BAJA ORGANIK yang berasaskan daripada bungkah cendawan merupakan satu produk baja organik terbaru di hasilkan di Malaysia. Tanaman cendawan tiram kelabu di Mukim Gersik Daerah Tangkak diantara yang terbesar dinegara ini melibatkan syarikat C&C Mushroom dan juga beberapa usahawan cendawan kecil dibawahnya secara pertanian kontrak. Anggaran pengeluaran cendawan dari kawasan disini ini melebihi 1.6 juta bungkah setahun. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulminarius) pada saya merupakan sejenis cendawan yang ditanam secara komersil daripada beberapa jenis cendawan (ada 17 yang sesuai) yang diusahakan di Malaysia untuk kegunaan segar dan diproses. Cendawan jenis lain yang ada diusahakan di Malaysia seperti Cendawan Ganoderma, Cendawan Kukur, Cendawan Abalone, Cendawan Telinga Kera, Cendawan Susu Harimau dan beberapa lagi. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan dunia adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasai sebanyak 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama didunia yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cendawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Bagaimana pun terkini perusahaan cendawan tiram kelabu di sekitar Gerisek, Muar ini menghasilkan beribu-ribu bungkah cendawan terpakai setiap hari yang perlu dibuang apabila cendawan telah siap dikutip dan tempoh tuaian tamat. Menurut pemilik syarikan C&C Mushroom Sdn Bhd, dianggarkan purata sebanyak 2,000 bungkah (2 tan) akan dikumpulkan setiap hari untuk dibuang. Longgokan bungkah terpakai ini menimbulkan masaalah dahulu dan terpaksa dibakar. Pembakaran ini juga mengambil masa lama selain daripada menyebabkan asap banyak yang menganggu alam skitar, Kini semua bungkah cendawan terpakai ini telah berjaya di proses menjadi baja organik berkualiti dan boleh dijadikan satu perusahaan yang menguntungkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan teknologi membuat baja organik dari bungkah cendawan hasil tinjauan penulis blog kelapangan untuk bahan rujukkan anda.
Cendawan Tiram Kelabu yang ditanam memerlukan bungkah cendawan yang diisikan didalam polibeh plastik jernih yang diisikan dengan media. Media ini adalah kombinasi daripada habuk kayu getah, sekam padi, dedak, air dan sebagainya yang mesti dimasak (sterilised) untuk membolehkan hanya benih cendawan tiram kelabu yang dimasukkan kedalamnya tumbuh dan elakkan kontaminasi. Bungkah yang disuntik benih ini akan disusun didalam rumah cendawan yang sesuai dengan kehendak pertumbuhan cendawan ini. Lazimnya rumah cendawan ini boleh diisikan banyak bungkh yang disusun diantara 20,000 bungkah (rumah kecil) kepada lebih 50,000 bungkah (rumah cendawan standard). Ini bermakna satu rumah cendawan rumah standard akan menghasilkan sebanyak 60,000 kg bungkah terpakai (60 tan) apabila semuanya telah dituai hasilnya. Proses memetik hasil cendawan biasannya diantara 8 - 10 kali bagi setiap bungkah yang mampu menghasilkan diantara 160 - 200 gram cendawan tiram kelabu segar bergantung kepada cara pengurusan dijalankan. Hasil cendawan ini akan dimasukkan dalam bakul tuaian sebelum dibawa ke pusat pengumpulan dan penggredan dan dibungkus mengikut kehendak pasaran. Bungkah cendawan tiram kelabu yang sudah tidak berhasil (dimana dilihat miselium cendawan sudah penoh) akan dikumpulkan dan dibawa dari rumah cendawan untuk kerja penyediaan bungkah cendawan baru yang akan dimasukkan bagi pusingan berikutnya. Amalan dahulu bungkah ini akan dikumpulkan disatu tempat dan dibiarkan begitu sahaja atau dibakar. Bagiaman pun apabila jumlah bungkah ini terlalu banyak maka ia adalah sukar untuk diuruskan. Kemudian timbul idea untuk memproses bungkah cendawan terpakai ini menjadi baja organik yang bernilai ekonomi dan dapat menyelesaikan masaalah sisa bungkah cendawan.
Semua bungkah cendawan ini akan dikumpulkan dan dikutip oleh pihak syarikat untuk dihantar ke kilang membuat baja kompos. Bungkah ini juga diambil percuma daripada usahawan kecil yang memang bermasaalah untuk membuangnya dan dikumpulkan (Sila lihat foto paling bawah). Setibanya di kilang baja maka ia dikumpulkan dan proses pertaa dilakukan adalah untuk mengeluarkan plastik dan asingkan isinya. Satu mesin khas yang di pasang membolehkan pengasingan plastik ini dengan media dilakukan tanpa merosakkan plastik yang membungkusnya (Sila lihat foto disebelah). Mesin ini mampu menlakukan proses tersebut dengan cepat sekitar lebih 1,000 bungkah sejam atau 1.2 tan media kompos. Plastik yang keluar masih utuh dan tidak koyak akan dibeli oleh pihak syarikat kitar semula dengan harga minima. Media ini akan dialihkan kekawasan lapang diatas konkrit dan ia dimasukkan bahan Effectiive Mikrob (EM) untuk proses pereputan selema beberapa minggu. Proses membalikkan kompos ini dilakukan menggunakan jentera Shower yang dilakukan mengikut jadual. Proses pereputan ini dilihat aktif disebabkan mikrob yang membantu proses ini akan menjadikan warna kompos menjadi kehitaman daripada coklat. Amat penting pemeriksaan setiap longgokkan ini dilakukan agar proses pereputan ini sempurna sehingga tiada lagi bahan media yang tidak direputkan. Kemudian baja kompos separuh proses ini akan diangkat dan dipindahkan kebangunan pereputan terakhir. Bangunan ini berbumbung plastik putih dengan saiz 500 kaki x 150 kaki dengan ada alat penggaul automatik (2 bay) yang mampu membalikkan kompos untuk 'complete decomposition'. Mesin penggaul ini yang dibaut dari China berfungsi membalik-balikkan kompos secara automatik sehingga kompos tersebut berwarna hitam (Sila lihat foto paling atas sekali). Kompos asas ini sudah boleh dikumpulkan dan dibungkus sebagai Baja Kompos Asas (tanpa apa-apa unsur NPK diberikan). Selainnya baja kompos ini akan diproses menjadi 'enriches organic fertilizer' dalam bangunan lain iaitu 'bagi mencampurkan unsur NPK dan bahan lain.
Produk Baja Organik Asas daripada Bungkah Cendawan yang dihasilkan syarikat ini juga mempunyai beberapa formulasi. Dibahagian mencampur baja organik bungkah cendawan dengan baja NPK disusun atur mengikut formulasi seperti 3:3:3 atau 5:5:5 atau 8:8:8 atau beberapa formulasi lain yang diperlukan oleh pasaran (Sila anda lihat foto disebelah). Setiap konsainan baja organik ini biasanya adalah mengikut pecahan jadual pemasaran dan juga kadar baki stok yang ada. Setelah siap mencapur baja ini ianya akan dibungkus dengan beg plastik berwarna putih dengan label yang jelas. Setiap beg baja organik ini beratnya 20 kg dimana ada satu lapisan plastik jernah didalamnya agar ianya kedap udara. Harga kilang berbeza-beza mengikut formulasi tetapi dikategorikan standard dengan harga baja organik yang dihasilkan oleh beberapa kilang lain. Apa pun pada penulis blog baja organik asas bungkah cendawan terpakai ini memang baik untuk digunakan kerana ia adalah bahan asas yang mengandungi miselium cendawan dan mampu dalam menyelesaikan masaalah penghapusan bungkah ini. Kreativiti syarikat ini didalam membuat baja organik ini memang mampu menyelesaikan masaalah jutaan bungkah cendawan terpakai. Kepada mereka yang ingin mendapatkan baja organik ini boleh berhubung dengan Pejabat Pertanian Tangkak atau Pejabat Pertanian Sawah Ring. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DIJADIKAN KOMPOS... JADILAH BAJA...
MASAALAH SELESAI...HASIL DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1104, Suite Room,
Grand Riverview Hotel,
Jalan Post Office Lama, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(14 Syaaban 1440H).

TANAM CENDAWAN... DALAM MEDIA...
SIAP DIKUTIP... BANYAK BUNGKAHNYA...DIJADIKAN KOMPOS... JADILAH BAJA...
MASAALAH SELESAI...HASIL DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1104, Suite Room,
Grand Riverview Hotel,
Jalan Post Office Lama, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(14 Syaaban 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.