Support My Blog

Sunday, June 14, 2020

TANAMAN MANGGA ARUMANIS DI INDONESIA

MANGGA ARUMANIS (Mangifera indica) atau di Malaysia ia dipanggil sebagai Mangga Harumanis (MA128) merupakan mangga premium yang manis, berbau harum dan dijual dengan harga premium. Di negara jiran Indonesia Mangga Harum Manis atau Arum Manis ini adalah salah satu jenis buah mangga yang konon berasal dari Probolinggo, Jawa Timur. Mangga ini disebut dengan nama harum manis kerana mangga ini berbau harum dan rasanya memang manis. Mangga harum manis berbentuk lonjong,berparuh sedikit dan hujungnya meruncing iaitu dilaporkan hampir sama dengan mangga Manalagi. Mangga Manalagi pula mempunyai pangkal buahnya berwarna merah keunguan, sedangkan bahagian lainnya berwarna hijau. Dibandingkan mangga jenis lainnya dilihat secara fizikal Mangga Manalagi relatif lebih kecil bila dibandingkan Mangga Harum manis, Mangga Golek ataupun Mangga Indramayu. Warna kulit hijau cerah dengan bintik putih. dimana bintiknya adalah lebih besar dibandingkan bintik jenis mangga lainnya. Semasa mentah mangga Manalagi tidak semasam mangga lainnya dan diaakwa ada pula cenderung manis. Warna kulit akan berubah menjadi hijau tua semasa ia benar-benar matang. Mangga Manalagi paling enak dimakan bila buah sudah tua dimana warna dagingnya adalah putih kekuningan. Daun mangga Manalagi tidak selebar mangga Harum manis ataupun mangga Indramayu sehingga terlihat lebih panjang. Mangga Manalagi semasa berbuah ada lebih dari 10 biji setangkai sedanagkan mangga Harumanis hanya ada 10 biji maksima. Mangga Harumanis lazimnya secara fizikal mempunyai kulit tidak begitu tebal, berbintik berwarna keputihan dan ditutupi lapisan lilin. Daging isi buahnya tebal, berwarna kuning, lembut, tidak berserat dan lazimnya  tidak mengandung air yang begitu banyak. Mangga harum manis ini memiliki rasa segar dan manis tapi ada sedikit rasa masam. Mangga Harum Manis memililki biji yang kecil, lonjong pipih dengan panjang sekitar 13-14 cm. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai mangga Harumanis dan MAngga Manalagi untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.

Lazimnya mangga Harum Manis ini memiliki banyak kandungan dari segi nutrisi seperti Vitamin A dan C, zat besi, kalsium, Posforan, Sodium, Potasium, Magnesium dimana ada dakwaan buah ini amat baik bagi penderita hernia. Apa pun cara makan mangga Harumanis adalah dengan dimakan segar terus setelah membuang kulitnya atau ada yang menjadikannya sebagai jus. Kalau di Malaysia mangga Harumanis ini lebih banyak dimakan segar ada juga mereka yang membelinya untuk dijadikan jus. Musim mangga harumanis di Indonesia lebih awal satu setengah bulan awal berbanding dengan nuah masak di Perlis iaitu bernula semanjk awal April. Kita di Perlis lazimnya mula menuai mangga harumanis pada pertengahan bulan Mei. Pengaruh amalan agronomi dan cuaca amat mempengaruhi jumlah tuaian mangga arumanis dimana jika ada perubahan hujan berlebihan semasa berbunga dan berputik maka hasil berkurangan. Cuaca yang banyak hujan dengan kelembapan tinggi juga jika tidak ditangani akan mempengaruhi kualiti buah. Aktiviti membalut buah amat penting dengan masa membalut yang tepat dan menggunakan kertas balut yang ditanda Tanda pada kertas membalut ini akan membolehkan petani memetik mangga arumanis ini dengan indeks kematangan tepat.

Cara penanaman dan penjagaan tanaman Mangga Arum Manis perlu dilakukan mengikut amalan betul. Pemilihan kawasan dan penyediaan tanah dilakukan dengan baik. Pertama sekali perlu di bersihkan kebun dari semua rumpai dan tanaman tidak diingini (noxious plant). Selanjutnya dibuat sistem saliran dan parit ladang bagi mangalirkan air agar kebun tidak tenggelam air musim hujan. Kemudian disediakan lubang tanaman sedalam 50 cm - 100 cm dengan jarak antara baris sekitar 5- 10 meter. Cara menanam pula sebaknya berbentuk segiempat sama atau pun dengan bentuk segitiga sama sisi. Jika lubang tanam sudah siap maka ia mesti dibiarkan terdedah selama 1-2 minggu agar patogen dan toksik dalam tanahnya hilang. Boleh dimasukkan kapor dan baja organik didalamnya. Benih mangga arumanis diperolehi melalui pembelian dari nurseri atau boleh juga membbuatnya sendiri. Berbagai kaedah petani di Indonesia menydiakan benih mangga arumanis sendiri sama ada melalui biji, cantuman, tut dan sebagainya. Hanya benih mangga arumanis tulin yang dijamin mampu menghasilkan buah yang berkualiti kelak.

Penanaman mangga arumanis perlu dilakukan dengan segera sebaik sahaja kerja penyediaan tanah selesai. Kemudian penanamn dengan kaedah memasukkan tanah yang telah dicampur dengan sekam padi dan baja komppos atau baja organik ke dalam lubang hingga mencapai ketinggian sepertiga tinggi lubang secara keseluruhan. Keluarkan benih mangga arum manis dari polibag dan masukkan ke dalam lubang tanaman tersebut dan kemudian ditimbun benih dengan tanah sisa yang masih ada. Pastikan tanag tidak kena dengan tempat keratan cantuman matatunas. Lakukan penyiraman setiap 1-2 kali sehari bersama kerja mengawal rumpai dan serangga perosak seperti kumbang makan daun dan sebagainya. Pembajaan dengan menggunakan baja organik dan Baja NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif setelah 2 bulan menanam. Baja buah NPK12:12:17:2 diberikan apabila pokok sudah sedia berbunga dan berbuah bersama baja organik. Buah mangga arumanis boleh dituai setelah benar-benar tua. Ciri-ciri mangga yang sudah tua dimana bahagian pangkal buah telah membengkak rata dan warnanya mulai menguning. Pengambilan atau memetik buah yang belum cukup tua akan menyebabkan rasanya agak masam dan kelat. Mangga arum manis dapata dituai setelah berumur sekitar 4 - 5 bulan (110-150 hari) sejak bunga mekar (anthesis). Pemetikan buah mangga diusahakan dengan cara hati-hati dan pastikan buah tidak boleh jatuh dan getahnya tidak boleh mengenai buah mangga tersebut. Buah yang dpetik boleh digredkan mengikut saiz dan kualiti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(21 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...