Support My Blog

Friday, May 29, 2015

AIR KELAPA SEDAP - SATU RAHSIA


AIR KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu daripada komponen produk hasilan kelapa. Kita di Malaysia amat beruntung kerana amat mudah untuk mendapatkan air kelapa kerana mempunyai lebih daripada 24 juta pokok kelapa diseluruh negara deripada lebih daripada 15 varieti kelapa yang didaftarkan (Sila baca artikel saya - klik disini). Dimana-mana juga di Malaysia kita boleh dapati pokok kelapa ditanam dikawasan keliling rumah atau kampong terutama dikawasan persisir pantai. Sama ada pokok kelapa tersebut ditanam atau tumbuh sendiri kebanyakannya akan berbuah walau pun sedikit atau kurang berkualiti. Kita mengeluarkan lebih daripada 650 juta biji kelapa setahun sedangkan jumlah penduduk Malaysia sekitar 30 juta orang bermakna amat cukuplah bekalan kelapa untuk kegunaan rakyat tempatan dengan melimpah-ruah. Kelapa merupakan jenis tanaman 'Tree of Life" dimana semua bahagian pokok boleh digunakan dan ia merupakan asas ekonomi kawasan kampong tradisional semenjak dulu terutama untuk kawasan pulau-pulau. Walau pun kini keluasan tanaman pokok kelapa menurun akibat penanaman kelapa sawit dan getah, tetapi kesan ekonomi tanaman ini masih kuat kerana ia adalah tanaman keempat terpenting dalam negara. Dalam pada itu pengenalan varieti kelapa Matag oleh Jabatan Pertanian telah membolehkan industri kelapa berkembang semula. Kelapa ini didapati mempu memberikan hasil yang tinggi dengan buah yang berkualiti serta mempunyai isipadu air kelapa yang benyak dan benilai komersil. Ramai kini penanam kelapa Matag telah menjual kelapa muda kerana ia lebih menguntungkan, cepat berhasil dan juga mendapat permintaan yang baik. Air kelapa kini dijual dipelbagai penjuru dalam negara dengan harga yang berpatutan dan kesegaran serta khasiat yang amat baik. Artikel kali ini bagaimana pun saya meulis dalam "Anim Agro Technology" satu laporan akhbar menyatakan bagaimana air kelapa yang sedap disediakan dan dijual untuk bacaan anda.


Sekali pandang kita mudah jumpa tentang gerai air kelapa muda ditepi jalan ini sama seperti gerai-gerai lain. Ini kerana air kelapa merupakan jenis minuman yang digemari sejak dahulu kala oleh masyarakat kita. Bagaimana pun terdapat perbezaan rasa air kelapa ini bergantung kepada umur buah, varieti kelapa, jenis tanah dimana pokok ditanam dan kualiti buah yang dipetik. Buah kelapa muda yang telah lama disimpan biasanya menhgasilkan air kelapa yang tidak lazat berbanding dengan air kelapa muda yang baru dipetik. Siasatan penulis di beberapa ladang tenaman kelapa di Johor dan Selangor mendapati harga ladang sebiji kelapa muda sekarang RM1.50 - RM1.80 untuk jenis kelapa Matag. Hargga kalapa pandan muda pula diantara RM 0.80 - RM1.20 bergantung kepada lokasi dan kjualiti. Kelapa Matang hampir mempunyai dua kali ganda kandungan isipadu air berbanding jkelapa pandan (Kecil sedikit saiz buahnya). Tinjauan penulis dibanyak gerai jualan air kelapa mendapati kebanyakan penjual mendapat bekalan kelapa muda daripada Johor, Selangor dan Perak. Baru-baru ini ada laporan akhbar tempatan mengenai air kelapa yang didakwa 'sedap' dengan kreativiti penjualnya. Mungkin tidak ramai sedar akan kelebihan air kelapa muda diusahakan Jaafar Osman, 70. Dia yang dibantu isteri, Zaidah Mohd Nor, 58, dan anak istimewanya, Mohd Syawal Jaafar telah berjaya mengusahakan perniagaan ‘Pak Jaafar Coconut Best’. Pak Jaafar mempunyai ‘formula’ mencipta resipi kelapa muda yang dibangunkan hampir 15 tahun. Bukan saja murah, tetapi air kelapa muda yang dijual pada harga RM5 bagi setiap jag menggunakan kelapa Mataq segar.


Rahsia sedap air kelapanya terletak pada gula kabung yang ditempah khas dari pembekal di Melaka. Bagi memastikan kualiti gula kabungnya terjamin, Jaafar akan menanak bahan itu selama sejam. Dengan teknologi telefon bimbit yang semakin canggih, resipi air kelapa gula kabung di olahnya turut menjadi viral. Melihat perniagaannya di tepi Jalan Besar, Selayang Indah, Batu Caves, Selangor, membuatkan ramai kagum. Jaafar tidak lokek berkongsi ilmu mengenai pemilihan buah kelapa muda berkualiti. Memilih buah kelapa muda juga ada caranya terutama mendapatkan air yang manis. Kelapa muda dipilih perlu mempunyai isi yang agak tebal, berbanding isi lembut yang kurang sedap. Bagi menjamin kualiti air kelapa muda, isinya perlu dikorek berhati-hati. Katanya, dengan modal RM60, dia membangunkan gerai kelapa muda itu. “Pada mulanya saya hanya mampu membeli kelapa muda dalam jumlah kecil. “Jualan juga kurang laris kerana ramai yang me–nyangka saya menggunakan gula merah,” katanya. Namun, gerainya mendapat sambutan ramai berikutan rasa gula kabung digunakan.


Rasa gula kabung lebih sedap berbanding gula merah dan dalam sehari saya menanak kira-kira lima kilogram gula kabung untuk jualan 80 biji kelapa Mataq muda,” katanya. Beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang setiap hari, Jaafar mengakui tidak menang tangan. Dia mendapatkan kelapa muda Mataq daripada pembekal di Sabak Bernam dan Teluk Intan. “Ramai menjual dalam balang, tetapi air kelapa itu tidak asli kerana bercampur air batu. “Air kelapa muda gula kabung dijual seratus peratus asli dan hanya diletak air batu ketika dipesan pelanggan,” katanya. Kunjungi Pasar Borong Selayang Lama atau ke Jalan Besar, Selayang Indah, Batu Caves, Selangor untuk menikmati keenakan air kelapa Pak Jaafar. Begitulah bagaimana kreativiti Pak Jaafar dalam berniaga air kelapa muda semenjak 15 tahun dahulu. Perniagaan ini masih boleh berkembang jauh untuk gulongan lain yang masih menunggu pekerjaan dengan mempercayai bahawa pertanian itu adalah satu perniagaan. Kelapa Matag merupakan jenis kelkapa yang besar dengan isipadu air yang banyak serta sesuai dijadikan air minuman atau santan serta produk lain bagi kelapa tua. Semuga artikel ini menambah ilmu pengetahuan pembaca semua. Wasallam!.
AIR KELAPA... ENAK RASANYA...
HILANGKAN HAUS...MURAH SAJA....
RESEPI KHAS... JAAFAR MENCUBA...
KALAU MINAT... PERGI KESANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Rejab 1436H)

Posted on:
Room 3205, Marco Polo Hotel Ortigas,
Pasig City, Manila,
Philipines.
(29 Mei 2015 - NFPWG Coffee and Tea 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...