Support My Blog

Thursday, March 21, 2019

KETAM SAWAH - KENALI DIA?


KETAM SAWAH (Rice Field Crab) merupakan sejenis haiwan dari jenis krustacea juga dikenali dengan nama Kepiting Sawah atau Yuyu (Indonesia), Black Crab; Boo Kem, Bpoo Kem (Thai, salted), Ba Khía Nguyén Con (Vietnam) dan beberapa lagi. Ketam sawah ini memang dikenalpasti psebagai perosak tanaman padi sebab ia makan anak-anak benih padi disemaian atau disawah. Kemudian batang padi ini akan dimakan dan ditarik masuk kedalam lubang-lubang disekeliling ban sawah atau permatang sawah didalam sarangnya. Memang agak sukar untuk petani bagi menghapuskan atau kurangkan populasi ketam sawah ini kerana apabila sawah kering maka ketam ini akan masuk kedalam lubang berlumpur dan duduk diam (hibernate) untuk satu jangka masa lama. Kemudian apabila air sawah sudah masuk maka ketam sawah ini akan keluar semula membiak dan akan memusnahkan tanaman padi. Apa pun ada juga pesawah yang kutip ketam ini dan ia dijadikan ketam sawah masin atau ketam sawah hitam yang jadi makanan popular di Laos PDR, Kemboja, Thailand dan Burma. Di Malaysia pula ketam sawah kini semakin kurang diperkatakan kerana kini populasinya juga semakin kurang. Ia juga berkait dengan banyak penggunaan racun kimia sama ada racun rumpai (wedicide), Racun Kulat (Fungicide), Racun Serangga (Insecticide), Racun Tikus (Rodenticide) dan beberapa jenis baja kimia dan bahan kimia lain. Dalam membuat rujukkan penulis blog dapati memang tidak banyak temuan dalam bahasa Malaysia mengenai ketam sawah ini di negara kita. Artikel malam ini sambil menonton TV Astro siaran langsung Bolasepak Malaysia lawan Singapura AirMarine Cup 2019 (Keputusan Singapura menang 1 - 0) saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' tentang Ketam Sawah Padi untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Ketam sawah ini suka menebuk lubang pada batas atau ban sawah sehinggakan ia boleh menyebabkan air sawah keluar dan ini menyebabkan gangguan kepada paras air dalam sawah dan menganggu pertumbuhan pokok padi. Lubang ini agak jauh masuk kedalam lumpur dimana jika dimasa sawah kering maka ketam ini akan masuk dalam lumpur dan berehat untuk satu jangkamasa lama (hibernate). Lubang ini mudah dilihat dikawasan kering (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun apabila musim sawah dan air mula masuk dalam bendang maka ketam ini akan keluar semula dan aktif malam hari dan merosakkan tanaman padi semula. Ada juga pesawah yang akan korek lubang ketam ini dan buat batas baru jika lubang ketam ini terlalu banyak atau di tambah baik ban sawah itu dengan menimbusnya menggunakan tanah selalu. Ketam sawah ini sukar dilihat pada siang hari sebaliknya hanya aktif pada malam hari. Ketam jenis nocturnal ini akan keluar pada waktu malam hari mencari makanan dimana ianya akan memotong dan memakan daun anak semaian atau daun baru padi yang lembut. Ketam ini dengan mudah menggunakan dua sepitnya untuk menarik daun padi dan memakannya, Sebahagian daun yang putus ini akan ditarik dan dibawa masuk kedalam lubang sebagai makanan dalam lubang atau untuk simpanan disarangya. Ketam padi sesuai dengan organ dan cara hidupnya memang terkenal sebagai haiwan cekap membuat lubang menggunakan sepit dan juga kakinya yang tajam. Oleh itu ketam padi ini juga merupakan perosak kepada tanaman padi dan ia perlu dibuat kawalan yang intesif jika berlaku serangan serius.


Ketam padi ini mempunyai warna yang berbeza mengikut persekitaran daripada warna coklat, kehitaman dan ungu atau merah pada bahagian tertentu (Sila lihat foto disebelah). Ketam dewasa akan bergerak pada malam hari dan ia selalu akan mengawan dimana kemudian bertelur dan telurnya selalu berwarna oren terang bila dikeluarkan. Telur ini kemudian ia akan bertukar kepada warna kuning, coklat dan kemudian coklat gelap sebelum ianya menetas menjadi Larva. Larvanya juga mempunyai beberapa peringkat kehidupan bermula pada peringkat pertama dianggil sebagai 'zoeae' berukuran sekitar 0.25 mm dengan mengambil mas selama antara 31 - 49 hari untuk jadi ketam muda. Peringkat kedua adalah peringkat  'Anak Ketam Juvenile' berukuran 2.5 mm lebar (ukuran daripada bahagian lateral spines dengan carapace). Anak ketam juvenile ini akan bergerak pindah dari air dalam kekawasan air cetek dibahagian atas arus air atau sungai. Kemudian ketam ini membesar dan menjadi dewasa. Peringkat ke tiga adalah peringkat Ketam Dewasa pula akan matag untuk mengawan apabila berumur 18 -  20 salin kulit (post larval molts) dimana ia sekitar bila umurnya mencecah 1 - 1.5 tahun (antara 12 - 16 bulan). Ketam jantan akan terus salin kulit akan tetapi ketam betina berhenti salin kulit apabila cukup matang dan membiak. Populasi ketam sawah ini juga berlainan diantara lokasi disebabkan habitat disekelilingnya dan kadar penggunaan bahan kimia.


Ketam sawah ini merupakan perosak dan ancaman kepada tanaman padi sawah. Ia perlu dipantau kehadirannya dengan cara melihat dan menganalisa dahulu tahap kerosakkannya seperti kemusnahan pada semaian padi atau anak padi disawah (Sila lihat foto disebelah). Perlu juga diperiksa keujudan lubang-lubang pada batas sawah atau permatang jika banyak air terkeluar akibat banyak lubang ketam dibawahnya. Pengaliran air sawah keluar dari sawah akan menjejaskan pertumbuhan padi dan pengaliran baja yang diberikan. Pesawah perlu mambuat kawalan untuk kurangan kerosakkan akibat serangan ketam sawah ini. Cara paling mudah adalah dengan menutup semua lubang-lubang ketam pada batas sawah dengan tanah. Sebaiknya pesawah campurkan dengan pes Kulit kayu pokok Kapas Ulat Sutera (Bombax ceiba), Buah Embelia ribes dan juga Asafoeitda  dengan kadar 2 kg ramuan ini bersama 100 liter air untuk digunakan dalam keuasan sawah 1 hektar. Ada juga kaedah kawalan dengan menggunakan serbuk cyanogas secara fumigasi kedalam lubang-lubang ketam ini. Bagaimana pun kawalan dengan cara ini memang perlukan kepakaran dan keselamatan khusus. Cara lain yang disyorkan adalah menggunakan racun umpan iaitu racun Parathion 0.5% dicampurkan dengan sirap beras pada kadar campuran 80 - 100 ml dalam satu lugbang ketam sawah. Kaedah tersebut didakwa antara teknologi paling berkesan didalam mengawal ketam sawah masa kini. Bagaimana pun dinegara Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja, pesawah akan mengutip ketam sawah dan dijadikan makanan eksotik bagi masyarakat mereka. Makanan ketam sawah ini bagaimana pun tidak menjadi pilihan di Malaysia kerana ketam ini mungkin dari jenis dua alam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RICE FIELD CRAB.... IA APA BENDA...
KETAM SAWAH... ITULAH RUPANYA...
PEROSAK ANAK PADI... MALAM HARI...
PERLU DIKAWAL... SAWAH LESTARI..`

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...