Support My Blog

Friday, March 8, 2019

BILIS - SATU KELEBIHAN DARI LAUT

IKAN BILIS merupakan sejenis ikan daripada keluarga Engraulidae dari kumpulan air masin bersaiz kecil yang diproses dengan merebus dan dikeringkan. Ikan bilis amat sinonim dengan bahan ramuan makanan yang paling enak untuk dibuat sambal nasi lemak, digoreng sebagai ramuan nasi lemak dan juga banyak makanan lain berasaskan ikan bilis. Sebenarnya ikan bilis ini adalah jenis ikan dari genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) memang terdapat disekitar perairan laut di Malaysia. Ikan bilis ialah ienis ikan kecil atau dipanggil sebagai ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada bahagian badannya. Panjang maksimum ikan bilis biasanya sekitar 23 cm dan akan bergerak secara berkumpulan didalan air laut. Bahagian muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton. Ikan ini lazimnya akan ditangkap dengan guna pukat atau cara lain yang sesuai. Di Malaysia beberapa kawasan dikenalpasti menghasilkan ikan bilis ini seperti di Langkawi, Lumut, Tg Dawai, Sandakan, Tawau, Tg Manis dan beberapa lagi dimana pendaratan ikan dan aktiviti hiliran memproses menghasilkan ikan bilis ini bergiat aktif.  Ikan bilis juga dikenali sebagai "ikan teri" di Indonesia dan banyak dihasilkan. Di Malaysia, Indonesia dan beberapa tempat ASEAN lain termasuk di Singapura, ikan bilis digunakan untuk membuat pati ikan, sambal atau digoreng dengan minyak masak paling sesuai dihidangkan dengan nasi lemak. Apalah nasi lemak kalau tiada Ikan Bilis, Kacang Tanah Goreng, Timun dan Sambal. Ikan bilis biasanya digunakan dengan cara yang sama dengan udang kering dalam masakan Malaysia. Ikan bilis juga digunakan dalam penghasilan budu, melalui proses penapaian. Di Vietnam, ikan bilis adalah ramuan utama sos ikan kebangsaan tidak rasmi Vietnam. Artikel malm ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai idustri ikan bilis sebagai satu komponen penting sektor perikanan dari laut.


Ikan Bilis memang penting didalam kita penyediaan makanan rakyat Malaysia dan negara jiran lain. Pada penulis blog paling enak maka nasi goreng di waktu sarapan pagi dengan ada banyak ikan bilis baru beada didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu laporan media bertajuk ''Ikan bilis penyambung rezeki'' sesuai di kupas. Artikel akhbar tersebut nyatakan apabila disebut sahaja nama ikan bilis pasti pelbagai maksud berlegar dalam minda. Konotasinya berbeza mengikut genre penggunaannya sama ada istilah dalam dunia korporat atau maksud sebenarnya sebagai bahan utama dalam juadah sarapan termasyhur di Malaysia iaitu nasi lemak. Walau apapun yang tergambar dalam layar pemikiran namun bagi seorang peniaga seperti Razali yang berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur didakwa ikan bilis adalah penyambung talian hayat rezekinya sekeluarga. Beliau hasilkan rencah dan adunan meneruskan kehidupan dengan produk yang diberi nama Ikan Bilis Crunchy keluaran MJR Rizqah. Beliau sebenarnya mempunyai ilmu yang diwarisi daripada ibunyadan mula berjinak-jinak memasak dan mengolah sendiri resipi sambal ikan bilisnya. Beliau yang berniaga mulai tahun 2010 dengan perniagaan sambal secara kecil-kecilan dimulakan RM500 mampu hasilkan sekitar 20 hingga 30 bungkus dapat disiapkan dalam masa seminggu untuk dijual. Pada 2015 dia serius melabur sambal bilis sebagai mata pencarian utama hidupnya sehingga berjaya.



Bilis Bagang Mata Miru daripada laut di Timur Sabah khususnya di Pasar Tanjung merupakan antara produk buruan ramai. Ikan bilis mata biru yang kerap menjadi barang istimewa apabila berkunjung ke Tawau kini harganya boleh mencecah hingga RM70 sekilogram. Namun ramai yang tidak tahu memang bukan mudah ‘memburu’ ikan bilis ini. Di Sabah sebenarnya salah satu tempat yang menjadi tumpuan apabila bercakap mengenai ikan bilis jenis itu adalah di Inderasabah iaitu sebuah kawasan perkampungan tepi laut. Jika di Perak nama Pulau Pangkor juga terkenal dengan ikan bilis mata biru tatapi di SabahKawasan Inderasabah tidak kurang popularnya. Cuma bezanya dimana ikan bilis dari Indersabah ini ‘diburu’ dengan cara membangunkan struktur yang dipanggil bagang. Malah Indersabah ini telah pun sinonim dengan pelbagai jenis ikan bilis termasuklah yang bermata biru. Kampung Pangkalan yang mana penduduknya menjadikan perusahaan kampung berasaskan hasil laut sebagai sumber rezeki dan aktiviti ekonominya amat sesuai dengan kedudukannya itu. Menariknya ikan bilis kategori premium itu ditangkap menggunakan bagang yang mana ia merupakan struktur atau pelantar diperbuat daripada batang kayu nibung atau buluh berkeluasan kira-kira 100 meter persegi dan tingginya kira-kira 10 meter dari permukaan air. Setiap bagang dilengkapi dengan set pukat dan lampu dan rumah untuk pekerja berehat atau berlindung daripada cuaca buruk selain kelengkapan untuk memasak atau merebus bilis. Seorang usahawan ikan bilis yang terkenal di situ ialah Sabturani Hamzah berumur 51 tahun yang memang telah lama berkecimpung dalam perusahaan ikan bilis sejak 18 tahun lepas. Asalnya dia adalah nelayan sepenoh masa dan kini telah meninggalkan pekerjaan asal sebagai nelayan dengan memukat udang.  


Berbeza dengan berita akhbar kedua bertajuk ''Bagang terus jadi pilihan utama'' iaitu kisah menangkap ikan bilis. Ia bermula dimana meskipun sudah tiga bulan tidak menangkap ikan berikutan monsun timur laut, namun nelayan yang bernama Marzuki berumur 39 tahun dan rakan-rakannya menunjukkan penggunaan bagang yang terletak di perairan Laut Celebes. Lokasi yang terletak kira-kira 16 kilometer dari perkampungan nelayan di Indera Sabah adalah sebuah bagang milik salah seorang pengusaha tempatan. Mereka akan membawa bekalan makanan, tong gas, generator dan pelbagai lagi keperluan lain namun rutin harian aktiviti mereka terpaksa dihentikan seketika akibat monsun timur laut. Terdapat beberapa buah bagang yang menjadi peralatan utama bagi nelayan tempatan menangkap ikan bilis dilaut ini yang jumlahnya mencecah kira-kira 300 buah bagang di perairan tersebut. Dahulu jumlah bagang lebih banyak berbanding sekarang namun disebabkan faktor tiupan angin dan ombak yang kuat di samping kos pembinaannya yang semakin meningkat dan sumber bahan binaan bagang yang terhad menyebabkan ia semakin berkurangan. Nelayan pada kebiasaannya akan turun ke laut dalam pukul empat petang dan kembali ke darat pada pukul enam pagi. Setiap bagang hanya terdapat seorang nelayan sahaja untuk menurunkan dan menaikkan pukat ketika waktu malam. Kerja-kerja menurunkan dan menaikkan pukat biasanya dilakukan sebanyak tiga atau empat kali setiap kali tangkapan dilakukan. Hasil tangkapan ikan bilis dalam sehari boleh mencecah 20 - 50 kilogram bagi seorang nelayan.


Dalam laporan lain bertajuk ''Suri rumah jual bilis atas talian" merupakan satu kaedah baru sistem pemasaran ikan bilis yang bolejh dicontohi. Berita dari Tawau ini dimana dengan berbekalkan modal RM1,500 menerusi pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kini seorang suri rumah telah mengambil risiko meneruskan perniagaan keluarga dengan mengusahakan ikan bilis diwarisi daripada bapanya. Bagi Senati Madu yang berumur 33 tahun dimana dia memulakan perusahaan ikan bilis sejak 2009 selepas bapanya tidak mampu meneruskan perusahaan itu kerana faktor usia manakala dua lagi adik-beradiknya tidak berminat dalam bidang berkenaan. Dia memulakan perusahaan ini sekadar mengisi masa lapang sebagai suri rumah selain membantu menambahkan ekonomi keluarga kerana suami bekerja sebagai pemandu lori. Dengan menggunakan modal yang dipinjam melalui AIM untuk membeli barangan keperluan dan menggaji pekerja. Kini selepas beberapa tahun berniaga dia telah mula berkembang selepas mendapat sambutan menggalakkan dan mula menjual ikan bilis secara komersial menerusi jualan atas talian. Dia mula memasuki fasa jualan secara atas talian mengikut peredaran zaman. Kalau dulu dia banyak menjual produk terus kepada pemborong atau peniaga di pasar, namun kini dia mula terfikir untuk melakukan jualan secara atas talian dan sambutan diterima menggalakkan. Jualan secara atas talian menerusi laman sesawang seperti blog dan Facebook dilihat begitu mudah dicapai pelanggan terutama dari luar daerah termasuk di Semenanjung. Pelanggannya merangkumi beberapa kawasan luar daerah ini sehingga ke Semenanjung dan produk akan dihantar menerusi pengangkutan darat atau kurier. Hasil usaha gigihnya itu dia berjaya memiliki kedai runcit daripada pusingan modal sepanjang mengusahakan bagang ikan bilis di Inderasabah. Pinjaman saya dengan AIM juga masih berjalan dan ditawarkan dana RM16,000 untuk mengembangkan lagi perusahaan bagang ikan bilis dan kedai runcit. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai ikan bilis hasilan laut dalam anim agro technology untuk tatapan anda semua. Wasallam!!!...
IKAN BILIS... MAHAL HARGANYA...
PULAU PANGKOR... TAWAU ADA...
SUKAR MENCARI... PELBAGAI CARA...
DENGAN BAGANG... DISABAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 11, Joe's Fisherman inn,
Kg Nipah, Pulau Pangkor,
Lumut, Perak,
Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...