Support My Blog

Sunday, June 21, 2020

KELAPA - PEROSAK DAN PENYAKIT (Part 2)

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan bersuhu panas dan lembap. Buahnya tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun dimana kelapa adalah kaya dengan lemak berguna dan pelbagai unsur penting kepada manusia seperti antioksidan dan juga antibodi penting. Di Malaysia tanaman kelapa adalah tanaman yang ke 4 terpenting diusahakan selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi dengan jumlah keluasan sebanyak 81,585 hektar pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Daripada jumlah tersebut seluas 76,612 hektar diusahakan oleh pekebun kecil dan 4,973 oleh estet swasta. Pada tahun tersebut sebanyak 538,685 metrik tn kelapa dihasilkan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM603.32 juta. Kekurangan buah kelapa di Malaysia ditampong dengan pengimportan bijii kelapa tua daripada Indonesia sekitar RM150 - 200 juta biji setahun. Kelapa hanya ditanam secara komersil dibeberapa kawasan tumpuan seperti di Johor, Selangor dan Perak. Ladang-ladang dan juga kebun utama terdapat di kawasan Bagan Datok dan Hutan Melintang, Perak. Industri kelapa masih memainkan peranan penting dalam perdagangan negara. Sebahagian besar daripada varieti yang ditanam adalah daripada jenis tradisional seperti varietii Malayan Tall (CN1) iaitu kadar sebanyak 92% walau pun kini bakinya adalah daripada jenis hibrid komersil seperti MATAG (5%), Pandan (2%) dan MAWA (1%). Kerajaan amat menggalakkan penanaman kelapa bagi memenuhi akan keperluan dan permintaan yang semakin meningkat dalam penggunaan masakan, kuih muih, minuman, aktiviti pelancongan dan lain-lain. Pada tahun 2018, Malaysia telah mengeksport kelapa dan produk kelapa bernilai lebih daripada RM75 juta manakala import kelapa dan produk kelapa bernilai RM60 juta. Sebahagian besar daripada eksport terdiri daripada minyak kelapa dan produk-produk kelapa seperti karbon teraktif, kelapa parut kering dan santan/serbuk santan manakala import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif, kopra dan kelapa segar. Kepentingan kelapa juga semakin menyerlah dengan penemuan dan penghasilan produk-produk baru seperti Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai perosak serangga dan penyakit tanaman kelapa di Malaysia yang boleh dijadikan bahan rujukkan anda semua.

(3) Rama-rama Artona 
     (Artona catoxantha)
Simptom Serangan : Larva artona memakan daun kelapa dari bawah dan meninggalkan kesan makan yang berjalur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar. Serangan sering berlaku pada musim panas dan kemarau panjang. 
Kaedah Kawalan: 
Jika serangan serius (musim kering) sebaiknya ia di kawal secara suntikan batang dengan racun Monocrotophos (azordrin) atau Metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10ml/pokok. Pastikan melakukan suntikan pada waktu tepat. Jika larva hampir membentuk pupa sebenarnya tidak digalakkan menyuntik kerana kurang berkesan (late stage).


(4) Ulat Beluncas (Setora nitens)
Simptom Serangan: Larva ulat beluncas ini akan memakan daun dari bahagian tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan bentuk gerigi pada daun. Ulat dewasa tidak merosakkan pokok. 
Cara Kawalan: Kawalan dibuat secara suntikan batang dengan gunakan racun monocrotophos (azordrin) atau pun metamidophos(tamaron) pada kadar 5-10ml/pokok.


(5) Kumbang Brontispa (Brontispa longissima)
Simptom serangan: Dewasa dan larva (grub) memakan permukaan daun menyebabkan daun sedikit bergulung. Terdapat tompok-tompok iaitu bekas makan di atas daun. Serangan pada anak benih menyebabkan pokok terencat dan berwarna coklat. 
Kawalan: Kutip dan musnahkan larva secara manual dan jika amalakan kawalan biologi boleh digantung penyengat Acecodes hispinarum yang mana ia akan menyerang larva serangga ini. Semburan dengan racun kimia menggunakan racun acephate boleh dilakukan.


(6) Kumbang Daun Plesispa (Plesispa reichei chapuis)
Tanda serangan: Kumbang dewasa dan larva selalunya akan memakan daun muda dan menyebabkan tisu daun mati. Tahap serangan kebiasanya tidak serius dan memang tidak memerlukan untuk penggunaan racun serangga. Petani perlu meneliti kehadiran seraangga dulu.



(7) Pelombong Daun Kelapa (Promecotheca nuciferae)
Tanda serangan: Simptom seranga ada tanda seakan terbakar (scorching) pada daun dimana ia boleh menyebabkan hasil buah kelapa akan berkurangan. 
Kawalan: Kehadiran musuh semulajadi boleh membantu mengurangkan akan serangan perosak ini. Sehingga ini tiada pengesyoran penggunaan racun kimia untuk mengawalnya.


(8) Kumbang Chafer (Adoretus compressus)
Tanda serangan: Kedatangan kumbang Chafer berlaku pada daun yang masih muda lebih serius sehinga merosakkan kedua-dua permukaan daun. 
Kawalan: Semburkan dengan racun serangga seperti racun Trichlorfon (0.1%a.i) atau racun jenis Gamma -HCH (0.1% a.i).

Artikel ini ada 4 siri iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca semuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PEROSAK KELAPA... ADA SERANGGA...
13 JENIS SERANGGA... DICERITA SEMUA...
SERANGAN PENYAKIT...KAWAL SEGERA...
BAHAN RUJUKKAN... SANGAT BERGUNA...

By,
M Anem,

Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...