Support My Blog

Thursday, March 7, 2019

APA ITU HEMP?

Apa itu HEMP?. Hemp (Canabis sativa Linn) adalah salah satu jenis tumbuhan hijau yang terkenal dapat tumbuh sangat cepat dan mampu menghasilkan biomass sehingga 25 mtan sehektar setahun. Hemp juga dikenal sebagai tanaman paling mudah dijaga, tiada banyak masaalah musuh perosak dan penyakit serta hanya sedikit perlukan bahan kimia racun rumpai atau racun lain untuk proses pertumbuhannya. Hemp yang biasa dikomersilkan adalah jenis Cannabis Sativa L. subsp. sativa var. sativa adalah sejenis tumbuhan yang berguna untuk berbagai keperluan industri berbanding dengan spesis Lactococcus Canabis sativa.indica yan mana ia memiliki kualiti serat yang sedikit dimana ia digunakan untuk penghasilan ubat-ubatan dan juga kegunaan rekreasi. Perbezaan utama antara kedua jenis tanaman ini adalah kandungan dan jumlah bahan didalamnya iaitu Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC) yang mana ia dikeluarkan dalam campuran resin dengan rerambut epidermis yang disebut kelenjar walaupun ianya juga dapat dibezakan secara genetik. Jenis cannabis yang boleh diterima sebagai bahan penghasilan dalam industri adalah jenis yang sedikit mengandungi bahan psikoaktif dan tidak menimbulkan kesan fizikal atau kesan psikologi. Biasanya tumbuhan Hemp hanya mengandungi THC di bawah 0,3%, sedangkan cannabis boleh mencapai kandungan THC diantara 6% sehingga 20%.cDalam banyak jurnal dituliskan dimana Hemp dan Ganja kedua-duanya adalah datangnya dari tumbuhan Cannabis sativa yang sama. Perbezaan antara hemp dan ganja terletak dalam kandungan delta- 9 -tetrahydrocannabinol atau ianya lebih dikenali sebagai THC (sebatian psikoaktif utama terdapat dalam ganja). Hemp Industri biasanya hanya mengandungi hanya kira-kira 0.3 - 1.5 peratus unsur THC, manakala ganja mengandungi sekitar 5 -10 peratus atau lebih THC. Walaupun minyak hemp yang belum diproses mempunyai sebatian psikoaktif terkenal ganja dalam jumlah minit (kurang daripada 1 peratus) sksn tetapi pengeluar minyak rami menggunakan jenis rendah resin dan kemudian mensterilkan benih sebelum digunakan dan akhirnya tidak ada bahan THC yang masih wujud dalam produk akhir. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tumbuhan Hemp yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini untuk ditanam atau dikomersilkan di negara kita.

Tumbuhan Hemp banyak diusahakan di beberapa negara di dunia untuk tujuan khusus seperti di Canada (tanaman hemp terluas didunia), Perancis dan China. Sementara itu juga ada dilaporkan hasil daripada tanaman hemp ini adalah lebih banyak dieksport ke USA, Di USA mereka dilaporkan tidak secara konsisten membezakan antara hemp dengan jenis cannabis non-psikoaktif yang digunakan untuk keperluan industri dan komersial. Hemp digunakan untuk berbagai keperluan, seperti membuat tali yang kuat, pakaian dan produk makanan kesihatan (nutritional product). Kandungan bahan serat (fibre) yang baik adalah mengunakan 100% hemp walau pun lazimnya akan di campur dengan serat organik lainnya seperti rami, katun atau sutera. Biasanya untuk dijadikan pakaian dan perabut ia menggunakan campuran hemp antara 45% sehingga kadar 55%. Serat hemp lebih terasa “woody” dan sering digunakan untuk produk non-woven dan aplikasi industri lainnya. Antara produl lain dari hemp seperti makanan ternakan, bahan sungupan (mulching mat) serta tempat sampah. Dalam pada itu bahan minyak dari bijinya dapat digunakan sebagai bahan pembuat cat minyak. Ia juga sesuai untuk dijadikan produk krim muka dimana ianya dapat di gunakan sebagai produk pelembab (moisturizing). Ia juga boleh dijadikan bahan untuk masakan dan bahan asas membuat plastik. Biji hemp boleh juga digunakan dalam campuran makanan burung dan juga sebagai umpan sewaktu memancing ikan.

Apa yang hebat lagi mengenai hemp ini adlah dimana 'hemp seed' didakwa mengandungi pelbagai jenis Asid Amino essential dan Asid Lemak essential yang diperlukan untuk ketahanan tubuhbadan manusia. Bijinya boleh dimakan mentah, ditumbuk menjadi makanan atau diproses menjadi susu (mirip dengan susu kacang soya) dan ia juga boleh dijadikan produk minuman sebagai teh serta sesuai digunakan dalam baking. Daunnya yang segar juga dapat dimakan sebagai makana seperti salad. Produk dari tumbuhan hemp ini juga pelbagai daripada cereal untuk wafel, hemp tauhu dan untuk makanan selai kacang (Jem Roti). Beberapa usahawan telah berjaya meningkatkan nilaitambah dengan memproses beberapa item biji hemp seperti produk minyak biji, gandum hemp (yang disterilisasi sesuai standardnya), hempseed dikuliti (biji tanpa isi), tepung hemp, kueh hemp dan serbuk protein. Hemp juga digunakan untuk cereal organik bersama komponen susu non-dairy milk (agak sama dengan air soya) dan untuk membuat produk ice cream non-dairy. Sebenarnya hasilan daripada tanaman hempp adalah sangat meluas. Bagaimana pun perancangan rapi dan kajian lanjut perlu dijalankan mengenai tanaman ini.

Dalam pada itu sebenarnya di UK mereka telah menetapkan hemp sebagai tanaman bukan makanan (non-food plants).  Benih dari pokok hemp di UK tersedia di pasaran sebagai produk makanan legal dan dibenarkan untuk ditanam secara bebas untuk hasilkan biji hemp. Di USA dilaporkan dimana hempseed di dagangkan sebagai produk makanan yang tersedia di kedai-kedai makanan kesehatan atau melalui mail order. Dalam pada itu USA menyatakan dimana ada potensi pasaran untuk produk hempseed sebagai bahan makanan walau pun ia berkemungkinan akan tetap menjadi market yang kecil. Kajian dimakmal menunjukkan dimana sekitar 30-35% dari berat hempseed adalah minyak hempseed sendiri. Minyak pati semulajadi ini mengandung sekitar 80% Asid Lemak Essential (Essential Fatty Acid) iaitu Asid Linoleat, Omega-6 (LA, 55%), Asid Alpha-linolenic, Omega-3 (ALA, 22%). Selain itu ia didakwa mengandungi bahan Asid Gamma-linolenat, Omega-6 (GLA, 1-4%) dan Asam Stearidonic dan juga Omega-3 (SDA, 0-2%). Seluruh biji hempseed juga mengandung sekitar 25% dari protein yang sangat mudah dicerna iaitu seperti 1/3 edestin dan 2/3 adalah Albumin. Profil asid amino lebih dekat jika ianya dapat dibandingkan dengan sumber protein yang lebih umum seperti daging, susu, telur dan kedelai. Kadar pengambilan dari Asid Linoleat dan Asid Alfa-linolenat dalam satu sudu makan (15 ml) setiap hari dari hemp oil adalah kadar diperlukan oleh badan manusia. Berbeza dengan flaxseed oil didakwa dimana hemp oil dapat digunakan terus menerus tanpa mengembangkan keberkesanan atau pun akan berlaku ketidakseimbangan. Perkara ini telah buktikan dalam kajian klinikal di mana pengambilan setiap hari flexseed oil menurunkan kadar pengeluaran endogen dari GLA. 


Sebenarnya banyak temuan kajian mengenalpasti dimana hempseed merupakan sumber kalsium dan zat besi yang memadai. Keluruhan dari hempseed juga merupakan sumber yang baik untuk unusr-unsur  fosforus, magnesium, zink, tembaga dan manganese. Hempseed tidak mengandung gluten sehingga tidak akan memicu gejala penyakit perut. Penyimpanan bagi hemp oil adalah minyak yang sangat jenuh yang memiliki smoke point relatif rendah dan tidak cocok digunakan untuk menggoreng. Hemp oil digunakan sebagai minyak makanan dan suplemen makanan, dan telah terbukti dapat meringankan gejala eksim (dermatitis atopik). Hemp oil secara spontan dapat dalam proses oksidasi dengan masa singkat jika tidak disimpan dengan betul kerana penyimpanan terbaik adalah disimpan dalam botol kaca gelap atau tempat sejuk (titik bekunya -20 ° C). Pengawet (antioksidan) tidak diperlukan untuk minyak berkualiti tinggi yang disimpan dengan betul.


Dalam pada itu ganja (marijuana) berasal daripada beberapa spesis tumbuhan kanabis, seperti Cannabis sativa, Cannabis indica dan Cannabis inderalis. Tumbuhan ini didapati mengandung­i lebih 460 bahan kimia di dalamnya. Tiga bahan utama yang memang memberikan kesan kepada individu yang menggunakannya adalah 9-delta- tetrahidrocannabinoids, cannabinol dan cannabidiol. Tumbuhan ini mempunyai ba­nyak aplikasi dalam perubatan tradisional, sama seperti pokok ketum. Antaranya sebagai ubat penahan sakit, penawar demam panas dan bahan untuk menambah selera makan. Ganja juga dikatakan berkesan bagi mengurangkan sembelit, kegelisahan, kekejangan otot dan merawat penyakit sawan. Malangnya, ganja lebih popular di Malaysia sebagai bahan yang disa­lahguna berbanding sebagai ubat-ubatan. Penagih mengambil ganja untuk ‘high’ atau euforia, menghilangkan malu atau memudahkan ‘interaksi sosial’, serta mengu­rangkan stres. Hakikat sebenar, tidak mengubat stres tetapi sekadar mengaburi atau mengurangkan simptom semata-mata. Stres atau tekanan tetap akan ada bila kesan ganja itu hilang beberapa jam kemudian. Jika diambil secara berterusan dan berkala, risiko ke­tagihan akan meningkat.  Telah banyak kajian di dunia yang menunjukkan keburukan mengambil ganja. Kesannya bukan sahaja dari segi ketagihan, malah merangkumi pelbagai aspek termasuk sosial, kognitif, tingkah laku dan kecelaruan mental. Ganja boleh menyebabkan gangguan memori jangka pendek, konsentrasi, imbangan dan koordinasi. Kesannya ke atas sistem imunisasi manusia mengurangkan daya tahan terhadap infeksi atau jangkitan kuman. Lebih membimbangkan adalah bukti kajian yang menunjukkan pengambil­an ganja pada umur belasan tahun akan mengurangkan kecerdasan minda (IQ) seseorang individu dan meningkatkan risiko untuk mendapat kecelaruan jiwa jenis psikotik apabila dewasa kelak.


Dalam kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, 95 juta daripada rakyatnya yang berumur 12 tahun ke atas pernah menggunakan ganja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 10.7% rakyat Kanada berumur 15 tahun ke atas dilapor telah ada menggunakan ganja dalam tempoh satu tahun yang lepas. Di Malaysia pula, ganja menduduki tempat ketiga dalam senarai penggunaan dadah paling popular selain opiat dan me­tamphetamin (Statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2014). 8.58 % daripada jumlah penagih yang dikesan di negara ini menggunakan ganja sama ada sebagai penagih baru mahupun penagih berulang. Jika dikaji secara mendalam, ganja sebenarnya telah berkurang popularitinya sekarang berban­ding era 60an dan 70an. Ramai anak muda beralih kepada heroin dan dadah sintetik. Ketum pula mengambil alih tempat ganja sebagai ‘pintu permulaan ketagihan’ terutama di Malaysia. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, ganja kembali mendapat perhatian dunia terutama kerana tahap  akan keberkesanannya dalam mengubat beberapa penyakit ter­tentu. Menurut kajian yang dilakukan di beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan England, ganja didapati efektif untuk menghilangkan rasa loya dan muntah dalam kalangan pesakit kanser, merangsang selera makan pesakit AIDS, mengurangkan ketegangan dan kesakitan pesakit sklerosis berbilang (multiple sclerosis).


Ganja juga dikatakan berkesan sebagai ubat penahan sakit untuk pesakit kanser terutama bila digabungkan dengan ubat penahan sakit yang sedia ada. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ganja berkesan untuk merawat jenis sawan tertentu (Dravet Syndrome). Atas alasan inilah, banyak negara membenarkan penggunaan ganja. Antaranya Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, England, Australia, Israel dan Republik Czech dan Portugal. Namun apa yang jelas, pindaan undang-undang yang membenarkan penggunaan ganja bukanlah menyeluruh. Peruntukan ini terhad untuk tujuan perubatan semata-mata. Dalam erti kata lain, ganja dibenarkan bukan untuk rekreasi atau untuk disalah guna. Di sinilah salah faham timbul dalam kalangan mereka yang i­ngin melihat ganja dihalalkan di negara ini. Jika akta melibatkan ganja diubah, tetap tidak mengubah statusnya untuk kegunaan umum. Ganja tidak akan boleh ditanam secara persendirian tetapi perlu dihasilkan dalam keadaan terkawal. Bentuk ganja yang digunakan untuk rawatan pula bukan daun daripada pokok ganja, sebaliknya terhad kepada ganja sintetik yang diubah kepada bentuk pil, suntikan atau semburan seperti yang digunakan beberapa negara di Eropah. Secara kesimpulan, penggunaan ganja dalam bidang perubatan masih di peringkat kajian. Itupun hanya terhad kepada penyakit tertentu dan dalam bentuk yang berbeza daripada yang digunakan dalam kalangan penagih. Usah terlalu ghairah memberi cadangan menghalalkannya jika belum memahami secara mendalam mengenainya. Kesejahteraan rakyat perlu diambil kira. Banyak lagi isu yang belum selesai. Mungkin lebih baik, tenaga dan masa pemimpin muda ini difokuskan ke arah membasmi dadah berbanding cadangan untuk menggalakkannya. Semuga artikel ini memberi info mengenai tanaman hemp atau ganja untuk dijadikan bahan rujukkan. Wasallam!!!...
TANAMAN HEMP.... APA BENDANYA...
LUAS DITANAM... NEGARA KANADA....
PENGGUNA UTAMA... NEGARA USA....
POTENSI TANAM... DI DALAM NEGARA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(29 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...