Support My Blog

Saturday, May 9, 2015

PADI BUKIT (Part 1) - KOSTING

PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai anggaran kos pengeluaran dan pendapatan (costing) tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat beberapa rujukan teknikal.


Belum banyak bahan rujukan menulis mengenai kosting tanaman padi bukit ditulis. Kali ini saya akan membuat sedikit kosting tanaman padi bukit untuk dijadikan bahan rujukan daripada pemerhatian dilakukan di Sabah dan Sarawak dengan penyesesuaian teknologi. Lazimnya kosting akan menjelaskan kepada Kos Benih dan Bahan Input dan Kos Tenagakerja (Buruh). Bergantung kepada musim, jenis tanah dan serangan perosak, lazimnya satu hektar padi bukit mampu menghasilkan purata sebanyak 1,950 kg beras. Jika berlaku serangan perosak seperti serangga (Ulat pengorek batang, cengkerik, ulat gulung daun san kesing) dan penyakit maka hasil diperolehi akan jauh berkurang. Masaalah persaingan dengan rumpai juga menjenaskan hasil padi jika tidak dikawal dengan baik daripada peringkat awal penanaman. Kekurangan baja yang diberikan juga mampu menjejaskan hasil apalagi jika kurang hujan diperingkat kritikal pertumbuhan tanaman padi bukit. Oleh iru aktiviti pembajaan, kawalan musuh dan penyakit perlu dilakukan mengikut jadual penanaman. Jika harga jualanberas padi bukit sekitar RM5.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar bagi padi bukit sebanyak RM9,750.00 sehektar semusim.



Penulis dapati kos pengeluaran utuk bahan input berbeza mengikut lokasi. Bagaimana pun umumnya sebanyak 30 kg benih digunakan untuk sehektar denga nilai RM 60.00. Benih padi bukit ini lazimnya berbeza mengikut lokasi kerana kebanyakan varieti padi bukit ditanam mengikut kesesuaian tempat. Keperluan kapor (kini diguna kapor cecair) sebanyak 20 liter dengan kos sebanyak RM320/ha. Baja Sebatian Padi Bukit pula digunakan sebanyak 200 kg/ha dengan kos sekitar RM480 sehektar. Penggunaan baja urea adalah penting untuk padi bukit dengan kadar sebanyak 100 kg/ha bernilai RM 170. Kini penanam padi bukit digalakkan menggunakan baja jenis foliar untuk meningkatkan hasil dengan kadar sebanyak 8 liter/ha bernilai RM160.  Bahan racun kimia seperti racun rumpai, racun serangga dan racun kulat pula adalah sebanyak RM500/ha semusim. Jumlah keseluruhan kos bahan input untuk sehektar padi bukit sebanyak RM1,690.00 seperti Jadual 1 diatas. Kos tenaga upah dan kos mengisar padi aebanyak RM1,289.00 sehektar semusim. Ini menjadikan jumlah kos pengeluaran bagi tanaman padi bukit sebanyak RM2,979.00 sehektar.


Analisa kewangan kosting menunjukkan jumlah pendapatan kasar tanaman padi bukit sebanyak RM6,771.00 sehektar semusim. Oleh kerana cara tanaman ini tidak melibatkan susutnilai peralatan ladang (jentera dan alatan pertanian), maka kita boleh anggap pendapatan bersih sebanyak RM6,771.00 sehektar semusim. Padi bukit ini lazimnya akan dituai diantara 145 - 150 Hari Lepas Cambah (HLC) atau ringkasnya 5 bulan. Jika dibahagikan pendapatan bersih mengikut bulan maka petani akan menerima pendapatan sebanyak RM1,354.20 sebulan. Berdasarkan pemerhatian penulis, penuaian dilakukan semasa keadaan kering dimana tahap padi masak sekitar 85 - 90% dikebun. Jika petani cuba menuai dengan menunggu 100% padi masak atau melebihi 15% padi hijau menjejaskan kualiti padi dan hasil berkurang dengan ketara. Ini kerana jika 100% masak kualiti beras semasa diproses akan banyak yang retak dan peratus beras hancur meningkat. Cara menuai ada beberapa cara sama ada melurut biji padi pada tangkai dengan tangan atau memotong tangkai dengan ketam padi atau potong dibatang pokok dan dilerai dengan cara khas. Padi yang telah dileraikan peru dijemur untuk dikeringkan sebelum disimpan atau diproses. Makan nasi dari padi bukit pada penulis ad keistimewaan tersendiri. Ia lebih enak bagi mereka yang suka akan aroma dan citarasanya. Saya sering membeli beras padi bikut di Serian ketika bertugas di Sarawak dahulu. Wasallam!.
PADI BUKIT... RENDAH HASILNYA...
SABAH SARAWAK...DITANAMNYA...
HASIL RENDAH..SENDIRI GUNA...
BACA ARTIKEL...AMAT BERMAKNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Long Semado, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1436H)
- Dua kali melawat Long Semado.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...