Support My Blog

Sunday, April 28, 2019

LADANG NANAS SARAMANIS - TINJAUAN

SARAMANIS di Tukau, Miri, Sarawak merupakan salah sebuah ladang nanas yang berjaya di Negeri Sarawak. Penulis blog berpeluang meninjau ladang nanas Saramanis yang terletak di Tukau, Miri bersama rombongan daripada Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Pertanian Daerah iri dan Pegawai Kanan dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Cawangan Sarikei. CEO syarikat En Jason Jong yang beberapa kali ada menghubungi penulis blog semenjak 2014 lagi berterimakasih diatas kedatangan penulis blog yang mana tulisan blog Anim Agro Technology sentiasa dijadikan rujukkan didalam beliau memulakan tanaman nanas di Sarawak (Sila lihat foto diatas). Pengurus ladang iaitu En Allan pula sentarsa menguruskan ladang seluas 128 ekar ini dengan melibatkan seramai 12 orang pekerja dalam mereka menanam, menjaga, menuai dan menjual hasil ladang mereka. Terdapat berpuluh-puluh varieti nanas yang ditanam di ladang ini yang mana asalnya adalah ladang ini merupakan sebuah syarikat nurseri membekal benih tanaman sebelum ianya bertukar kepada usaha menanam nanas secara komersil semenjak 2016. Kedudukan tanah di jalan utama berhampiran Lapangan Terbang Miri ini membolehkan kita dapat melihat kapalterbang kecil dan besar turun naik melalui ladang ini dengan jelas (terbang rendah untuk naik dan mendarat). Memang usaha syarikat ini untuk menghasilkan buah nanas secara serius membuahkan hasil apabila banyak nanas yang ditanam menghasilkan berbagai varieti nanas yang mendapat pasaran baik dalam negara dan eksport ke Brunei. Artikel pagi Sabtu ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai aktiviti penanaman nanas di ladang Saramanis sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Ladang Saramanis merupakan sebuah ladang nanas yang mana kedudukannya tidak jauh daripada Bandar Miri. Ladang ini mempunyai tanah landai dengan beberapa siri tanah daripada jenis liat, berpasir serta tanah jenis asid sulfat dan tanah mineral. Papantanda ditepi jalan jelas dapat dilihat untuk ramai memasukki ladang ini yang strategik (Sila lihat foto disebelah). Ladang ini diberi nama Saramanis Limited (NSX:TG8) dimana ia terlibat dengan pengeluaran benih tanaman dan pengurusan perladangan khususnya kelapa sawit. Syarikat ini yang telah berjaya menanam 100 ekar di Tukau, Miri dengan beberapa jenis nanas dibuat percubaan dahulu seperti Nanas Sawit, Nanas Paun, Nanas Josapine, nanas Morris, Nanas MD2, Nanas N36 dann banyak varieti lagi. Penanaman nanas diladang ini menggunakan sistem batas dengan meletakkan plastik silvershine bagi mengawal rumpai, memudahkan amalan agronomi dan kerja-kerja lain. Jarak penanaman adalah dilakukan mengikut varieti akan tetapi bagi nanas MD2 ditanam dengan jarak 1 kaki x 2 kaki memberikan kepadatan 50,000 pokok sehektar. Seramai 12 orang pekerja biasanya akan membuat kerja-kerja mengutip anakbenih sulur, membajak tanah, membuat batas, memasang plastik penutup batas, menanam, mengawal rumpai, membaja, menyembur racun kulat, menghormon, memetik hasil, menggred buah dan seterusnya membuang pokok lama sebelum menanamnya semula. Pihak pengurusan bagaimana pun perlukan pekerja tambahan untuk memaksimakan pengoperasian ladang nanas ini. Apabila aktiviti memproses dilakukan kelak memang perlukan lagi pekerja tambahan.


Apa yang menarik mengenai pengurusan penanaman nanas di ladang ini adalah kerana ia mempunyai perlatan jentera lengkap seperti traktor 4-roda, mesin Boom Sprayer Model 290, trailler, kolam air, plough, pembuat batas (Bedding Equipment), Power spayer, bakul tuaian dan sebagainya. Terdapat pejabat ladang, kuarters pekerja, ruang penggredan buah dan ruang benih tanaman dan juga tong besar untuk kuripan air melalui 'rain harvest system'. Nanas yang paling luas ditanam dan mendapat permintaan baik adalah jenis nanas Josapine, Nanas Paun dan terkini adalah Nanas MD2. Penghasilan buah yang berkualiti dengan saiz buah besar, bentuk uniform dan rasa serta aroma yang khusus. Kerja-kerja membaja foliar, menghormon dan menyembur racun dilakukan secara manual kini digantikan dengan cara moden menggunakan Boom Sprayer 290 yang syarikat baru beli . Mesi ini kini telah digunakan dengan baik terutma didalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Penulis blog diberi peluang memandu dan menyembur baja foliar diplot nanas MD2 yang baru ditanam 4 bulan (Sila lihat foto diatas). Jentera ini juga mampu menyiapkan kerja semburan dengan lebih cekap, sekata dan juga mudah untuk kerja pengendaliannya. Walau pun harga mesin yang diimport  ini mahal akan tetapi syarikat berpendapat ianya telah pun membantu penanaman nanas dengan baik dan cekap.


Ladang nanas Sarimanis ini pernah juga dilaporkan dalam media tempatan dimana dinyatakan Sarawak menyasarkan untuk muncul sebagai pengeluar utama nanas negara bukan sahaja hanya tujuan bagi menampung keperluan domestik bahkan untuk pasaran eksport komoditi itu. Ia kini secara tidak langsung akan dapat terus menyumbang kepada usaha memperkukuhkan ekonomi negeri, selain membantu meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya usahawan tani. Sasaran itu diyakini mampu dicapai menerusi inisiatif penanaman nanas komersial di Hab Halal Tanjung Manis dan di Tukau di sini yang diusahakan olwh Syarikat Saramanis Sdn Bhd dan dijangka mampu untuk mengeluarkan nanas tempatan.  Pengarah Eksekutif Saramanis, Jason Jong berkata nanas ditanam di ladang itu adalah dari baka terpilih seperti MD2, Josapine, N36 dan Paun. Syarikat kini sedang mengusahakan ladang ini kerana yakin dengan potensi ladang di Tukau, Miri ini selaras dengan menyahut saranan kerajaan untuk negeri Sarawak dapat mentransformasikan pertanian kepada sektor moden, berdaya saing dan mapan selain mampu dalam menjana pendapatan tinggi. Pelaksanaan projek berjalan lancar dan kita menjangkakan perjanjian eksport nanas ke Hong Kong dapat direalisasikan masa akan datang. Beliau sebelum itu mengiringi lawatan kerja Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ke ladang nanas Saramanis yang melibatkan beberapa kenaman lain. Hadir sama Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Hashim Bojet. Jason berkata dimana kini jelas syarikatnya juga berhasrat menceburi industri hiliran yang berasakan nanas selain menggalakkan ramai lagi  akan penyertaan penduduk setempat melalui program ladang kontrak.


Dalam pada itu selain menjual nanas segar, penjualan benih nanas juga dijalankan oleh syarikat ini kepada bakal usahawan nanas diseluruh Sarawak. Bergantung kepada varieti nanas, harga jualan benih nanas semahal RM3.00 satu sulur untuk varieti premium dan serendah RM0.50 satu suur untuk varieti tempatan. yarikat ini mempunyai banyak koleksi benih nanas didalam plot-plot pembenihan khusus menerima permintaan petani tempatan. Benih neanas sulur akan dikutip dan digredkan mengikut saiz dan varieti sebelum diedarkan (Sila lihat foto disebelah). Penanaan nanas di bahagian Miri ini merupakan satu perancangan strategik didalam menghasilkan buah nanas segar untuk penduduk negeri Sarawak dan pasaran eksport ke Brunei. Di masa akan datang syarikat juga merancang untuk memproses buah nanas kepada beberapa produk lain seperti jus nanas, pes nanas, chip nanas, tart nanas dan pelbagai produl lain berasaskan nanas. Syarikat juga berminat untuk memproses daun nanas untuk diambil benang nanas seterusnya mengghasilkan kain nanas bagi dijadikan baju nanas dan kraftangan. Lawatan penulis blog ke Ladang Saramanis yang mengusahakan penanaman nanas selepas melawat TKPM Kabuloh di Mriri memberikan satu pengalaman bagaimana untuk mengendalikan Boom Sprayer 290 yang baru dibeli. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
LADAG SARAMIANIS... DIMIRI LETAKNYA..
PELBAGAI NANAS... ADA DITANAMNYA...
120 EKAR.. BERPERINGKAT TANAMNYA...
PASARN DOMESTIK... KEBRUNEI JUALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2401, Executive Suite,
Pullman Hotel,
Miri, Sarawak,
Malaysia.
(21 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...