Support My Blog

Sunday, June 7, 2020

DATA KELAPA SAWIT MALAYSIA

TANAMAN KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan salah satu tanaman industri yang telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1870 (iaitu 150 tahun dahulu) dan kini merupakan salah satu komoditi utama menjana pendapatan negara. Semenjak tahun 1960 lagi telah dilaporkan kawasan penanaman kelapa sawit terus meningkat dengan peratus yang amat tinggi dilaksanakan oleh pisak perladangan, agensi kerajaan (GLC) serta oleh sektor pekebun kecil. Beberapa estet perladangan seperti Sime Darby, IOI, Guthrie, Tabung Haji, SOP dan banyak lagi menjadikan sebanyak 118 syarikat 924 perladangan seluruh negara seluas 1.87 juta hektar dan memiliki sebanyak 209 buah Kilang Kelapa Sawit. Penglibatan agensi kerajaan (GLC) dalam industri penanaman kelapa sawit terus berkembang dengan tertubuhnya banyak agensi seperti FELDA, FELCRA, SALCRA, RISDA Plantation dan banyak lagi. FELDA sebagai contoh memajukan seluas 820,000 hektar kelapa sawit sehingga tahun 2019 yang melibatkan seramai 112,635 orang peneroka dimana 490,000 hektr adalah kawasan ada peneroka dan seluas 330,000 adalah sistem pengurusan perladangan tanpa peneroka. FELCRA pula memajukan kelapa sawwit seluas 212,903 hektar dengan jumlah peserta seramai 111,684 orang. Dalam pada itu di Sarawak SALCRA memajukan seluas 51,072 hektar kelapa sawit melibatkan 19 buah ladang dan 5 buah kilang sawit. PELITA asalah agensi pembangunan tanah-tanah NCR di Sarawak dengan membangunkan seluas 554,523 hektar. Sekktor pekebun kecil yang menanam kelapa sawit menyebar seluruh negara. Rajah diatas menunjukkan daripada seluas 4.197 juta hektar kelapa sawit pada tahun 2011 seluas 4,820 juta hektar (87%) adalah kelapa sawit dewasa sementara seluas 0.637 juta hektar (12.96%) adalah tanaman sawit belum matang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai data tanaman kelapa sawit di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan. Data dirujuk mengikut beberapa tahun dahulu kerana data tersebut telah disahkan.

Keluasan tanaman kelapa sawit merupakan sejenis tanaman yang dominan dan ianya secara tidak langsung telah mengurangkan kawasan penanaman Getah (Hevea brazilliensis) terutama dalam sektor perladangan dan pekebun kecil. Pada tahun 1985 dilaporkan seluas 1.5 juta hektar kelapa sawit telah ditanam dan seterusnya meningkat kepada seluas 4.3 juta hektar pada tahun 2007. Kemudian dilaporkan dimana keluasan penanaman kelapa sawit terus meningkat kepada 4.917 jutq hektar pada tahun 2011. Pada tahun 2016 seluas 5.74 juta hektar kelapa sawit telah ditanam (Data yang telah ditentusahkan) dan ia turun naik bergantung kepada pembukaan kawasan baru, penebangan pokok tua dan juga pertukaran kepada tanaman lain dan penempatan atau urbanisasi. Jenis kelapa sawit yang ditanam sekarang kebanyakannya adalah dari Hibrid Tenera dimana potensi hasil adalah sekitar 4.0 metrik tan sehektar. Selain itu kelapa sawit mampu menghasilkan sebanyak 0.5 metrik tan minak isirong (oil palm kernel) dan sebanyak 0.6 metrik tan oil palm kernel. Rajah diatas menunjukkan dimana hasil akan mula maksima pada tahun ke 7 - 8 tahun selepas ditanam dan puncak tertinggi pada tahun ke 13 sebanyak 25 metrik tan FFB sehektar setahun dimana ia mula menurun serendah 10 metrik tan FFB sehektar setahun pada tahun ke 25.  Penuaian sawit lazimnya dilakukan selepas 30 bulan ditanam dan mempunyai jangkahayat ekonomi pungutan hasil selama 25 tahun sebelum ditebang dan ditanam semula.


Setelah di tanam dengan jarak yang betul, pokok kelapa sawit akan diberikan baja, dikawal rumpai dan rawatan untuk elakkan serangan serangga perosak dan penyakit. Tanaman sawit biasanya berbuah selepas 30 bulan ditanam dengan hasil mula memuncak pada ummur 7-9 tahun dan paling tinggi pada ummur 15 tahun dengan penjagaan yang baik. Tandan sawit terdiri daripada banyak biji sawit yang bergabung dengan berat satu tandan sekitar 10kg - 50 kg. Purata jumlah biji sawit bagi satu tandar adalah 2,000 biji. Pendebungaan kelapa sawit kini dilakukan oleh sejenis kumbang dikenali dengan nama Elaeidobius kamerunicus yang dibawa masuk sekitar awal tahun 1980'an. Sebiji buah sawit mempunyai sabut yang mengandungi minyak dan juga isirong keras didalamnya a=jua ada pati minyak isirong. Lapisan mesokap biji sawit mengandungi 49% minyak sementara didalam isirong sawit kandungan minyak sebanyak 50%. Minyak isirong mempunyai harga lebih tinggi dipasaran. 


Dilaporkan dimana komposisi minyak sawit dengan minyak isirong jauh berbeza. Minyak sawit lazimnya mengandungi bahan Asid Palmitik (C16:0) dan Asid Oleic (C18:1). Kandungan minyak dari sabut juga ada Asid Lemak (Fatty acid) iaitu lemak tepu sekitar 50%. Asid lemak tepu hanya mempunyai ikatan tunggal karbon (CC). Asid lemak yang sangat stabil. Contoh asid lemak tepu adalah asid palmitik, C16: 0 dan asid stearik, C18: 0. Asid lemak tidak tepu mengandungiikatan ganda dua karbon (C = C). Apabila hanya satu ikatan berganda hadir dalam rantaian karbon, asidlemak yang dipanggil mono tak tepu (contohnya, asid oleik, C18: 1). Apabila terdapat lebih daripada satugandaan-ikatan , maka asid lemak yang dipanggil tak tepu (contohnya, asid linoleik, C18: 2 dan asidlinolenik, C18: 3. Bagaimanakah kestabilan asid lemak tidak tepu? . Secara umumnya lebih tidak tepu asid lemak, ianya menjadi semakin tidak stabil.  Sementara itu didalam minyak isirong kaya dengan 80% lemak tepu dan juga Asid Lauric (C12:0).



Pengeluaran minyak sawit terus meningkat di Malaysia daripada sekitar 4.1 juta juta metrik tan pada tahun 1985 kepada sebanyak 6.1 juta metrik tan padaa tahun 1990 dan setinggi 16.9 juta metrik tan pada tahun 2010. Seterusnya pengeluaran minyak sawit mencecah kepada sejumlah 18.9 juta metrik tan pada tahun 2011.  Jumlah ini membolehkan keperluan mintak sawit domestik dan permintaan pada lemak dipenuhi dan selebihnya adah untuk dieksport.  Dalam pada itu pengeluaran minyak isirong dari Malaysia adalah sebanyak 1.3 juta metrik tan pada tahun 1999 dan terus meningkat kepada 4.7 juta metrik tan pada tahun 2011. Terdapat juga produk palm kernl cake daripada proses ini. Sebenarnya minyak isirong sawit ialah minyak tumbuhan yang boleh dimakan yang berasal dari isirong kelapa sawit. Ia tidak boleh dikelirukan dengan dua minyak makan yang lain yang diperolehi dari buah sawit seperti minyak kelapa sawit, yang diekstrak daripada pulpa buah kelapa sawit dan minyak kelapa yang diekstrak dari isirong kelapa. Minyak isirong sawit, minyak kelapa sawit, dan minyak kelapa adalah tiga daripada lemak sayur tepu yang sangat tepu dimana minyak ini memberi nama kepada asid palmitik asid lemak jenuh 16-karbon yang terdapat di dalamnya. Minyak isirong sawit yang semi padu pada suhu bilik adalah lebih tepu daripada minyak sawit dan sebanding dengan minyak kelapa.

Malaysia pada mas ini masih jadi pengeluar minyak sawit kedua terbesar didunia selepas ia diambil alih oleh negara jiran Indonesia pada tahun 2006. Malaysia berpuloh tahun sebagai penghasil minyak sawit terbesar dunia sebelumnya. Dari segi penggunaan dilaporkan semenjak tahun 1985 minyak sawit merupakan minyak sayur yang kedua terbanyak digunakan selepas Minyak Kacang Soya. Dari segi statistik dilaporkan kedudukan Malaysia pada tahun 1999 sebanyak 51% didunia akan tetapi telah menurun sumbangannya pada hanya 38% sahaja pada tahun 2011.
 .

Jadual diatas menunjukkan hasil potensi pengeluaran minyak dimana Malaysia mencatitan sebanyak 6.0 mt sehektar. Pengeluaran sawit dipengaruhi oleh baka yang digunakan, kesuburan tanah, program pembajaan. jarak dengan kilang sawit dan sebagainya. Daripada banyak kajian menunjukkan dimana tanaman kelapa sawit merupakan diantara jenis tanaman yang paling tinggi penghasilannya jika dijaga dengan baik dan menguntungkan.



EKSPORT MINYAK SAWIT DAN MINYAI ISIRONG
Minyak sawit merupakan kategori minyak yang memang diperdagangkan pada tahun 2011. Pasaran eksport sahaja mencecah sebanyak 30.04 juta metrik tan dimana Malaysia menyumbang sebanyak 46% dari pasaran dunia. Produk minyak sawit dari Malasysia telah ditambahnilai melalui proses pengeluaran sedia untuk dimakan manusia diseluruh dunia. Pemproses Minyak Sawit (manufacturer) di negara ini menggunakan pelbagai inovasi dan teknologi moden yang cekap untuk menghasilkan minyak sawit premium yang bernilai tinggi. Pendekatan ini menjadikan minyak sawit dari negara ini semenjak tahun 1974 - 1999 terus menigkat daripada 0.9 juta metrik tan kepada sebanyak 8.9 jut metrik tan dan akhirnya pada tahun 2011 sebanyak 17.99 juta metrik tan.


Dalam media tempatan Astroawani bertajuk ''India kembali beli minyak sawit dari Malaysia'' merupakan berita baik kepada industri ini. Dilaporkan pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Lapor agensi berita Reuters dimana pembelian baharu itu berlaku susulan peningkatan daripada hubungan perdagangan Malaysia-India selepas Malaysia berjaya untuk menandatangani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lepas. Menurut laporan rasmi dimana pada minggu lepas Mei 2020 ada pengimport terkemuka dari India mengikat kontrak membeli 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia. Didakwa jumlah stok di pelabuhan berkurang dengan banyak kerana import yang rendah. Di Singapura dilaporkan dimana ada yang menjual minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia ke India. Berdasarkan data dikumpul Refinitiv, jumlah import minyak sawit India dalam empat bulan pada 2020 berkurang lebih daripada 50 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Pembelian semula tersebut dijangka mampu membantu industri minyak sawit di Malaysia yang memperlihatkan peningkatan harga sejak beberapa hari kebelakangan ini. Pada awal 2020 India mengehadkan pembelian minyak sawit dari Malaysia berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri ke 4/7/7i iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara negara itu melayan minoriti Islam di sana. Setelah Pakatan Nasional dibaah TS Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ke 6,  hubungan kedua-dua negara semakin baik sejak dimana beberapa kapal untuk mengimport minyak sawit ke India pada Jun 2020. India menyatakan mereka tidak boleh bergantung kepada satu penjual (Indonesia) sahaja. Harga minyak sawit Malaysia kini boleh dibeli pada harga diskaun namun pembeli Malaysia tetap berhasrat untuk menjualnya kerana menjangkakan stok dan pengeluaran akan bertambah pada Jun. India membeli lebih daripada 9 juta tan minyak sawit setahun dan pernah membeli sebanyak 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia pada tahun lepas. Cukai eksport Indonesia membenarkan penjual Malaysia dalam menawarkan potongan harga. Keputusan itu menarik pembeli dari India dakwa Anilkumar Bagani, Ketua Penyelidik Sunvin Group, broker minyak sayuran yang berpusat di Mumbai. 
Thanks.


TANAMAN SAWIT ...MENJADI INDUSTRI UTAMA...
PENGELUAR KE 2 DUNIA...SELEPAS INDONESIA...
MASAALAH DENGAN INDIA... JATUH HARGANYA...
KEMBALI PULIHKAN... HARAPAN RAKYAT SEMUA...

By,
M Anim Hosnan,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Syawal 1441Hijrah). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...