Support My Blog

Thursday, April 18, 2019

TKPM LANCHANG - NANGKA TEKAM YELLOW

TKPM LANCHANG merupakan sebuah Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang paling luas di Malaysia dan paling banyak tanaman pokok nangka di Malaysia dalam satu kawasan. Kenyataan ini dinyatakan semasa taklimat kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Dato Salahuddin Ayub sempena program 'Walkabout' YB Menteri ke projek tersebut. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pertanian Malaysia Dato' Mohd Anim Hosnan, Pegawai Kanan Negeri dan peserta projek TKPM. Lawatan ini pada 16 April 2019 adalah satu pengiktirafan kepada peserta di TKPM Lanchang kerana mereka dapat menyatakan beberapa masaalah dan cadangan menmbah baik TKPM disini. Dalam taklimat dinyatakan dimana TKPM Lanchang, Pahang telah pun mula dirancang pada tahun 2002, dan merupakan kawasan tanaman buah-buahan setempat yang terbesar dalam negara dengan keluasan 3,600 hektar dengan dikawal selia oleh Jabatan Pertanian. TKPM ini memfokuskan tanaman buah-buahan yang tidak bermusim seperti nangka, betik, pisang dan nanas dengan 80 peserta. Sehingga kini sebanyak 50,370.93 metrik tan hasil pengeluaran TKPM Lanchang telah berjaya dikeluarkan semenjak tahun 2005 sehingga sekarang dengan nilai pengeluaran sebanyak RM86,421,311.00. Terdapat dua konsep perlaksanaan dalam TKPM ini iaitu konsep Ladang Peserta Swasta dan Konsep Peserta Usahawan. Peserta swasta diberikan tanah secara pajakkan dengan kadar RM250 sehektar pada keluasan 40 hektar dan pembangunan dalam ladang tersebut dimajukan syarikat terpilih. Bagi Usahawan pula diberikan kawasan seluas 8 hektar dengan kadar sewaan RM250 sehektar dan kawasan tanah telah siap dibersihkan dan peserta hanya terua menanam tanamannya. Pada peringkat awal dinyatakan dimana keseluruhan kos pembangunan infra seperti utama jalanladang, bekalan eletrik dan air, kolam disediakan oleh kerajaan persekutuan dengan kos RM30 juta. Artikel subuh ini  dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai info kejayaan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang di Pahang yang boleh dibanggakan di negara ini.

Dalam laporan Bernama bertajuk ''Kajian saintifik, pemasaran nangka madu ditingkatkan" Menteri Pertanian Dato Salahuddin di Temerloh menyatakan dimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus berusaha memfokuskan kepada usaha mengembangkan pemasaran dan aktiviti kajian saintifik tanaman Nangka Madu J33Beliau berkata nangka jenis itu mempunyai potensi pasaran yang luas kerana rasanya lebih enak dan berkhasiat (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya kini kadar eksport dan permintaan nangka dari negara ini amat tinggi khususnya daripada negara-negara Eropah. Kementerian akan terus memfokuskan kepada penanaman nangka J33. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program tinjauan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, di sini hari ini. Untuk rekod, tahun lepas negara mengeksport 266.5 tan nangka madu bernilai kira-kira RM799,500 ke negara-negara Eropah dan Asia Tenggara. Dalam pada itu kementerian juga bercadang untuk terus memperkenalkan produk buah laici tempatan menggunakan dua klon variasi rambutan iaitu Mutiara Merah dan Mutiara Wangi yang diperkenalkan tahun lepas.  Terdahulu sebelum itu YB Menteri dibawa melawat ladang nangka dan kolam ikan Suhan Movie yang dimiliki oleh pengarah dan penerbit, Datuk Rosyam Nor sebelum menghadiri sesi dialog bersama lebih 60 pemilik ladang TKPM itu.Turut hadir,Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Datuk Mohd Anim Hosnan. TKPM telah diperkenalkan pada 2001 menerusi Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk mentransformasikan sektor pertanian dengan menggalakkan projek pertanian berskala besar. TKPM Lanchang mempunyai kira-kira 80 pengusaha ladang membabitkan usahawan dan syarikat swasta. Mengulas perkembangan lain, Salahuddin optimis keputusan kerajaan untuk menyambung semula projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan jajaran baharu akan membantu meningkatkan sektor pertanian di kawasan terlibat kerana hasil tani mudah diangkut ke ibu negara dan juga pelabuhan.  Kita percaya aktiviti pertanian di kawasan terlibat khususnya di negeri-negeri Pantai Timur akan terus rancak," katanya.

Dalam laporan lain bertajuk "Tingkat kajian saintifik dan pemasaran nangka madu" di Temerloh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub (tengah) menunjukkan kualiti isi buah nangka sempena lawatan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) Lanchang hari ini. TPKM Lanchang merupakan kawasan pengeluaran buah-buahan terbesar negara dengan keluasan 3,600 hektar yang dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus memfokuskan kepada usaha mengembangkan pemasaran dan aktiviti kajian saintifik tanaman nangka madu J33. Nangka jenis itu mempunyai potensi pasaran yang luas kerana rasanya lebih enak dan berkhasiat. Kadar eksport dan permintaan nangka dari negara ini amat tinggi khususnya daripada negara-negara Eropah. Kementerian akan terus memfokuskan kepada penanaman nangka J33,” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, di sini hari ini. Untuk rekod, tahun lepas negara mengeksport 266.5 tan nangka madu bernilai kira-kira RM799,500 ke negara-negara Eropah dan Asia Tenggara. Kementerian juga bercadang memperkenalkan produk buah laici tempatan menggunakan dua klon variasi rambutan iaitu Mutiara Merah dan Mutiara Wangi yang diperkenalkan tahun lepas. Menteri dibawa  melawat ladang nangka dan kolam ikan Suhan Movie yang dimiliki oleh pengarah dan penerbit, Datuk Rosyam Nor sebelum menghadiri sesi dialog bersama lebih 60 pemilik ladang TKPM itu.Turut hadir juga adalahTimbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Datuk Mohd Anim Hosnan. TKPM yang telah diperkenalkan pada 2001 menerusi Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk mentransformasikan sektor pertanian dengan menggalakkan projek pertanian berskala besar.  TKPM Lanchang mempunyai kira-kira 80 pengusaha ladang membabitkan usahawan dan syarikat swasta.  Mengulas perkembangan lain, Salahuddin optimis keputusan kerajaan untuk menyambung semula projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan jajaran baharu akan membantu meningkatkan sektor pertanian di kawasan terlibat kerana hasil tani mudah diangkut ke ibu negara dan juga pelabuhan. Kita percaya aktiviti pertanian di kawasan terlibat khususnya di negeri-negeri Pantai Timur akan terus rancak. 

Laporan media Pahang Daily bertajuk "Kajian Saintifik, Pemasaran Nangka Madu Akan Di Tingkatkan" memetik berita dari Temerloh dimana pihak  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus memfokuskan kepada usaha mengembangkan pemasaran dan aktiviti kajian saintifik tanaman nangka madu J33. Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata nangka jenis itu mempunyai potensi pasaran yang luas kerana rasanya lebih enak dan berkhasiat. "Kadar eksport dan permintaan nangka dari negara ini amat tinggi khususnya daripada negara-negara Eropah. Kementerian akan terus memfokuskan kepada penanaman nangka J33,” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, di sini hari ini. Untuk rekod, tahun lepas negara mengeksport 266.5 tan nangka madu bernilai kira-kira RM799,500 ke negara-negara Eropah dan Asia Tenggara. Sementara itu, Salahuddin berkata kementerian juga bercadang memperkenalkan produk buah laici tempatan menggunakan dua klon variasi rambutan iaitu Mutiara Merah dan Mutiara Wangi yang diperkenalkan tahun lepas. Terdahulu, Salahuddin dibawa melawat ladang nangka dan kolam ikan Suhan Movie yang dimiliki oleh pengarah dan penerbit, Datuk Rosyam Nor sebelum menghadiri sesi dialog bersama lebih 60 pemilik ladang TKPM itu.Turut hadir,Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Datuk Mohd Anim Hosnan. TKPM diperkenalkan pada 2001 menerusi Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk tujuan mentransformasikan sektor pertanian dengan menggalakkan projek pertanian berskala besar. TKPM Lanchang mempunyai kira-kira 80 pengusaha ladang membabitkan usahawan dan syarikat swasta. Mengulas perkembangan lain, Salahuddin optimis keputusan kerajaan untuk menyambung semula projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan jajaran baharu akan membantu didalam meningkatkan sektor pertanian di kawasan terlibat kerana hasil tani mudah diangkut ke ibu negara dan juga pelabuhan. "Kita percaya aktiviti pertanian di kawasan terlibat khususnya di negeri-negeri Pantai Timur akan terus rancak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
TKPM LANCHANG... DITANAM NANGKA...
JENIS TEKAM YELLOW... IA MANISNYA...
LAWATAN MENTERI...PESERTA GEMBIRA...
POTENSI EKSPORT... TINGKAT HASILNYA...

By,
M Anem,
Room 307, Hotel Greenleaf,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(12 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...