Support My Blog

Friday, April 26, 2019

NURSERI KELAPA SWASTA

NURSERI KELAPA merupakan satu bidangusaha yang melengkapkan industri tanaman kelapa di Malaysia sebagai satu cabang industri. Tanaman kelapa adalah ke empat (4) terpenting seepas kelapa sawit, Getah dan padi di Malaysia dengan keluasan melebihi 84,500 hektar dengan jumllah pengeluaran kelapa sebanyak 560 juta setahun. Memang tidak ramai nurseri swasta yang ada menjual benih kelapa tidak seperti benih buah-buahan lain. Ini kerana pasaran untuk benih kelapa hanya sebahagian daripada keperluan mereka yang ingin menanam kelapa secara koersil dengan jumlah benih yang diperlukan sekitar 170 pokok sehektar untuk jenis kelapa tinggi (Tall Variety) dan 270 pokok sehektar untuk jenis kelapa renek (Dwarf variety). Pokok kelapa maang biasanya akan mengeluarkan satu mayang (bunga kelapa) sebulan dan akhirnya selepas satu tahun lebih (12 - 14 bulan) bunga ini akan menghasilkan kelapa tua dari tandan. Formula kiraan hasil kelapa adalah dimana ada berapa biji kelapa (nuts) yang terdapat pada setiap tandan yang biasanya ada 12 tandan kelapa sepokok setahun. Buah kelapa tua ini akan gugur selepas setahun atau ia akan dikait untuk dipasarkan. Biasanya kelapa tua ini akan dikupas sabutnya sebelum ia dihantar kepasar atau kedai runcit sebagai kelapa tua biji. Harga kelapa tua di kebun diantara RM0.80 - RM1.00 sebiji bergantung kepada saiz dan gred buah kelapa ini. Bagaimana pun kini permintaan untuk kelapa muda semakin meningkat dimana buah kelapa muda berumur 7-8 bulan akan dipetik dan dibawa turun dengan tali agar ia tidak pecah. Kelapa Muda biasanya dijual diantara RM1.20 - RM1.40 sebiji diladang bergantung kepada varieti (kelapa Jenis Tinggi) dan sesuai dijadikan air kelapa atau minuman popular 'coconut shake'. Tanaman kelapa kini telah diletakkan dibawah Program Sumber Kekayaan Baru Negara kerana ia adalah tanaman yang diberikan perhatian khusus oleh kerajaan sama dengan durian, kulinari, nanas dan beberapa lagi. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai semaian kelapa seagai satu tinjauan bersama rakan-rakan yang ada hobi menanam kelapa.


Benih Kelapa ada beberapa kategori iaitu Benih Kelapa Biasa (OP) dan Benih Kelapa Hibrid. Benih kelapa biasa adalah benih kelapa yang dihasilkan daripada pokok kelapa biasa seperti kelapa Malayan Tall, Kelapa Merah Renek (MRD), Kelapa Kuning Renek (MYD), Kelapa Hijau Renek (MGD), Kelapa Takunan, Kelapa WAT (West Afican Tall), Kelapa rennel Tall dan sebagainya. Benih Kelapa Biasa ini dihasilkan dengan mengambil biji kelapa tua yang berkualiti dan ia kemudian disemai dalam nurseri selama 5-6 bulan sebelum ianya sesuai dialih atau ditanam keladang. Benih kelapa ini kemudian dijaga di kebu kelapa dan akan berbuah dintara 7-8 tahun bagi kelapa jenis tinggi dan 3.5 - 4 tahun bagi jenis kelapa jenis renek (dwarf variety). Ada pengusaha nurseri swasta menyemai benih kelapa didalam polibeg besar untuk memudahkan ia dipindahkan dan ditanam (Sila lihat foto disebelah). Jenis benih kelapa kedua adalah Benih Kelapa Hibrid iaitu melibatkan proses kacukan bantuan pendebungaan silang antara dua pokok induk kelapa. Biasanya libatkan pokokk induk jenis tinggi dikacukan dengan pokokk induk kelapa renek. Antara varieti benih kelapa hibrid adalah seperti kelapa Matag, Kelapa MAWA, Kelapa Carini, Kelapa Carena dan sebagainya. Kerja untuk menyediakan benih kelapa hibrid adalah agak rut dan memerlukan kos tinggi selain lebih lama untuk pengusaha menyediakannya dalam kuantiti banyak. Ia memerlukan pokok induk khusus untuk digunakan bagi proses kacukan. Benih kelapa hibrid tulis lazimnya dijual dengan harga lebih mahal daripada benih kelapa biasa.


Sehingga kini Malaysia masih lagi tidak membenarkan kemasukan anak benih kelapa dari luar negara untuk tujuan tanaman. Ini disebabkan oleh kerana bekalan benih kelapa biasa dan kelapa hibrid adalah mencukupi selain daripada faktur keselamatan Biosekuriti. Penulis blog memberikan penerangan mengenai industri kelapa di Malaysia kepada Yg Bhg Dto Sri KSN semasa beliau dn rombongan ada datang membuat lawatan ke nurseri kelapa swasta di Kuala Kubu Baru, Selangor sempena lawatan beliu disana (Sila lihat foto disebeah). Benih kelapa yang disemai di syarikat ini sudah sedia untuk ditanam setelah melepasi piawaian. Benih kelapa dari negara jiran Filipina dan semua produk dari negara tersebut yang berasaskan tanaman kelapa tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia kerana larangan oleh Penyakit yang disebabkan oleh Virus Cadang-cadang. Pada penulis blog ada menulis artikel mengenai Penyakit ini (Sila klik Disini) dimana  tanaman kelapa (Cocos nucifera) adalah sejenis penyakit kelapa yang agak merbahaya. Penyakit ini juga disebabkan oleh sejenis virus iaitu 'Coconut Cadang Cadang Viroid' yang menyebabkan pokok menjadi kuniing daunnya dan akhirnya menyebabkan kematian pokok kelapa. Dalam bahasa lain ia digelar juga sebagai 'Cadang cadang disease', 'palm cadang-cadang iroid', 'Yellow motting disease' (English) dan mempunyai kod EPPO sebagai CCCVd (Ringkasan bagi Coconut Cadang-cadang Cocadviroid). Penyakit ini telah dilaporkan ada merebak dikawasan tengah Filipina dan didapati terus merebak kebeberapa provinsi lain di negara tersebut walau pun kadar perebakan dikawasan lain agak kurang serius. Serangan CCCVd ini lazimnya akan menyerang tanaman kelapa yang berumur kurang dari 10 tahun umur pokok dan perebakan ventor ini belum dipastikan pembawanya dengan nyata. Viroid ini juga dilaporkan mampu untuk menyerang tumbuhan dalam keluarga Arecaceae lain termasuk pokok kelapa sawit dan Buri Palm (Gebang Palm). Ia dilaporkan ujud dibeberapa negara Asia Tenggara dan Oceania yang lain walau pun ia masih terkawal di Malaysia. Bagaimana pun didapati tahap kemudahan untuk mendiagnostik viroid dan penyakit ini masih belum lengkap dikaji kerana ia merupakan ancaman penyakit epidemik yang bahaya. Sehingga kini penyebab dikenalpasti adalah VIRUS dengan Viroids yang tidak dikenali (unknown viroids) daripada famili Pospivirodae dari genus Cocadviroid dengan spesis dikenalpasi adalah Coconut cadang-cadang viroid. Viroids termasuk juga agen subviral didalam sistem taksonomi diperingkat antarabangsa dibawah Taxonomy of viruses (Fauquet et al., 2005). Berbeza dengan virus, viroids adalah genom yang lebih kecil kelasnya dan hanya di temui didalam tumbuhan tertentu sahaja. Dalam kumpulan viroids bagi tanaman kelapa iaitu CCCVd ianya juga termasuk viroids Coconut Tinangaja Viroid (CCTiVd) yang juga menyerang kelapa. Negara kita Malaysia memang sejak lama dahulu tidak membenarkan sebarang kemasukan benih kelapa, produk kelapa dan buah kelapa segar dari Filipina dibawah Akta Kuaratin disebabkan kemungkinan kemasukkan viroids ini ke negara kita. Memang benih kelapa yang melepasi pemeriksaan melalui Skim Pengesahan bahan Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian sahaja yang disyorkan sesuai ditanam. 


Bagi tanaman kelapa, beberapa benih kelapa seperti kelapa pandan (CN6) telah dibuat ujian dimana beberapa stesyen Jabatan Pertanian dimana ia telah berjaya dikenalpasti mempunyai kadar ketulinan aroma pandan tinggi berbanding dengan stesyen yang lain. Ini berlaku apabila proses pemilihan benih berkualiti kelapa pandan dilakukan oleh Jabatan Pertanian sebagai salah satu daripada proses biakbaka tanaman kelapa pandan tersebut. Dilaporkan benih kelapa pandan daripada Stesyen Kelapa Teluk Baru di Bagan Datoh, Perak mempunyai nilai kadar ketulianan varieti terbaik berbanding dengan beberapa stesyen lain. Ini kerana pokok kelapa pandan distesyen ini dipilih dari pokok induk terbaik dari beberapa stesen dan punca kelapa pandan diseluruh negara. Amalan agronomi dan kaedah penanaman yang sistematik mengikut protokol ladang benih kelapa juga mempengaruhi kadar ketulinan ini. Bagi benih kelapa hibrid MATAG kini pihak MARDI bersama Jabatan Pertanian boleh menentukan ketulinan benih MATAG F1 dengan bukan F1 melalui ujian makmal ini. Bagaimana pun ujian di CMDV di MARDI perlukan satu kepakaran khusus dan kos yang abak tinggi bagi settiap ujian. Teknologi di CMDV ini berjaya mengesan tahap ketulinan kelapa hibrid ini dengan agak tepat dan boleh dipercayai. Penulis yang telah faham akan perkara ini merasakan adalah baik kepada pembeli benni kelapa hibrid kelapa seperti kelapa matag untuk menjalankan ujian ketulinan jika mampu dan mahu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro tevhnology semua. Wasallam!!!...
BENIH KELAPA ... BANYAK JENISNYA...
BENIH BIASA... MUDAH DAPATNYA..
BENIH HIBRID...MAHAL HARGANYA...
BACA ARTIKEL...ADA  FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...