Support My Blog

Monday, March 18, 2019

LADANG PPNJ BUKIT BUJANG - KELAPA MATAG

LADANG PPNJ BUKIT BUJANG SEGAMAT merupakan satu-satunya ladang terbaru yang penulis blog membuat tinjauan ada menanam kelapa induk dan mampu untuk hasilkan benih kelapa Matag dimasa akan datang. Penulis blog yang di sambut oleh CEO Kanan PPNJ Tn Hj Zulkifli, Pengurus Bahagian Ladang (Pn Junaidah) serta pegawai daripada Jabatan Pertanian Negeri dan Daerah telah membuat tinjauan kemajuan penanaman dan pengeluaran benih kelapa Matag pada 11 Mac 2019. Ladang PPNJ Bukit Bujang seluas lebih 15,000 ekar ini ditanam dengan kelapa sawit dan mempunyai kilang sawit sendiri yang beroperasi memproses banyak buah kelapa milik mereka dan ahli-ahli PPK di negeri Johor. Bagaimana pun usaha untuk PPNJ menjadi pelopor dalam pengeluaran benih kelapa hibrid Matag dimulakan semenjak tahun 2012 dengan bantuan pakar-pakar daripada Jabatan Pertanian. Penanaman pokok induk Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Malayan Red Dwarf (MRD) dimulakan semenjak 2012 secara berperingkat dikawasan seluas 5 ekar dengan yang terus hidup dan sesuai digunakan sebagai induk sebanyak 317 pokok sahaja. Ladang yang terletak 25 km daripada bandar Segamat ini disasarkan untuk mempelbagaikan aktiviti pertanian mereka dengan menghasilkan benih kelapa hibrid Matag disamping mereka ada ternakan lembu pedaging, tanaman makanan dan juga pengeluaran Palm Kernel Cake (PKC) untuk dijual atau pasaran eksport. YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah melawat ladang PPNJ ini pada Febuari 2018 dimana penulis blog ada bersama ketika itu. Lawatan YB Menteri Pertanian dilakukan pada 2018 yang bertujuan mempastikan makanan ternakan haiwan daripada by produk sawit dapat digunakan kerana PKC dari kilang ini banyak dieksport ke New Zealand dan Australia untuk makanan lembu tenusu. Bagaimana pun kini PPNJ sudah boleh dikategorikan sebagai satu lagi bakal pengeluar benih kelapa Matag dimasa akan datang. Artikel petang ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai hasil tinjauan penulis ke Ladang PPNJ Bukit Beruang bagaimana status pengeluaran benih kelapa Matag dari sini untuk bahan rujukkan anda semua.


Cadangan untuk PPNJ menanam kelapa adalah bagi menjadikan PPNJ sebagai salah satu yang mampu menghasilkan benih hibrid kelapa Matag selain daripada Jabatan Pertanian, United Plantation Estates dan pihak NLFCS Sdn Berhad. Jabatan Pertanian mempunyai 4 Stesyen yang menghasilkan benih Kelapa Matag F1 iaitu di Jorak (Johor), di Lekir (Perak), Menumbok (Sabah) dan di Tarat (Sarawak). Kapasiti kesemua pengeluar benih diatas pada tahun 2019 dianggarkan sekitar 45,000 - 50,000 benih F1 sahaja sedangkan permintaan benih Matag setiap tahun purata sehingga 250,000 benih. Keperluan asas untuk menghasilkan benih kelapa Matag adalah pokok induk betina kelapa yang telah matang (lebih 5-6 tahun) dan juga bahan pendebunga daripada pokok kelapa Tagnanan (juga pokok tang telah matang). Jika penanaman semula di sasarkan sebanyak 30,000 hektar sehingga 2050 maka sebanyak 5.4 juta benih Matag diperlukan mengikut keluasan tambahan yang hendak ditanam bagi memenui SSL mencukupi keperluan kelapa. Benih kelapa MYD dan MRD yang ditanam di PPNJ Bukit Bujang ini ditanam pada 2012 dan 2013 dimana banyak serangan musuh dan perosak selain daripada kejadian banjir menyebabkan hsnys 317 yang matang. Kesan kemarau juga menyebabkan banyak pokok mati diperingkat awal dan lambat pertumbuhannya. Apa pun setelah dipasang sistem pengair baik maka pokok tumbuh dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pemeriksaan rapi oleh Jabatan Pertanian sebanyak 20 - 25% pokok kelapa renek ini didakwa mempunyai ciri kelapa jenis tinggi yang dilaporkan tidak sesuai untuk dijadikan pokok induk betina.


Pemeriksaan di kebun mendapati ada pokok kelapa MYD dan MRD yang mempunyai paangkal 'tapak gajah' yang mana ciri tersebut adalah ciri kelapa tinggi. Bagaimana pun pokok tersebut berbuah awal dengan saiz buah yang lebih besar (Sila lihat foto disebelah). Jabatan Pertanian syorkan agar pada batang pokok induk ini ditanda dengan warna hijau (Pokok renek tulin), Putih (Belum tahu kriteria) dan Warna Merah (kena buang atau pokok induk tidak dikehendakki). Kini pada pokok induk MYD dan MRD berumur 5 - 6 tahun sudah mula dijalankan aktiviti seperti emaskulasi, pendebungaan dan kutipan buah kelapa tua. Dua orang pekerja dari ladang ini telah menjalani latihan amali di Stesyen Pertanian Jorak, Muar selama satu bulan sebelum ini untuk mereka menimba kemahiran membuat kacukan benih kelapa Matag. Setakat hari ini bekalan debunga jantan Tagnanan dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Parit Botak, Johor. Pada masa akan datang PPNJ boleh menanam sendiri pokok kelapa Tagnanan untuk mereka mampu menghasilkan debunga sendiri.


Peringkat pertama tuaian kelapa tua yang telah dikacukan dilakukan pada bulan Oktober 2018 dan kini sedang disemai ditapak semaian (Sila lihat foto disebelah). Sebanyak 126 benih kelapa tersebut disahkan tulin F1 oleh pihak Pegawai penentusah dari Jabatan Pertanian. Anak pokok yang ditolak ada sekitar 374 pokok dan diasingkan. Benih dalam nurseri ini masih ada yang belum diperiksa dan menunggu umur yang betul untuk diperiksa.Benih dinurseri dijaga dengan baik dengan aktiviti siraman dan pemberian baja (termasuk baja foliar) seperti disyorkan oleh Jabatan Pertanian. PPNJ bercadang untuk menanam benih kelapa Matag ini dikawasan adang Bukit Bujang ini bagi melihat prestasi pertumbuhannya dan juga menilai hasilnya kelak. Permintaan benih kelapa Matag dari ahli-ahli PPK di Johor cukup tinggi dimana pada masa akan datang ia boleh dibekalkan dari PPNJ dari sini. Bagaimana pun daripada rujukkan dilaporkan benih pokok kelapa hibrid dari pokok induk yang masih muda agak kurang hasilnya kelak dan kurang daya tahan.


Antara ancaman peringkat awal menanam pokok kelapa renek untuk induk kesan kemarau antara yang mana ia menyebabkan kematian. Faktur lain adalah serangan Kumbang Tanduk (Rhinocerous beetle) yang makan pucuk kelapa dan serangan oleh Babu Hutan. Pada masa akan datang penulis blog syorkan agar PPNJ menggunakan Gel Pertanian (seperti jenama EXCELL GEL) bagi mengatasi masaalah kemarau yang di masukkan disekeliling pokok dalam tanah pokok kelapa. Penerangan mengenai amalan agronomi pokok kelapa yang ditanam dikawasan jauh iaitu pendalaman (jauh darilaut) juta penulis blog jelaskan kepada pengurus projek agar ditambah dengan garam makan (Natrium atau Salt) sebanyak 1.5 kg sepokok setahun bagi tujuan untuk meningkatan kesuburan pokok dan tambah produktivitinya (Sila lihat foto disebelah). Anda boleh baca artikel berkaitan dengan pautan tulisan saya seblum ini (Sila klik disini)Diantara beberapa kebaikan penggunaan baja garam pada pokok kelapa adalah mempercepatkan kadar pertumbuhan pokok kelapa, meningkatkan bilangan biji kelapa dan berat biji kelapa, mengurangkan serangan kerosakan bintik daun dan mesra alam sekitar. Aplikasi cara penggunaan baja garam boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu Tabur Terus, Tabur dan di Cakar dan Bubuh garam dalam lubang. Cara beri baja garam dengan tabur terus sesuai dilakukan dikawasan tanah rata atau bercerun sedikit. Bagi kawasan yang tanah dalam cara ditabur garam diatasnya dan dicakar sedalam 2-3 inci. Cara bubuh garam dalam lubang sedalam 3-5 inci dengan jarak lubang setiap 8 - 10 inci amat sesuai dikawasan tanah bercerun atau berbukit curam. Masa menabur garam, letakkan diatas tanah pangkal kelapa seluar 1 meter garispusat dikawasan tiada rumput (dibersihkan dulu). Pada umur pokok kelapa ditapak semaian 6-8 bulan sebanyak 60-70 gram sepokok sesuai diberikan dalam 2 kali aplikasi setahun. Sebaiknya pemberian baja garam adalah pada awal musim hujan untuk kesan yang optimum. Semuga lawatan penulis ke PPNJ Bukit Bujang ini memantau perlaksanaan kebun benih hibrid kelapa Matag memberi impak terbaik kepada mereka dan menambah ilmu berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LADANG BUKIT BUJANG... LUASNYA...
KELAPA SAWIT... IA TANAMAN UTAMA...
BENIH MATAG... BOLEH DIKELUARNYA...
LAWATAN PENULIS... BANTU MEREKA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 718, Hotel View,
Jalan Sia Her Yam,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(7 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...