Lawatan Menteri Pertanian Dato' Salahuddin Ayub ke Projek Tanaman Mangga Harumanis (MA168) iaitu di Tapak Kelompok Mangga Harumanis di Kg. Tanah Pasir, Beseri, Perlis sangat signifikan. Semasa lawasan, beliau sendiri dapat mendengar rintihan dari pekebun disini yang menyatakan bahawa mereka memerlukan kaedah pemasaran yang mantap bagi memasarkan buah harumanis ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia Dato' Hj Mohd Anim, Ketua Pengarah FAMA Dato' Ahmad Ishak, Ketua Pengarah LKIM (En Jamaluddin) dan Pengurus Besar MADA Dato' Fouzi. Lawatan ini diaturkan sempena dengan program Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri, Perlis. Menteri nyatakan, walau pun Perlis bukan negeri dikalangan Pakatan Harapan tapi apa yang ditunjuk rakyat Perlis dakwanya perbezaan ideologi politik tidak menghalang sama sekali untuk MoA memajukan rakyat. Apabila mandat diberi, rakyat mesti diutamakan. Kita mesti mengeluarkan golongan petani dari kumpulan B40 dari kemiskinan. Kerajaan akan pergi kepada usaha bersungguh-sungguh untuk memodenkan sektor pertanian. Kita juga mesti berusaha untuk menggunakan seluruh kekuatan yang ada dan menjadikan kelemahan sebelum ini sebagai faktor untuk ke hadapan. Menteri bersama pegawai-pegawai MOA akan sentiasa turun padang untuk mendengar sendiri masalah dan rintihan petani, penternak dan nelayan. Pegawai2 MoA juga harus ada di pejabat untuk mengurus dan mendengar taklimat untuk sama-sama merancang apa yang harus dibuat untuk menjaga kebajikan golongan sasar Kementerian. Menteri nyatakan, masa dulu bagaimana pegawai pengembangan sangat mesra dengan rakyat, sarapan di rumah petani dan juga pergi ke kenduri. Mereka juga amat disayangi rakyat setempat. Jika mereka masuk politik dan bertanding, munkin akan menang. Bagi pegawai pengembangan disarankan agar mereka akan meneruskan usaha bakti itu. Syurga bukan hanya tawaf di Baitullah, berdoa kepada Allah tetapi bagi pegawai pengembangan pula dakwanya syurga kamu bila kamu keluarkan petani dari kemiskinan. Kita bekerja siang malam sehingga petani dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' dipaparkan beberapa temuan info sempena lawatan YB Menteri Pertanian ke ladang mangga dan perasmin hari bertemu pelanggan peringkat negeri Perlis untuk makluman dan rujukan semua. Sumber laporan daripada facebook YBM, akhbar media massa dan pelbagai lagi.
Negeri Perlis walaupun sebuah negeri yang kecil dirasakan telah memberikan suatu produk yang penting. Selain hasil padi kini Negeri Perlis terkenal dengan Harumanis. Kerajaan telah berjaya untuk keluarkan Harumanis dan ini pasti dapat menyumbangkan hasil pendapatan yang baik kepada petani terlibat. Hasil dariada tanaman Mangga Harumanis ini perlu terus dipertingkatkan agar rakyat dapat rasa Harumanis dikomersialkan sehingga dieksport ke luar negara. Kalau hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang dibimbangkan produk ini akan melalui zaman tepu. Beliau nyatakan semasa membalut putik buah mangga di ladang (Sila lihat foo disebelah). Dalam pada itu pihak FAMA perlu memikirkan cara terbaik bagaimana untuk memasarkan Harumanis ini dalam bulan Mei - Julai 2019 yang melalui bulan puasa dan Hari Raya Puasa. Petani telah pun ada memberikan jamuan pulut santan Harumanis dan beberapa menu tempatan semasa jamuan bersama petani. Didakwa dimana sekiranya Harumanis tidak dirancang pemasarannya dengan lebih meluas maka petani tidak akan dapat pulangan yang baik. Perlis merupakan satu-satunya negeri yang boleh mengeluarkan Harumanis kerana iklim panas di negeri lain tak seterik ini waktu ini. Negeri lain mungkin pokok harumani boleh tumbuh tapi faktur kelazatannya tidak sama dengan harumanis yang dihasilkan di Perlis. FAMA akan tubuhkan satu unit khas pemasaran Harumanis dan pastikan ia suatu produk premium yang kita boleh pasarkan.
Dalam portal berita Malaysia aktif Online bertajuk ''Perlis Sasar RM67 Juta Hasil Harumanis 2020'' berita daripada Kangar menyatakan menjelang tahun 2020, Jabatan Pertanian Negeri Perlis menyasarkan peningkatan keluasan tanaman harumanis lebih 1,320 hektar yang akan mampu untuk mengeluarkan hasil sebanyak 2,696 metrik tan dengan nilai pengeluaran melebihi RM67 juta (Sila anda lihat foto diatas). Peningkatan ini dijangka dapat menambahkan lagi pendapatan pengusaha harumanis serta dapat memberi sumbangan signifikan terhadap industri pelancongan di negeri ini khususnya pada musim harumanis yang mana ia dijangkakan bermula pada bulan Mei nanti. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika merasmikan program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, di sini hari ini. Pada tahun 2018 ada dilaporkan luas kawasan tanaman bagi harumanis adalah lebih 1,225 hektar dengan keluasan pengeluaran hasil melebihi 781 hektar. Dari jumlah tersebut sejumlah kawasan tersebut maka jangkaan pengeluaran hasil mangga harumanis pada tahun 2019 ini adalah sebanyak 1,751 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak melebihi RM31 juta dengan anggaran harga RM20kg. Sistem pasaran telah diaturkan oleh pihak Koperasi Penanam Mangga Harumanis negeri Perlis serta penhlbatan Jabatan Pertanian dan FAMA.
Dalam pada itu YB Salahuddin (tiga dari kanan) turut menyampaikan cek contoh insentif dari kementerian bagi kategori Pembangunan Kluster Harumanis kepada penerima (Penulis blog berdiri paling kiri). Kini pihak Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah memperkenalkan kaedah peningkatan didalam pengurusan harumanis melalui Roda Harumanis, Kod Keselamatan, QR Code, Kod warna pada pembalut, gelang penyukat dan brix meter (penyukat kemanisan) sebagai panduan kepada petani dalam pengurusan tanaman mangga harumanis yang lebih berkesan. Kementerian Pertanian juga bercadang menubuhkan unit khas untuk pemasaran harumanis di bawah FAMA serta akan cuba bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan kempen supaya menarik orang ramai datang ke Perlis pada musim harumanis. Menurut Salahuddin ladi diumumkan dimana kementerian turut merangka program hari bertemu pelanggan yang dijangkakan efektif dalam menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra dalam merealisasikan sektor pertanian sebagai sumber pembangunan ekonomi rakyat dan negara. “Setiap agensi di peringkat daerah juga akan mengadakan hari bertemu pelanggan pada setiap hari Rabu bagi membolehkan para petani setempat untuk bertemu dengan para pegawai dan menyuarakan masalah atau sebarang isu yang mereka hadapi. Terdapat 56 projek kelompok harumanis di negeri ini melibatkan hampir dua ribu pengusaha dan pada tahun ini kerajaan persekutuan telah memperuntukan lebih RM1 juta dan RM800 ribu dari kerajaan negeri untuk projek harumanis.
Dalam Malaysiainsight Online juga dipaparkan berita bertajuk ''Menteri cadang Mangga Harumanis jadi menu wajib kerajaan''. Berita yang dipetik daripada portal tersebut dipetik daripada Kangar, Perlis sempena Majlis Hari Bertemu Pelanggan kementerian Pertanian dengan petani, penternak dan Nelayan peringkat Negeri Perlis dan lawatan ke Ladang Mangga Harumais di Kh Pasir Panjang, Beseri, Perlis. MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis dijadikan menu wajib majlis-majlis anjuran kementerian dan agensi kerajaan. Kata beliau, cadangan itu adalah untuk membantu perkembangan industri harumanis negara, terutama di Perlis.
Dalam akhbar Malaysiakini.com dengan tajuk ''Harumanis should be served at gov't events - Salahuddin'' dipaparkan berita sama. Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Salahuddin Ayub will propose to the Cabinet to list the Harumanis mango as a must-have item on the menu served at events organised by ministries and government agencies. He said the proposal was aimed at assisting the development of the Harumanis industry, especially in Perlis. Salahuddin said the Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) had set up a special unit to market the Perlis icon products to the international market. He said his ministry would also work with Tourism Malaysia to promote fruit season as one of the country’s tourism products. Salahuddin said this at a dialogue session in conjunction with his ministry’s meet the customers day at Perlis state level held at the Bukit Temiang Agriculture Complex, Kangar today. Earlier, in his speech, Salahuddin said more efforts needed to find alternative crops that could be commercialised in the long term, to replace rubber and oil palm. He said this as price fluctuation of the two commodities had affected the lives of the farmers as well as forcing the government to subsidise both industries to enable them to survive. "At the same time, we face other challenges and stiff competition from soybean producers that are trying to destroy the palm oil industry by blaming the crop for forest exploration. New crops with high market value should be planted more widely, but in-depth studies need to be carried out first," he said. At the event, Salahuddin also presented a mock cheque of RM1 million to Perlis Harumanis cluster management while an incentive totalling RM57,000 was handed over tyouth agropreneurs at the Muda Agricultural Development Authority (MADA). Semuga artikel ini memberi info erguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MANGGA HARUMANIS... PERLIS ADA...
MEI - JULAI 2109... MUSIM BUAHNYA...
BAU HARUM... MANIS TAK TERHINGGA...
DATANG KEPERLIS... KENA MERASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 311, Hotel StarCity,
Jalan Pintu Sepuloh,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(22 JamadilAkhir 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.