Support My Blog

Tuesday, June 16, 2020

BUNGA TELANG DAN KHASIATNYA

BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang cantik dan banyak guna. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik. Anda boleh mendapatkan info mengenai nasi kerabu dengan membuat pautan tulisan saya sebelum ini (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga ini juga memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Penulis blog tidak mendapat maklumat mengenai petani yang menanam bunga telang ini secara komersil daripada lamanweb Jabatan Pertanian Malaysia kerana kebanyakannya hanya ditanam dikeliling rumah atau tanaman campuran dikawasan kebun sayur sahaja. Apa pun menurut rakan saya daripada Jabatan Pertanian Kelantan mereka ada melihat dimana memang bunga telang ini dijadikan satu jenis tanaman herba yang popular dan mendapat khdmat nasehat mereka. Artikel tengahari ini dalam suasana raya 12 Syawal 1441H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bunga telang dan menafaatnya sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda.

Penulis blog memang ada pernah menanam beberapa pasu dahulu pokok bunga telang semasa tinggal di kuarters di Mersing, Johor. Bunga telang yang merupakan tumbuhan semakin jarang ditemui dan memang wajib lebih ramai menanam depan rumah sebagai tanaman hiasan rumah (ornamental plants) dimana bunganya boleh dipetik sebab banyak khasiatnya. Sebenarnya tumbuhan ini mudah ditanam melalui keratan batang atau dari biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman dalam pasu. Bunganya yang cantik berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun tanpa musim (Sila lihat foto disebelah)Cara menyemainya ialah biji benih perlu direndam dalam air selama 3 -  4 jam sebelum disemai dalam pasu atau tapak semaian. Biasanya benih bunga telang ini mengikut pengalaman penulis akan mula bercambah selepas 7 - 14 hari. Cara untuk menanam dari keratan batang pula ialah dimana anda perlu semai dalam pasir yang lembap dan pastikan sentiasa lembab. Tumbuhan ini perlu selalu dicantas atau dibuat 'pruning' untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut. Bagi tujuan amalan agronomi sebaiknya penggunaan baja organik (baja tahi ayam proses) dan baja NPK diberikan mengikut jadual. Penyiraman air beras atau penggunaan pproduk EM mampu meningkatkan prestasi tanaman lebih subur dan menghasilkan banyak bunga. Ada sesekali saya menggunakan baja bunga komersil yang ada dijual di kedai nurseri dan memang baik sekali kesannya.

Bagaimana pun akan lebih seronok jika kita mempunyai maklumat berkaitan fakta  dan  manfaat bunga telang dimana penulis blog anim agro technology percaya masih ramai yang tidak tahu. Khasiat pertama didakwa bunga telang ini mampu dalam mengatasi masalah sembelitCaranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum. Dalam pada itu ada petua dimana bunga telang mampu untuk menguruskan badan. Paling mudah mencapai tujuan ini dengan minum selalu teh herba bunga telang (Sila lihat foto disebelah). Ia juga didakwa boleh membantu anda melalui proses 'detox' untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox dengan menyediakannya sendiri dari bunga yang dipetik dari kawasan rumah sendiri atau membelinya (jika ada). Bunga telang juga didakwa mampu dalam meningkatkan kewanitaan seseorang. Ini kerana bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita dan dilaporkan mengambil nama latin dari genus ‘Clitoria’ atau pun dari perkataan ‘clitoris’. Didakwa dimana bunga ini mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tumbuhan ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran pada kes menstruasi (haid) dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual. Terdapat juga kepercayaan dulu-dulu yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan dari kes keguguran sebaiknya batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan yang sedang mengandung. Sama ada berkesan atau tidak didakwa petua ini tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu untuk membetulkan kitaran haid sila ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.

Penulis blog pernah mendapat petua daripada rakan dari Terengganu yang juga seorang penternak kelulut aktif bagaimana dia mengamalkan mengambil madu kelulut dan teh bunga telang untuk kesihatan. Beliau akan bercerita minuman kegemarannya kepada sesiapa yang datang melawat kawasan penternakan kelulut dikawasan yang dikelilingi dengan pokok akasia. Dakwa beliau teh ini boleh disediakan dengan mudah dengan menggunakan bahan asas iaitu Segenggam Bunga Telang, Segelas Air Panas, Gula secukup rasa dan jangan lupa akan 1/2 biji limau nipis. Katanya cara membuat teh bunga telang ii dengan memasukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian perlu masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 - 7 minit dimana setelah airnya bertukar warna biru pekat maka di tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali perlu di masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan. Dia dakwa bunga telang boleh mengecutkan jerawat dengan cara mengambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Ia perlu dibiarkan selama 30 minit kemudian bersihkan. Apa yang seronok bila dinyatakan bunga telang mampu untuk melebat dan menghitamkan rambut. Dakwanya lagi kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan mampu untuk menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya adalah dengan meramas bunga telang didalam segayung air dan kemudian lakukan mencuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

Dalam beberapa kejutan dinyatakan beliau dimana tumbuhan ini mampu untuk menghilangkan sakit kepalaBunga telang juga dikatakan mampu merawat dan mengurangkan sakit kepala dengan cara mengambil beberapa keping bunga telang kemudian di masukkan dalam kain sehingga membentuk bantal dan ianya boleh digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur. Dalam testimoni lain didakwa ari rebusan bunga telang mampu mencuci darah kotor. Ini dilakukan dengan cara mengamalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor. Selain itu khasiatnya adalah bagi merawat cirit-birit dengan mengamalkan minum air rebusan bunga telang setiap hari selama seminggu. Kepada mereka yang bermasaalah dengan selera dilaporkan khasiat bunga ini termasuk untuk membuka selera makan. Kepada semua pembaca blog anim agro technology yang tiada selera makan boleh mengamalkan memakan daun telang bersama nasi didakwa ia akan membuka selera makan anda. Hebatnya dimana tumbuhan ini mampu merawat ulser mulut dengan cara merendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Bagaimana pun jika pembaca blog ini tidak sembuh juga akan masaalah ulser mulut disyorkn mendapat rawatan dari doktor kerana berkemungkinan ada komplikasi lain. 

Menanam dan memetik bunga telang yang tidak bermusim ini memang proses tidak bermasaalah. Bunga ini akan keluar banyak pada musim panas dengan syarat air dan baja mencukupi berbanding dengan musim hujan. Kepada mereka yang hendak membelinya boleh membeli bunga telang kering dipasaran dengan google sahaja dalam internet (Sila lihat fotoo disebelah). Khasiat dari tumbuhan ini seterusnya adalah kemampuannya untuk merangsang memori dan kebijaksanaan. Ini kerana  kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam di India yang telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan tahap kebijaksanaan seseorang. Apkah benar dakwaan ini kerana memang bagis mempunyai orang yang bijaksana dikalangan masyarakat.  Kegunaan tumbuhan ini seterusnya didakwa mampu mengatasi masaalah Insomnia. Ini kerana air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia. Amalkan meminum setiap hariar rendaman ini untuk menyembuhkan Insomnia. Seterusnya adalah dimana tumbuhan hebat ini mampu untuk mengubati bisul dengan cara menghancurkan daun pokok bunga telang kemudian tampal pada bisul untuk mengubatinya. Dakwaan seteusnya adalah kemampuannya untuk mengubati sakit mata iaitu dengan cara merendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata. Amalkan setiap hari sehingga mata sembuh. Ia juga didakwa mampu mengurangkan gejala asma dimana amalannya dengan merebus akar bunga telang dan amalkan meminum sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma. Ia juga boleh mengubati batuk dengan cara mengambil bahagian akar bunga telang juga dikatakan dapat mengubati batuk.. Keehebatan mengubati bronkitis boleh diatasi dengan cara merebus 40-60 gram akar bunga telang dengan 5 gelas air sampai tinggal separuh kemudian diminum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan waktu malam. Daun pokok telang juga telah mampu untuk mengubati masaalah sakit telinga dengan cara mengambil beberapa helai daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang mengalami sakit. Akhir sekali adalah khasiatnya untuk mengatasi stress kepada semua. Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress dengan mengamalkan meminum air rebusan setiap hari. Semuga artikel ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG... MUDAH MENANAMNYA...
BUNGANYA UNGU... BANYAK GUNANYA...
BENIH DICARII... DAN DITANAM SEGERA...
HASIK DI KUTIP... KESIHATAN DI UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...