Support My Blog

Wednesday, May 20, 2015

PADI BUKIT (Part 2) - PENANAMAN

PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat bebrapa rujukan teknikal.


Kawasan tanaman padi bukit sesuai dikawasan tanah yang cerunnya kurang 35 darjah dengan ada laluan jalan untuk membawa bahan input dan hasil tuaian. Ia juga tidak mempunyai isitem pengairan dan alat jentera khusus digunakan. Tanah dengan kedalaman 0 - 40 cm memadai dengan pH tanah diantara 5.5  - 6.5. Penggunaan kapor pepejal kini telah disesuaikan teknoogi penggunaan kapor cecair dengan cara disembur ketanah 3 hari sebelum menugal. Sebaiknya menyembur kapor selepas hujan untuk mendapatkan kesan optima. Apa pun penyediaan kawasan padi huma perlu dilakukan awal semasa msuim kering dengan meneang, memerun dan membakar sisa kayu. Jika gunakan kawasan tanaman padi huma yang lama (pernah ditanam dahulu) makan dikawasan yang ada semak samun ia perlu diracun dahulu dan kemudian dibakar. Pembakaran perlu dikawal untuk mengelakkan merebak. Kesan daripada pembakaran lazimnya menyumbang kesuburan tanah dengan unsur K dan P yang ditambah. Bagaimana pun ia perlukan baja untuk menambah kesuburan tanaman padi bukit.


Terdapat beberpapa jenis padi bukit yang sesuai ditanam di Sarawak dan Sabah mengikut lokaliti. Lazimnya petani akan menyimpan sendiri stok benih untuk ditanam setiap musim berikutnya. Kesesuaian varieti lazimnya mengikut jenis tanah, cuaca dan ciri-ciri padi yang disukai seperti aroma, citarasa dan ketahanan kepada penyakit. Penulis membuat rujukan di Jabatan Pertanian Sarawak mendapati beberapa varieti padi bukit yang popular seperti Mayoh, Lawi, Tipos, Sempangan B, Pandan, Kuning Serasan Putih dan juga varieti Buntar B. Kesemua varieti padi bukit merupakan jenis tradisional dengan sifat pokok yang tinggi dan fotopeka serta potensi hasil yang memang rendah. Ia lazimnya akan matang untuk dituai 145 0 150 hari selepas betcambah. Kelewatan percambahan akibat kurang air menjejaskan tempoh matang. Lazimnya benih padi bukit disimpan ditempat khusus dan bebas daripada benih rumpai semasa mengambilnya. kadar penggunaan benih padi bukit sebanyak 30 kg sehektar. Sebaiknya benih dirawat dengan racun kulat Benomyl.


Menanam padi bunit unik caranya kerana kena dilakukan dengan cara menugal. Penulis berpengalaman menanam padi bukit di Gersik, Ledang, Johor sekitar tahun 1970'an (sekitar umur 7-8 tahun) bersama keluarga beberapa tahun. Kayu Tugal merupakan kayu lurus berukrlilit sekitar 10 - 15 cm dengan hujungnya ditajamkan. Kerja menugal dilakukan seorang atau beberapa orang dengan menekan penugal kedalam tanah sedalam 3-7 cm dan akan diisikan benih didalamnya. Sebanyak 5 - 10 biji dimasukkan dan kemudan ditutup sedikit dengan tanah. Jika terbuka tanpa ditutup tanah maka kemungkinan benih akan dimakan tikus, burung, semut atau kering dibawah sinaran matahari. Jarak penanaman antara pokok adalah 25 cm x 25 cm dan sebaiknya dalam keadaan lurus. Lazimnya benih yang baik dan bernas dengan cuaca sempurna kan bercambah dalam masa 4 - 5 hari. Aktiviti amalan agronomi dan lain-lain ditulis dalam Part 3. Wasallam!.
PADI HUMA... MANA BENIHNYA...
BANYAK VARIETI.. PILIH MANA...
LUBANG DITUGAL..5 - 10 BIJINYA...
BILA TUMBUH... RASA LEGANYA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Kg Siol Kandis, Semenggik,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...