Pembangunan industri padi dan beras di sepanjang rantaian nilai akan diperkukuh melalui beberapa strategi dengan cara (1) Meningkatkan produktiviti dan kualiti padi dan beras; (2) Meningkatkan keberkesanan penggunaan mekanisasi dan automasi; (3) Mempergiat penggunaan bahan sampingan padi; (4) Memperkukuh pengurusan stok penimbal beras; (5) Menstruktur insentif dan subsidi padi dan beras; dan (6) Memperkukuh pengurusan institusi padi dan beras. Meningkatkan Produktiviti dan Kualiti Padi dan Beras Pengeluaran padi di kawasan jelapang dan luar jelapang akan dipertingkatkan melalui penyediaan kemudahan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi, penggunaan benih padi berkualiti dan berhasil tinggi, pengamalan teknologi pertanian tepat dan pengurusan agronomi yang lebih cekap. Kawasan penanaman padi akan ditumpukan di kawasan jelapang padi Semenanjung Malaysia dan kawasan sedia ada di Sabah dan Sarawak. Usaha meningkatkan penanaman padi huma di kawasan bukit akan diteruskan bagi meningkatkan pengeluaran beras istimewa untuk pasaran niche. Kawasan luar jelapang yang berpotensi untuk pengeluaran padi dua kali setahun akan dikekalkan dan kemudahan pengairan dan saliran yang mencukupi akan disediakan. Semua kawasan jelapang akan dizonkan sebagai zon kekal pengeluaran padi seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Fizikal Negara 2010. Usaha berikut akan diambil untuk meningkatkan produktiviti di kawasan pengeluaran padi iaitu dengan menggunakan varieti baru termasuk varieti hibrid dan benih padi sah; memperkukuh keberkesanan pengurusan air dengan meningkatkan intensiti pengairan di jelapang padi daripada 20 meter kepada 50 meter sehektar di samping memastikan penyelenggaraan infrastruktur secara cekap. Infrastruktur pengairan kawasan padi di Sabah dan Sarawak juga akan dipertingkat bagi meningkatkan produktiviti; memperluas penyatuan tanah sawah dan pengurusan secara estet; memperluas penggunaan teknologi pertanian tepat dan amalan baik di kawasan jelapang dan luar jelapang yang mempunyai sistem pengairan; dan mempertingkat penyampaian perkhidmatan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) khususnya dari segi mekanisasi dan automasi di samping menggalakkan pemilikan jentera kecil dalam kalangan petani.
Penggredan padi berdasarkan parameter pengilangan iaitu daripada segi kualiti, kelembapan dan kebersihan varieti padi yang berkenaan akan diselaraskan bagi menjamin harga yang berpatutan kepada pesawah padi. Pengeluaran benih padi sah oleh pihak swasta akan diperluas meliputi Sabah dan Sarawak. Penguatkuasaan pula akan diperkukuh untuk menjamin kualiti beras berdasarkan spesifikasi gred bagi melindungi kepentingan pengguna. Meningkatkan Keberkesanan dan Memperluas Penggunaan Mekanisasi dan Automasi Usaha berikut akan dilaksanakan bagi menggalakkan penggunaan mekanisasi dan automasi supaya kecekapan pengeluaran dan penuaian dapat ditingkatkan: menggalak penggunaan jentera yang sesuai bagi kerja pembajakan, penanaman, pembajaan dan penuaian; mempertingkat latihan kepada operator jentera dan pesawah bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan jentera dan mengurangkan kerugian tuaian; mewujudkan insentif pinjaman mudah dan geran padanan bagi pemilikan jentera yang sesuai termasuk menyediakan jentera untuk disewa pada kadar yang berpatutan; mempergiat usaha R&D mekanisasi dan automasi; dan mempertingkat penggunaan mesin pengilangan yang lebih efisien untuk mengurangkan kerugian pascatuai. Mempergiat Penggunaan Bahan Sampingan Padi Usaha akan dipergiat untuk menggalakkan penggunaan bahan sampingan seperti jerami dan sekam padi untuk menghasilkan produk sampingan termasuk makanan ternakan, bahan binaan, biobahan api, media tanaman dan baja organik bagi pembangunan industri padi dan beras yang mampan. PPK akan digalakkan untuk mengenal pasti bidang perniagaan yang boleh diterokai untuk memanfaatkan hasil bahan sampingan tersebut.
Memperkukuh Pengurusan Stok Penimbal Beras Bagi memastikan bekalan beras yang mencukupi, stok penimbal beras akan dikekalkan pada tahap 292,000 tan metrik bagi menampung keperluan penggunaan selama 45 hari. Mekanisme pengurusan stok penimbal beras akan ditambah baik bagi memastikan pengurusan stok yang strategik dan kos efektif. Menstruktur Semula Insentif dan Subsidi Padi dan Beras Skim bantuan baja akan distruktur semula supaya mekanisme diwujudkan, iaitu bantuan baja termasuk baja organik diberikan mengikut kesesuaian tanah setempat. Bantuan racun perosak hanya diberikan apabila berlakunya wabak penyakit yang serius. Memperkukuh Pengurusan Institusi Padi dan Beras Pengurusan institusi padi dan beras akan diperkukuh bagi membangunkan industri padi dan beras yang berdaya saing. Satu unit khas akan ditubuhkan di MADA, KADA dan semua Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) bagi menguruskan tanah petani di bawah skim mini estet padi. Bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran padi dan beras, anak syarikat yang dimiliki secara bersama oleh petani yang terlibat dalam skim mini estet akan ditubuhkan. Anak syarikat tersebut berperanan menguruskan aktiviti pengeluaran padi dan beras di sepanjang rantaian nilai termasuk pengeluaran benih, penanaman, penuaian, pemprosesan, pemasaran dan pengedaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
DASAR AGROMAKANAN... PADI ADA...
BAB 3 DINYATAKAN.... BAGAIMANA IA...
PELAN TINDAKAN... DI SEDIAKANNYA...
TANAMAN PADI.... PERLU DI UTAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 Ramadan 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.