Support My Blog

Saturday, May 16, 2015

POKOK KETUM - APA GUNANYA

POKOK KETUM (Mitragyna speciosa Korth) merupakan sejenis pokok yang juga dikenali sebagai Pokok Biak iaitu tumbuhan daripada famili Rubiaceae. Ia banyak terdapat di Afrika dan di negara kita tumbuah liar terutama dibahagian utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Daripada laporan, di negaraThailand pokok ini dipanggil 'Kakuam' atau 'Ithang' atau 'Thom' sementara di USA pula sebagai 'Kratom'. Kenapa ada nama pokok ini di USA?. Mungkin ia ada kaitan dengan kehebatan daun ini sebagai sejenis tumbuhan yang menghayalkan jika ianya disalahguna. Daun Ketum telah lama menjadi sebagai bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun tumbuhan ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga serta juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimana pun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memusnahkan tanaman tersebut dikawasan berpotensi untuk disalahguna. Sebenarnya pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952 dalam undang-undang Malaysia. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003 dan akan sentiasa dipantau kehadirannya. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok ketum dan kegunaannya.


 Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daum Ketum yang mana ia mempunyai khasiat seperti melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja, mengawal kadar gula dalam darah, mengembalikan tenaga batin dan juga dapat merawat ketagihan dadah. Daun ketum (Mitragyna speciosa korth) juga dikatakan kaitan dengan penawar diabetis dan juga penawar sakit urat. Terkini adlah dimana Daun Ketum diistiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003 dimana ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa. Dalam beberapa laporan penulis dapat info bahawa nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan.  
Kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan tersebut.


Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu akan tetapi amalan dan khasiat daun ketum sebagai penawar diabetis adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing. Selain itu daun ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Daun ketum yang direbus dan diminum airnya dikatakan amalan yang biasa dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Herba lain munkin menpunyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan akan tetapi daun ketum amat mujarab dalam dalam menurunkan kadar gula dalam darah pada masa yang singkat. Kemanpuan air ketum untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang menpunyai luka dan bengkak (diabetes feet) untuk menbantu memulihkan tisu dan mencegah jangkitan (infection). Kini terdapat dua jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun walau pun bentuk kedua daun lebih kurang sama. Satu adalah berwarna 'hijau' dan satu lagi menpunyai urat daun berwarna 'merah' yang boleh dilihat jelas belakang daun Spesis berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab daripada yang berwarna hijau. Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu dalam menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih. Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.


Dalam pada itu daun ketum yang dikeringkan dan direbus akan digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, air rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah (Sila lihat air rebusan ketum disebelah). Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Bagaimana pun jika pengambilan air daun ketum yang berlebihan dan tidak terkawal akan menyebabkan pengamalnya berasa sakit pada urat saraf dan sendi. Lazimnya apabila mereka tidak mengambil atau minum air ketum badan menjadi lemah. Selepas dos yang ada di dalam badan telah berkurangan yang disebabkan kesakitan yang tidak dapat kita gambarkan maka mereka akan mengamalkan air ketum itu tadi. Mereka terpaksa mengambil air ketum dua atau tiga bungkus setiap hari untuk menghilangkan rasa sakit atau sengal badan berpunca daripada mengamalkan air ketum secara tidak terkawal. Jadi perlu dihindari tabiat buruk minum air ketum secara tidak terkawal sehinga menyebabkan ketagihan. Jika sudah ketagihan maka susah mencari cara untuk menyembuhkan kesakitan yang berpunca dari menagih air ketum.


 Cara-cara menanam pokok ketum mudah dimana ia boleh di tanam melalui biji benih iaitu dengan menyemai biji ketum ke dalam medium semaian. Kemudian biarkan beberapa minggu sehingga anak benih ketum tumbuh dan bertunas serta ada akar. Apabila meningkat dewasa pokok ketum perlulah diubah ke tempat yang lebih luas. Selain itu pokok ketum juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang. Kaedah ini dengan memotong bahagian batang yang cukup matang usianya. Pokok ketum tidak memerlukan penjagaan khusus kerana ia tidak mempunyai penyakit dan serangan serangga yang serius. Pokok yang matang apabila banyak daun dihasilkan dan ia boleh dipetik mengikut keperluan. Lazimnya daun ketum akan diambil secara berperingkat. Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik. Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine. 
Kesan pengambilan mitragynine yang berlebihan menyebabkan rasa khayal (euforia), Rasa pening, rasa mengantuk dan seterunya boleh muntah. Kesan buruk jika pengambilan ketum secara berterusan mengakibatkan ketagihan, bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi, kulit menjadi kering, Sembelit dan masaalah Insomnia. Undang-Undang Yang Mengawal Ketum yang mengandungi bahan Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952. Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah menjadi satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.  Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.


DAUN KETUM... APA GUNANYA...
MITRAGYNINE ...ITU BAHANNYA ...
KETAGIHAN... BERJAGA-JAGA....
BAHAN DIKAWAL... MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Herba Perak,
Jalan Gopeng, Ippoh,
Perak, Malaysia.
(20 JamadilAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...