JABATAN PERTANIAN MALAYSIA Malaysia akan menguatkuasakan pengharaman penggunaan racun paraquat dalam pertanian bermula awal Januari tahun 2020. Ini menurut kenyataan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dimana aktiviti penggunaan racun tidak berdaftar itu bukan saja boleh menyebabkan keselamatan makanan negara terancam malah, turut membahayakan kesihatan masyarakat dan merosakkan alam sekitar. Penggunaan racun itu hanya terhad kepada empat jenis tanaman sahaja iaitu kelapa sawit berusia bawah dua tahun, getah, padi bukit dan kegunaan membunuh tunggul tanaman nanas yang dipantau mengikut Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa) 1996. Racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan itu dijual pada harga lebih murah berbanding racun berdaftar sekali gus menyebabkan golongan petani memilih jalan mudah untuk penjimatan. Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pengharaman Paraquat di kementeriannya di Putrajaya. Racun paraquat dipercayai mengandungi perawis aktif yang menyebabkan sifat membunuh kepada rumpai apabila terkena pada bahagian tumbuhan dan bertindak cepat serta tahan siraman hujan walaupun dalam masa singkat selepas kerja semburan dilaksanakan. Bagi mengatasi masalah lambakan racun makhluk perosak tidak berdaftar ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Unit Serbuan Bahagian Kawalan Racun dan Baja akan melakukan penguatkuasaan lebih kerap terutamanya membabitkan kawasan panas dan di pintu masuk sempadan negara. Pengguna dan petani dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan sindiket yang menjual racun makhluk perosak tidak berdaftar itu dan apabila dikuatkuasakan, pengguna ingkar boleh dikenakan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama dan RM50,000 bagi kesalahan kedua mengikut Akta Racun 1952. Walau pun sebelum ini ada cadangan pengharaman paraquat diusulkan Kementerian Kesihatan pada 1985 dan pada masa sama, Jabatan Pertanian Malaysia melalui Lembaga Racun Makhluk Perosak mengambil pendekatan berhemah semenjak 2006 dalam menuju pengharaman racun berkenaan. Racun berkenaan tiada antidot dan tidak mudah terurai dalam tanah serta mendatangkan kesan buruk jangka panjang seperti dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit, Penyakit Parkinson, ketidaksuburan, keguguran dan kecacatan bayi. Petani menjadi bingung mendengar kenyataan ini dan bertanya apakah racun alternatif paraquat yang beoleh digunakan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" akan membuat penjelasan mengenai RACUN ALTERNATIF bagi paraquat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua pihak. Penulis blog merujuk kepada risalah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai rujukkan.
Pengharaman racun akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020 dimana aitiviti sebarang penjualan, penggunaan dan sebagainya akan sallah disisi undang-undang. Racun paraquat memang telah diharamkan dii 28 buah negara iaitu di Kesatuan Eropah, China, Korea, Ivory Coast, Bukina Paso, Cape Verde, Gambia, Mali, Mauritania, Niger, Senegal, Cambodia, Laos, Vietnam dan beberapa lagi. Ia juga dihadkan penggunaannya di beberapa negara seperti USA, Jepun, New Zealand, Australia dan Arab Saudi. Negara lain yang menghadkan penggunaannya juga termasuk Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapura. Di Malaysia pendaftaran racun paraquat ditamatkan pendaftarannya dibawah Lembaga Perlesenan Racun Makhluk Perosak (LPRMP) dan tidak ada dijual pada 1 Januari 2020. Paraquat telah dikelaskan sebagai Racun Kelas 1B iaitu Racun Berbisa yang sangat toksik. Ia juga tidak ada penawar (antidote), mudah diserap melalui kulit manusia, pendedahan boleh menyebabkan kepada kerosakkan kuku, pendedahan berlebihan kepada kabus semburan boleh menyebabkan hidung berdarah. Selain itu kesan buruk jangkapanjang adalah berlakunya Dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit dan penyakit parkinson. Ia juga boleh menyebabkan ketidaksuburan, keguguram dan kecacatan pada bayi. Memang sungguh merbahaya kesan racun paraquat kepada manusia walau pun ianya sangat berkesan untuk mengawal masaalah rumpai.
Beberapa racun rumpai alternatif lain bagi paraquat telah dinyatakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Antaranya ada 13 jenis racun seperti racun yang mengandungi bahan aktif seperti metsulfuron-methyl, glyphisate-iso propylam monium, 2,4-D- dimethyllamonium, glufosinate-butotyl, ametryn, pendimethalin, diuron, bromacil, oxyfluorfen, sodium chlorate, s-metolachlor dan atrazine. Anda boleh mengunjungi lamanweb Jabatan Pertanian Malaysia dengan alamat http://www.portal.doa.gov.my/sismarp dimana akan dijelaskan dengan lebih terperinci. Dinyatakan dalam risalah tersebut adalah 26 jenis perawis aktif (active ingridient) yang sesuai digunakan untuk mengawal rumpai sebagai bahan rujukkan. Bahan racun rumpai dengan kandungan bahan perawis seperti jenis 2,4-D-dimethy lammonium adalah racun yang sesuai untuk tanaman Kelapa, Koko, Pisang, tebu, kelapa sawit dan getah. Sementara itu racun yang dengan kandungan perawis 2,4-D-sodium-monohydrate sesuai untuk tanaman seperti Jagung, Koko, Mangga, nanas, Pisang dan Tebu. Bagi racun mengandungi perawis atrazine puula sesuai untuk tanaman Jahung, Nanas dan Tebu sahaja. Bagi racun dengan a.i. bromacil pula hany asesuai untuk Nanas. Racun dengan kandungan perawis clethodim sesuai untuk tanaman seperti Bawang, Bendi, Kacang Panjang, Kacang Tanah, Kobis Bulat, Tomato, Kopi, Pisang dan tembikai. Bagi racun alternatif dengan bahan perawis fluazifop-P-Butyl sesuai digunakan untuk tanaman Betik, Kopi, nanas, Pisang, Teh dan juga tebu. Racun dengan bahan glisofate-ammonium (paling mudah dibeli dipasaran) ia sesuai dengan banyak jenis tanaman sepeeti Cili, Kacang Panjang, Kobis, Lada Hitam, Salad, Terung, Timun, tomato, padi bukit, getah, durian jambu batu, koko, kopi mangga, nangka, pisang, teh, tembikai dan kelapa sawit.
Bagi racun alternatif paraquat dengan bahan perawis iaitu Glyphoshate-ammonium pula sesuai untuk tanaman seperti Lada Hitam, Betik, Jambu Batu, Kelapa, koko, kopi, limau, mangga, pisang, teh, sawit dan teh. Racun yang mengandungi bahan perawis seperti Glyphosate-dimethylammonium pula sesuai untuk tanaman kopi, koko, persediaan tanah dan teh. Seterusnya racun alternatif yang perawisnya glyphosate- iso propylammonium pula sesuai untuk tanaman kobis bulat, persediaan tanah, betik, durian, jambu batu, kelapa, koko, kopi, limau, mangga, pisang, teh, kelapa sawit dan getah. Bagi racun dengan perawis glyphosate- isoprophyll ammonium -+ 2,4-D-isoprophyllammonium pula sesuai digunakan untuk tanaman kelapa, limau dan teh. Seterusnya adalah racun dengan bahan perawis iaitu glyphosate-potassium dimana ia sesuai untuk tanaman seperti betik, durian, jambu batu, kerja penyediaan tanah, kelapa, koko, kopi, limau, mangga, pisang, teh, sawit dan getah. Bagi racun dengan perawis glyphosate-sodium pula sesuai untuk tanaman seperti betik, durian, manggis, mangga dan rambutan. Seterusnya racun alternatif paraquat dengan bahan perawis metolachlor sesuai untuk tanaman bendi, cili, jagung, kacang panjang, timun dan tebu. Dalam pada itu penulis blog merujuk racun dengan perawis metsulfuron-methyl yang sesuai digunakan bagi tanaman koko, sawit dan juga getah. Racun dengan perawis napropamidae pula sesuai untuk tanaman cili, terung, tomato dan tebu. Dalam pada itu racun dengan bahan perawis oxyfluorfen sesuai untuk tanaman cili, kacang panjang, kobis, sawi, betik dan tebu. Seterusnya racun dengan bahan perawis seperti pendimethalin sesuai bagi tanaman cili, kacang panjang, kobis, sawi, terong, tomato dan tebu.
Jenis racun bagi alternatif racun paraquat seterusnya dengan bahan perawis iaitu quialofop-ethyl pula sesuai digunakan untuk tanaman sepsrti bendi, kacang tanah, kobis cina, timun , tomato dan koko. bagi racun dengan perawis sethoxydim pula ianya sesuai digunakan bagi tanaman bendi, terung dan jagung. Sementara itu bagi racun dengan bahan perawis S-metholachlor pula sesuai bagi tanaman cili, jagung, kacang panjang, kacang tanah, peria, petola, sawi, timun, betik, tebu dan tembikai. Bahan racun dengan perawis sodium chloride sesuai dilaporkan bagi tanaman kobis, sawi, koko, pisang, teh dan tebu. Akhir sekali jenis racun alternatif paraquat adalah yang mengandungi bahan perawis iaitu tricolor-butotyl iaitu bagi kawalan tanaman koko, teh dan getah. Kepada semua Agen Pengembangan Tanaman (APT), Penyelidik, Ahli akademik, Saintis, Syarikat Pengeluar Racun, Petani, Pengurus Estet, Usahawan, Pakar Alam Sekitar, Penjual Racun dan semua yang terlibat dengan perkara ini boleh baca artikel ini untuk dijadikan panduan dan rujukkan. Pengharaman racun paraquat memang sudah dirancang bermula 1 Januari 2020 dimana semestinya semua pihak terlibat tidak akan menggunakannya pada waktu itu. Semuga semua orang akan terselamat daripada kesan ketoksikan racun paraquat yang membolehkan semua berada dalam perlindungannya jua. Diharap artikel ini dapat memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology yang mencecah 18 juta orang sekarang ini. Wasallam!!!...
RACUN PARAQUAT.. DIHARAMKAN...
RACUN ALTERNATIF..DISENARAIKAN...
SILA MEMBACA... KENA FAHAMKAN...
RAKYAT SIHAT...SEMUGA AMALKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syaaban 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.