Support My Blog

Saturday, June 27, 2020

PORANG - TANAMAN UMBISI BERPOTENSI (Part 2)

PORANG (Amorphophallus muelleri Blume) merupakan jenis tanaman umbi-umbian termasuk keluarga Araceae dan kelas Monokotiledon. Hasil tanaman ini berupa umbi yang mana ia mengandungi bahan glucomannan memang yang banyak kegunaannya. Kita di Malaysia mungkin tidak pernah tengok atau menanam pokok porang ini akan tetapi ia menjadi satu jenis tanaman yang popular di Indonesia. Banyak sumber rujukan dalam bentuk tulisan dan youtube mengenai tanaman ini yang memberikan pendapatan baik kepada penguaha disana. Umbisi Porang ini dilaporkan memang ada mengandungi bahan Glucomannan (glukomanan) iaituu sejenis serat (Fiber) semulajadi yang larut dalam air dan bolehh diekstrak daripada bahagian akar ubi gajah atau juga dikenal sebagai 'konjac mannan'. Glukomanan merupakan seejenis bahan polisakaride yang larut dalam air yang mana ia dianggap sebagai serat makanan. Kandunagn bahan ini merupakan komponen hemicelulose di dinding sel daripada beberapa spesies tanaman. Glukomanan lazim digunakan sebagai aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental. Apa pun di negara jiran ini ada diusahakan secara komersil tanaman Porang yang menyamai dengan tanaman Suweg, Walur dan Iles-iles. Tumbuhan ini merupakan tanaman penghasil umbisi yang boleh dimakan terutama untuk bidang industri dan kesihatan. Di Indonesia kini ubi porang ini dimana ia memiliki potensi dan prospek yang besar untuk diperluaskan lagi dimana penanamnya untuk pasarnan domestik dan eksport. Kepada mereka yang yang ingin mencuba didalam menghasilkan umbi berkarbohidrat tinggi ini boleh membaca artikel ini sehingga faham. Artikel didalam blog popular "Anim Agro Technology" ini akan cuba untuk memperkenalkan sejenis tanaman umbisi yang sudah popular ditanam di Indonesia tetapi tiada di Malaysia.

Penanaman Porang merupakan satu komoditi baru yang diperkenalkan di negara jiran sebagai sejenis tanama berpotensi.Ia hangat dibincangkan dikalangan petani yang ingin mencubanya kerana pulangannya didakwa memang  sangat menggiurkan. Dilaporkan harga ladang jualan ubi porang ini cukup tinggi mencapai Rp4,000 - Rp9,000/kg (RM1.20 - RM2.70/kg) untuk ubi porang basah dan harga Rp35,000 - Rp50,000/kg (RM10.50 - RM15.00/kg) untuk porang kering menjadikannya sebagai salah satu tanaman yang mempunyai prospek yang sangat baik untuk ditanam.  Porang merupakan tanaman penghasil umbisi yang banyak tumbuh di hutan tropika dimana ia mempunyai batang tunggal yang dapat mencapai ketinggian hingga 1.5 meter (Sila lihat foto diatas)Apa pun jika dilihat secara fisikal dimana tanaman porang memiliki ciri yang hampir sama dengan tanaman suweg, Walur dan iles-iles iaitu batangnya bercorak belang-belang hijau putih. Namun ada perbezaan antara tanaman porang dan suweg dai segi beberapa aspek. Seperti halnya tanaman umbi-umbian lain seperti bawang merah atau kentang, tanaman porang merupakan tanaman yang juga diusahakan untuk diambilkan umbinya. Di dalam umbi porang terdapat kandungan zat glucomanan yang banyak digunakan dalam industri kesihatan diantaranya sebagai bahan asa unruk membuat kelongsong kapsul. Ubat kebanyakannya adalah sangat pahit dimana ia perlu dimasukkan kedalam kapsul yang mana kelongsongnya akan mudah larut didalam perut. Kelongsong ini mengguna bahan dari porang yang sangat neutral. Porang merupakan komoditi untuk pasaran eksport bernilai tinggi kerana ubi dari porang ini banyak digunakan dalam berbagai jenis industri makanan. Beberapa produk yang dihasilkan dari umbi porang seperti mee shirataki, beras konjac, agar-agar konyaku, bahan perekat dan sebagainya adalah ekslusif. Umbi porang juga selalu digunakan dalam bahan pembuatan perekat pesawat kapalterbang.


Penanaman Porang pada peringkat awal mereka menanam didalam hutaniaitu di bawah naungan pokok hutan seperti jati, mahoni, cengal dan sebagainya. Namun pada masa ini ia dikeomersilkan dan sudah banyak ditanam dikebun yang terbuka dimana didapati jangkamasa menuai lebih cepat dan pungutan hasilnya juga lebih banyak. Kawasan kebun perlu dibersihkan daripada semaksamun, rumput dan tumbuhan yang tidak dikehendakki kecuali jika ada tanaman lain bagi perlindungan seperti pokok gliricidia yang berfungsi sebagai naungan. Bagi kawasan terbuka boleh dibuat pembajakan tanah untuk menggemburkan tanah yang kemudian perlu dibuat lubang tanaman dengan jarak antara lubang 90 cm x 90 cm. Setiap lubang dibubuh baja asas organik sebanyak 0.5 kg selubang dan TSP atau MOP. Waktu menanam benih porang yang terbaik adalah ketika mula masuk musim hujan iaitu sekitar bulan November  Desember bagi membolehkan pertumbuhan awal yang cukup baik. Masukkan benih porang ke dalam lubang tanam dengan kedudukan bakal tunas menghadap ke atas. Setiap satu lubang perlu diisi dengan satu biiji benih dan kemudian perlu di tutup lubang tanam dengan tanah setebal 3 cm. Porang merupakan sejenis tanaman yang mudah tumbuh tanpa perlu penjagaan yang khusus. Namun untuk mendapatkan kadar pertumbuhan dan penghasilan yang maksima sebaiknya cara penjagaan tanaman ini dilakukan secara intensif.


Amalan agronomi untuk tanaman porang ini meliputi aspek seperti pengawalan rumpai, pembajaan, pengairan, kawalan perosak dan penyakit. Pastikan benih mendapat air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang baik dan mungkin perlu disiram jika ada yang tidak dapat air. Kawalan rumpai perlu dilakukan dengan membersihkan rumput yang berada disekitar tanaman porang yang sebaiknya dilakukan sebulan setelah umbi porang ditanam. Penyiangan berikutnya dapat dilakukan semasa ada rumput baru yang muncul. Rumpai yang sudah dicabut ini kemudian ditimbunkan pada pangkal batang porang agar mereput untuk menjadi baja organik digunakan untuk tanaman porang. Pembajaan tanaman porang perlu dilakukan setelah selesai merumput dengan memberikan baja Urea dengan kadar sebanyak 5 gram sepokok dibubuh dipangkal. Bagi aktiviti mengawal perosak dan penyakit sebaiknya dilakukan sejak dari mula menanam lagi. Antara perosak yang sering dijumpai dan menyerang tanaman porang adalah seperti Belalang, Ulat Makassar orketti, Ulat makan umbi araehenes dan cacing nematod. Dalam pada itu diantara beberapa penyakit yang mungkin akan menyerang tanaman porang diantaranya Penyakit Reput batang, Penyakit LayuDaun disebabkan oleh kulat iaitu Sclerotium sp, Rhyzoctonia sp atau Cercospora sp. 
Kawalan perosak dan penyakit dengan bahan kimia yang disyorkan seperti racun Basudin dan Thiodan. kawalan cacing nematod dengan gunakan racun seperti carbofuran atau jenama Nemacur. Kawalan kulat yang menyerang gunakan racun kulat seperti Ridomil dan Benlate. Apa pun lakukan pemeriksaan kebun mengikut jadual dan sentiasa dijaga untuk ia sesuai dituai. Artikel ini mempunyai 3 siri penulisan iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

TANAMAN UMBISI... PORANG NAMANYA...
POKOK BESAR... BANYAK DI INDONESIA...
UBINYA DITUAI... BANYAK KEGUNAANYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU PUN DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...