Support My Blog

Tuesday, July 28, 2020

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA (Part 4)

CIRI-CIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA banyak bergantung kepada banyak faktur untuk difahami dan diamalkan. Kita sering melihat seseorang itu telah menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal akan tetapi tidak ramai diantara kita yang mampu melakukannya. Ini kerana bagi menjadi usahawan berjaya perlu mengetahui akan beberapa prinsip-prinsip asas melalui didikan keluarga atau pun mempelajarinya secara formal. Usahawan (Entrepreneur) apa yang ditulis secara ilmiah adalah bermaksud memikul tugas atau mencuba. Istilah perkataan 'Usahawan' adalah ini sebenarnya adalah berasal dari Bahasa Inggeris iaitu 'Enterpreneur' atau 'Entreprendre' dalam bahasa Perancis. Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula adalah orang yang berniaga. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang boleh diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement) dalam buku Panos G. Piperopoulos (2012), . Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934) dimana mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan kepada organisasinya sendiri. Penyanyi Rock Amy Seach yang popular dengan lagu 'Isabela' dan 'Fantasia Bulan Madu' kini menjadi usahawan produk 'Kopi Nanas Pheewit', 'Teh Tarek Pheweet' dan pelbagai produk minuman olain. Beliau kini menjadi usahawan berjaya dengan keyakinan dan sifat keusahawanan yang beliau ceburi (Sila lihat foto diatas). Oleh itu sebenarnya usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan orang biasa. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iaitu beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya untuk bahan rujukkan anda semua.

Ciri SIKAP BERTANGGUNGJAWAB bagi setiap usahawan yang ada di dalam dunia ini sememangnya mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi, tetapi tidak semua usahawan mempunyai sikap tanggung jawab. Hal ini demikian kerana, sikap bertanggung jawab adalah antara sikap yang paling berat untuk dilakukan, kerana ia akan mendatangkan kerugian atau keuntungan kepada individu tersebut. Sebagai contoh, pada tahun 2016, syarikat kereta Proton telah menarik balik sekitar 20 000 buah kereta berjenama Exora kerana masalah “seat-belt”. Perkara ini demikian telah membuktikan usahawan mereka mempunyai sikap bertanggung jawab yang tinggi terhadap pengguna. Hal ini demikian akan menyebabkan keuntungan syarikat setelah pengguna merasakan bahawa syarikat Proton sememangnya sebuah syarikat yang menitik beratkan keselamatan dan sentiasa bertanggungjawab di atas kesilapan yang dibuat. Ini akan menyebabkan pengguna teus membeli kerta berjenama Proton kerana mereka yakin dan percaya akan syarikat Proton. Selain itu, usahawan yang berjaya juga mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap dirinya serta perniagaannya. Mereka bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika mereka membuat kesilapan, mereka akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang. Sememangnya, kegagalan itulah yang akan memberikan kita kejayaan suatu hari nanti. Kesimpulannya , usahawan haruslah tanam sikap bertanggungjawab dalam diri ,walaupun sikap bertanggungjawab itu akan merugikan perniagaannya. Jika sikap tanggungjawab tidak ada dalam diri seorang usahawan, ia akan mengakibatkan banyak perkara negatif terhadap pengguna. Oleh sebab itu memang diharapkan semua usahawan haruslah bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan.

Usahawan yang berjaya BERANI MENGAMBIL RISIKO kerana didalam  perniagaan kita haruslah berani untuk mengambil risiko sama ada kecil ataupun besar risiko tersebut. Berani mengambil risiko bermaksud sesebuah perniagaan yang berpotensi mengalami kerugian dari segi wang ringgit ataupun mendapat ganjaran dan keuntungan yang lumayan . Risiko memainkan peranan yang penting dalam diri seorang usahawan. Tetapi pada masa kini terlalu ramai usahawan lebih-lebih lagi para usahawan yang baru sahaja memasuki bidang ini yang takut untuk mengambil risiko akhirnya perniagaannya tidak mendapat sambutan. Antara risiko-risiko dalam perniagaan ialah risiko kerugian , risiko pengorbanan masa dan tenaga , risiko produk rosak dan risiko dapatkan pekerja. Oleh itu pengurusan risiko haruslah dititik beratkan supaya dapat menghadapi sebarang risiko dengan lebih tabah dan kental. Selain itu, di dalam sesuatu perniagaan, pengambilan risiko yang tinggi adalah antara yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan yang berjaya. Sebagai contoh, pada tahun 2013, Sabah mengalami pencerobohan di Lahad Datu, seseorang usahawan yang mempunyai perniagaan di sana mempunyai dua pilihan sama ada untuk terus kan perniagaannya di sana atau memberhentikan seketika kerana pencerobohan tersebut berkemungkinan akan menyebabkan kematian pekerja atau kerosakkan harta syarikat. Oleh itu, seseorang usahawan yang mempunyai perniagaan di sana hendaklah membuat keputusan yang mempunyai risiko yang tinggi. Hal ini demikian kerana, jika beliau tidak meneruskan perniagaannya di sana, keuntungan syarikat akan terhenti dan ini akan menyebabkan kerugian kepada syarikatnya, manakala jika beliau meneruskan perniagaannya, beliau akan berdepan dengan risiko kematian atau penculikan.

Usahawan adalah individu yang perlu mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Banyak perbezaan ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah diketengahkan. Individu yang ingin mencapai kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri yang telah dibincangkan. Usahawan Dato Vida menjadi usahawan Vida Beauty berjaya dengan produk kosmetik dan makanan kesihatan selain daripada beberapa usahawan lain dengan jenama VAsia, DHerb dan banyak lagi. Seorang usahawan lahi iaitu pengasas rantaian kedai Al-Ikhsan iaitu Ali Hasan Mohd Hasan menjadikan perniagaan kelengkapan untuk sukan sebagai usahawanya (Sila lihat foto paling bawah). Kini mempunyai rangkaian yang terkenal di Malaysia merupakan usahawan contoh. Pada setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakkan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor seperti daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang tinggi, serta keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri. Usahawan yang berjaya selalunya membuktikan kejayaan usahawan bukanlah hadir secara semula jadi, tapi perlu dengan usaha dari mulanya sesuatu perniagaan sehinggalah berjaya dan bangunnya sesebuah perniagaan. Diharap ciri-ciri ini mampu menyuntik golongan yang berhasrat untuk menjadi seorang usahawan kerana usahawan bukanlah individu yang mana ia dilahirkan namun boleh dibentuk. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca keseluruhannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JADI USAHAWAN... HINGGA BERJAYA...
BANYAK CIRINYA...PERLU DILAKSANA...
SELESAI MASAALAH..TERUSKAN USAHA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulhijjan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...