NASI TUMPANG merupakan sejenis makanan yang hanya popular di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan dimana ia juga dipanggil sebagai 'Nasi Tupe' sahaja. Makanan ini juga disediakan khusus sejenis makanan tradisional Kelantan. Ia juga dipercayai telah dipasarkan di sekitar Kota Bharu iaitu terutamanya di Pasar Kubang Pasu sejak berpuluh tahun yang lalu. Pada penulis blog yang sudah suka makan Nasi Tupe ini mendapati ia adalah sejenis makanan yang sudah dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk kon. Ia dibawa oleh rakan saya dari Kelantan iaitu saudara Zulkifli yang dibuat oleh ibu saudaranya sebagai usahawan nasi tumpang yang berjaya di Kota bharu. Uniknya nasi ini dimana nasinya diletakkan bersilih ganti atau berlapis (layer) dengan bahan-bahan lauknya. Kebiasaannya lauknya terdiri daripada udang, ikan, sambal ikan, gulai dan telur dadar. Nasinya yang dimasak agak agak lembik menyerupai nasi himpit memang enak dimakan. Adalah dipercayai pada asalnya penyediaan nasi tumpang ini adalah salah satu hidangan di-raja akan tetapi ianya kini telah dijadikan sebagai bekalan oleh mereka yang mengembara serta mereka yang ke laut memandangkan ianya lambat basi dan mudah pua dibawa. Apa pun kini nasi tupe ini mudah didapati dan sudah dijual di pasar-pasar terutamanya di pasar sekitar Kota Bharu atau Pasar Kubang Pasu. Apabia menemubual beberapa penjual makanan ini mereka nyatakan dimana Nasi Tupe atau nasi tumpang adalah sejenis hidangan tradisional Kelantan. Ia merupakan makanan ruji bagi golongan pengembara atau petani di Kelantan untuk dibawa ke ladang atau kelaut untuk mereka mencari rezeki. Makanan unik ini adalah sejenis nasi bungkus yang mempunyai nasi lembut seperti nasi himpit, namun dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon. Memang enak makan nasi ini di Dewan Utama Grand Riveriew Hotel yang dibawa oleh rakan sekerja. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai Nasi Tumpang atau Nasi Tupe untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.
Resepi menyediakan nasi Tumpang ini adalah sama pada asasnya cuma laun yag ditambah adalah mungkin berlainan mengikut kemahuan pembeli. Biasanya didalam kon ini akan dicampur nasi lembik dengan dengan lauk yang lazimnya ialah telur dadar, serunding daging, kari ayam, kari ikan atau kari udang serta sambal manis dan timunnya sekali. Bagi kita untuk memasak atau menyediakan nasi tumpang ini juga mudah asalkan ada kemahiran, kemahuan dan juga bahan dan alatan mencukupi. Bahan-bahan digunakan adalah seperti Beras (½ kg), Air (1000ml) dan daun pisang (6 helai) untuk membungkusnya. Bagi lauk pula bahan-bahan gulai ikan terdiri dari ikan kembung (200gm), kunyit hidup (2.5cm) yang dikisar halus, lengkuas (2.5cm) juga dikisar halus, Bawang merah (6 ulas) yang dikisar halus, Cili kering (4 biji) juga dikisar halus, santan pekat (500ml), gula (secukup rasa) serta garam (secukup rasa). Bagi penyediaan telur dadar pula diperlukan telur ayam (5 biji), Bawang besar (1 biji) yang perlu dimayang, Daun bawang (50gm) dimayang, Cili merah (1 biji) yang dimayang dan juga garam (secukup rasa). Kemudian cara penyediaan: bagi nasi adalah dengan mencuci beras sehingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi tersebut lembut seperti nasi himpit. Apa yang penting adalah kemudian ia di biarkan suam dan ia perlu diketepikan. Bagi menyediakan gulai ikan dimana semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan. Ramuan ini keudian dimasak sehingga mendidih dan akhirnya perlu dimasukkan ikan dan biarkan masak sendiri. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa dan perli dikacau rata sehingga kuahnya pekat dan diketepikan. Bagi sediakan telura dadar (siapa yangtidak ahu membuanya0 maka di pecahkan telur dan campurkan dengan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa dan dipukul sebati. Ia kemudian perlu memanaskan kuali dan goreng sehingga masak dimana ia keudian diangkat dan ketepikan. Teknik penting adalah cara membungkusnya kerana Membungkus Nasi Tumpang perlu dibuat kelongsong dulu berbenuk kon. Lazimnya daun pisang dan masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan di tekan sehingga padat. Kemudian pula perlu dimasukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi dan kemudian ditekan nasi lembik tadi sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan. Kemudian dimasukkan pula nasi tersebut ke atas lauk tadi dan bungkuskan dimasa bungkusan ini sudah sedia untuk dimakan atau dijual atau dijadikan bekalan kepada pekebun, nelayan dan penternak yang memerlukannya. Bai kita yang sudah ada beberapa bungkus sudah mula boleh makan beramai-ramai.
NELAYAN MAKAN... JUGA BAGI PENGEMBARA...
PENULIS MAKAN... ENAKNYA TIDAK TERKATA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1104, Executive Suite,
Grand Riveview Hotel,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(15 Syaaban 1440H).

Nasi Tumpang Kelantan ini tidak sama dengan nasi tumpang yang mana ia berasal daripada Indonesia atau disebut juga sebagai nasi tumpeng. Malah jika diteliti dai segi rupa bentuk, rasa serta sejarah di sebalik kedua-dua nasi tumpang ini juga adalah berbeza. Ada di antara kaangan masyarakat Indonesia yang telah turut merasai keenakan nasi tumpang Kelantan ini dan mereka juga mengakui bahawa hidangan ini adalah sama sekali berbeza dengan nasi tumpang Indonesia. Apa yang penulis blog diberitahu dimana secara asasnya, hidangan nasi tumpang ini sebenarnya mempunyai kisah yang unik tentang kasih sayang yang ditunjukkan oleh para isteri kepada suami mereka pada masa dahulu. Kenapa pula ia dikaitkan dengan kisah kasih sayang sebenarnya ujud banyak versi yang menceritakan tentang bagaimana asal usul bermulanya makanan bernama nasi tumpang ini. Namun kisah ini adalah yang selalu dan senantiasa diceritakan sejak turun temurun mengenai sejarah di sebalik nasi tumpang ini. Dizaman dahulu dikatakan kebanyakan masyarakat di Kelantan mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan belayar di lautan sehingga berhari-hari lamanya. Oleh kerana pekerjaan golongan lelaki ini yang memerlukan mereka untuk berada lama di tengah lautan bagi menangkap ikan, maka mereka harus mempunyai bekalan makanan yang mencukupi bagi menampung kehidupan sewaktu bekerja. Para isteri ini telah memikirkan satu cara yang cukup bijak bagi memastikan makanan yang dibawa oleh suami-suami mereka cukup, tahan lama serta tidak memakan ruang yang banyak sewaktu mereka bekerja di lautan. Maka disebabkan inilah terhasilnya nasi tumpang di mana para isteri tersebut telah menyusun pelbagai jenis lauk pauk sekaligus bersama dengan nasi yang telah dimasak dan diisikan di dalam kelongsong kon khusus yang diperbuat daripada daun pisang. Kaedah balutan dengan mana mereka menggunakan daun pisang ini bertujuan agar nasi yang dibawa itu dapat kekal dan tahan lebih lama sepanjang berada dalam perjalanan tersebut. Selain itu dikatakan kaedah susunan lauk yang berselang seli dengan nasi juga dilakukan agar lauk tersebut tidak perlu diisi di dalam bekas yang berasingan dan sekaligus dapat menjimatkan ruang. Dalam pada itu rakan saya yang minat makan nasi tumpang memberitahu dimana nasi ini juga dikaitkan dengan asal usul terhasilnya nasi tumpang ini adalah ia merupakan makanan yang khas buat para petani di Kelantan (Sila anda lihat foto disebelah). Kisah ini sebenarnya hampir sama dengan versi seperti yang diceritakan sebelum ini, kerana para petani yang bekerja di kebun dan ladang ini juga memerlukan kepada suatu bekal makanan yang cukup mengenyangkan, tahan lama dan tidak memerlukan ruang atau bekas yang banyak untuk mengisinya. Ada juga kisah yang mengaitkan penghasilan nasi tumpang ini dengan para pengembara yang ingin memulakan perjalanan yang jauh. Walau apa jua versi dan kisah yang diceritakan di sebalik penghasilan nasi tumpang ini apa pun tujuannya sebenarnya masih sama iaitu sebagai suatu bahan makanan yang mampu didalam usaha mengenyangkan untuk satu tempoh yang lama dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa ruang yang banyak.
Dalam pada itu antara ciri istimewa nasi tumpang berkait dengan nama nasi tumpang ini itu yang sebenarnya diambil kerana kaedah pengisian dan susunan lauk pauknya yang seolah-olah ‘menumpang’ di antara satu sama lain. Ini kerana setiap lauk yang disusun secara berselang seli dan menumpang bersama dengan nasi adalah berbeza-beza, mengikut citarasa dan kesesuaian yang diinginkan oleh seseorang. Antara lauk yang diisi di dalam nasi tumpang ini ialah serunding ikan, kerutuk atau gulai ayam, gulai udang, kari ikan, sambal cili dan timun. Namun apa yang penulis blog lihat dimana pada kebiasaannya, nasi yang dimasak sebagai nasi tumpang ini akan dimasak agak lembut seperti nasi himpit berbanding dengan nasi biasa. Ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan proses pengisian di dalam kelongsong kon daun pisang dan memudahkan susunannya bersama dengan lauk yang lain. Daun pisang yang digunakan bagi pembuatan kelongsong berbentuk kon ini biasanya akan dibersihkan dan disalai atau dilayurkan terlebih dahulu bagi mengelakkannya mudah koyak dan seterusnya memudahkan kerja pembungkusan. Susunan biasa bagi nasi tumpang ini adalah mengikut turutan yang tertentu. Salah satu komponen dimana disusun lapisan iaitu Nasi, Serunding ikan, Nasi, Kerutuk atau gulai ayam, Kuah ayam, Nasi, Gulai udang, Kuah udang, Nasi, timun dan ia akhirnya akan ditutup dengan daun dan dicucuk dengan lidi. Apabila siap maka kon ini akan disusun untuk dihidangkan atau dijual (Sila lihat foto disebelah). Pada akhir dalam cara proses balutan dan pembungkusan biasanya daun pisang berkenaan akan dicucuk dengan lidi dan bahagian luar daun pisang akan dilumur dengan sedikit minyak. Proses dalam pembuatan keseluruhan nasi tumpang ini merupakan suatu proses yang agak cerewet dan memakan masa yang agak panjang. Malah, penulis bog dapati proses pembuatan nasinya sahaja boleh memakan masa sehingga tiga jam bagi memastikan nasi tersebut tahan lama dan tidak cepat basi. Namun uniknya dan istimewanya hidangan bernama nasi tumpang dimana segala-galanya harus lengkap bagi memastikan ia menjadi suatu hidangan yang lengkap dan enak.
Dalam pada itu istimewanya nasi tumpang ini pada masyarakat Kelantan untuk memakannya atau pun untuk menjamahnya dalam keadaan yang sejuk dan bukannya panas sepertimana hidangan nasi yang lain. Malah jika anda makan nasinya yang agak lembut berbanding nasi dagang atau nasi kerabu memudahkan golongan kanak-kanak dan orang tua untuk menjamahnya tanpa sebarang masalah. Pada masa kini jga telah berlaku sedikit perubahan ketara yang berlaku dalam pembuatan nasi tumpang ini. Sebagai contoh adalah dengan penggunaan kertas pembalut makanan bagi tujuan menggantikan penggunaan daun pisang sebagai kelongsong nasi tumpang. Ini sebenarnya banyak berlaku di kawasan bandar di mana daun pisang sukar untuk diperoleh. Apa pun dengan cara penggunaan kertas pembalut makanan ini juga dianggap sebagai menghilangkan identiti sebenar nasi tumpang dan mengurangkan aromanya yang sebenar. Apa pun saya mendapati memag enak makan nasi tumpang sepanjang masa meskipun pembuatannya memakan masa yang panjang dan remeh. Kini boleh dikatakan diman anasi tumpang adalah lambang kegigihan para wanita Melayu pada zaman dahulu yang berusaha untuk menyiapkan hidangan yang terbaik buat para suami mereka yang mencari rezeki dan merantau demi keluarga. Malah secara simbolik di sebalik hidangan ini sebenarnya kebijaksanaan mereka dalam menyusun sebanyak mungkin lauk bersama dengan nasi, di dalam sebuah kelongsong kecil, dan memastikan ia adalah cukup untuk mengenyangkan perut orang yang menjamahnya. Nasi tumpang sebagai makanan warisan kebangsaan haruslah terus dipelihara keasliannya agar masyarakat masa kini sedar akan kewujudan sebuah hidangan yang penuh simbolik ini. Semuga anda dapat info berguna kepada pembaca blo anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....

NASI TUMPANG... KELANTAN ASALNYA....
NASI BELAPIS LAUK.... IANYA TAHAN LAMA....NELAYAN MAKAN... JUGA BAGI PENGEMBARA...
PENULIS MAKAN... ENAKNYA TIDAK TERKATA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1104, Executive Suite,
Grand Riveview Hotel,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(15 Syaaban 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.