Support My Blog

Friday, June 26, 2020

PORANG - TANAMAN UMBISI BERPOTENSI (Part 1)

PORANG (Amorphophallus muelleri Blume) merupakan jenis tanaman ubi-ubian termasuk keluarga Araceae dan kelas Monokotiledoneae. Hasil tanaman ini berupa umbi yang mana ia mengandungi bahan yang banyak kegunaanya. Kita di Malaysia mungkin tidak pernah tengok atau menanam pokok porang ini akan tetapi ia menjadi satu jenis tanaman yang popular di Indonesia. Banyak sumber rujukan dalam bentuk tulisan dan youtube mengenai tanaman ini yang memberikan pendapatan baik kepada pengusaha atau petani disana. Umbisi Porang ini dilaporkan mengandungi bahan Glucomannan (glukomanan) iaitu sejenis serat (Fiber) semulajadi yang larut dalam air dan bolehh diekstrak daripada bahagian akar ubi gajah atau juga dikenal sebagai 'konjac mannan'. Glukomanan merupakan seejenis bahan polisakaride yang larut dalam air yang mana ia dianggap sebagai serat makanan. Kandunagn bahan ini merupakan komponen hemicelulose di dinding sel daripada beberapa spesies tanaman. Glukomanan lazim digunakan sebagai aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental. Apa pun di negara jiran ini ada diusahakan secara komersil tanaman Porang yang menyamai dengan tanaman Suweg, Walur dan Iles-iles.  Tumbuhan ini merupakan tanaman penghasil umbisi yang boleh dimakan terutama untuk bidang industri dan kesihatan. Di Indonesia kini umbi porang ini memiliki potensi dan prospek yang besar untuk diperluaskan lagi penanamnya untuk pasarnan domestik dan eksport. Kepada mereka yang yang ingin mencuba didalam menghasilkan umbi berkarbohidrat tinggi ini boleh membaca artikel ini sehingga faham. Artikel didalam blog popular "Anim Agro Technology" ini akan memperkenalkan sejenis tanaman umbisi yang sudah popular ditanam di Indonesia tetapi tiada di Malaysia. 


Kepada pembaca blog ini marilah kita mengenali dahulu tumbuhan yang mana ia mudah ditanam dengan mampu meberikan pendapatan kepada petani. Porang asalnya telah pun dijumpai di Kepulauan Andaman, India sebelum ianya telah dibawa dan tersebar timur melalui Myanmar,Thailand dan akhirnya masuk ke Indonesia tetapi tidak diketahui di Malaysia. Tanaman ini yang saya fikir pernah melintasi Malaysia tanpa disedari kepentingannya oleh penulis blog semasa bertugas dalam Jabatan Pertanian sendiri. Mungkin ada kalangan mereka yang menanamnya tetapi tidak dilaporkan didalam laporan keluasan tanaman umbisi di Malaysia. Pokok Porang memiliki daun dan bercabang di mana tidak memiliki batang sejati dan hanya memiliki batang berupa umbi yang selalu ada di bawah permukaan tanah (Sila lihat foto disebelah). Porang tidak seperti tanaman ubi kayu yang membentuk hanya satu buah umbisi dibawahnya (Ubikayu banyak umbisi). Umbisi seperti keladi ini memiliki warna isi kuning cerah dan mengandungi banyak pati apabila ia diproses dengan cara betul. Pati atau tepung yang terdapat dalam umbi porang mengandungi bahan dikenali glukomanan. Ubi ini juga mampu menghasilkan karbohidrat dengan ukurannya yang mencapai 5 kg sebiji bergantung kepada kesuburan tanah dan umur pokok dituai hasilnya. Dari segi rasanya ubi porang lebih tidak memiliki rasa yang tawar atau neutral dimana ia sesuai dijadikan bahan asa bagi dicampur dengan bahan lain ketika membuat kuih tradisional atau pun kuih moden.


Daripada beberapa penyelidikan di buat di negara jiran porang ini dilaporkan banyak  kegunaan dan manafaat selain daripada ia dijadikan bahan makanan, dilaporkan porang didakwa mampu untuk membantu menurunkan mengurangkan kadar kandungan glukos dalam darah dan juga mengurangkan kandungan kolesterol. Porang yang kaya dengan bahan serat ini mampu dalam meningkatkan ketahanan (immuniti) badan seseorang. Ia juga kurangkan masaalah kegemukkan walau pun jenis karbohiderat dan sesuai diambil mereka yang menghadapi masaalah kencing manis. Porang juga bahan kosmetik didalam bentuk agar-agar dan bahan pelekat kuat yang ia selamat untuk digunakan. Kandungan Konjac dapat dijadikan bahan campuran untuk membuat kertas yang kuat dan tahan lama. Selain itu porang juga boleh dijadikan perekat kertas, cat, kain katun dan kapas, pengilap kain dengan material yang lebih baik dan harga lebih murah. Kandungan KGM yang terdapat pada tanaman porang ternyata berguna untuk dunia kesihatan iaitu digunakan sebagai bahan pembentuk pembungkus kapsul ubat-ubatan. Adanya bahan pelekat semulajadi pada tanaman porang digunakan untuk ianya merekatkan kapsul ubat. Tanaman porang mempunyai serat tidak berwarna yang dapat larut dengan mudah di dalam air, tidak memiliki bau dan sigfatnya yang menyerupai agar-agar. Perkara ini menjadikan serat dari porang dapat diproses lagi sehingga menjadi seperti agar-agar. Glukomannan sangat sesuai untuk memurnikan air dan keloid dari alkohol (beer), gula, minyak dan juga serat. Di Jepun tepung konjac telah dijadikan bahan campuran untuk membuat mee shirataki atau konnyaku. Kandungan glukomannan pada tanaman porang umbi dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Serat yang terdapat pada porang juga selalu ada digunakan sebagai alternatif diet, baik untuk menurunkan berat badan ataupun untuk orang yang memiliki diabetes. apa pun perlu dapatkan nasihat dokor untuk mengambilnya secara serius. Ada bahan pengental AisKrim pada porang. Ia juga dijadilan kuliner minuman berkhasiat di Jepun dan dijadikan bahan pengental perekat dalam campuran ais krim agar tidak cepat meleleh. ia juga diguna dalam membuat bahan Waterproof dimana jika dicampurkan dengan gliserin dan atau natrium hidroksida hasilnya glukomannan dapat menjadi bahan kedap air. Ia juga sebagai bahan Isolator Letrik kerana glukomannan dari tanaman porang dalam bentuk gel dapat menjadi pengganti gel silikon. Gel silikon sangat bagus untuk mencegah penghantaran arus letrik dan juga panas, menjadikan gel ini amat berguna.


Kawasan bagi tanaman porang perlulah dipastikan jenis tanah dan pH tanah yang sesuai. Walaupun porang sebenarnya boleh tumbuh diberbagai jenis tanah namun akan lebih baik jika ditanam diatas tanah yang subur dengan pH 6-7. Porang boleh ditanam diatas tanah terbuka yang menerima cahaya matahari 100% atau dibawah naungan sekitar 40 - 70% cahaya. Ia baik hidup dikawasan dari ktinggian 0 - 700 meter dari paras laut. Tanaman ini boleh dibiakan melalui genaratif atau pun vegetatif melalui 3 kaedah pembenihan.  Kaedah pertam dengan benih daripada 'Katak'. Katak di sini bukanlah katak haiwan sebaliknya merupakan adalah bintil porang berwarna coklat kehitaman yang biasanya muncul pada pangkal dan tangkai daun porang (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya katai ini akan dipetik dan dikumpulkan semasa menuai (menebang batang pokok porang) kerana didalam 1 kilogram katak boleh mengandungi sebanyak isi 100 biji katak lagi. Katak ini boleh disimpan lama sehingga sedia ditanam pada awal musim hujan dikebun yang telah disiapkan. Kaedah kedua menggunakan benih daripada Buah atau Bijinya. Ia dihasilkan dari pokok porang yang didapatkan tiap 4 tahun setelah keluar bunga. Di dalam satu bonggol buah porang ia akan menghasilkan biji mencapai 250 butir dimana biji ini yang akan digunakan sebagai benih. Biji benih ini perlu disemai dulu dan boleh diperbanyakkan menggunakan umbi. Selain itu cara menanam ke tiga menggunakan Umbisi Porang itu sendiri. Selalunya umbi porang yang kecil yang dikutip semasa pengurangan pokok tanaman yang sudah terlalu rapat boleh dijadikan benih. Pokok porang muda dicabut dan umbinya yang masih kecil di kumpulkan untuk dijadikan benih. Artikel ini mempunyai 3 siri penulisan iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAMAN UMBISI... PORANG NAMANYA...
POKOK BESAR... BANYAK DI INDONESIA...
UBINYA DITUAI... BANYAK KEGUNAANYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU PUN DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...