THAILAND merupakan pengeksport buah durian segar ke negara China yang terbesar didunia dengan sebanyak USD544 juta (THB16.7 billion) meningkat 82.3% dari tahun sebelumnya. Selain itu negara tersebut juga mengeksport duiran sejukbeku dan durian proses ke China berjumlah USD46.9 juta (THB1.4 billion) dengan kadar pertumbuhan 41.6% setahun pada tahun 2019. Data daripada China menyatakan dimana sebanyak 98.9% durian yang diimport datangnya daripada Thailand. Orang China memang bangsa yang sangat suka makan durian kerana ia memberikan enaga dan kepanasan kepada tubuh badan selain daripada cogankata 'makan durian ada ong'. Eksport durian dari Thailand ini diikuti ke negara Vietnam berjumlah sebanyak USD267 (THN8.16 billion) menunjukkan kehebatan promosi dan pemasaran durian dari negara gajah putih ini. Ketiga Thailand mengeksport durian sejukbeku ke USA dengan jumlah sebanyak USD 6.6 juta (THB201 juta) pada tahun sama. Akhbar Bangkok Post menyatakan eksport buah durian merupakan 44% daripada jumlah ekport buah-buahan dari negara tersebut. Malaysia juga diantara destinasi pasaran buah durian daripada Thailand setiap musim dengan penjualan dibanyak lokasi termasuk pasaraya besar diseluruh negara. Pada penulis blog kejayaan Thailand didalam mereka menghasilkan buah durian berkualiti bermula daripada sistem penanaman durian, penjagaan kualiti diladang sehingga kepada caraa rawatan dan penjagaan kualiti dijalankan serta kehebatan jaringan pemasaran mereka. Dakea Bangkok Post lagi kehebatan buah durian Thailand kerana mereka ketat didalam melaksanakan Good griculture Practices (GAP) didalam semua peringkat pengeluaran sehingga mewajibkan semua penanam durian mesti memounyai GAP yang diiktiraf seuruh dunia. Durian Thailand untuk pasaran eksport datangnya 20% daripada Selatan Thailand dan 50% lagi datangnya daripada kawasan Timur Utara Thailand. Para pengeksport durian Thailand tidak berani membeli durian untuk eksport jika harga runcit jualan di China kurang dari USD3.34 sekilogram (THB100/kg) atau duit Malaysia RM13.65/kg. Akhbar BAngkokk Post juga melaporkan kini Malaysia juga telah memasukki pasaran durian ke China dengan durian sejukbeku dengan varieti Musang King melalui Alibaba online dan ini perlu dijayakan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Aggro Technology" saya menulis bagaimana proses eksport durian dari Thailand daripada lawatan penulis blog kenegara tersebut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Berdasarkan kepada keinginan untuk melihat proses bagaimana Thailand berjaya menghasilkan buah durian unruk eksport, penulis blog kenegara iaitu di Chantaburi, Thailand tersebut untuk penulis blog mempelajarinya. Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan komoditi penting dan di gelar sebagai Raja Buah di negara Tropika. Terdapat banyak persamaan cuaca dan iklim di antara Malaysia dan Thailand akan tetapi negera Thailang berjaya menjadikan buah durian sebagai produk ekport yang menghasilkan pendapatan mereka berbillion jumlahnya setiapp tahun. Mesti ada program khusus yang dilaksanakan di sana selama ratusan tahun sehingga mereka berjaya menghidupkan tanaman durian sebagai komoditi ekport yang hebat. Daripada program biakbaka durian sehingga kepada teknologi amalan agronomi dan aliran memproses untuk eksport dan penghantaran melalui kargo udara semuanya lengkap. Dilihat banyak varieti durian Thailand yang di eksport tetapi 3 yang utama ditumpukan kepada varieti Kanyau, Chanee dan Munthong. Penulis blog kali ini mempaparkan teknologi rawatan proses pengekspotan buah durian di Thailand untuk dikongsi bersama. Buah durian untuk ekspot di Thailand adalah di petik daripada pokok dan bukan buah yang gugur sendiri. Mereka menunjukkan bagaimana buah durian di petik menggunakan tangga buloh dan dipotong tangkai dengan pisau tajam dan tidak menjual buah durian yang jatuh gugur bagi menjamin kualiti. Buah durian yang dipetik ini akan digred di ladang atau pusat pengumpulan hasil mengikut kualiti melalui beberapa peringkat.
Buah durian yang dipetik daripada pokok akan dikumpulkan di ladang dan dibuat grading dahulu diperingkat kebun. Buah ini akan dimasukkan kedalam beberapa bakul dan kemudian akan dihantar ke pusat pengumpulan untuk ekspot dihantar menggunakan kenderaan pick-up dan diubahsuai dengan dinding pick-up ditinggikan. Buah ditutup dengan kanvas didalam perjalanan bertujuan mengelakan terkena pnas matahari yang akan merosakkan buah. Setibanya di pusat pengumpulan eksport maka buah durian akan diturunkan setiap biji dengan cara mencampak dari atas pick-up dan disambut oleh dua orang pemeriksa yang berpengalaman dan proses kritikal. Ini disebabkan pemeriksa ini akan meneliti kualiti buah dengan membelek-belek buah berkualiti dan juga mengetuk-ketuk buah dengan sejenis alat khas untuk periksa tahap kematangan dan isinya. Anda boleh membaca tulisan saya mengenai alat ini (Sila klik disini). Setelah diperiksa setiap biji durian maka pemeriksa ini akan memasukkan buah durian segar ini kedala 3 kategori bakul iaitu bakul pertama untuk buah durian segar bagi pasaran ekspot, bakul kedua diisi dengan durian segar tidak sesuai untuk eksport (dikelaskan sebagai jualan durian untuk pasaran domestik) dan bakul ke tiga untuk buah durian yang ditolak (Diguna untuk diproses sahaja. Kemudian bakul pertama akan dihantar ke bahagian pemeriksaaan untuk pasaran eksport yang menggunakan sistem piawaian khusus bagi pasaran durian eksport.
Semua buah durian datang dari kebun durian akan diperiksa dengan gunakan sejenis Alat Khas Mengesan Buah Matang digunakan (Sila lihat foto disebelah) bagi menentukan kualitinya. Apa yang penting dimana pemeriksa mestilh yang mahir dan berpengalaman didalam menentukan kualiti buah durian ini. Alat khas ini diketuk pada kulit buah durian yang memang dipetik dari pokok. Apa yang penulis blog lihat dan buat praktikal sendiri memang mudah untuk menggunakan alat ini apa lagi kalau pemeriksa ini sudah bertahun-tahun melakukannya terhadap jutaan buah durian ini. Teknologinya mudah kerana jika kulit buah diketuk dan bunyinya 'kosong' bermakna buah adalah sudah cukup masak untuk pasaran tempatan. Jika bunyinya 'ngam. maka ia sesuai dimasukkan kedalam bakul pertama bagi pasaran eksport. Buah yang pecah, ditebuk tupai, ada serangan serangga dan sebagainya akan dimasukkan kedalam bakul ke tiga. Alat ini berhargaTHB10 (RM 1.30) ini dipunyai oleh ramai pekebun, pengumpul, pemeriksa dan pengeksport durian. Kita di Malaysia belum ramai yang mempunyai alat menentukan kualiti durian ini yang boleh dibuat sendiri dan mudah dibuat pemeriksaan oleh semua peringkat pengeluaran buah durian.
Proses berlanjutan dimana bakul yang mengandungi buah durian segar yang lulus pemeriksaan ini mesti menepati beberapa cili asas. Antaranya adalah saiz buah, warna kulit, keseragaman buah, tiada kecacatan fizikal dan juga dari varieti yang dikehendakki sahaja. Bakul ini akan disusun dimana buah yang sesuai untuk diekspot dimasukkan dalam bakul plastik yang di lihat bentuk dan saiznya seragam (Sila lihat foto disebelah). Buah durian yang masih segar ini akan disusun dalam bakul bulat untuk proses berikutnya iaitu rawatan buah durian. Apa yang penting dimana semua proses ini dilakukan didalam kawasan berbumbung yang ada pengudaraan yang mencukupi dan ruang kerja yang selesa. Kebanyakan pekerja di premis rawatan eksport durian ini adalah wanita atau lelaki mengikut ruang kerja dengan memakai pakaian sesuai dan sarung tangan.
Proses penting berikutnya adalah merupakan proses yang jarang petani di Malaysia melakukannya iaitu proses atau rawatan merendam buah durian dalam 'Larutan Kuning' atau 'Yellow Solution'. Apa yang penulis blog tertarik dimana proses merendam selama ini hanya sekitar 8 - 10 minit dibuat bagi setiap biji buah durian untuk dieksport (Sila lihat foto disebelah). Larutan kuning ini sebenarnya disediakan dengan bahan utama mengandungi Kunyit (Cucurma domestica) atau daham bahasa Inggeris dinamakan sebagai Turmeric daripada keluarga Zingiberaceae. Mereka dakwa ada mencampurkan larutan kuning ini dengan beberapa bahan-bahan lain yang tidak diberitahu kepada penulis blog (Orang Siam memang rahsiakan bahan ini - ada 5 lagi bahan digunnakan). Larutan Kuning ini didakwa mampu meningkatkan kualiti buah durian segar untuk pasaran eksport. Diantara kegunaan menurut beberapa pekerja yang ditemubua menyatakan larutan ini akan memberikan warna kulit buah durian lebih kuning dan kilat, membunuh segala pathogen pada kulit buah serta mampu dalam mempastikan buah akan masak apabila tiba kepada konsumer di China dan memberikan ketahanan kepad buah durian segar tersebut.
Proses seterusnya adalah dimana buah yang direndam tadi disusun diatas para kayu atau plastik dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Susunan buah durian yang baru direndam ini ini rapi dan dipasang kipas angin sehinggakan akan kering dan buah tidak akan brtaburan jatuh diatas lantai. Penulis blog perhatikan dimana cara menyusun ini dengan membentuk sekitar 6-7 lapisan dan tiak merosakkan kulit durian paling bawah sekali sehingga betul-betul kering secara semulajadi. Lazimnya buah akan kering selepas 3-5 jam selepas direndam dan dianginkan (kipas ada diatas bunbung dan di keliling kawasan pengeringan). Jika ada sisa larutan masih melekat akan di letakan kipas angin agar dapat dikeringkan sepenohnya. Amat penting memeriksa setiap longgokan buah durian segar ini sehingga ia benar-benar kering semuanya.
Proses seterusnya adalah proses memilih buah durian segar dan menimbangnya. Ini dilakukan dengan memasukkan buah durian yang hampir seragam sainzya kedalam bakul yang diletakkan diatas alat timbang (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting mereka kena menimbang buah dalam bakul dengan anggaran berat sekitar 20 kilogram bagi dimasukkan kedalam satu kotak untuk eksport. Penulis blog mencuba menimbang dimana jumlah buah yang diperlukan purata 3 biji sahaja dan buah perlu ditukar sehingga mendapatkan berat yang menghampiri angka 20 kilogram ini. Bakul ini akan diturunkan dan disusun di ruangan memasukkan kedalam kotak pembungkusan. Kotak-kotak baru sahaja digunakan untuk pembungkuan bagi pasaran eksport. Semua kotak ini mempunyai saiz standard mengikut piawaian dan dilabelkan mengikut kehendak negara pengimport. Bahasa kotak dalam bahasa Inggeris dan bahasa China (pasaran ke China) dengan jelas.
Buah durian segar yang telah sesuai dikumpulkan sebanyak 20 kg akan di periksa sekali lagi dimana ada pekerja khas yang akan memotong bahagian atas tangkai buah beberapa cm (untuk meratakan pangkal tangkai buah biasanya sekitar maksima 3 cm sahaja). Kemudian bahagian luka pada tangkai ini akan disapu dengan bahan kimia (racun kulat) bagi menghalang kerosakan akibat kedan cedera potongan. Apa yang unik dimana pada tangkai tersebut akan di tampal dengan pelekat Label Akreditasi berwarna kuning (Sila lihat foto disebelah). Label ini akan di lekatkan pada setiap biji durian iaitu pada tangkai buah yang mengandungi maklumat akreditasi yang disahkan oleh Jabatan Pertanian Thailand. Label ini dilihat sangat kukuh sehingga tidak mudah tertanggal semasa proses aktiviti lepas tuai dan samapi kepada pengguna.
Buah durian segar ini kemudian akan disusun dalam kotak dengan jumlah buah sebanyak 3 biji sahaja (90% buah adalah 3 biji) seperti didalam foto disebelah. Bagaimana pun penulis blog lihat ada beberapa kluster kotak yang didalamnya ada yang 4 biji setiap kotak. Kotak ini mempunyai dua lubang dibahagian atas kiri dan kanan untuk memudahkan semasa mengangkatnya dan sebagai sistem pengudaraan Setiap buah durian ini akan di lapikkan dengan kertas tebal untuk mengelakan kecederaan pada kulit buah dan ia juga dilatakkan dikiri dan kanan buah. Kotak ini kemudian akan ditutup dengan rapat dan di seal dibahagian atas dengan menggunakan tape yang kuat. Setiap kotak mempunyai banyak lubang untuk pengudaraan.
Setelah semua kotak ini di seal maka ia akan disusun diruangan khas penyimpanan. Ia akan ditandakan mengikut kumpulan seperti kumpulan mengikut varieti, tarikh pengendalian dan destinasi pasaran durian luar negara. Apa pun cara menyusun kotak emang unik dimana dibahagian tengah kotak senghaja dikosongknn bagi tujuan sistem pengudaraan yang baik (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya kotak disusun setinggi 5 lapisan dengan ada jarak diantara kotak tersebut. Buah durian segar ini sudah sedia untuk dihantar kenegara pengimport melalui kargo udara. Kalau ke Malaysia dan Vietnam ada yang menghantarnya melalui jalan darat.
Proses selanjutnya adalah dengan memasukkan kotak-kotak yang berisi durian segar ini kedalam kontena (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya kontena berkuran besar dan sederhana dengan mempunyai sistem pendingin udara yang boleh dikawal. Suhu didalam kontena ini dikawal sehingga penoh diisi kotak berisi durian segar sebelum ianya dibawa ke lapangan terbang tertentu bagi penghantaran keluar udara, Difahamkan Thai Airways merupakan syarikat penerbangan dengan harga ruang karga yang paling kompetetif didunia terutama untuk penghantaran buah durian segar dan produk pertanian yang lain. Dilaporkan pengantaran buah durian keluar negara hanya mengambil lebihkurang 2 - 3 hari daripada buah dipetik dan sampai kepada pengguna bergantug kepada masaalah logistik dan jarak.
Bagaimana pun penulis blog katakan tidak lengkap melihat proses mengeksport durian di Thailand ini jika kita tidak membuat ujirasa buah tersebut. Penulis blog membeli beberapa biji durian eksport tersebut yang ingin dihantar ke China. Apabila dibelah didapati memang kualiti ulas durian amat menarik dengan warna kuning keemasan dan manis rasanya. Ia masih dapat mengekalkan keenak semulajadi ketika ujirasa. Kemungkinan aroma atau baunya kurang berbanding dengan durian masak ranum yang gugud di Malaysia. Durian Chanee ini saya hanya mampu makan 2 ulas sahaja kerana isinya tebal dan mengenyangkan juga. Dalam pada itu petani di Thailand yang memetik buah durian atas pokok memetik mengikut indeks penuaian seperti disyorkan. Banyaknya buah durian pada musim kali ini memang tidak dapat dinafikan. Lebih dari 10,000 biji buah telah dikumpulkan disini dan pekerja dibahagikan syif untuk memproses buah durian bagi pasaran ekspot selama 24 jam. Kejayaan buah durian yang diekspot oleh Thailand amat membanggakan kerana kita juga menerima durian dari negara tersebut setiap musim. Negara lain seperti Indonesia, Malaysia mungkin boleh menggunakan teknologi ini dengan meningkatkan lagi R&D dan memperkenalkan varieti tempatan sesuai lain untuk pasaran ekspot. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasaalam.
BUAH DURIAN ...DI EKSPORT KECHINA...
NEGARA THAILAND... HEBATNYA DIA...
BUAH DIPETIK... DIPROSES KUALITINYA...
MEMBUAT TINJAUAN...DAPAT RAHSIANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(6 Syawal 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.