Support My Blog

Saturday, March 30, 2019

JARING DI BAWAH POKOK DURIAN


JARING ATAU PUKAT DIBAWAH POKOK DURIAN kini adalah merupakan satu kaedah atau teknologi yang dilakuka oleh pemilik kebun durian bagi mendapatkan buah durian berkualiti. Memasang Pukat atau Meletakkan Jaring (Jaring atau pukat Ikan) dibawah pokok durian dewasa semasa musim buah durian gugur merupakan satu rekomendasi kepada pemilik dudun durian semuasa buah gugur oleh Jabatan Pertanian. Jaring atau pukat yang terpakai atau jaring baru dipasang dengan merentang disekeliling pokok durian dengan ketinggian 0.5-1.0 meter atau mengikut kesesuaian dan keceruna dusun diatas tanah. Jaring ini akan berfungsi sebagai penampan (cushion) jika buah durian jatuh atau gugur tanpa mengira waktu kebawah. Buah durian ini akan jatuh diatas hamparan jaring yang menjadikan kulitnya tidak pecah atau isinya tidak cepat rosak (Sila lihat foto diatas). Penulis blog sering ditanya rakan dan petani dari seluruh negara apakah waktu pling kerp berlaku durian gugur. Maka saya akan jawab di waktu malam atau subuh hari. Kemudian ditanya lagi kenapa durian sebagai buah digelar 'Raja Segala Buah' ini suka gugur malam masa gelap. Apa yang pelik saya puas menjelaskan kepada mereka secara saintifik mengenai perkara ini akan tetapi mereka jawab dengan muadah... Durian takut gugur siang hari kerana 'DURIAN TAKUT AKAN KETINGGIAN'!. Wow!... itu jawapan luar kotak.. Ha, Ha , Ha. Buah durian lazimnya akan jatuh jadi bersih daripada kekotoran tanah, kotoran jenis sampah atau daun kayu. Buah ini juga mudah diambil kerana ia akan berkumpul untuk dipungut dan mudah untuk digredkan sebelum dipasarkan. Buah durian yang jatuh diatas jaring ini mengelakkan haiwan perosak untuk pengguna memakannya kerana ia tergantung atas jaring dengan selamat. Teknik memasang pukat ini merupakan kaedah mengutip buah durian yang sangat signifikan dikawasan dusun durian yang ada batu keras dibawahnya atau kawasan cerun bukit yang curam. Kawasn pokok durian yang berbuah dikawasan cerun bukit curam agak sukar untuk memungut hasil jika jatuh kedalam gaung. Ia juga digalakkan jika pokok durian dahannya berada diatas jalanraya dan buahnya akan gugur diatas jalan. Sama ada buah durian yang jatuh diatas jalanraya rosak akibat hentakan keras atau ia mungkin akan dipungut oleh mereka yang lalu dijalan tersebut. Artikel petang Sabtu ini sambil menonton TV3 cerita Hindustan berjudul ''Once Upon A Time in Mumbai Dobrabara'' saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' teknologi penggunaan jaring untuk menampa buah durian yang gugur.

Pokok Durian (Durio zibethinus Murr) di Malaysia yang matang biasanya sudah menumbuh dengan tinggi. Apa lagi kalau pokok tersebut daripada varieti durian kampong yang umurnya mencecah hingga ratusan tahun tentuya ada yang mencecah lebih 100 kaki tingginya. Bagi pengusaha tanaan durian komersil memang biasa mereka mempunyai pokok durian dengan ketinggian sekitar 30 - 50 kaki tinggunya dimana diahagian bawahnya adalah biasanya dijaga baik dan bersih (Sila lihat foto disebelah). Buah durian di Malaysia lazimnya akan gugur dengan bermula daripada Daerah Pontian di Johor naik ke atas sehingga ke Utara dan berakhir selalunya dikawasan Raub, Pahang. Buah durian adalah jenis buah bermusim dimana ia akan mula gugur daripada bulan Julai - September sepanjang tahun digelar sebagai 'Musim Durian Gugur'. Jika cuaca berubah diantara siang dan malam maka lazimnya buah durian akan gugur dengan lebih banyak atau pun berlaku ribut dimalam hari makan buah juga akan banyak gugur. Buah yang gugur ini perlu dikutip mengikut jenis dan dikumpulkan sebelum ianya digredkan mengikut varieti, saiz, kualiti, kerosakkan dan sebagainya. Bagaimana pun jika banyak buah yang pecah akibat kesan jatuh ia tentuya akan mengurangkan kualiti buah sebab ia akan mudah turun kualitinya.

Pemasangan jaring atau pukat dibawah pokok durian dilakukan sebaik sahaja buah akan mula gugur (Seawal beberapa hari sebelum buah pertama gugur). Bergantung kepada saiz kebun dan keadaan terrain dusun durian, cara pemasanganya berbeza begitu juga dengan jenis jaring atau pukat yang digunakan. Biasanya pukat ikan ini adalah berwarna hijau yang dibuat dari tali nylon dengan ukuran 4 inci x 4 inci boleh dan sesuai digunakan. Kalau belum ada jaring maka perlu beli baru dari kedai dan kalau jaring lama masih elok berfungsi boleh digunakan semula. Kebanyakan pemilik dusun akan memasang jaring atau pukat ini setinggi 1 - 1.5 meter dari paras tanah dengan cara menggantung pada batang pokok atau kayu sokongan. Pastikan ia diikat dengan kuat sebab jika jumlah buah yang gugur terlalu banyak maka ia akan terlucut dari ikatan atau kayu sokong menjadi patah. Pengalaman penulis yang ada banyak kali kedusun durian ini mendapati ada pemilik dusun yang memasang jaring ini setinggi 10 - 15 kaki dari paras tanah agar buahnya terselamat. Pemasangan jaring yang tinggi ini menyebabkan buah berada tinggi dah tidak dapat dilihat pencuri (jika ada) atau dirosakkan oleh haiwan lain. Buah yang gugur ini akan jatuh diatas jaring dan kemudian bergolek sebelum ia berhenti (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah masih elok dan tidak pecah jika ia betul-betul tidak bertinduh atau jaring masih berfungsi.

Ada pula dikalangan pemilik dusun yang tidak mampu untuk pasang jaring ini akan tetapi membiarkan rumput dan semak samun tidak dibuang dakwanya untuk memberikan 'cushion' apabila buah durian gugur. Memang agak betuk juga idea ini seperi yang diamalkan secara tradisi dikawasan kampong untuk durian kampong. Bagaimana pun pekebun tersebut perlu membuat ''carian'' dicelah-celah semak unuk mencri buah durian yang gugur tersebut. Kalau buah durian tersebut silap jatuh terkena kayu atau akar kayu atau batu tidak mustahil ia akan pecah dan masuk angin. Memang kebun durian dikawasan tebung curam dan banyak batu disyorkan memadang jaring kerana banyak kes durian yang gugur sukar divari dicelah-celah batu dan semak serta kawasan curam yang ada. Penggunaan jaring dibawah pokok durian merupakan satu amalan penting didalam menentukan buah durian yang gugur lebih baik berbanding dengan kuaiti buah durian yang jatuh ketanah. 

Seelah musim durin gugur tamat sebaiknya dibuka seula jaring atau pukat tersebut. Ia kemudian perlu dibersihkan daripada kekotoran ranting dan daun yang terkumpul. Kemudian ia perlu digulong atau dilipat dengan lok dan dijemur (jika berkeadaan basah). Jaring kering yang telah digulong dan dilipa ini perlu disimpan ditempat selamat. Ada kes dimana sang Tikus akan makan jaring yang didimpan didalam tong. Pada kebanyakan pemilik ddun durin mereka juga akan memasang lampu perngkap kupu-kupu dn serangga penorek buah diwaktu malam. Lampu ini akn menarik serangga ini dan mendektinya sebelum ianya jatuh kebwah dimana ada takungan air yang diiisi dengan sabun menyebabkan serngga perosk ini mati. Kaedan malan kultura ini mampu mengurngkan kadar serangan ulat buah durian yang menjatuhkan kkualiti danharga durian. Kadang kala kerosakan buah durian yang jatuh diatas jaring ii tidak dapat dilihat dengan mata kasar dimana isinya sudah ada ulat. Ada kebaikannya peda pengguna yang makan durian di gerai dimana meminta penjual memotong atau membuka buah durian bagi mendpatkan kualiti isi durian yang baik. Apa pun ada pendapat lain dimana jika dalam pangsa buah durian itu ada ulat bermakna tiada kesan sisabaki racun makhluk perosak dan ia paling selamat dimakan. Teknologi emasangan pukat atau jaring dibawah pokok durian kini menjadi satu amalan kepada penanam duian komersil akan tetapi tidak raai petani kecil yang memasangnya. Semuga artikel petang ini memberi info bergina keppada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PASANG JARING... RENTANG DIBAWAHNYA...
BUAH DURIAN GUGUR... ADA PENAMPANNYA...
BUAH TIDAK PECAH... IA LEBIH TAHAN LAMA...
AMALAN BAIK... PEKEBUN DURIAN BUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 729, Novotel Taiping,
Taiping, Pera,
Malaysia.
(25 Rejab 1440).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...