TANAMAN KACANG SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia bagaimana pun dengan capaian internet ramai orang yang mengetahu akan kehebatan minyak pati sacha inchi. Perkara ini mula 'viral' setelah pihak RISDA berjaya mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Bagaimana pun masa itu penulis blog masih kurang pasti akan semua kehebatan tanaman ini untuk ditanam secara komersil sehingga setelah bersara ada membuat banyak tinjauan teknologi dibeberapa kebun usahawan sacha inci dan pemproses kacang ini di sekitar Perak, Melaka dan Pahang. Khasiat kacang Sacha Inchi dilaporkan amat tinggi dengan kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 menyababkan produk dari kacang ini dijual dengan harga tinggi. Dilaporkan tumbuhan berasal dari negara Peru ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' bagaimana pun telah dikomersilkan di Thailand, Vietnam dan Kemboja. Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016 (4 tahun lepas). Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya bentangkan akan khasiat dan kehebatan tanaman dan produk dari kacang sacha inci sebagai bahan rujukan semua.
Tumbuhan menjalar ini mempunyai buah dalam kapsul berukuran 3-5 cm garis pusat dengan ada 4-7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gelap apabila masak. Bagaimana pun apabila buahnya sudah cukup matang, ia akan terbuka sendiri dan dapat dilihat melalui bijinya dan dituai apabila buah telah betul-betul kering (Sila lihat foto disebelah).Dilihat lanjut buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat. Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji, mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng memberikan rasa yang sangat sedap. Cara menanam sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah. Biasanya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih ke kebun.
Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata. Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji. Kepada mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas, sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman. Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit. Daripada beberapa tinjauan teknologi ke kebun sacha inci didapati pokok in cepat berbuah selepas ditanam. Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan. Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus. Pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha inchi ini di Malaysia kerana tidak ditanam secara komersil. Cadangan pihak RISDA yang yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan. Bagi tujuan itu, RISDA akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut. Seterusnya, RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah.
Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja. Ada laporan menunjukkan pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam. Sepokok dewasa mampu mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil dan bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan. Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman. Bagi penduduk tempatan, mereka akan memetik buah sacha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bagaimanapun, bahagian biji inilah yang dikatakan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids. Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Bagaimanapun, kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah.
Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan. Bagi menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini, negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul. Dari segi khasiat penulis membuat bacaan beberapa bahan rujukkan tentang khasiat secara klnikal. Maklumat ringkas mengenai produk sacha inci (Quick Fact) dikaitkan dengan Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap kes Cardioprotective dan Nutritional. Ini adalah juga disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan. Diantara kehebatan khasiat sacha inchi ini adalah seperti membantu dalam pembentukan sistem otot disebabkan oleh bahan proton tumbuhan didalamnya. Ia juga membantu mengelakkan masalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol dan juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan serangan jantung. Setiap satu sudu serbuk sancha inchi dengan berat sekitar 15 gram membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan. Pengambilan bahan ini disyorkan dengan kadar sebanyak 56 gram sehari atau sekitar 3 sudu sehari menurut dakwaan Persatuan Dietary Antarabangsa. Bagaimanapun, bagi sacha inci dalam bentuk minay (oil) hanya disyorkan 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47% protin didalamnya. Penanaman kacang sacha ini di Malaysia kini telah semakin popular. Semuga tulisan dalam dua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Artikel ini berasal dalam Part 1 dan boleh dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SACHA INCHI... DARI PERU ASALNYA...
BANYAK KHASIAT.. SISIAPA YANG GUNA...
OMERGA 3, 6 DAN 9... HEBAT KEBAIAKNNYA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...
BANYAK KHASIAT.. SISIAPA YANG GUNA...
OMERGA 3, 6 DAN 9... HEBAT KEBAIAKNNYA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...
By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
24 Zulkaedah 1441H
Bersamaan (15 July 2020).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.