Support My Blog

Sunday, April 14, 2019

USAHAWAN B40 CILI CENTIL DI MUAR

CILI CENTIL (Capsicum frustecens) merupakan satu jeis cili yang amat sesuai diusahakan secara fertigasii untuk penghasilan komersil seperti yang di lakukan oleh seorang belia B40 dikenali dengan ama En Hafiz Adli Hasnor. Kebun beliau yng terletak dikawasan Kampong Parit Keroma, Muar, Johor ini merupakan satu kawasan seluas 2 ekar di bandar dengan ada banyak rumah teres disekelilingnya. Malahan untuk kekebun beliau perlu melalui jalan utama Taman Keroma Jaya yang didiami oleh lebih dari 150 rumah. Beliau telah menanam Cilii Centil sebanyak 2,000 polibeg dan juga Cili Besar 461 sebanyak 3,000 beg disusunn di dalam beberapa peringkat penanaman. Terdapat satu kawasan seekar yang baru sahaja diberihkan selepas dia menuai tanaman melon Varieti Glamour sekitar 3 minggu sebelum lawatan penulis blog. Beliau nyatakan tuaian melon kali ini kurang memberangsangkan kerana masaalah serangan penyakit dan serangga perosak. Kesemua teknik penanaman yang dilakukan oleh En Hafiz mengguakan sistem Fertigasi dimana beliau belajar teknologi fertigasi melalui Kursus dari Jabatan Pertanian dan membuat lawatan hands-on daripada beberapa pengusaha yang dikenalinya di sekitar Batu Pahat dan Muar. Masaalah utama yang dilalui belia didalam penanaman cili centil adalah serangan Penyakit Kerinting yang disebabkan oleh TMV dimana serangan penyakit ini pernah merugikan beliau diplaot penanaman cilii padi diplot lain pada tahun 2018. Tinjauan penulis blog di projek tanaman cili centil fertigasi ini membolehkan ktipan maklumat terkini mengenai penanaman dan penghasilan usahawan B40 di Johor yang dianggap berjaya didalam sekor pertanian. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi info dengan smua pembaca mengenai tinjauan teknologi kekawasan projek.


Cili Centil adalah salah satu varieti cili kecil yang dikira pedas dan mendapat permintaan tinggi dikalangan pengguna (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa varieti cli kecil lain yang didakwa sebagai cili padi atau Cili Api atau Cili Burung atau Lombok Rawit dikenalpasti ditanam di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog dapati ada 5 jenis cili padi yang beolh ditanam iaitu Cili Padi Centil, Cili Padi Putih, Cili Padi Kecil/Mini, Cili Padi Hijau dan Cili Padi Siam (Sila rujuk - Sila klik disini). Dari jumlah diatas yang paling banyak dijual di negara kita adalah jenis Cili Api Siam yang diimpport dari Thailand kebanyakannya.  Buah cili padi atau cili api SIAM ini agak besar dan paling panjang saiznya dengan panjang sekitar 3 - 6 cm. Cili Padi Siam merupakan jenis yang paling banyak dijual di Malaysia kerana ia diimpot dari Thailand dengan kuantiti yang banyak. Cili api Siam ini dijual dengan harga paling murah dipasaran iaitu sekitar RM 6 - RM 8 sekilogram. Cili ini semasa muda buahnya berwarna hijau tua dan berubah menjadi merah tua setelah masak. Rasa tahap kepedasannya adalah 'Paling Kurang Pedas' dengan semua jenis yang lain. Cili jenis ini paling banyak dan sesuai untuk masakan Ala-Thai seperti Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, Sup Sayur dan Ikan Tiga Rasa. Malaysia mengimpot cili api Siam dengan nilai jutaan ringgit setahun melalui Bukit Kayu Hitam dan pintu masuk yang lain. Kepada anda yang selalu membeli cili padi di pasar basah, pasartani atau supermarket selalunya banyak dijual cili padi Siam yang murah dan bekalan yang berterusan. Pada penulis blog tetap suka menggunakan cili api yang ditanam dari negara kita kerana ia lebih pedas dan segar serta selamat dimakan.


En Hafiz semasa ditemubua penulis blog mennyatakan beliau beajar dan berminat bila rakannya iaiitu Mohd Izranuddin Jelani seorang guru telah berjaya dalam mencipta kelainan apabila mampu menyelaras Projek Sekolah Lestari dalam bidang pertanian hingga mampu meraih pendapatan berjumlah RM11,000 hasil tanaman cili fertigasi. Guru berkenaan mengetuai Skuad Lestari dianggotai lima guru dan 140 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fatimah Hashim, Taman Daya, Johor Bahru yang mengusahakan projek pertanian terbabit yang dilaksanakan sejak beberapa tahun dulu. Segalanya bermula apabila dia menanam lima pokok cili padi jenis centil di rumahnya di Taman Daya. Kemudian beliau diberitahu dimana dia cuba menanam lima anak benih cili centil secara kaedah biasa pada 2011 di tepi rumah saja dan hasilnya terus menjadi. Dari situ pada peringkat awal maka  penanaman cili fertigasi sebanyak 1,000 pokok dengan bantuan Jabatan Pertanian Daerah Muar. Kemudian beiau dengan modal sedia ada melengkapkan sistem fertigasi untuk tanaman cili dan melon secara komersil. Beliau kini dibantu oleh soerang pekerja tetap dan 6 orang pekerja upahan untuk memetik cili apabila musim banyak. Kos upah memetik cili centil disini adalah RM3.20 sekologram berbanding denagn beberapa tahun dahulu cuma RM2.50 sekilogram. Seseoang pekerja memetik cili mampu mengutip diantara 7 - 10 kilogram sehari. Semenanjak beliau mula dua musim menanam cili centil fertigasi sebanyak purata 480 kg cili sebulan telah dihasilkan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM6,240 sebulan.


Masaalah serangan penyekit kerinting dakwa beiau adalah paling digeruni kerana apabila serangan berlaku maka kerosakan akan merugikan daripada pengalaman lepas. Beliau juga orang muda yang sering merujuk info asas mengenai teknologi tanaman cili secara fertigasi daripada internet termasuk blog Anim Agro Technology semenjak banyak tahun dahulu. Benih Cili Centil yang dibeli dari Tangkak akan dirawat dahulu sebelum disemai didalam rumah jaring kalis seangga. Penulis blog menasihatkan bagaiana kaedah kawalan terbaik jika ada serangan mozaic virus dan kaedah mengawal kutu aphids yang menjadi pembawa masaalah ini terutama dimusim panas. Bai pendebungaan yang cekap diletakkan dua log kelulut ditepi kebun dimana memingkatkan lagi prosess pendebungaan. Setakat ini Hafiz tidak pernah menghaapi masaalah pasaran kerana peraik daripada Bandar Muar akan datang kekebunnya yang hanya kuran 5 km jaraknya daripada Pasar Besar Muar. Peraih akan datang setiapp  petang sebelum membawa cilinya untuk diedarkan kepada peruncit dengan harga RM13 sekilogram sehingga RM15 sekilogram. Tinjauan mendapati harga cili centil di Bandar muar adalah sekitar RM 17 - RM22 sekilogram. Dakwa Hafiz beliau kini merancang untuk menambah keluasan penanaman cili centil di kawasan kampong lain dengan melibatkan beberapa anak muda lain. Hasil tinjauan ini didapati sektor pertanian seperti menanam cili centi fertigasi mampu memberikan pendapatan baik kepada para pengusahanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM CILI... CENTIL JENISNYA....
CARA FERTIGASI... RUMPAI TIADA...
HARGA TETAP... PENDAPATAN DIJANA...
BELIA MUDA...  BOLEH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malasia.
(8 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...