Support My Blog

Tuesday, June 9, 2020

MULAKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH


MULAKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH merupakan satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh banyak pihak. Ini kerana makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi masa  kini dan apat ketara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak Covid19 berlaku. Mengapa dinyatakan demikian? Ini kerana bahan makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia dan perniagaan pula wujud bagi memastikan kita dapat untuk memenuhi keperluan hidup. Justeru ramai orang yang telah menyedari hakikat ini dimana mereka telah menjadikan satu perniagaan makanan sebagai suatu yang tidak lapuk dek zaman. Pelbagai cara dan kaedah diwujudkan dan dicipta bagi masing-masing melariskan jualan makanan mereka. Kini kemudahan internet dan smartphone membolehkan perniagaan ini 'hanya dihujung jari'. Ini adalah bagus dan sememangnya merupakan satu persaingan yang sihat jika dilakukan dengan betul. Dalam memulakan sebarang bisnes pula penulis blog fikir apa yang perlu anda fokuskan dan juga bagaimana caranya untuk mendapat keuntungan yang akan berlipat kali ganda namun pada masa yang sama tidak perlu mengeluarkan modal yang terlalu banyak dengan jaminan produk berkualiti dan memuaskan pengguna atau pelanggan anda. Memang salah satu cara yang boleh dilakukan bagi mencapai kedua-duanya adalah dengan melakukan perniagaan makanan dari rumah. Sebenarnya, sejak dahulu penulis blog dapati konsep perniagaan dari rumah telah lama wujud namun bezanya dengan sekarang ialah dahulu mungkin ianya tidak begitu dikenali dan diketahui dek kerana kurangnya jaringan komunikasi yang wujud bagi para peniaga dari rumah untuk memasarkan jualan makanan mereka. Kini, terima kasih kepada perkembangan teknologi, perniagaan makanan dari rumah telah menjadi satu ‘trend’ dan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sementelah lagi di zaman ekonomi tidak menentu ini akibat pandemik Covid19 memang keadaan ekonomi tidak menentu sehingga kerajaan buat pelbagai sekatan dan diujudkan 'norma baru' dalam masyarakat. Melihat kepada konsepnya yang difikir menguntungkan kini perniagaan makanan dari rumah kedengaran seperti sesuatu yang menjanjikan. Kepada anda yang mungkin sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskannya atau tidakmaka jawapan adalah sebaiknya diteruskan kerana belum cuba belum tahu. Bagi membantu menyenangkan kerja anda artikel ini akan menyenaraikan beberapa petua untuk anda mengorak langkah pertama menjadi seorang usahawan perniagaan makanan dari rumah. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana petua memulakan perniagaan dari rumah untuk dijadikan rujukkan anda!.

Kini sebelum anda meneruskan apa-apa proses selanjutnya semestinya mampu menentukan dahulu jenis makanan  serta bagaimana cara ingin anda jual. Terdapat berpuluh-puluh (atau beratus-ratus) jenis pilihan makanan yang boleh di pilih dan anda cuma perlu memilih satu atau beberapa jenis makanan yang anda rasakan mahu jual sahaja kerana harus anda ingat bahawa kualiti adalah lebih utama berbanding kuantiti (Sila lihat foto disebelah). Ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi jualan anda kelak. Sebagai contoh, anda rasakan yang makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti jenis-jenis nasi termasuk nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu yang mampu dipasarkan dengan lebih luas. Sebaiknya perlu difokuskan dahulu terhadap menu yang dipilih tersebut sahaja. Kalaupun anda ingin menambah beberapa ‘side dishes’ untuk dijual bersama maka perlu dipastikan ianya tidak terlalu kontra dari segi jenisnya dengan menu utama yang ingin anda jual. Apa yang berlaku adalah kerana ada sifat 'Terlalu tamak’ untuk meniagakan banyak jenis makanan sekali gus tidak hanya ia akan mempengaruhi kualiti makanan anda akan tetapi juga merumitkan kerja anda kelak. Buat sedikit kajian mengenai produk makanan yang mudah disediakan, tahan lama, enak dan mudah dipasarkan. Kajian pasaran amat penting termasuk persaingan dari segi kualiti, harga, jaringan pasaran dan sebagainya.

Penulis blog sering memberi ceramah mengenai penyediaan pelan perniagaan (Business plan) selama berpuloh tahun. Memang dalam apa jua yang dilakukan, perlu ada perancangan yang teliti bagi memastikan kelancaran sesuatu perkara yang dilakukan. Begitu juga dengan cara perniagaan makanan dari rumah. Perancangan yang rapi membolehkan anda mempunyai panduan dalam kaedah mengendalikan hala tuju perniagaan anda baik dari segi masa sekarang atau masa depan. Apabila anda sudah ada perancangan yang rapi tentang apa dan bagaimana ingin anda kendalikan pernigaan makanan dari rumah anda, tentu proses seterusnya akan menjadi lebih mudah kerana anda hanya perlu mengikut plan yang telah anda rancang, sebagai contoh bagaimana perniagaan anda ingin dijalankan, berapa orang pekerja yang diperlukan dan jumlah bajet yang diperlukan. Jika perniagaan dari rumah ingin dijalankan maka kaedah yang paling efektif untuk digunakan adalah melalui alam maya (internet) dimana anda mungkin boleh membina sebuah laman web atau media sosial bagi mempromosikan dan menguruskan perniagaan anda tersebut. Konsep 'Pesan Makanan Dari Rumah' yang semakin popular masa kini memang perlu dilakukan. Ini kerana dilaporkan memang sudah nama pun perniagaan makanan dari rumah dimana tentulah tempat operasinya juga dirumah. 

Jika perniagaan makanan yang lain dijalankan di tempat yang khusus iaitu dipanggil restoran maka anda akan lakukan perniagaan makanan anda dari rumah di mana ianya lagi selesa dan mudah. Namun memang tidak bermakna ia semudah yang difikirkan. Walaupun anda beroperasi dari rumah akan tetapi tetap juga harus mengambil serius terhadap bisnes makanan anda dengan cara menyediakan ruang yang betul bagi memasak dan menyediakan makanan yang ingin dijual. Selain itu sebaiknya perlu dipastikan ruang menyediakan makanan tersebut (dan keseluruhan rumah) cukup bersih dan berada dalam keadaan terbaik dimana ia mempunyai ruang yang cukup bagi memudahkan anda melakukan tugas memasak. Salah satu cara apa yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan sedikit perubahan terhadap ruang memasak, ruang menyimpan makanan kering dan juga basah mengikut yang sepatutnya supaya ia lebih teratur. Salah satu aspek penting yang perlu diletakkan dalam senarai perancangan anda ialah bajet. Buat semakan akaun atau kira-kira dengan teliti akan modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan makanan anda tersebut. Jika jumlah simpanan yang anda ada tidak mencukupi maka tidak ada salahnya dengan membuat pinjaman wang dari mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen yang menyediakan pinjaman wang. Namun perlu dipastikan jumlah yang di pinjam memadai untuk anda mulakan bisnes anda itu dan elakkan dsripada meminjam secara terlalu berlebihan dan jangan pula sehingga tidak mencukupi.

Apa pun memang tidak mudah juga sebenarnya untuk memulakan sesuatu bisnes  termasuk cara bisnes makanan dari rumah sekalipun. Terlalu banyak proses dan perkara yang perlu dilalui terlebih dahulu sebelum ia boleh dijayakan. Jika anda fikir anda boleh lakukan semuanya sendirian dari A-Z dan memang perlu difikir semula dimana sebaiknya rujuk atau mintalah nasihat dan bantuan pakar terlebih dahulu. Tidak semestinya pakar tersebut ialah orang yang betul-betul diiktiraf dalam sesuatu bidang tersebut dan boleh jadi kepada mereka berada di kalangan rakan-rakan yang terdekat atau disekeliling sahaja. Sebaiknya mereka yang telah lama ‘makan garam’ dalam bidang perniagaan makanan dari rumah tentang tips dan sebagainya. Melalui kaedah ini berkemungkinan akan dapati pengetahuan atau ilmu baru yang mungkin tidak anda ketahui sebelum ini. Sebagai petua boleh dicari pembekal bahan mentah dahulu dimana jangan ambil mudah tentang hal ini. Kajian menunjukkan dimana dari hasil pengalaman untuk membeli bahan mentah dalam skala yang kecil (bagi dimasak untuk diri dan keluarga) maka mungkin terfikir bagi mendapatkan bekalan bagi bahan mentah itu adalah mudah. Jika bahan tersebut adalah bahan kering yang mudah didapati di mana-mana kedai atau pasar raya memang ia tidak akan menjadi masalah. Bagaimana pun lazimnya jika bahan mentah yang perlu dibeli segar setiap hari memang akan bermasaalah. Sebagai contoh pisang, keledek, siput sedut, jagung manis dang hanya boleh diproses dalam bentuk segar sahaja. 

Jika ada yang ingin membuka perniagaan ‘durian crepe’ dari rumah dalam skala yang besar dimana jumlah durian yang anda perlukan dalam sehari ialah 50 biji makaia perlu difikirkan mengenai bahan mentah (Sila lihat foto disebelah). Memang kesukaran untuk dapatkan bahan mentah yang buahnya bermusim adalah satu cabaran hebat. Dari segi pasaran akan menjadi cabaran keran durian crepe ini hanya dimakan oleh golongan tertentu sahaja kerana harganya agak tinggi untuk pasaran khusus sahaja. Persoalan dimana produk durian crepe oni hendak dijual didalam peti sejuk juga perlu difikirkan. Bagi tujuan untuk mendapatkannya dari sebuah gerai yang biasa bukan mudah untuk menjual hanya satu produk sahaja dan in perlukan kajian teliti. Bagaimana pula jika terjadi apabila gerai yang selalu anda kunjungi itu tutup atau kehabisan bekalan durian untuk diproses. Memang amat penting untuk dicari pembekal bahan mentah yang membolehkan mendapatkan bekalan buah duria setiap hari tanpa risau kehabisan stok supaya tidak terjadi kes ketiadaan bahan mentah untuk berniaga. Membeli daripada pemborong tetap sudah pasti boleh kita mendapat harga yang jauh lebih murah berbanding jika dibeli di kedai biasa.

Sebagai petua bagi anda yang mahu memulakan perniagaan dari rumah dan jika masih belum ada idea makanan apa yang ingin dijual sebaiknya bolehlah cuba melakukan tinjauan dan cari tahu makanan apa yang sedang mendapat permintaan ramai dan bagaimana dengan pasarannya. Kita boleh sahaja gunakan kreativiti dengan mencipta resepi baru mahupun mengolah resepi yang telah sedia ada bagi menarik perhatian pembeli. Selalunya jenis makanan yang unik atau susah untuk didapati sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Walau bagaimanapun lazimnya setiap perniagaan makanan itu mampu berjaya jika dilakukan dengan betul. Tidak kiralah apa jua jenis makanan yang anda mahu jual sama ada jenis makanan moden atau pun jenis makanan tradisional, apa yang penting adalah pastikan anda betul-betul memahami cara pembuatan, cara pengendalian dan bahan yang diperlukan, barulah produk yang anda ingin jual akan laku kerana anda telah mampu untuk memberikan yang terbaik dalam penghasilannya. Sebaiknya menggunakan kuasa viral dan viralkannya dan jangan tunggu sehingga anda sudah siap semua persediaan barulah hendak hebahkannya kepada umum. Sebaiknya adalah ketika masih dalam proses maka sudah mula produk tersebut diviralkannya dimana mungkin dengan cara ‘teaser’, menyebut tentang harga promosi pengenalan dan mula perkenalkan menu anda. Dengan cara ini maka orangramai akan tertunggu-tunggu produk makanan hebat untuk mula dijual dan pada hari pertama anda sudah memulakan jualan, orang akan mula berpusu-pusu membuat tempahan. Cubalah kaedah ini dimana ada kemungkinan berlaku kejutan akan hasil dari kuasa viral. Semoga dengan perkongsian petua ini akan membantu anda untuk memulakan perniagaan makanan dari rumah bagi menambah pendapatan di samping mengasah lagi bakat memasak anda yang sedia ada. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BERNIAGA SENDIRI... DARI RUMAH SAJA...
PRODUK MAKANAN... MUDAH DISEDIA...
GUNAKAN INTERNET...DI VIRAL CARANYA...
PERU DIRANCANG...SEMUGA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(15 Ramadan 1441H).
Elkkan covod19.... Duduk Rumah semasa PKPB!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...