Support My Blog

Monday, July 13, 2020

MENANAM CENGKIH - MACAMANA?

CENGKIH (Syzngium aromatica) merupakan sejenis tanaman herba yang menghasilkan bunga cengkih daripada keluarga Myrtaceae. Memang telah diketahui bahwa banyaknya manfaat cengkeh untuk kesehatan dan tujuan kecantikan membuat permintaan pasokan cengkeh yang semakin melonjak. Oleh karena itu perlu dilakukan aktiviti penanaman herba yang sebaguna ini. Pada dasarnya ada banyak laporan menyatakan bahawa menanam cengkeh tidaklah mudah dimana ia memerlukan kesabaran dan ketelitian agar boleh mendapatkan pokok cengkih yang sihat dan subur. Kebanyakan petani jika diberikan pilihan untuk menanam cengkih akan menolaknya atau enggan menanam cengkih kerana ia memang sukar untuk hidup diperingkat awal lagi dan amalan agronominya juga agar sukar untuk dijalankan. Bagaimana pun sebenarnya prospek penghasilan dari menanam cengkih adalah mengkagumkan. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" akan membincangkan  teknologi penanaman cengkih iaitu salah satu herba yang banyak kegunaanya didalam kehidupan manusia uuntuk dijaikan bahan bacaan anda semua.


Proses penanaman cengkih perlu teliti terutama untuk mendapatkan anakbenih yang berkualiti. Anakbenih mesti dipastikan dari varieti yang terpilih sebab ia memberikan hasil tinggi, banyak cabang, tahan serangan perosak dan penyakit dan cepat berbuah. Antara beberapa petua bagi benih cengkih unggul ini biasanya apabila anakbenih berumur 1 tahun disemaian mempunyai ketinggian 60 cm manakala benih berumur 2 tahun ketinggian minima mesti melebihi 90 cm (Sila lihat foto disebelah). Periksa anakbenih iini bebas penyakit, mempunyai akar tunjang luurun berukuran 35 cm panjang dengan jumlah akar sekelilingnya mempunyai sebanyak 30 - 35 akar. Pilh anakbenih yang hanya ada batang tunggal (elakkan jika ada tumbuh batang dua atau lebih) dan mempunyai sebanyak 7 cabang atau dahannya. Jika dikira jumlah daun pastikan mempunyai sekitar 63 pasang daun dengan daun muda berwarna hijau segar dan daun tua berwarna hijau tua. Kualiti pokok cengkeh yang berpotensi berbuah lebat dan berumur panjang adalah sangat tergantung dari anakbenih yang digunakan. Dinegara jiran mereka membuat benih cengkih sendiri untuk mempastikan ketulinan dan menjimatkan kos.


Penyediaan kawasan kebun atau tempat menanam cengkin penting dilakukan awal. Kawasan kebun cengkih sebaiknya agak luas disebabkan perlu ditanam banyak pokok untuk membolehkan kutipan bunga dan buah cengkih bertaraf komersil bulan hanya sepokok dua sahaja. Bersihkan kebun dengan membuang segala tumbuhan yang ada dan tidak diingini dan membuat infrastruktur jalankebun atau perparitan untuk saliran serta kolan (jika perlu). Seterusnya menggemburkan tanah dengan membajak gunakan trekter atau secara manual menggunakan cangkul dan sebagainya (jika ada untuk tanaman lain seperti pisang dan sebagainya). Biarkan lubang penanaman dibawah panas matahari selama sekurang-kurangnya 7 hari untuk tambahbaik kualiti tanah. Jika ada modal boleh dipasang sistem pengairan titis dan elakkan daripada pokok kekeringan semasa pertumbuhan.  Berikan kapor jika tanah agak asidik menjadikan tanah sesuai melebihi pH5.0 keatas. Lubang penanaman perlu digali berukuran 75x75x75 cm dengan menggunakan cangkul. Lubang tersebut kemudian diberikan baja organik seperti tahi kambing dan baja lain agar tanah lebih kaya akan nutrisi dan unsur zat makanan pokok. Biarkan lubang tersebut di bawah sinaran matahari selama sebulan. Perkara ini bertujuan agar tanah tersebut lebih subur, terhindar dari segala patogen merbahaya pada tanah dan memiliki zon akar yang subur. Tanah yang digunakan untuk menanam benih cengkeh pastikan ia adalah tanah gembur yang telah diberikan baja asas dan di diamkan selama sebulan penuh.
Setelah semua siap penanaman dilakukan dengan cara memasukkan benih cengkih kedalam (Sila anda lihat foto disebelah). Ia sebaiknya dilakukan pada semasa mula masuk musim hujan tetapi jika ada sistem pengairan sesuai ditanam mengukut kesukaan sendiri. Jarak tanaman boleh berbezakan bergantung kedudukan ketinggian dan cerun tanah dikebun. Biasanya bagi kawasan kebun dengan keluasan 1 hektar maka jarak tanam disyorkan adalah sekitar 6m X 7m dengan kepadtan 238 pokok sehektar. Jika ditanam dengan jarak 7m x 8m menjadi kepadatan hanya 178 pokok dan jika ditanam dengan jarak 8m x 8m akan menmpunyai kepadatan pokok 156 pokok sahaja.


Amalan agronomi tanaman cengkih perlu diikuti kerana selepas menanam benih ia perlukan panjagaan intensif.  Dari awal pokok cengkih mesti dijaga baik kerana ini membolehkan subur dan ia boleh hidup beratus tahun malahan di Ternate ada pokok cengkih yang mampu hidup melebihi 350 tahun!. Lagi lama pokokk hidup subur dengan banyak cabang maka lagi banyak hasi diperolehi. Lazimnya peringkat umur pokok cengkih diantara 1 - 5 tahun ia mudah mati disebabkan serangan serangga dan penyakit serta kekurangan air. Kerja penyiraman anak pokok cengkih yang masih muda sangat kritikal kerana ia akan mati begitu sahaja jika tidak mendapat kelembapan air yang cukup. Dimusim panas dan kemarau perlu sentiad=sa diberikan air mencukupi. Pembajaan perlu dilakukan untuk merangsang pertumbuhan pokok cengkih agar lebih cepat memberikan hasil bunga cengkeh yang melimpah banyak. Berikan baja setiap 6 bulan sekali. Baja yang diberikan boleh dari baja kompos organik, tahi haiwan ternakan atau baja kimia NPK. Cara masukkan baj akedalam lubang dan kemudian ditutup dengan tanag atau dinamakan 'Pocket manuring system' yang elakkan dari baja dihanyutkan air semasa hujan (Sila lihat foto disebelah). Baja organik dan kapur juga diberikan secara berkala.


Cengkih merupakan tanaman yang sangat sensitif terhadap serangan serangga perosak dan juga penyakit. Terdapat jenis perosak yang menyerang bahagian akar, daun pucuk daun, pengorek batang dan buahnya. Antara yang dikenalpasti sering menyerang adalah Mati Pucuk (Die back) atau juga dipanggil sebagai Mati Ranting disebebkan Kulat. Terdapat juga patogen bakteria yang menyenyang pembuluh dalam batang kayu cengkih, merosakan daun cengkih dan juga menyebabkan apa yang dikatakan sebagai 'Embun Jelaga'. Kawalan dengan membuat semburan racun kimia dan membuang pokok yang mati. Kerja penyulaman mesti dilakukan dengan cara mengganti pokok mati dengan benih yang baru. Sebaiknya anak benih sulaman cengkih adalah sama umur dan saiz dengan pokok cengkih yang mati untuk petani mendapatkan keseragaman tanaman dikebun. Lakukan penyulaman pada musim hujan jika tidak ada sistem pengairan titis. Tanah disekeililing pokok perlu digemburkan setiap 6 bulan sekali iaitu dengan menbuang rumpai dan mencangkul permukaan tanah disekeliling pokok. Rumpai perluu dimusnahkan kerana ia mengambil zat makanan dan air dalam tanah.


Pokok cengkih yang dijaga dengan baik boleh berbunga dan dituai didalam masa 5 - 7 tahun kemudian. Pada umur sebegini lazimnya ketinggian pokok sekitar 2-3 meter sahaja dimana petani perlukan tangga untuk mereka memetik bunganya (Sila lihat foto disebelah). Bunga cengkih yang dipetik mestilah sudah matang dengan berwarna kuning kemerahan dan bersaiz besar. Elakkan memetik bunga yang muda bersaiz kecil dengan warna hijau kekuningan kerana bunga muda jika dijemur akan hancur sahaja. Cara memetik bunga ini dengan menggunakan tangan sahaja (manual dan iada msih setakat ini mampu memetik bunga cengkih) kerana kematangan bunga untuk dipetik bercampur dengan tangkai bunga muda. cara menggunakan tangan juga mengelakkan bunga patah atau rosak dan kemudian dimasukkan kedalam kantung yang diikat (sandang) pada pinggang atau bahu pemetiknya. Jika pokok sudah tinggi sehingga lebih dari 25 meter maka petani akan membuat tangga galah yang tinggi diperbuat daripada buluh. Memang kerja memetik bunga cengkih amat memerlukan masa yang lama, kesukaran memanjat tangga tinggi dan merbahaya juga. Bunga-bunga cengkih yang dikutip ini akan dikumpulkan dan digredkan mengikut saiz, warna dan kematangan. Kemudian petani boleh menjualnya kepada pemborong atau ingin memproses sendiri. Bunga cengkih yang sudah dikeringkan jauh lebih mahal daripada bunga basah. Sebelum dijual atau untuk ia dikeringkan perlu dipisahkan terlebih dahulu dari tangkainya sehingga dilihat seperti biji-bijian tunggal. Sebelum itu juga bunga cengkih dipisahkan dulu dari tangkainya. Ia juga boleh disimpan didalam bekas khas untuk tahan lebih lama menunggu harga pasaran cengkih naik dipasaran. Laporan menunjukkan harga cengkih tidak pernah atau jarang turun tetapi ia terus naik setiap tahun. Ini kerana faktur kadar permintaan yang terus meningkat dan kawasan penanaman cengkih tidak banyak bertambah keluasannya. Petani perlu tunggu masa yang terlalu lama untuk menuainya dan kos mengutip bunga cengkih juga terus meningkat. Semuga anda semua mendapat info berguna membaca artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM CENGKIH.. MEMANG LAMA...
5 - 7 TAHUN... MULA KUTIP BUNGANYA...
POKOK DIJGA... BERATUS TAHUN DIA...
HARGA NAIK...DI TANAM BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya, 
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...