Support My Blog

Monday, April 29, 2019

STESEN TARAT - POTENSI HASILKAN BENIH MATAG

STESYEN PERTANIAN TARAT terletak di Serian, Sarawak merupakan salah satu dari stesyen yang mampu didalam menghasilkan benih kelapa hibrid Matag di Malaysia. Dalam tinjauan penulis blog di stesyen ini mendapati usaha murni Jabatan Pertanian Sarawak mampu dalam menyediakan benih kelapa hibrid yang mendapat permintaan tinggi di Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya. Permintaan benih hibrid kelapa matag di Malaysia sekitar 250,000 - 300,000 setahun berdasarkan kepada program penanaman kelapa anjuraan kerajaan dan penanaman oleh persendirian oleh sektor estet dan sektor pekebun kecil. Keupayaan pengeluaran benih hibrid kelapa matag di Malaysia sekitar 50,000 - 70,000 pokok setahun sahaja. Terdapat 6 lokasi yang mampu menghasilkan kelapa hibrid di Malaysia iaitu 2 oleh Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (Jorak dan Lekir), 1 oleh Jabatan Pertanian Sabah (Menumbuk), 1 oleh Jabatan Pertanian Sarawak (Tarat) dan 2 oleh pihak swasta (United Plantation dan NLFCS). Kalau ada dakwaan selain daripada senarai pengeluar diatas yang menghasilkan kelapa hibrid matag mungkin pemain baru (hanya PPNJ Bukit Bujang di Johor) atau memang mereka jual bukan benih tulin matag F1. Ini kerana hasil daripada penelitian penulis blog banyak penjual benih matag F2 yang mana biji kelapa dijadikan benih sebenarnya diambil dari pada pokok kelapa matag F1 yang berbuah atau mereka ambil benih kelapa matag 'culling' daripada pihak tertentu. Ada ramai pekebun kecil yang pernah 'ditipu' atau 'tertipu' dalam membeli benih kelapa matag ini kerana mereka kurang pengetahuan atau terlalu 'ghairah' hendak menanam kelapa hibrid matag atau percaya dengan pembekal benihnya. Apa pun itu merupakan satu lagi isu semasa beberapa tahun kebelakangan kerana memang bekalan benih hibrid matag adalah kurang daripada bekalan sebenar. Lawatan penulis blog ke Pusat Pertanian Tarat di Serian di sambut oleh pegawai kanan jabatan Pertanian Ibupejabat dan Ketua Pusat iaitu Encik Agustine dan Penyelia Ladang En Pandir. Hujan yang mula turun sebaik sahaja tiba di plot A ladang benih matag bagaimana pun sedikit menganggu tinjauan teknologi yang diakukan. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai penghasilan benih kelapa hibrid matag di Pusat Pertanian Tarat untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda. 


Daripada penerangan Agustine pada masa ini terdapat sebanyak 1,200 pokok kelapa induk betina ditanam di pusat ini yang ditanam dalam 2 peringkat. Benih kelapa tersebut mula ditanam pada tahun 2012 dan tahun 2013 dengan benih induk MRD dan MYD dibekalkan daripada Jabatan Pertanian Semenanjung dan Jabatan Pertanian Sarawak sendiri. Benih induk Malayan Red Dwarf (MRD) di semua plot telah dijalankan untuk dibuat pendebungaan bagi tujuan untuk menghasilkan kelapa hibrid matag (Sila lihat foto disebelah). Pokok induk MRD dan MYD dikira ianya boleh dijadikan pokok induk betina apabila telah MATAG iaitu ia berumur lebih 5 tahun ditanam. Bagaimana pun dari segi penelitian penulis, didapati penghasilan mayang, bunga dan tandan buah amat berkurangan dibahagian atas pokok dan jelas menunjukkan pokok induk ini agak kurang dijaga. Memang benar apabila pegawai pusat Agustine menyatakan pokok MRD dan MYD induk ini telah tidak cukup baja sejak 1.5 tahun lepas kerna kekangan bajet pembelian input baja. Buah kelapa yang melekat setelah didebunga ini hanya hasil kacukan dilakukan 2.5 tahun lepas dengan ada input mencukupi tahun tersebut. Kelapa memang sangat responsive dengan aktiviti pembajaan dan juga pengairan. Kekurangan baja pada pokok induk di pusat ini nyata menjejaskan pertumbuhan pokok, penghasilan mayang dan buah serta menjadikan pokok tidak sihat.


Daripada peneliitian penulis di ladang plot ke 2 juga mendapati pokok kurang subur waau pun dari segi kebersihan plot dari rumput amat baik. Satu tandan biji kelapa yang siap dikacuk mengandungi sebanyak 8 - 14 biji kelapa hibrid yang belum diketahui ketulinnnya. Kadar kejayaan proses kacukan di pusat ini antara yag terendah peratus kejayaannya di Malaysia kerana beberapa faktur seperti kualiti debunga yang rendah, kemahiran pekerja, pokok kurang berbaja dan pokok induk betina yang masih muda. Hanya ada 4 orang pekerja yang ditugaskan dipusat ini untuk menjaga ladang benih kelapa induk untuk mereka melakukan kerja termasuk pendebungaan. Lebih malang apabila penulis blog diberitahu seorang pekerja pendebunga paling cekap telah kemalangan motorsikal menyebabkan ia tidak mampu melakukan proses kacukan seperti sebelumnya dahulu. Aktiviti membuat benih kelapa matag perlu dilakukan dengan memilih mayang yang baru terbuka dan dibuat proses emaskulasi (membuang bunga jantan dalam mayang). Kemudian debunga kelapa tagnanan akan diseburkan setiap hari selama 5 - 7 hari sehingga semua bunga betina menerima debunga tagnanan. Jika berjaya proses pendebungaan ini maka ia akan menjadi buah. Apa pun buah akan dipetik atau gugur atau matang 12 bulan selepas proses kacukan. Ia akan disemai selama 6 bulan lagi untuk menghasilkan anak pokok kelapa hibrid matag dan dibuat pemilihan kelapa matag hibrid F1 setelah dibuat pemilihan.


Daripada tinjauan penulis bpog ke lokasi pokok induk Kelapa Tagnanan amat mengejutkan juga. Ini kerana selepas 2 tahun didakwa Agustine pokok tersebut tidak dibaja (walau pun kebesihan rumpai memuaskan) telah menyebabkan peratus kualiti benih tersebut kurang daripada 20% viabiliitynya. Apa yang penulis blog lihat pokok tagnanan ini amat tinggi melebhi 100 kaki dan kelihatan kurang subur dipandang dari segi saiz batang dan bentuk pucuk daunnya (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog nasihatkan pokok induk Tagnanan untuk bekalkan debunga ini perlu dijaga semula dengan cara memberikan baja, menandakan semula kod pokok (tag daftar sudah tanggal) dan memasang peralatan untuk kemudahan memungut bunga jantan. Pokok yang sudah tua ini bagaimana pun masih mampu menghasilkan debunga tagnanan untuk kegunaan kacukan dengan MRD dan MYD dildang pokok induk betina. Penulis blog juga sarankan Pusat Tarat ini turut membeli debunga tagnanan daripada Jabatan Pertanian Semenanjung untuk langkah sementara. Jika kesuburan debunga tagnanan rendah dan kemahiran pekerja juga rendah maka hasilnya untuk benih hibird juga rendah dimana ia merugikan operasi dalam pengeluaran benih F1 dalam negara. Bagaimana pun pusat telah menanam sebanyak 30 lagi pokok kelapa tagnanan yang baru berumur 2.5 tahun bersebelahan dengan plot pokok lama untuk jangkamasa panjang bekalkan debunga tagnanan berkualitii dan mencukupi.


Buah kelapa hibrid yang telah mencapai umur lebih 12 bulan akan dikutip atau pun dipetik dan kemudian dikumpul ditepi plot masing-masing (Sila lihat foto disebelah). Buah kelapa tua ini akan disusun dengan cara bahagian paling leper dibahagian bawah dan disusun menghadap cahaya matahari naik. Bagaimana pun nurseri sementara ini perlu ditambahbaik lagi dengan menyediakan pasir sebagai tapak semaian dan ada sistem pengairan dan juga penutup jaring hitam diatasnya. Dakwa En Agustine susunan ini hanya dikumpulkan buat sementara sebeum dibawa ketapak semaian benih kelapa matag sebenar berhampiran pondok pekerja. Kekurangan pekerja diladang sering menganggu operasi membuat benih kelapa hibrid matag F1 ini dalam Pusat Pertanian Tarat. Memang ada juga permintaan orang-orang tempatan yang datang untuk bertanya dan membeli jika ada benih kelapa hibrid dari pusat ini. Harga jualan diberitahu sekitar RM15.00 sepokok walau pun benih yang dihasilkan di pusat ini tidak boleh dijual sebaliknya akan digunakan untuk projek penanaman kelapa yang diluluskan oleh Jabatan Pertanian Sarawak sahaja. Dalam pada itu penanaman kelapa hobrid matag F1 di Sarawak diluluskan bajet tahunannya melalui Kementerian Pertanian setiap tahun. 


Seterusnya penulis blog dalam keadaan hujan agak lebat menuju kelokasi paling kritikal iitu nurseri simpanan benih kelapa matag hibrid F1. Dari pemerhatian pnulis blog mendapati terdapat banyak stok benih kelapa matag yang menunggu unuk diedarkan kepada petani di Sarawak. Sehingga kini dianggarkan lebih daripada 10,000 benih kelapa matag telah dihasilkan akan tetapi ada beberapa masaalah pengedaran yang perlu ditangani mereka. Benih-benih  kelapa bukan F1 dimusnahkan dilokasi lain walau ada dilihat ia masih tumbuh disatu sudut yang perlu dibuang. Pada penilaian penulis blog usaha yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai di pusat ini harus dipuji kerana mereka berjaya mengeluarkan benih kelapa matag F1 yang berkualiti. Semua pegawai dan pekerja dari pusat pertanian Tarat ini telah diberikan latihan bagaimana untuk membuat kacukan dan penjagaan pokok di Pusat Pertanian Jorak di Muar Johor pada 2-3 tahun lepas. Pokok induk betina sedia ada perlu ditingkatkan penjagaannya dengan memberi baja cukup dan kawalan perosak agar ianya akan ters hidup dan prodktif. Daripada analisa penulis blog, apabila pokok induk ini dijaga baik dan dibuat kacukan dengan serius ia berpotensi atau mampu menghasilkan sehingga 30,000 biji benih kelapa matag F1 setahun. Jika ia berlaku maka kekurangan benih kelapa matag ini akan dapat diatasi secara berperingkat demi membangunkan industri tanaman kelapa dalam negara. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BENIH MATAG... KURANG BEKALANNYA...
PUSAT PERTANIAN TARAT...ADA INDUKNYA...
PERLU DIJAGA.. TINGKAT PENGELUARANNYA...
TINJAUAN PENULIS...LIHAT KEMAJUANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomsit,
Room 829, Suite Executive Room,
Waterfrong Hotel,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(23 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...