupi dan tidak berlebihan. Kalau sesiapa ada modal boleh memasang sistem pengairan sesuai dengan jumlah pokok yang ditanam. Boleh dipasang Sistem pengairan Sprinkler, Sistem pengairan Titis dan sebagainya mengikut keseusuaian dan modal serta jenis nanas ditanam. Pembajaan semburan (foliar fertilizer) amat digalakkan kerana selain ia sangat eefektif malahan mengandungi air untuk pokok cepat membesar. Baha butir NPK diberikan untuk peringkat vegetetif (NPK15:15:15) dan peringkat reproduktif (NPK12:12:17:2). Kerja menghormon boleh dilakukan apabila pokok cukup besar dan cukup umur dengan semburan hormon (Etephon dsb). Buah akan keluar beberapa bulan kemudian dan sedia diuai apabila sudah matang (Sila lihat foto disebelah). Kelebihan penanaman nanas dalam polibes ini antaranya mampu elakan rumpai, kurang serangan penyakit (soil borne disease), elakkan masaalah reput perdu, sesuai dikawasan sempit keliling rumh atau kawasan lapang komuniti dan mencantikkan lagi lokasi sebagai tanaman hiasan yang bermanafaat. Kelemahahannya pula seperti kos tinggi (membeli plastik, membeli media tanaman, upah mengisi media tanaman, upah menyusun didalam kawasan lapang), pokok terencat jika kurang air (ketika kemarau atau cuti balik kampong), purata buah mungkin agak kecil sedikit dan tahap kualiti buah yang tidak konsisten (disebabkan oleh amalan agronomi dan ketepatan memberi input). Sesuai dibuat oleh peminat hobi menanam nanas dan kelabpertanisn disekolah atau pejabat serta orang dikawasan bandar (urban agriculture). Ia juga sesuai disusun diatas bumbung bangunan dan juga kawasan lapang milik komuniti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM NANAS...BOLEH DI MANA SAJA...
DIATAS TANAH... DALAM POLIBEG JUGA...
DIPENOHKAN MEDIA...TANAM BENIHNYA...
DIJAGA RAPI... BERBUAHLAH AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomi,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Lebuh Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(30 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...