Support My Blog

Wednesday, March 20, 2019

BUAH GAC - KHASIAT DAN MEDIA

BUAH GAC (Momordica cochinchinensis) adalah sejenis buah exotik yang sangat unik dari segi bentuk luarannya. Keluarga terdekat bagi buah ini ialah Momordica charantia yang kita kenali sebagai pokok buah PERIA. Pokok yang tumbuh menjalar ini mengambil masa lebih kurang 8 - 9 bulan untuk kits mendapatkan buahnya. Penulis blog Anim Agro pertama kali berjumpa buah ini ditanam semasa berkunjung ke Labis, Segamat Sunrise Farm baru-baru ini tetapi 14 tahun dulu penah melihatnya di Penang Tropical Fruit. Buah Gac ysng dipercayai berasal dari Vietnam dan nama Gac juga adalah berasal dari sebutan perkataan bahasa di Vietnam diaman kini buah ini sudah banyak dijumpai dijual di negara jiran kita Thailand dan kemungkinan benih buah ini juga dibawa masuk dari sana.  Semasa penulis blog melawat Chiangmai di Thailand memang ada produk jus buah Gac di jual dengan harga 15 Baht sebotol. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan, beta-karotena, lycopene (70 kali lebih daripada pada tomato) dan juga zat zeaxanthin. Ia juga dikatakan mengandungi kepekatan beta karotena lebih tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran. Tidak ada maklumat mengenai buah ini di Malaysia masih lagi kurang namun potensi tanaman ini untuk tujuan berkembang sangat baik sekali disebabkan nilai nutrisi buah ini yang sangat tinggi. Buah gac tidak sama dengan buah figs (buah tin) yang mana telah menarik ramai orang Malaysia untuk menanamnya. Artikel malm ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai khasiat buah gac dan laporan media berkaitan dengan buah ini untuk rujukkan dan bacaan.

Melihat kepada bentuk dan warna buah ini, memang mudah untuk mengenalinya kepada mereka yang pernah menanam atau pernah melihatnya. Bentuk buah Gac ini adalah agak membulat atau sedikit lonjong seperti saiz bola tenis dan berwarna hijau ketika muda bertukar kekuningan apabila hampir matang dan seterusnya warna kemerahan apabila masak bergantung kepada varieti. Apa yang menarik ialah dia keluar dari rimbunan pokok yang menjalar dengan daun yang berwarna hijau. Diteliti lagi dimana pada kulit luarnya akan dilihat atau mempunyai kulit yang bergerigi iaitu seperti buah durian atau peria namun berwarna merah cerah. Walau pun penulis blog belum merasa buah ini tetapi didakwa isi memang rasanya agak pahit. Bagaimana pun buah Gac ini didapati sejenis buah memang kaya sebagai sumber vitamin A yang sangat baik dan khususnya adalah khasiat pada bahagian bijinya. Warna cerah merah kuat ini atau orange ini dipercayai kerana kehebatan dan kekayaannya dengan bahan iaitu Lycopene dan Beta-Carotene. Saiz buah sekitar 10 cm panjang dan 13 cm garispusat berbentuk lonjong dengan warna oren terang pada kebanyakan varieti. Semasa buah ini masih muda jika dimakan ia seakan rasa buah timun (Cucumis sativus) dan rasa lembut ini masih boleh dimakan. Buah masak juga mempunyai banyak biji kecil berwarna hitan atau coklat gelap dalam karung berwarna merah (red sac membranes). Biji ini boleh digunakan sebahai benih untuk tanaman.


Negara Vietnam menjadikan tanaman ini sebagai tanaman yang digunakan untuk perayaan mereka terutama pada sambutan tahun baru dan majlis perkahwinan mereka. Biji buah dan kulitnya akan dimasak bersama beras pulut dan dihidangkan dalam majlis dimana ia berwarna kemerahan atau oren. Terkini ada yang memproses buah ini yang kaya dengan Karotene dan dijadikan jus minuman untuk pasaran tempatan dan eksport. Batangnya yang berwarna coklat pucat mampu tumbuh sehingga sepanjang 20 meter (66 kaki) dimana ia hanya berbuah setahun sekali sahaja. Buah yang masak akan dipetik dan dipasarkan dalam pasaran tempatan di Vietnam. Buah yang keluar ini banyak pada bulan Disember sehingga januari setiap tahun walau pun bulan lain ia ada sedikit yang keluar. Bergantung kepada amalan agronomi, cuaca dan serangga pendebunga dan lazimnya satu pokok gac dewasa mampu menghasilkan sebanyak 30 - 60 biji buahsemusim. Di Vietnam dan China buah gac ini digunakan dalam makanan dan juga perubatan tradisional. Ia dipercayai mampu merawat masaalah kesihatan mata dan menembah tahap kesihatan secara menyeluruh. Jus buah gac memang ada dijual dibeberapa negara sebagai makanan kesihatan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu buah gac ini telah dikomersilkan dengan mengekstrak bagi menghasilkan Beta Carotene dan Lycopene yang dijual sebagai produk dietary (makanan kesihatan) dan dijual secara meluas.


Sebuah universiti tempatan membuat kajian dimana diterbitkan satu artikel bertajuk ''Pelajar PhD dedah khasiat buah Gac yang dikatakan mampu 'panjangkan usia' yang manrik minat penulis blog untuk mengupasnya. Buah Gac  atau nama saintifiknya Momordica cochinchinensis terkenal sebagai ‘buah dari syurga’ di Asia Tenggara kerana sifatnya yang dikatakan mampu memanjangkan usia, memberi semangat dan daya tahan kepada manusia. Kepercayaan masyarakat Orang Asli dimana buah Gac kaya dengan khasiat yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan. Tumbuhan ini mudah didapati di Vietnam dan kawasan-kawasan lain di Asia Selatan. Dalam perubatan tradisional Cina (TCM), ia dikenali dengan nama Mubiezi yang dianggap mempunyai sifat penyesuaian dan penyejukan serta sering digunakan untuk merawat penyakit hati dan limpa, luka, buasir, lebam, bengkak dan nanah. Dilaporkan masyarakat Vietnam sering menggunakan buah Gac dalam hidangan 'Xoi Gac' yang bertindak sebagai ejen pewarna supaya nasi kelihatan berwarna merah dan memberikan rasa yang berbeza untuk dihidangkan pada majlis-majlis perayaan seperti majlis perkahwinan, Tahun Baharu Lunar dan perayaan penting lain. Walau bagaimana pun, buah Gac kurang mendapat perhatian atau tidak popular dalam kalangan buah-buahan lain kerana kurangnya kesedaran tentang potensi nilai kesihatannya dan tahap pengeluarannya yang bermusim.  Menurut pelajar Doktor Falsafah UMT iaitu Azimah Hamidon dimana dia berminat untuk membuat kajian berkaitan tanaman Gac selepas mengadakan perbincangan dengan penyelianya, Dr. Ramisah Mohd Shah kerana buah ini unik dan mempunyai khasiat serta nutrisi yang tinggi.


Dalam kajian dia menggunakan teknik pembiakan dan cara penanaman menggunakan kadar hormon tumbuhan dan variasi baja tanaman bagi meningkatkan pengeluaran buah Gac sebagai tajuk penyelidikan buah istimewa ini. Dalam pada itu kebanyakan spesies Momordica lebih ‘suka’ tanah lapang berpasir yang kaya dengan humus atau bahan organik. Walau bagaimanapun, jenis tanah dan jumlah nutrien yang terdapat di dalam tanah amat memberi kesan terhadap pertumbuhan dan kesuburan tanaman ini. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan nisbah baja yang berlainan untuk mewujudkan keperluan pengeluaran buah Gac yang ditanam di dalam tanah mineral dan BRIS serta mengkaji penglibatan hormon tumbuhan dalam usaha untuk mempromosikan pembangunan bunga jantan pada buah. Selain itu, kajian ini juga memfokuskan serangan penyakit dan serangga semasa pasca tuaian sepanjang tempoh eksperimen. Pengeluaran buah Gac sering kali rendah kerana ia adalah tumbuhan dioecious yang mana proses pendebungaan tangan diperlukan untuk meningkatkan set buah. Tambahan pula, perkembangan bunga betina agak perlahan dan nisbah pengeluaran untuk bunga jantan lebih rendah. Kajian menunjukkan bahawa hormon pengawal aturan tumbuh-tumbuhan tertentu yang digunakan pada buah Gac dapat menghasilkan lebih banyak bunga betina dan dapat mengatasi kesukaran tersebut.


Kaedah penanaman perlu dibangunkan untuk memenuhi pengeluaran kecil dan berskala besar dan harus petani untuk mempertimbangkan nisbah yang tidak menentu dari tumbuhan jantan ke betina yang ditanam dari benih, dan induksi berbunga lambat. Data eksperimen dan maklumat mengenai pembiakan vegetatif, nutrien, keperluan penanaman dan penyakit yang berkaitan dengan buah Gac tidak begitu luas. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan nisbah baja yang berlainan untuk mewujudkan keperluan pengeluaran buah Gac yang ditanam di dalam tanah mineral dan BRIS dan mengkaji penglibatan hormon tumbuhan dalam menggalakkan pengeluaran bunga jantan dan betina pada pokok Gac. Pembangunan gejala penyakit pasca buaian semasa penyimpanan juga akan diperhatikan sepanjang tempoh eksperimen. Penanaman pokok gac di negara kita masih kurang popular dan belum ada laporan dari Jabatan Pertanian menyatakan dimana ada petani yang menanam secara komersil. Semuga artikel ini diharap dapat memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology mengenai buah gac dan laporan media berkenan khasiat buah gac ini. Wasallam!!!...

BUAH GAC... IA AGAK PELIK NAMANYA...
3 WARNA... HIJAU, KUNING, MERAH DIA...
POKOK MENJALAR... BANYAK BUNGA...
PENULIS BLOG... SAYA SUDAH JUMPA...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 5454,Hotel Lazenda,
Jalan OKK Abdullah,
WP LAbuan, 
Malaysia.
(11 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...