Support My Blog

Monday, April 1, 2019

MELON MANIS TERENGGANU - LAPOR MEDIA

MELON MANIS TERENGGANU (MMT) adalah merupakan varieti pertama bagi keluarga rock melon yang mana telah diumumkan oleh YB Menteri Besar Terengganu sebagai buah rasmi Negeri Terengganu pada 29 September 2015 sempena sambutan 110 Jabatan Pertanian peringkat Negeri Terengganu di TKPM Tok Dor. Melon (Cucumis melo Linn) merupakan sejenis tanaman buah daripada keluarga Cucurbitaceae yang diusahakan di Terengganu melalui galakan daripada Kerajaan Negeri. Penulis blog dapati Negeri Terengganu akan menjadi perintis dan pengeluar utama dalam memasarkan hasil Melon Manis Terengganu (MMT) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa berikutan dari permintaan yang tinggi daripada penduduk di beberapa buah negara terutama di rantau Asia seperti Singapura dan Jepun. Namun begitu dilaporkan Melon Manis Terengganu (MMT) juga boleh didapati di sekitar Daerah Kuala Nerus, Terengganu iaitu di Kedai Green Dish yang berhadapan dengan premis Kolej Vokasional Wakaf Tembesu. Green Dish menjual Melon Manis Terengganu (MMT) yang segar dari ladang mereka sendiri bertempat di GM AgroFarm, Kuala Ibai, Terengganu. Dalam pada itu Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai kombinasi tekstur yang rangup dan rasa yang manis serta berlemak. Rona warna yang memukau turut meletakkan Melon Manis Terengganu (MMT) sebagai buah yang unik dan mempunyai kelas tersendiri. Semestinya Melon Manis Terengganu (MMT) mempunyai keunikan tersendiri setaraf dengan penilaian taraf buah sebanyak lima bintang yang diberikan oleh Jabatan Pertanian. Antara kelebihan MMT adalah seperti ia mempunyai kulit berwarna kuning dan licin dimana ia selalu mempunyai isi berwarna "Salmon Colour". MMT dilaporkan mempunyai tekstur isinya rangup, manis dan berkhasiat. Apa yang penulis blog dapat lihat fimna MMT mempunyai purata berat ialah 1.2 - 1.8 kg/ biji dengan tahap kemanisan lebih daripada 14% apabila matang. Dari segi penanaman didapati ia mempunyai tempoh penanaman ialah 65 hari dari tarikh semaian dan jangka hayat yang panjang selepas tuaian bergantung kepada suhu persekitaran. Artikel malam Sabtu ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya terus meulis mengenai info penting Melon Manis Terengganu (MMT) seperti apa yang dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam akhbar utusan bertajuk ''Kaedah pendebungaan baru MMT'' dimana foto disebelah menunjukkan Dr. Azman (tengah) memegang buah MMT untuk memeriksa buah tersebut. Dilaporkan dimana Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menghasilkan kaedah pendebungaan baru tanaman fertigasi melon manis Terengganu (MMT) dimanan ia sekali gus mempercepatkan proses dan menghasilkan buah yang lebih berkualiti. Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan), Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT Prof Madya Dr Wahizatul Afzan Azmi berkata, projek ini berupaya dalam meningkatkan pengeluaran hasil MMT dan mengurangkan kos buruh untuk pendebungaan bagi penghasilan set buah. Kaedah pendebungaan lebah kelulut ke atas tanaman fertigasi melon yang diperkenalkan ini dapat mengatasi masalah ketidakcekapan pendebungaan secara manual. Kalau sebelum ini penaaman dilakukan seperti kaedah geitonogami dan pendebungaan kacuk silang. Kaedah pendebungaan kelulut juga lebih cekap berbanding kaedah pendebungaan manual yang mengambil masa agak lama, tenaga dan kos yang sangat tinggi terutama untuk tujuan penanaman berskala besar. Kelulut mempunyai keunikan tersendiri kerana ia adalah spesies serangga asli di Malaysia dan aktif sepanjang tahun. Ia juga tidak memerlukan kos yang besar untuk dipelihara dan tidak membahayakan. 


Pokok melon mempunyai bunga jenis monoecious iaitu bunga jantan dan betina terletak pada struktur bunga yang berasingan. Penanaman melon ini tidak akan menghasilkan set buah tanpa kaedah pendebungaan berbantu. Bagi mengatasi masalah ini maka aktiviti pendebungaan lebah kelulut berjaya menggantikan tenaga kerja buruh yang menggunakan pendebungaan tangan dapat mengurangkan kos operasi pendebungaan dan meringankan beban tugas pengusaha tanaman. Pengusaha tanaman juga dapat menjana pendapatan sampingan melalui produk hiliran madu kelulut hasil daripada penternakan kelulut di samping pengeluaran hasil pertanian. Bagi menghasilkan produk MMT bermutu tinggi, petani perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dari segi penggunaan baja, pengawalan racun dan pencahayaan. Buah yang direka khas untuk industri pertanian Terengganu itu bukan saja memiliki rasa manis dan buah yang rangup malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri. Ia juga kaya antioksida dimana baik untuk kesihatan kulit, menguatkan antibodi badan, mengandungi vitamin A dan C, serta mampu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, angin ahmar dan jantung.


Dalam media lain artikel bertajuk ''Melon Terengganu, Rasa Sekali Pasti'' dimana seorang penanam MMT  memetik buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang telah matang di Ladang MMT di Kampung Alur Lintang baru-baru ini. Kata-kata yang ianya semakin popular di Besut Terengganu adalah ikon Melon Manis Terengganu (MMT), rasa sekali mesti hendak lagi. Rasanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata meskipun setelah habis sebiji melon MMT dimakannya dalam tempoh 10 minit dimana ramai kata apabila mendapat ia agak sukar untuk memberi kenyataan yang tepat tentang keenakannya. Rata-rata mereka yang pernah merasainya menyatakan ia mempunyai kombinasi tekstur yang rangup, digabungkan pula dengan rasa manis dan berlemak serta lebih enak berbanding 3,000 varieti melon lain di seluruh dunia. Lebih menarik lagi iaitu varieti MMT yang eksklusif dan hanya terdapat di Terengganu itu tidak pernah ditanam di negara lain sebelum ini, diserikan dengan rona warna yang memukau sekali gus meletakkan MMT sebagai buah unik yang berada di kedudukannya tersendiri. Dlam pada itu sejak diperkenalkan pada 2015, buah hasil cetusan idea Menteri Besar TerengganuDatuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ketika itu dalamusaha mencari kelainan untuk diperkenalkan sebagai ikon baharu negeri itu, kian mendapat tempat di pasaran seluruh negara. Apa yang lebih membanggakan, ikon baharu negeri tersebut dipilih sendiri menteri besar itu selepas hasil gabungan idea dan kajian dilaksanakan sekumpulan pakar fertigasi dan Jabatan Pertanian Negeri dibentangkan.  Mengimbas kembali proses pemilihan varieti buah tersebut, Pengurus Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut Nasir Ali yang juga pakar fertigasi berkata pihaknya menyenarai pendek tujuh varieti melon di peringkat akhir termasuk dua varieti MMT iaitu melon yang isinya berwarna putih dan berwarna salmon. Kami adakan ujian rasa untuk menteri besar memilih mana varieti yang terbaik dan akhirnya beliau bersetuju memilih melon yang isinya berwarna salmon kerana rasanya lebih rangup, manisdan yang paling penting ia tidakpernah ditanam di mana-mana negara dalam temubual eksklusif di ladang MMT di Kampung Alur Lintang.

Kerajaan negeri terus komited dalam menjadikan MMT produk popular di seluruh negara. MMT kini menjadi ikon baharu di negeri ini dan kerana itu disyorkan buat keputusan untuk membuka seluas-luasnya kawasan yang sesuai untuk penanaman MMT. Sehingga kini, terdapat 10 lokasi projek penanaman MMT dibuka di seluruh negeri membabitkan 5.7 hektar tanah dengan 52 peserta dan hingga kini sebanyak 40 - 60 tan hasil pengeluaran berjaya dicatatkan. Meskipun baharu diperkenalkan, MMT memberi pulangan yang besar dan kini mempunyai pasaran di seluruh negara, malah peniaga buah dari Cameron Highlands turut mendapatkan bekalan MMT daripada pengusaha negeri itu. Kini pengusaha MMT yang ditemui berkata pendapatan mereka berubah selepas mengusahakan tanaman tersebut dan antara mereka yang sebelum ini mempunyai kerjaya hebat juga turut memilih untuk menjadi usahawan MMT apabila ia menjadi ‘lubuk rezeki baharu' buat penduduk di negeri tersebut. Seorang pengusaha tanaman MMT, Alias Sulong, 49, dari Kampung Alur Lintang berkata beliau yang merupakan pengusaha tanaman fertigasi ‘rock melon' sejak 10 tahun lalu kini menjadikan MMT sebagai tanaman utamanya sejak ia diperkenalkan. Dia beralih arah kepada MMT kerana kerajaan membantu meluaskan pasaran MMT dan ia tidakada di tempat lain selain Terengganu. Jadi, saya tidakada banyak saingan berbanding tanaman rock melon yang sememangnya ditanam di negeri lain. Memang kini tanaman rock melon dan MMT berbeza kerana rock melon sangat rumit dan penjagaan buahnya agak susah berbanding MMT. Ia memerlukan proses pendebungaan yang dilakukan secara manual dan apabila berbuah maka buahnya pula perlu dibalut dengan kertas bagi memastikan ia tidak rosak iaitu kerja ini memang cerewet. Bila dia cuba tanam MMT terasa bebanan kerja lebih ringan sebab tidak perlu lakukan proses untuk kerja pendebungaan dimana buahnya mudah dijaga dan tidak perlu dibalut. Buah MMT hanya perlukan air, baja dan cahaya matahari yang cukup. Petani ini kini mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 semusim.

Alias dakwa apa yang menarik mengenai menanam libatkan formula sendiri tanpa mengurangkan nutrien dan menjejaskan rasa. Kini setiap pengusaha MMT mempunyai rahsia tersendiri untuk tanaman masing-masing bila keluar buah maka mereka akan tengok apa yang buah tersebut perlukan dengan akan tambah apa yang diperlukan seperti baja dan air serta kami akan kurangkan apa yang terlebih. Biasanya rasa dan besar buah tidakakan terjejas kerana MMT ditanam tiga kali setahun yang mana satu musim memakan masa tiga bulan sebelum ia mengeluarkan hasil untuk dituai dan saya menanam 3,000 pokok MMT semusim. Beliau merancang untuk meluaskan pasaran hingga ke luar negara. Bagi lulusan Diploma Makmal Perubatan, Mohd Farid Mohd Rozi, 26, berkata peluang yang diberikan kerajaan untuk mengusahakan tanaman MMT digunakan sebaiknya memandangkan tanaman itu mempunya inilai komersial tinggi. Sebelum ini saya tak ada kerja tetap, hanya tolong orang kampung yang tanam MMT sahaja, tapi lama-kelamaan saya jadi minat sebab pulangannya memang tinggi dan buah ini senang dijaga. Saya bersyukur bila dapat tawaran daripada jabatan pertanian untuk mengusahakan tanah di ladang ini.  Permintaan MMT sangat tinggi kerana rasanya yang lebih sedap dan rangup berbanding rock melon. Dari segi harga, memang MMT lebih tinggi iaitu sekitar RM4 hingga RM6 sekilogram kerana ia eksklusif, tetapi buah ini tetap menjadi pilihan pembeli dimana dia berpendapatan hingga RM6,000 sebulan. Meskipun pernah mengalami kerugian apabila tanamannya diserang virus, anak kelahiran Besut ini tidak pernah berputus asa, malah beliau berbangga kerana menjadi petani yang memiliki diploma meskipun terpaksa berhujan dan berpanas kerana minatnya yang mendalam terhadap pertanian dan hasilnya memuaskan.

Akhbar lain dengan artikel bertajuk ''Inovasi pertanian diperlukan untuk lonjak potensi Melon Manis Terengganu'' dimana penanam iaitu Badrul (kiri) bersama seorang penanam melihat buah Melon Manis Terengganu yang dihasilkan di Fertigasi Alor Lintang, Besut. Kini para peserta projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Alor Lintang, perlu menguasai cara pertanian pintar dan penggunaan teknologi terkini bagi melonjakkan potensi projek itu ke skala yang lebih besar. Terdapat beberapa lokasi projek yang terletak di tengah-tengah pembangunan dengan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik, peserta hanya perlu membuat pelaburan dalam Teknologi Maklumat (IT) bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran MMT. Sebelum penggunaan IT diaplikasikan peserta perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan mereka perlu tahu bagaimana menggunakan teknologi dalam agronomi,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan beliau ke tapak projek penanaman MMT Fertigasi Alor Lintang, di Besut. Projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) Alor Lintang yang dimulakan pada tahun 2007 kini mampu mengeluarkan 14 tan MMT dengan nilai RM120,000 pada setiap kitaran (satu kitaran tiga bulan) dengan pendapatan bersih kepada setiap peserta menjangkau RM3,000 sebulan. Tanaman MMT sebagai pertanian moden, peserta perlu keluar daripada zon selesa dan bersedia untuk berhadapan persaingan sengit tanpa bergantung sepenuhnya terhadap bantuan kerajaan. Pusat ini berpotensi untuk kita perluaskan lagi terutamanya kita boleh pertingkatkan pengeluaran dan memperbagaikan pengeluaran produk MMT termasuklah pengetinan buah MMT. Seorang peserta projek, Rohana Alias, 38, berkata pada masa kini berlakunya peningkatan hasil yang ketara berbanding peringkat permulaan pada tahun 2007. Pada tahun 2007 untuk satu unit tanaman MMT (kira-kira 150 pokok) saya hanya mampu keluarkan hasil sebanyak satu tan sahaja kerana kurangnya kemahiran namun selepas mempunyai kemahiran dan ilmu mengenai mengendalikan tanaman ini, kini satu unit boleh mendapat hasil sebanyak 2.5 tan (buah melon). Seorang lagi peserta Zaruddin Manaf, 52, berasal daripada Kampung Tanah Merah, Kerandang berkata permintaan yang tinggi diterima terhadap buah berkenaan daripada penggemarnya dari luar dan dalam negeri menyebabkan beliau mempelbagaikan produk daripada buah melon berkenaan secara sendiri. Kii selain daripada memasarkan buah segar saya juga ada membuat MMT sebagai jeruk dan jus yang dijual secara kecil-kecilan menggunakan buah yang gred C. Terkini aktiviti untk mengatur perancangan untuk membolehkan produk MMT dijual setiap hari dan bukan hanya bermusim tiga bulan sekali pada masa akan datang. Bernama.

Laporan sebuah media terakhir adalah yang bertajuk ''Pengeluaran Melon Manis Terengganu lima kali setahun menjelang 2020'' dimana foto disebelah Exco Pertanian Terengganu melihat buah melon ketika melakukan lawatan kerja ke ladang buah melon di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Peradong, Kuala Terengganu. Terkini pengeluaran Melon Manis Terengganu (MMT) disasarkan untuk ditingkatkan kepada lima kali setahun menjelang tahun 2020 berbanding purata tiga kali ketika ini. Kajian terperinci mengenai usaha itu sedang digerakkan Jabatan Pertanian Terengganu dengan projek perintis bakal dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, Manir. Kini menerusi sasaran itu, TKPM Peradong dijangka mengeluarkan lebih 100 metrik tan Melon Manis Terengganu dalam setahun berbanding jumlah sedia ada hanya 66 metrik tan yang direkodkan pada masa ini. TPKM Peradong merupakan pusat pengeluaran tanaman contoh bagi Melon Madu Terengganu kerana mampu mengeluarkan hasil tertinggi di samping kualiti buahnya yang premium. Kini pengeluaran lima kali setahun yang disasarkan itu merupakan had maksimum dengan menggunakan segala kemampuan dan teknologi yang ada serta yang bakal dirangka termasuk kemungkinan ditanam di tempat terbuka mahu pun penggunaan struktur pelindung hujan. TKPM Peradong yang siap sepenuhnya pada 2016 dibangunkan di kawasan seluas 4.019 hektar iaitu satu kawasann yang merupakan yang terkecil dalam kalangan empat TKPM di negeri ini iaitu di Rhu Tapai di Setiu, Serating (Marang) dan Tok Dor (Besut). Dalam pada itu pembangunan pelan strategik itu akan melibatkan buah fikiran daripada semua pihak termasuk 33 jabatan dan agensi berkaitan, penyelidik dan ahli akademik di samping wakil persatuan, usahawan serta pesara di bidang pertanian, perikanan dan penternakan. Menerusi program turun padang dalam tempoh tiga bulan ini kita dapat gambaran jelas tentang keadaan pertanian di Terengganu dari semua aspek jadi selepas sambutan Hari Raya Aidiladha nanti kita akan memulakan gerakkan membangunkan pelan tersebut. Semuga semua bab dalam artikel ini memberi info berguna ekepada anda semua. Wasllam!!!..

NAMANYA MELON... BUAH SEDAPNYA...
MMT DI TERENGGANU... IKON MEREKA...
BUAHNYA WANGI... AMAT MANIS PULA....
MAMBACA ARRIKEL.. INGN MEMBELINYA...

By,
 M Anem,
Senor agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP , Malaysia.
(13 Rejab 1440 H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...