Support My Blog

Saturday, April 27, 2019

BAHAYA BENIH PADI HARAM

PENGGUNAAN BENIH PADI HARAM atau dalam bahasa teknikal sebagai 'Benih padi tidak Sah' merupakan satu ancaman baru kepada industri beras negara. Padi (Oryza sativa) merupakan tanaman penting di Malaysia kerana ia adalah dianggap sebagai makanan keselamatan disebabkan nasi adaah makanan ruji penduduk di sini. Benih Padi merupakan input asas setiap musim penanaman padi selain daripada input lain seperti air, baja, racun dan sebagainya. Di Malaysia semua penanam padi disyaratkan untuk mereka menggunakan benih padi yang disahkan tulin untuk melayakan mereka menerika insentif penanaman padi. Benih ini mestilah diperolehi daripada pihak tertentu yang telah dikhususkan. Tujuan penggunaan benih sah adalah untuk memperakukan ketulenan genetik dan identiti varieti benih padi yang dikeluarkan. Skim Benih Sah ini disediakan untuk pengeluaran benih padi sah oleh pengeluar yang dilantik sahaja. Lot-lot benih yang diperakui menepati piawaian akan diberi label perakuan kualiti berwarna biru bagi benih padi sah dan ungu muda bagi benih padi daftar. Terdapat beberapa klasifikasi Kategori Benih Dalam Proses untuk pengeluaran Benih Padi Sah. Pertama adalah Biji Benih Asas iaitu biji benih asas adalah progeni daripada penanaman benih baka yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Benih asas dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kedua pula adalah dinamakan sebagai Biji Benih Daftar iaitu biji benih daftar adalah progeni daripada penanaman biji benih asas yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan di bawah Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM - 2009). Ke tiga pula adalah Biji Benih Sah iaitu biji benih sah adalah progeni daripada penanaman biji benih daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM - 2009) bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Beberapa elemen-Elemen penting dialam Pengeluaran Benih Padi Sah seperti bermula daripada peringkat ttpak semaian dan ladang benih iaitu degan mesti memenuhi jarak pemencilan dan kesempurnaan tapak. Ke 2 adalah dimana sumber kategori benih yang diperakui isitu dengan menanam dari sumber yang sah serta ada pembuktian sumber benih diwajibkan. Ke 3 adalah elemen dimana mesti dibaut pemeriksaan ladang iaitu proses dimana dijalankan di empat peringkat iaitu peringkat pra-tanam, tampang, berbunga dan pra-tuai. Ia bertujuan untuk memastikan varieti yang ditanam mengikut ciri-ciri varieti dan memenuhi piawaian ladang seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM – 2009. Seterusnya ke lima adalah dijalankan proses pemeriksaan loji pemprosesan benih padi dimana loji pemprosesan benih padi mestilah dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran atau percampuran varieti. Ke 6 perlu ada Makmal Ujian kualiti biji benih dengan melakukan tiga jenis ujian yang dijalankan iaitu ujian ketulenan fizikal, kelembapan dan percambahan bertujuan untuk menentukan samada benih padi yang telah diproses mememenuhi piawaian minimum biji benih seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM – 2009. Ke 7 adalah dilakukan pemeriksaan stor dan stok dimana hanya benih padi yang telah mendapat perakuan sahaja ditawarkan untuk jualan. Lot benih padi mestilah dalam keadaan baik, teratur dan mudah dikesan. Ke 8 adalah perlu diletakan tanda label perakuan kualiti. Setiap lot benih yang memenuhi piawaian mempunyai label perakuan kualiti benih yang ditetapkan. Begitu sukar proses untuk menghasilkan benih padi sah yang memang ia adalah bertujuan untuk pastikan penghasilan padi optima. Artikel kali  ini dalam blog "Anim Agro Technology'' dilaporkan bagaimana masih ramai pesawah yang tidak menggunakan benih padi sah didalam musim penanaman yang menyebabkan beberapa masaalah lain berlaku untuk dijadikan bahan bacaan.


Pada masa kini terdapat banyak isu mengenai penggunaan benih padi tidak sah atau ada yang menggelarnya sebagai 'benih padi haram' disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam media tempatan yang bertajuk ''Bahana benih padi haram'' dinyatakan dengan jelas dimana penggunaan benih tidak sah boleh menyebabkan pengurangan hasil dan memang berisiko jadi pemangkin penyakit BPB. Utusan Malaysia melalui wartawan Mohamad Yasir melaporkan dimana trend terkini pesawah di Semenanjung Malaysia mengunakan benih tidak sah yang berisiko membawa Penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) dimana ia bakal menjadi pemangkin kepada penyebaran penyakit tersebut ke tapak-tapak sawah seluruh negara. Dalam pada iti apa yang le­bih membimbangkan dimana sehing­ga kini tiada racun kimia yang berkesan untuk tujuan kawalan sekali gus serangan serius di kawasan penanaman akan menyebabkan petani kehilangan hasil hampir 80 peratus. Bayangkan sekiranya benih tidak sah berpenyakit BPB ditanam secara berleluasa, kesannya amat berbahaya berikutan hasil pengeluaran padi negara akan merosot seterusnya bekalan beras akan berada pada tahap kritikal.  Penyakit BPB mula dikesan di negara ini di Sungai Acheh, Sebarang Prai Selatan, Pulau Pinang pada November 2017 dan sehingga kini sudah menjejaskan kira-kira 6,329 hektar membabitkan 11 negeri di Semenanjung negara yang dica­tatkan sehingga 28 Januari lalu. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali, kawasan serangan tidak boleh dijadikan sebagai lokasi sumber benih padi dan hanya dibenarkan di­tuai untuk menjadi padi beras. Penyakit BPB ini turut sudah dilaporkan berlaku di Amerika Utara, Selatan dan Amerika Tengah, Afrika dan Asia seperti Jepun, Korea, Vietnam, Filipina, India, Sri Lanka, China, Indonesia termasuk negara kita.


Penyakit BPB ini juga merupakan satu ancaman besar terhadap industri padi negara memandangkan buat masa ini, semua varieti yang ditanam tidak rintang terhadap penyakit ini. Utusan Malaysia ada melaporkan dimana penggunaan benih padi tidak sah bakal memberi ancaman terhadap bekalan beras negara khususnya melibatkan soal pengeluaran hasil selain berhadapan dengan risiko tinggi luar jangka seperti pembawaan penyakit. Malah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub turut memberikan amaran terakhir kepada syarikat dan pihak yang terlibat dengan aktiviti pembekalan benih tidak sah supaya menghentikan ke­giatan mereka. Susulan insiden itu kini pihak Jabatan Pertanian sudah menjalankan mesyuarat jawatankuasa pasukan petugas dan teknikal BPB bagi menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan pembendungan dan penghapusan BPB. Diantara faktor yang menggalakkan penyebaran penyakit ini adalah daripada penggunaan benih padi berpenyakit khususnya yang tidak sah selain faktor cuacaMaka langkah segera wajar diambil oleh pesawah adalah supaya kuarantin kawasan serangan, musnahkan sumber penyakit termasuk memotong batang padi dan membakarnya selain membersihkan jentera supaya bakteria tersebut tidak merebak.


Dalam laporan lain bertajuk "Petani semakin hilang kepercayaan benih padi sah" oleh wartawan Sharifudin dari Bandar Alor Setar menyatakan dimana wujud kecenderungan penanam padi di seluruh negara didakwa kini menggunakan benih haram. Pada masa yang sama ia juga disebabkan oleh kerana tahap pertumbuhan dan pengeluaran hasil daripada benih padi sah dikeluarkan oleh pihak swasta yang diiktiraf kerajaan yang kini semakin rendah dan diragui. Beliau telah mendedahkan perkara tersebut dimana ada para pesawah kini memilih untuk menggunakan benih padi tidak sah walaupun hasilnya belum terbukti. Dakwa beliau terdapat golongan berkenaan yang menyimpan padi ditanam mereka sendiri yang mana ia juga untuk dijadikan benih. Sebelum ini memang benih padi sah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian mempunyai tahap pertumbuhan dan hasil pengeluaran yang baik tetapi kini tidak lagi (semakin rendah). Ramai mereka (pesawah) mengesyaki kilang memproses padi (yang diberikan kuota menghasil benih padi sah) menggunakan hanya padi biasa untuk dijadikan benih sah bagi mengaut keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Ini adalah kenyataan beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata, negara bakal mengalami kemerosotan bekalan beras tempatan berikutan ramai penanam padi di seluruh negara dikesan semakin cenderung menggunakan benih tidak sah yang tidak terjamin hasil pengeluarannya. Kini masalah tersebut berpunca daripada tahap kesedaran dalam kalangan pesawah tempatan amat rendah berhubung kepentingan penanaman menggunakan benih sah. Isu kemerosotan tahap pertumbuhan dan hasil pengeluaran benih padi sah dibuktikan apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini, melancarkan varieti benih baharu yang hanya mampu mengeluarkan 10 hingga 12 tan sehektar tanaman. Kata beliau jika berbanding negara pengeluar padi lain, benih padi dihasilkan mampu memberi pulangan kira-kira 16 tan sehektar tanaman.


Media laporkan juga berita "Benih padi haram ancam negara" oleh dimana didakwa negara bakal mengalami kemerosotan bekalan beras tempatan berikutan ramai penanam padi di seluruh negara dikesan semakin cende­rung menggunakan benih tidak sah yang tidak terjamin hasil pengeluarannya. Apa yang lebih membimbangkan dimana kadar penggunaan benih ‘haram’ yang tidak menepati piawaian di bawah standard Jabatan Pertanian itu amat berisiko khususnya dalam aspek pengawalan penyakit termasuk menjejaskan tanaman padi pengusaha lain. Kini masalah tersebut berpunca daripada tahap ke­sedaran dalam kalangan petani padi tempatan amat rendah berhubung kepentingan penanaman menggunakan benih sah. Antara faktor lain mereka memilih untuk menggunakan benih padi tidak sah ini adalah kerana faktor harga dan ko­nonnya mahu menjimatkan kos operasi. Namun mereka tidak tahu kesan sebaliknya sekiranya meng­gunakan benih padi tidak sah, pertumbuhan pokok tidak seragam dan paling merugikan benih berkenaan akan menghasilkan padi angin (padi yang gugur sebelum tempoh matang. Jika ini berlau dengan berterusan maka tidak mustahil ia akan menjejaskan jumlah pengeluaran dan produktiviti beras negara. Jika berlaku berterusan penggunaan benih padi tidak sah secara pasti petani itu akan mengalami kerugian besar. Bayangkan tanam berhektar-hektar akan tetapi yang keluar padi angin apa yang mereka boleh jual. Ia bukan itu sahaja dan belum lagi menyentuh soal penyakit di mana benih tidak sah ini amat berpotensi tinggi menerima ancaman sehinggakan penggunaan racun kimia juga tidak memberi kesan. Penyakit daripada penggunaan benih tidah sah ini turut memberi ancaman kepada penanam lain sekali gus penyakit ini tersebar di banyak kawasan seluruh negara. Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian amat menekankan dan menyeru kepada petani tempatan agar menggunakan benih padi sah kerana ia lebih selamat dan terjamin. Ada banyak varieti benih sah MR297, MR263, MR269 dan MR219, semua ini diperakui selamat, berkualiti dan terjamin yang berdaftar serta dikawal pengeluarannya mengikut prosedur Skim Pengesahan Benih Padi. Semua sampel benih padi sah ini melalui sampel ujian mengikut Garis Panduan Ujian Biji Benih ditetapkan Persa­tuan Ujian Benih Antarbangsa. Semuga tulisan rencana kali ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BENIH PADI ... INPUT YANG UTAMA...
BENIH TULEN... SEMESTINYA DIGUNA...
BENIH HARAM.. TIADA JAMINANNYA...
KEMPEN DIBUAT... KEPADA SEMUANYA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Room 222, Green Park Hotel,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(10 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...