Support My Blog

Thursday, October 31, 2019

TANAMAN GANTIAN TEMBAKAU - APA DIA?

TANAMAN TEMBAKAU (Nicotiana tabacum) merupakan tanaman yang dahulu popular diusahakan di negara kita akan tetapi kini sudah dikurangkan penanamnnya. Lembaga Tembakau Negara (LTN) telah ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menguruskan industri tanaman tembakau sebagai sejenis tanaman untuk dikomersilkan. Bagaimana pun semenjak tahun 2010 polisi kerajaan telah berubah dimana penanaman tembakau mesti dikurangkan kearah dihapuskan (mungkin). Ini adalah selaras dengan pematuhan Rangka Kerja Awalan Tembakau (FCTC) dibawah kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan merokok adalah membahayakan kesihatan. Dalam negara selepas itu pada 2010 Lembaga Tembakau Negara (LTN) telah ditukar kepada Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara (LTKN) yang nyata mengalakkan tanaman kenaf bagi menggantikan tanaman tembakau sebagai satu alternatif. Dalam Mesyuarat LKTN pada tahun 2013 dimana aktiviti menukar tanaman tembakau kepada tanaman lain khususnya tanaman makanan diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu melalui Jabatan Pertanian Malaysia.  Seramai 505 penanam tembakau didalam senarai LKTN diserahkan namanya kepada Jabatan Pertanian untuk dilaksanakan projek intergrasi tanaman bukan tembakau melibatkan keluasan sebanyak 716 hektar diseluruh negara. Pecahan mengikut negeri dimana paling ramai di Kelantan (236 orang seluas 249 hektar), Terengganu (110 orang seluas 239 ha), Kedah (79 orang seluas 103 hektar), Perlis (37 orang seluas 52 ha), Melaka (27 orang seluas 65 ha) dan Pahang (16 orang seluas 8 ha) dari Jabatan Pertanian (Sumber: Laporan Kajian Program PEGT, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Tanaman Tembakau memang tradisinya popular dibeberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan purata keluasan tanaman sekitar 1.4 ha seorang dan purata umur peserta projek sekitar 57 tahun. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa temuan mengenai kemajuan program menggantikan tanaman tembakau dengan tanaman lain yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian sebagai sangat berjaya untuk bahan rujukkan anda.


Program PEGT (Program Ekonomi Gantian Tembakau) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia menerima peruntukkan sebanyak RM6 juta untuk tempoh selama 3 tahun (2016, 2017, 2018) bagi kos pembangunan menukarkan kawasan tanaman tembakau kepada tanaman makanan melalui bajet diberikan oleh LTKN. Skop projek untuk pembangunan infrastruktur ladang dan input pertanian serta khimat nasihat kepakaran dan latihan teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Kadar bantuan diberikan adalah maksima sebanyak RM8,000 sehektar untuk projek ini. Pada penulis blog memang memang perlu ada skim bantuan seperti ini dimana ianya akan mempercepatkan proses  penukaran tanaman daripada tembakau kepada tanaman makanan seperti jagung manis, sayuran (sayur buah dan sayur daun), Keledek (Sila lihat foto disebelah), Labu Manis. Labu Air dan sebagainya. Tanaman ini sebaiknya mudah ditanam, dijaga dan mendapat pasaran yang baik dan mudah dijual. Perbezaan yang berlaku dimana pada bekas penanam tembakau harga dan pasaran selama ini memang dijamin dan diselaraskan oleh LTN mengikut perjanjian dan fungsi.  Petani ini perlukan khidmat teknikal yang diberikan oleh pegawai di Jabatan Pertanian bagi tujuan penanaman sehingga aspek pemasaran.


Aspek terpenting didalam perlaksanan untuk penukaran tanaman tembakau yang telah diusahakan berpuluh tahun kepada tanaman lain khususnya tanaman makanan perlukan kursus dan bimbingan sewajarnya. Pegawai Jabatan Pertanian akan membuat kursus teknikal  pengurusan tanaman tersebut dari semua aspek amalan agronomi sehingga kepada penuaian sehingga kepada aspek pemasaran hasil (Sila lihat foto disebelah). Kajian penilaian dilakukan oleh Jabatan Pertanian selepas 3 tahun perlaksanaan terhadap kejayaan program PEGT ini melibatkan kajiselidik terhadap semua responden terlibat. Temuan didapati dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan melalui program ini telah berjaya meningkatkan pengeluaran peserta projek daripada 8,000 mt sebelum projek kepada sebanyak 24,724 metrik tan selepas projek iaitu kenaikan sebanyak 123%. Pengeluaran ini jika dijadikan nilai kewangan adalah sebanyak RM20 juta sepanjang 3 tahun perlaksanaan. Data dianalisa mendapati seramai 200 peserta bekas penanam tembakau telah mencapai purata pendapatan sehingga RM2,500 sebulan iaitu melibatkan seramai 57% daripada jumlah bekas penanam tembakau yang pernah menerima bantuan ini. Sumbangan dalam pengeluaran makanan daripada peserta dilihat sebagai satu kejayaan dimana mereka ini tidak lagi menanam tembakau sebaliknya terus menanam tanaman makanan yang lebih menguntungkan. 


Bagaimana pun dari segi pemilihan tanaman yang dikaji, lebih 69% petani mengusahakan tanaman jagung manis kerana tanaman ini paling mudah ditanam, cepat dituai dan kurang masaalah pemasaran. Jagung Manis Hibrid (Zea mays) ini hanya mengambil masa kurang 3 bulan untuk ditanam sehingga dituai dimana ia sesuai disebabkan teknologi dan amalan agronominya sudah sedia ada. Tanaman ke 2 yang menjadi pilihan bekas peserta tanaman tembakau adalah Labu Manis (Cucurbita moschata) iaitu jenis labu manis Taiwan yang mendapat pasaran baik dan mudah dijaga. Labu manis ini kurang penjagaan berbanding dengan tanaman lain dan kurang serangan perosak dan penyakit serta tahap pada penggunaan tenagakerja agak rendah. Ke 3 adalah tanaman Tembikai (Citrullus lunatus) terutama tembikai merah hibrid yang mendapat pasaran baik dan mudah dijaga. Terdapat juga bekas penanam tembakau yang mendapat Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang menanam Melon (Cucumis melon) dimana ianya juga memberikan pendapatan baik kepada peserta. Tanaman Sayuran menduduki tempat ke 4 dan tanaman Keledek (Impomea batatas) tempat ke 5. Apa pun diantara petani yang suka menukar tanaman bergantung kepada amalan agronomi, kehendak asaran dan juga pada pengalaman selepas beberapa musim menjalankan projek PEGT. Beberapa penambahbaikan program ini dimasa akan datang jika ada seperti menggalakan peserta projek ini untuk menjalankan projek pemprosesan makanan (IAT), mengikat perjanian pemasaran melalui Skim Ladang Kontrak, menambah akan penggunaan mekanisasi dan automasi ladang dan kawalan keselamatan kebun dengan memasang pagar kawasan. Penulis blog juga meyokong dengan usaha cadangan mengamalkan teknologi Fertigasi Gantung terutama bagi kawasan yang terdedah kepada banjir iaitu dimusim tengkujuh. Kekurangan sumber air pula dimusim kemarau juga boleh dibantu dengan pemasangan telaga tiub dilokasi sesuai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 
TANAMAN TEMBAKAU... KURANGKAN..
POLISI WHO... MENJAGA KESIHATAN...
PROJEK PEGT....TANAMAN GANTIAN...
SUDAH DILAKSANA... CAPAI KEJAYAAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11d/14, Precint 11,
WP Putrajaya, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Muharram 1441H).

Wednesday, October 30, 2019

KEK LAPIS SITI PAYUNG - GLOBAL!...

KEK LAPIS SARAWAK SITI PAYUNG yang terkenal di Miri, Sarawak merupakan satu produk yang ini menuju kearah Global dari segi pasaran dan kualiti. Apa yang unik mengenai usahawan ini adalah mereka ada menyediakan sebuah Muzeum Kek Lapis Siti Payung yang unik dan unggul di Miri sebagai salah satu daya tarikan kepada pelancong ke bandar tersebut. Kedudukan muzeum kek lapis ini adalah di Tingkat 2 bangunan yang mana kilang membuat kek lapis di tingkat bawah sekali dan juga pejabat pengurusan di tingkat 1 bangunan kedai tersebut. Terdapat sebuah restoren bersebelahan dengan muzeum dan kilang membuat kek lapis Siti Payung ini. Pemilik syarikat ini tiada semasa kunjungan penulis blog kerana membuat tinjauan potensi pasaran di Afrika Selatan. Memang agak mengah menaiki tangga tetapi susunan pameran didalam muzeum kek lapis on dan hawa dingin aircong mengembirakan kami. Lawatan dimulakan dengan tayangan vodeo diikuti dengan pelbagai rekod pencapaian cemerang kek lapis keluaran usahawan ini. Ia diikuti dengan sejarah syarikat sehingga kini dan juga dipamerkan jenis-jenis kek yang dibuat. Sudut lain pemerkan bagaimana jenis-jenis pembungkusan kek lapis Siti Payung sejak dimulakan lama dahulu dilokasi dan premis lain. Ada sudut interaktif menyusun kayu blok bagi mendapatkan corak kek lapis yang amat menyeronokan kerana ia memang sukar dilakukan menunjukkan bertapa sukarnya menentukan corak-corak kek lapis ini. Artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan kisah hasil lawatan saya ke premis pembuatan Kek Lapis Siti Payung di Miri, Sarawak sebagai satu produk tradisional Sarawak yang berjaya sehingga ketahap global untuk bahan bacaan anda.


Pada penulis blog, Kek Lapis Sarawak adalah kek yang berlapis yang secara tradisinya dibuat di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam pada itu biasanya ia juga dipanggil sebagai Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak ada yang senang panggilya sebagai Kek Lapis sahaja. Penulis blog kagum dengan corak-corak pelbagai warna warni dan menarik (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun rasa dan kemanisan serta ramuan tambahan akan dapat membezakan citarasa kek lapis ini. Kek Lapis Sarawak selalunya akan dibuat untuk perayaan agama dan budaya seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali serta semasa sambutan Hari jadi. Kek Lapis juga dijadikan bahan hantaran dan jamuan semasa majlis perkahwinan. Biasanya di Malaysia mereka akan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan. Salah satu ciri unik rumah terbuka di Sarawak adalah adanya hidangan kek berlapis yang moden. Sejarah Kek Lapis Sarawak Moden telah diperkenalkan kepada orang Sarawak daripada Indonesia secara rasmi sekitar tahun 1988. Versi Indonesia telah dikenali sejak zaman kolonial Belanda dimana antara beberapa jenis kek lapis yang paling terkenal dari dahulu adalah seperti Kek Lapis Legit, Kek Lapis Rempah dan juga Kek Lapis Surabaya.


Dalam pada itu penulis blog juga telah dimaklumkan dimana pada tahun 2011  sejarah Kek Lapis Sarawak sekali lagi diubah oleh generasi baru (Sarawak) dengan lapisan semulajadi yang inovatif yang dinamakan Kek Lapis Qalas. Apa yang perlu diketahui dimana dengan memperkenalkan reka bentuk moden dan tradisional dan ia digabungkan serta ia ditambah pula dengan rasa yang baru yang diilhamkan dari inspirasi buatan, setiap lapisan adalah menarik dengan pelbagai perisa asli di antara resepi asli, rasa yang moden dan pengetahuan dari nenek moyang mereka. Antara ciri-ciri kuih-muih Sarawak moden yang berlapis boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kuih-muih dengan lapisan biasa dan kek dengan corak, motif, atau bentuk dimana semua mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua warna. Kek ini boleh dibakar dalam oven atau ketuhar gelombang mikro. Biasanya adunan menggunakan mentega atau minyak sayur-sayuran, susu dan telur, dan memerlukan teknik atau pengadun elektrik hendaklah disediakan dengan betul.Kek yang dibakar mempunyai tekstur yang tinggi, kukuh dan lapisan diikat bersama-sama dengan jem atau bahan manis yang begitu juga melekit. 


Sistem penjualan dan pengedaran kek lapis Siti Payung mengikuti peredaran zaman. Bagi tujuan tempahan ia bolweh dibuat Online Kek Lapis Sarawak dimana pelanggan boleh memilih resepi yang digemarinya. Resepi terbaru yang paling lazat, sedap, popular dan murah biasanya akan mejadi pilihan apa lagi kalau ada promosi khas. Premis pengedaran dan jualan memang tersedia di Kuching dan Miri, Sarawak. Premis dan usahawan ini juda menerima penganugerahan serta juga pengiktirafan Sijil Halal Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Syarikat ini juga akan menerima tempahan secara Online 24 Jam di mana jua anda berada dimana sustem pembayaran perbankan internet disediakan adalah yang Selamat, Pantas dan memang Mudah. Ada jaminan penhantaran pantas dan dijanjikan sistem gantian produk secara percuma jika ada kerosakan nyata. Dilihat dimana kakitangan Siti Payung adalah amat mesra pelanggan dan mereka sedia mebantu pelanggan. Di Miri kedudukan premis dilokasi Outlet dan Kiosk yang amat strategik termasuk untuk kiosk di seluruh pelusuk Negeri Sarawak. Mereka akan sentiasa mengekalkan tahap kawalan pengeluaran Kek Lapis Sarawak dengan konsep serta cara pengilangan yang terbaik (GMP). Produk Siti Payung dapat memenuhi citarasa penggemar Kek Lapis Sarawak yang mana ia sinonim dengan kelazatan dan didakwa sentiasa pengiurkan peminat kek lapis.


Dalam premis membuat kek lapis ini didapati penggunaan mesin pembersih telur yang digunakan menjamin kualiti kek tersebut. Penggunaan mesin pencucian telur dan juga Mesin pemecah telur yang menjimatkan masa, tenaga kerja dan air telah digunakan (Sila anda lihat foto disebelah). Mesin ini mampu mencuci telur ayam dengan cepat, bersih dan cekap sebelum dimasukkan kedalam mesin pemecah telur dimana kulit dan isi telur diasingkan dengan baik. Alat yang dibeli dengan nasihat pihak pembuat makanan berasaskan bakeri ini canggih dan membolehkan kerja penyediaan bahan membuat kek lebih cekap dan suci. Mesin adunan yang besar menguli bahan tepong sebelum dibuat pelbagai kek lapis gulong dan kek lapis tradisional. Terdapat 8 buah oven membakar yang membakar kek lapis beroperasi. Kemudian unit pembungkusan akan menyediakan beberapa cara bungkus termasuk jens 'Ready to Eat Individual Pack' yang sesuai untuk tetamu yang mahukan kemudahan. cara pemasaran yang kreatif melalui penubuhan Galeri dan juga Muzium Kek Lapis Sarawak Siti Payung pertama seumpanya buat Industri Kek Lapis Sarawak. Syarikat ini telah dicalonkan bagi tujuan Anugerah Inovasi sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan HPPN 2019 bagi peringkat negeri dan memenagi banyak anugerah. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
PERGI KE MIRI...KEK LAPIS ADA...
JENAMA SITI PAYUNG...UNIKNYA...
ADA MUZEUM... ADA SEJARAHNYA...
BERBANGGA.... USAHAWAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 2, Mueum Kek Lapis Sarawak,
Lot 1314,Ground Floor,
Miri Waterfront Commercial Center
98000 Miri,Sarawak,
Malaysia.
(5 Safar 1441H).

Tuesday, October 29, 2019

BELALANG PADI - SEDAP DIMAKAN?

BELALANG PADI (Chortophaga viridifasciata) merupakan sejenis serangga dari keluarga Acrididae yang mana ia boleh dijumpai dikawasan tropika seperti d Malaysia terutama dikawasan jelapang padi. Belalang ini dengan mempunyai jalur berwarna hijau (green striped grasshopper) dengan sepasang kepak besar membolehkan ia terbang jauh. Belalang ini dipercayai suka persekitaran yang lembab, cuhu panas dan dikawasan yang mempunyai rumput yang tidak tinggi. Berukuran diantara 23 - 30 mm bagi belalang jantan dan sekitar 28 - 38 mm bagi belalang padi betina ia mempunyai beberapa spesis yang berbeza mengikut negara dan zon persekitarannya. Penulis blog semasa dahulu memang biasa jumpa belalang ini di kawasan keliling rumah dan padang bola serta kawasan sawah padi dimana ia amat mudah untuk dikenali dengan ciri jalur hijau pada badannya (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun kini apabila banyak banah racun serangga digunakan untuk mengawal serangga perosak tanaman dilaporkan kewujudan belalang padi ini semakin berkurangan malahan apabila kawasan pertanian sudah di bangunkan menjadi kawasan untuk perumahan dipinggir bandar dan luarbandar maka populasi belalang padi ini semakin akan pupus kelak. Belalang Dewasa adalah salah satu kitaran kehidupan belalang dimana fasa lain bagi belalang ini adalah seperti fasa telur, nim dan juga dewasa dimana ia selalunya akan memakan bahagian daun tanaman atau tumbuhan yang ada dihabitatnya. Malahan ia juga dilaporkan berada dikawasan tanaman disawah padi atau dikawasan tanaman padi bukit. Walau pun kadar kerosakan tanaman sehingga kini masih boleh diperhatikan peratus kerosakkannya akan tetapi ia masih dapat dikawal dengan baik. Sehingga artikel ini ditulis memang tidak banyak didengar ada usaha mengkomersilkan belalang padi ini yang hanya dianggap sebagai perosak tanaman. Artikel malam ini sambil menghadap Pantai Balok dan deruan ombak dari tinglat 8 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai bagaimana belalang padi ini dikomersilkan sehingga mencecah harga lumayan di Terengganu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Terkini dalam laporan BERNAMA iaitu berita yang dipetik dari Jertih, Terengganu dengan tajuk artikel "Belalang Padi Sedap Dimakan Cecah RM70 sekilogram" sesuai dijadikan bahan rujukkan kali ini.  Belalang padi atau nama saintifiknya Chortophaga viridifasciata semakin digemari kerana mempunyai rasa yang enak dan kini mula popular ia malah dijual hingga RM70 sekilogram. Dalam pada itu dilaporkan pihak media dan juga melalui temubual dengan wartawan Bernamamereka mendapati dimana satu pasangan suami isteri bernama Muhammad Salleh berumur 64 tahun dan isterinya iaitu Azizah Mat Jusoh berumur 59 tahun yang menjual belalang padi atau belalang perah. Mereka dakwa dimana permintaan terhadap serangga kecil itu sentiasa tinggi malah habis dijual tidak sampai dua jam dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Mereka dakwa dimana belalang yang mereka jual ini adalah bekalannya di sendiri dan ada sebahagiannya dibeli daripada penduduk yang mencari belalang di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Putih, Kelantan. Apa yang penting bagi dia adalah dimana dia perlu juga mendapatkan bekalan dari pelbagai sumber bagi memastikan bekalan sentiasa ada untuk dipasarkan di pasar tani Kuala Besut setiap hari Jumaat dan Isnin. Dakwanya lagi memang bukan mudah untuk mendapatkan belalang padi ini terutama pada musim hujan monsoon. Ini kerara pada musim ini belalang memang 'tidur' sahaja dan kurang aktif untuk mencari makanan kerana ia perlukan matahari dan suhu agak hangat. 

Memang agak unik apapbia dilaporkan iaitu didalam akhbar dimana harga belalang ini telah mencecah sebanyak RM70 sekilogram dan makanan belalang padi ini adalah memang sedap dimakan. Jualan diwarung mereka ini pun hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Isnin. Menurut beliau lagi belalang ini dijual dengan harga RM10 bagi 100 gram dan RM70 untuk satu kilogram. Dari segi pengalaman dilaporkan dimana usahawan Muhammad yang mula menjual belalang di pasar berkenaan sejak September 2018 dimana dia dakwa belalang tersebut boleh didapati dengan kuantiti yang banyak di rumput menerung dan di kawasan sawah selepas waktu hujan. Dakwanya belalang boleh ditangkap antara 8 malam hingga 12 tengah malam melalui dua kaedah terbaik iaitu dengan menangkap seekor demi seekor menggunakan tangan ataupun menebar jaring yang diperbuat daripada guni. Selepas belalang padi ini ditangkap maka belalang itu akan direndam didalam air dimana ia kemudian akan melalui proses menggoreng seketika sehingga warna hijau belalang bertukar kemerah-merahan sebelum dijual. Dari pengalaman beliau biasanya sebelum dimasak maka penting agar semua belalang ini masih perlu disiang dan dibersihkan sekali lagi. Memang belalang akan mempunyai sistem perkumuhan tersendiri yang mana ia perlu dibersihkan sebelum dijadikan makanan. Walau pun kerja ini nampak agak rumit tetapi pengalaman dan kesabaran beliau membolehkan kerja ini dibuat dengan teliti.

Setelah siap maka ia akan dihidangkan kepada pelanggan dimana jika dilihat beginilah rupa belalang beras yang telah siap digoreng untuk dijual kepada peminat makanan eksotik yang sempat dirakam di Pasar Minggu Kuala Besut, Besut, Terengganu. Biasanya cara untuk siang belalang ini kita hanya perlu membuang bahagian sayap dan bahagian kateh (kaki belakang untun melonpat) sahaja. Kemudian barulah belalang ini boleh dimasak mengikut cita rasa yang diingini sama ada dimasak rendang, Masak kerutuk mahupun paling simpel dengan menggorengdengan garam kunyit sahaja. Kini warga emas itu yang mengakui turut menggemari belalang tersebut berkata ia sesuai digandingkan bersama nasi dan pulut sudah mengetahui rupanya memang telah ada ramai yang meminati memakan belalang kunyit istimewa yang kaya dengan sumber protin ini. Sebenarnya makanan seperti belalang, lipas, jengking, semut, kerengga dan beberapa serangga lain sudah lama popular dinegara jiran seperti diThailand, Kambodia, Vietnam sebagai makanan yang dijual dan  digemari orang di negara tersebut. Dalam pada itu wartawan menebual seorang peminat tegar makanan eksotik itu bernama Che Ismail Rajab berumur  63 tahun dan dia telah berkata dimana belalang adalah makanan kesukaan sejak zaman dahulu namun sukar didapati dan bermusim. Dakwanya lagi pada masa dulu-dulu belalang ini dijadikan makanan kerana sumber makanan tidak banyak seperti sekarang. Kini makanan eksotik seperti ini sukar diperoleh dan hanya dijual di sesetengah tempat sahaja. Kepada peminat lain di gerai jualan iaitu Puan Fazira Wahida Jaiz berumur 26 tahun pula terkejut apabila melihat belalang tersebut dijual oleh pasangan berkenaan dan pengalaman pertama itu membuatkan beliau bertindak memuat naik dan berkongsi gambar belalang tersebut di laman sosialnya, namun tidak menyangka ia berjaya menarik perhatian ramai yang ingin mengetahui lokasi penjualan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca aniim agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
MANA BELALANG... DIKAWASAN PADI...
BELALANGNYA KECIL... TERBANG LAGI...
DIJERTIH WUJUD... MAKANAN TRADISI...'
KAYA PROTIN... NAK RASA KENA PERGI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 816, Executice Suite,
Hotel Mandurah, Pantai Beserah,
Jalan Kuantan-Kemaman,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(28 Safar 1441H).

ALAT PENYEMBUR TEKANAN TINGGI

ALAT PENYEMBUR TEKANAN TINGGI (High Power Sprayer) merupakan satu peralatan pertanian (Farm machineries) yang banyak digunakan petani untuk tujuan menyembur cecair dikebun. Alatan ini biasanya mempunyai pelbagai jenis model dan spesifikasi mengikut keperluan pengguna atau aktiviti pertanian yang dijalankan (Sila lihat foto diatas). Kebanyakkan petani komersil seperti penanam sayur daun dan sayur buah, penternak kambing atau lembu susu, pesawah, pemilik dusun buah-buahan dan penternak ikan di Malaysia pernah menggunakan atau pun ada yang memiliki alat 'High Pawer Sprayer' (ringkasnya disebut - HPS) ini. Alat ini mempunyai kemampuan untuk menyembur cecair sama ada campuran bersama air, baja, racun dan sebagainya kesasaran yang tinggi, jauh atau bertekanan tinggi kesasaran yang sukar dicapai dengan pam air biasa seperti knapsack sprayer. Penulis blog memang sering dapat melihat petani terutamanya penanam sayur komersil dan pemilik dusun mangga menggunakan HPS ini untuk mereka menyembur racun atau baja kesasaran dengan tepay dan cekap. Alat HPS ini adalah cekap, mudah dibawa, mudah alih serta kos penyelenggaraan yang murah dan praktikal. Walau pun kebanyakan petani komersil yang mengusahakan pertanian terutamanya tanaman makanan mempunyai tong penyembur racun sandang (Knapsack sprayer), kegunaan alatan tersebut adalah terhad untuk menyembur dikawasan rendah dan terhad semburan kadar ketinggiannya.  Alat HPS ini mudah dibeli daripada kedai-kedai alatan pertanian dengan anggaran harga antara RM 1,200 hingga RM 5,000 satu unit bergantung kepada jenis dan kapasiti HPS serta aksesorinya. Memang keperluan alatan HPS ini banyak membantu didalam aktiviti pembajaan (Baja Foliar), Kawalan Serangga Perosak dan juga untuk membuat kawalan rumpai. Bagaimana pun disyorkan agar aksesories atau Pam HPS ini digunakan untuk khusus sahaja setiap pam. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai alat penyembur racun bertekanan tinggi (HPS) untuk ianya dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Alat HPS ini terdiri daripada beberapa komponen penting yang berfungsi didalam menghasilkan sembuaran berkualiti. Komponen-komponen tersebut adalah bahagian badan (tapak), Injin, Pam Air, Getah Motor, Hos Penyedut, Hos Penyembur dan Nozel (Sila lihat foto sebelah). Bergantung kepada jenama produk, lazimnya bahagian injin berfungsi untuk menghasilkan tenaga untuk disambung kepada pam air melalui getah motor yang disambungkan. Kuasa injin HPS bergantung kepada kapasiti pam air dan juga kegunaannya. Lazimnya ia mempunyai kuasa antara 5 kuasakuda (kk) sehingga 15 kk bergantung kepada model, kegunaan dan harganya.  Begitu juga dengan kapasiti pam air yang akan disambungkan dengan injin mempunyai model dipasaran yang berbagai jenis. Hos penyedut akan disambung daripada tong drum yang mengandungi cecair semburan (sama ada racun, larutan baja dan sebagainya) melalui 'inlet suction' dan keluar melalui hos penyembur. Hos penyembur biasanya mempunyai nozel dihujungnya dan semburan cecair yang bertekanan tinggi. Ia amat mudah dihalakan kesasaran dengan tepat. Panjang hos penyembur lazimnya diantara 200 - 300 kaki bergantung kepada jenama. Penggunaan alat ini hanya memerlukan latihan yang mudah dan boleh dipelajari dengan penjual atau pun melihat demo pengguna sedia ada. Apa yang penting adalah bagaimana untuk 'handling technique' semasa menggunakan dan kaedah penyimpanan serta penyelenggaraan yang berjadual.


Alat HPS ini ada yang menggunakan petrol dan ada injin yang menggunakan diesel. Kegunaan paling berkesan kini adalah untuk menyembur racun perosak kepada pokok buah-buahan yang agak tinggi seperti pokok mangga (Sila lihat foto sebelah)  dengan cara yang lebih selamat dan betul. Tanaman Mangga Harumanis di Perlis penulis blog dapat tahu kebanyakan penanam mangga harumanis komersil dinegeri tersebut memang ada bersedia dan menggunakan HPS untuk pelbagai kegunaan dikebun mereka. Ini kerana pam HPS adalah antara mesin kecil yang sangat berguna diladang mangga harumanis dimana pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian ada memberikan sedikit insentif didalam perolehan pam HPS ini. Adalah dilihat dimana kaedah penyemburan mesti mengikuti arahan pada label racun dengan dos racun yang tepat dimana penyembur perlu memakai pakaian keselamatan perlindungan seperti baju khas, penutup muka dan hidung, sarung tangan, semah arah angin dan sentiasa waspada. Cuci sehingga bersih HPS dan komponennya setiap kali digunakan. Bagi semburan air baja pula, pastikan mengunakan bekas air baja yang telah dicuci daripada kesan racun dan selamat untuk digunakan. Pada masa ini penggunaan bahan baja foliar cecair (baja semburan) sudah menjadi trend atau keyakinan kepada ramai petani kerana penghasilan dan peningkatan kualiti semakin meningkat dengan kaedah penggunaan yang betul.


Antara model yang penulis blog dahulu pernah beli adalah jenama "Gasoline Engine Power with Sprayer Honda Engine". Alat HPS ini mudah dicari dikedai-kedai alatan pertanian dan HPS ini juga menggunakan injin HONDA yang tahan, jimat minyak dan mudah diselenggara. Harga ditawarkan selitar RM 1,200 - RM 1,800 bergantung kepada model dan kapasiti pam air serta alatan komponen tambahan yang ada. Dari segi spesifikasinya,  HPS jenis ini memang ada menyediakan hos penyembur sepanjang 50 meter (150 kaki) dengan dihujungnya terdapat 'spray gun'. Kapasiti output semburan adalah 15 - 25 Liter seminit dengan tahap kelajuaan (speed) diantara 800-1,000 rpm. Kekuatan pada tekanan pam air adalah  2.0 ~ 3.5 Mpa dengan jarak jauh pancutan sejauh 10 meter (30 kaki) sama ada kesisi atau keatas. Model injin Honda adalah jenis 168F dengan jumlah kuasakuda sebanyak  3.1 kw mudah digunakan. Kelajuan tahap injin adalah pada kadar kelajuan 3,600 rpm dan menggunakan minyak petrol dan merupakan jenis injin 4 lejang yang signifikan. Keseluruhan ukuran dimensi HPS model ini adalah 1,410 cm× 320 cm × 460 cm dengan berat keseluruhan seberat 29 kg.  Pada penulis blog memang ada mengesyorkan alatan HPS model ini sangat sesuai dibeli untuk petani penanam sayur yang mengusahakan tanaman sayuran komersil dan pemilik dudun buah-buahan. Pihak kerakaan juga sebenarnya mempunyai pelbagai Insentif permodenan pengamalan pertanian petani komersil dengan memberikan bantuan dari beberapa Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agri technology kali in. Wasallam!....

PAM AIR HPS... KUAT SEMBURANNYA...
PELBAGAI SPESIFIKASI..IKUT PERLUNYA...
MENYEMBUR AIR...JAUH TEKANANNYA..
PIHAK KERAJAAN...BERI BANTUANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Agriculture Stations,
Room 806, Hotel Concorde,
Shah Alam, Selangor
Malaysia
(28 JamadilAkhir 1434H)
Diedit semula pada 28 Oktober 2019).

Monday, October 28, 2019

NANAS MD2 TANAH ABANG - TINJAUAN

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) telah dikomersilkan diatas tanah mineral dibuktikan dalam tinjauan penulis blog ke Ladang Nenas MD2 di Tanah Abang, Mersing, Johor seluas 300 ekar. Projek ini yang telah dimulakan pada 2018 mensasarkan tanaman nanas hibrid MD2 untuk pasaran eksport dan juga pasaran domestik. Terdapat dua kumpulan pengusaha disini diketuai oleh Syarikat KPF sebagai 'Anchor Company' dan 10 orang usahawan Agropreneur Muda . KPF mengushakan 200 ekar kawasan dan usahawan muda mngushakan 10 ekar seorang. Syarikat KPF adalah pelopor tanaman nanas MD2 dengan jenama MELITA di Ladang KPF di Ulu Tiram, Kota Tinggi Johor dengan keluasan mencecah 800 ekar menggunakan teknologi mekanisasi untuk tujuan pembajaan, semburan kimia sert hormon dan juga mesin penuaian buah nanas. Projek ini merupakan satu 'brain child' bekas Ketua Pengarah LPNM iaitu saya sendiri dengan menperkenalkan pendekatan anchor company yang kukuh untuk keseluruhan projek. Tanah milik YPJ ini disewakan kepada LPNM untuk dimajukan dengan tanaman nanas komersil. Pengurus KPF dan Pengurus ladang memberikan penerangan perlaksanaan tanaman nanas hibrid dimana penanaman disasarkan seluar 7 ekar setiap bulan secara penjadualan matrik. Benih nanas Sulur (true-to-type) diprojek ini dibekalkan oleh syarkat KPF dan juga LPNM mengikut program tanaman nanas premium. Pihak agropreneur muda ada yang mendapatkan bantuan pinjaman kewangan daripada Agrobank dengan secara berperingkat. Tanaman nanas  diatas tanah mineral kini dijangka mampu untuk memberikan pulangan berbaloi kepada pengusaha jika dijalankan amalan agronomi yang baik seperti mana penanaman nanas pada tanah gambut dimasa dahulu untuk pasaran domestik dan kaleng. Pengurusan teknologi bagi penanaman nanas di tanah mineral adalah berbeza dengan teknologi penanaman nanas di atas tanah gambut. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai projek tanaman nanas MD2 di Tanah Abang dibawah bimbingan LPNM yang penulis blog kunjungi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pengurus Syarikat yang menuggu akan kedatangan penulis blog melalui wasap sehari sebelum pertemuan memberikan taklimat ringkas bersama pengurus ladang tersebut. Dimaklumkan sehingga hari ini seluas 120 ekar kawasan telah ditanam berperingkat seawal umur penanaman paling tua adalah berumur 10 bulan dengan penuaian pertama dijangka pada Januari 2020. Bangunan kontena (ada 4 unit) yang dibina oleh LPNM digunakan sebagai pejabat pengurus ladang, setor penyimpnan baja dan bahan kimia, rumah pekerja ladang dan juga kawasan lapang untuk penerimaan benih tanaman. En Yami maklumkan projek di Tanah Abang ini mendapat sokongan padu daripada LPNM (semenjak penulis menjadi KP LPNM dulu) untuk mempastikan penanaman nanas MD2 komersil dapat dilaksanakan menggunakan benih sulur (suckers) dimana mereka mematuhinya (Sila lihat foto disebelah). Mereka TIDAK DIBENARKAN sama sekali menggunakan benih Nanas MD2 Kultur Tsu (TC planting material). Kos benih suur dikira seitar RM1.20 - RM1.60 satu sulu bergantung kepada saiz sulur dan juga mesti dirawat, digredkan terlebih dahulu sebelum menanam. Kerja-kerja menyediakan kawasan dengan membajak piring, merotor dan membina batas tanaman kemudian aktiviti pemasangan plastik penutup batas dari jenis silvershine untuk nanas (bukan yang diguna untuk sayuran). Penanaman sulur nanas MD2 diladang ini mengikut kesesuaian kontour tanah diatas batas dimana mesti mengelakkan hakisan tanah jika ada benih nanas MD2 diatas batas tanaman. 


Dalam pada itu penanaman nanas MD2 dari ladang ini adalah dikawasan tanah baru yang masih subur. Diantara isu dan cabaran masa kini penanaman nanas MD2 disini adalah serangan oleh babi hutan (wild boar) terutama pada malam hari yang memusnahkan anak pokok nanas. Pelbagai cara digunakan pengurus ladang seperti dengan membuat parit dalam, memasang pagar letrik dan juga pagar zink akan tetapi ia masih kurang berkesan dan perlu dipertingkatkan kawalan. Penulis blog membuat beberapa cadangan lain bagi kawalan babi yang mungkin boleh diamalkan diprojek ini. Serangan gajah liar sudah beberapa kali menganggu kawasan tanaman nanas pada awal tahun 2019 akan tetapi pada masa itu kerosakkan adalah sangat minima kerana belum banyak benih nanas ditanam. Pembajaan dilakukan mengikut pakej amalan teknologi dengan pembajaan asas akan dibuat semasa penyediaan tanah diletakan dibawah plastik silvershine. Kelihatan pokok nanas yang telah beberapa minggu dibubuh baja kali pertama sudah menghijau berbanding dengan tanaman yang belum dibaja lagi. Lazimnya baja butir ini perlu dimasukkan kedalam batas tanaman yang bertutup dengan plastik melalui proses yang khusus. Baja NPK 15:15:15 diberikan untuk umur peringkat vegetatif dan baja NPK 15:15:17:2 TE pula diberikan kepada tanaman nanas untuk proses pembuahan.


Nanas MD2 merupakan sejenis varieti nenas yang sangat popular di Malaysia dan seluruh dunia masa kini. Nenas merupakan sejenis tumbuhan tropika yang diklassifikasikan sebagai tumbuhan kaktus daripada famili Bromeliaceae. Ramai yang bertanya penulis apakan dia 'MD' dalam nama varieti nenas popular ini dan ianya sebenarnya adalah 'Millie Dilarch' sempena hasil kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan (PR) di Hawai sekitar tahun 1980'an. Penyelidikkan ini melibatkan PR dengan beberapa syarikat nenas terkemuka dunia seperti Del Monte, Dole dan Maule Land and Pineapple Company dimana akhirnya berjaya memperkenalkan varieti nenas MD2 yang kini diterima oleh masyarakat antarabangsa. Akhirnya pada tahun 1981 maka hasil kajian biakbaka yang dibuat berjaya menamakan nenas varieti MD2 yang mempunyai ciri yang kompleks dan ianya adalah melibatkan 5 varieti nenas yang berbeza telah dikacukkan termasuk daripada jenis nenas Smooth Cayene. Di Malaysia kemasukkan varieti nenas MD2 ini hanya berlaku sekitar kurang dari 10 tahun lalu dimana benih tanaman nenas MD2 dibawa masuk dan dibuat percubaan penanaman di Johor. Kini tanaman nenas MD2 di negara kita menjadi impian ramai penanam nenas sama ada dikawasan tanah gambut atau tanah mineral diseluruh negara. Benih nanas MD2 yang asalnya ijual dengan harga RM4.50 satu sulur kini sudah dijuall dengan harga sekitar RM1.20 satu sulur dan bekalan dalam negara adalah mencukupi.


Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang amat menyerlah. Kulit buah nenas ini akan berwarna kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Kajian yang dilakukan dimakmal mendapati lazimnya kandungan gula nenas MD2 diantara 13 - 18 darjah Brixs iaitu pada kadar tahap kemanisan amat tinggi ubtuk buah tropika seperti buah nenas. Nenas varieti lain lazimnya pempunyai tahap kandungan gula diantara 8 - 12 darjah Brix sahaja. Nenas MD2 mempunyai keunikannya tersendiri dimana ia memang menyebabkan mudah mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam nenas dan pengguna domestik dan antarabangsa. Ciri-ciri nenas MD2 yang manis rasanya dengan warna kulit dan isinya yang berwarna kuning-kuning keemasan serta tidak lidas memakannya. Kini telah ada beberapa usahawan nanas menanam nanas organik untuk menghasilkan nanas premium. Tinjauan teknologi ke projek nanas bersepadu di Tanah Abang Mersing ini diakhiri dengan menuju kepada 'viewing tower' diata bukit yang amana ini membolehkan kita melihat keseluruhan 300 ekar kawasan ladang nanas komersil MD2 di Johor ini. Semuga artikel ini memberi info terbaik daipada peminat anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DITANAM ABANG MERSING... LOKASINYA...
SELUAS 300 EKAR ... SUBUR TANAHNYA...
SYARIKAT JTP .. ANCHOR COMPANYNYA...
SATU TIJAUAN ... PASTIKAN IA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Executive Floor,
Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(26 Ogos 2019).

Sunday, October 27, 2019

CINNAMON PASTRY, KLUANG - KUIH BULAN

CINNAMON PASTRY HOUSE (CPH) merupakan sebuah kedai bakeri yang sangat popular di Bandar Kluang Johor yang penulis blog membuat tinjauan teknologi. Lawatan ke premis yang mana  oleh usahawan muda En Syahir ini bersama Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Pegawai Pertanian daerah Kluang kerana ia merupakan salah seorang usahawan bimbingan Jabatan Pertanian. Syahir Cinnamon Enterprise adalah perniagaan berasaskan produk bakeri atas nama CINNAMON PASTRY HOUSE. En Syahir berdiri dibelakang penulis blog (Sila lihat foto diatas - bertopi oren). Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik iaitu di kawasan perumahan, pejabat dan jabatan kerajaan serta sekolah rendah dan menengah di Kluang, Johor. Sejarah ringkas sebelum tertubuhnya syarikat ini dimana pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan pengurusan, penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus dan bekerja di kedai bakeri ibu saya sendiri di SUZIL House of Bakery Kluang, Johor sebagai langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus syarikat yang bijak dan berinovasi. Kini hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama islam juga telah menjadi pendorong kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum bukan Bumiputera. Seterusnya usahawan muda ini juga dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan kalangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mana ia  meman mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan kejayaan cinamon pastry house untuk diwar-warkan kepada semua.


Diberitahu pemilik En Syahir CPH dimana sebenarnya CPH adalah bakeri warisan keluarga yang menyajikan roti, kek, biskut dan pastri enak untuk komuniti tempatan dan para pelancong juga. Mereka telah menyediakan ruang serdahana untuk keluarga yang santai dari kesibukan Bandar Kluang. mereka berbbangga kerana menggunakan bahan-bahan terbaik dalam operasi dan sentiasa mendapat memberikan pelanggan kami produk yang hebat. Dakwanya memang ada sebab kedai Kek ini dikenali dimana setiap hari akan ada pasukan chef pastri yang berpengalaman dalam menyediakan pelbagai hidangan lazat yang terdiri daripada pastri gebu dan rangup yang sempurna, sandwic yang lazat dan coklat yang mengiurkan. Cinnamon Pastry House adalah tempat yang ideal untuk menikmati gigitan yang tenang atau tinggal lebih lama dan menikmati minuman khusus mereka. Dengan hidangan yang disediakan di rak pameran serta ada lawatan ke Cinnamon Pastry House adalah suatu lagi asas pengalaman tentang makanan yang ada. Sebagai pilihan lazimnya pengunjung boleh membawa pastri pulang untuk menikmati keselesaan di kediaman sendiri atau bahkan memesan kek yang direka khas untuk majlis khas. Keinginan semua pelanggan CPH akan ditunaikan, begitulah diantara perkhidmatan yang ada dari CPH ini beralamat di No. 4 Jalan Idaman 1, Taman Idaman, 86000, Kluang, Johor dengan nombor talipon +601 8942 4946.


CPH menyediakan berbagai perkhidmatan daripada sarapan pagi atau minum petang sehinggalah kepada perkhidmatan tempahan dan sebagainya. bagi hidangan untuk sarapan pagi atau minum petang biasanya akan ada menu secawan kopi atau teh kami penuh nikmat bersama sekeping sandwich, kek atau pastri CPH yang hebat. Nikmati juga makan tengahari bersama lasagna terhandal CPH yang tiada tandingnya. Bagi tempahan untuk Majli Hari Lahir CPH mengatakan “parti tanpa kek hanya pertemuan” dan tidak boleh membantu tetapi bersetuju dengan kenyataan, terutamanya ketika datang ke hari lahir dan majlis-majlis keraian. Tetapi jika membuat kek bukanlah kehebatan semua dan jangan bimbang kerana di Cinnamon Pastry House ada tersedia bagi melakukan untuk pelanggan dapat menikmati kegembiraan yang indah dan menikmati hidangan lazat. Dalam paa itu agaknya bilakah kali terakhir anda benar-benar duduk dan menumpukan perhatian penuh  untuk merasai rasa kopi di hadapan anda. Di CPH ada bau aroma dari secawan kopi panas. Apabila dapat menikmati rasa yang kaya maka diminum kopi dihidangkan dengan sungguh-sungguh. Ini akan membantu pelanggan menikmati kasegaran kopi sebenar disamping memusatkan diri dan mencari kebahagiaan dalam keseronokan mudah untuk kehidupan.


Penulis blog paling seronok apabila kekaparan En Syahir membuat kuih bulan melalui satu demo dibahagian dapur. Dia yang memang terlatih membuat 'kuih bulan' atau 'moon cake' yang selalunya dibuat oleh orang Cina kini berbangga dengan kebolehannya. Terdapat banyak jenis kuih bulan boleh dibuat dengan berlainan rasa inti, corak bunganya, saiznya dan juga citarasanya. Demo membuat kuih bulan gunakan tepung telah diadun sebelumnya dan menggunakan inti yang mahal iaitu daru Tepung Biji Lotus (RM48.00/500 gram). Tepung yang siap jadi doh dileperkan dan diisikan dengan inti berhati-hati sehingga sedia untuk dicetak. Apabila siap dicetak ia akan dibakar didalam oven dengan suhu terkawal dan dikeluarkan bila telah masak. Sebiji kuih bulan halan dijual dengan harga sekitar RM12.00 sebiji bergantung kepada jenis inti dan saiz. Paling suka penulis blog makan kuih bulan berintikan Kopi Mocha yang ada aroma dan rasa kpi (Sila lihat foto sebelah). Permintaan untuk kuih bulan ari CPH adalah salah satu yang baik diterima pelanggan selain daripada pelbagai pastry, kek dan makanan bakeri lain. Semuga CPH akan terus berjaya didalam perniagaan ini. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
 
PERGI KE KLUANG... MAKAN KUIH BULAN...
CINNAMON PASTRY HOUSE...LAWATAN...
CARA MEMBUAT... ADA DITUNJUKKAN...
PRODUK KUALITI...HASIL KEJAYAAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Cinnamon pastry House,
Taman Idaman, Kluang,
Johor, Malaysia.
(2 Safar 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...