Tanaman padi bukit walau pun kurang popular tetapi masih perlukan amalan agronomi untuk mendapatkan hasi berpatutan. Penggunaan baja dengan kadar 75:25:35 kg (NPK) selain beberapa unsur mikro lain sesuai dilakukan. Selainitu terdapat Baja Sebatian Padi Bukit digunakan (15:12.5:17.5:1 +TE + HA + NUE) dengan kadar untuk penggunaan 200 kg sehektar. Cara memberi baja ini sebaiknya dibenamkan didalam tanah sedalam 5 cm. Baja ini ditabur 15 - 20 hari selepas bercambah (HLC) melihat kesesuaian cuaca dan saiz tanaman. Baja urea diberikan 85 - 90 hari seelepas bercambah (peringkat pertumbuhan) dan juga kali kedua pada 115 - 120 HLC) iaitu peringkat padi bunting. Kadar penggunaan urea sebanyak 50 kg sehektar pada setiap peringkat aplikasi. Elakkan menabur baja pada musim kering dan sebaiknya ditabur selepas hujan untuk mendapatkan kesan optima. Pada masa ini petani digalakkan juga menggunakan baja foliar (semburan daun) pada umur 65 HLC dan 130HLC untuk medapatkan hasil yang optima. Ia disembur pada pokok dengan kadar disyorkan sebanyak 4 liter sehektar.
Rumpai dikebun merupakan masaalah utama penanaman padi bukit kerana ia bersaing utuk ruang, air, baja dan sebagainya.Silap-silap tanam jika tidak dijaga maka hanya rumput yang akan naik subur. Penulis dapati antara jenis rumpai daun lebar yang sering dijumpai seperti jenis rumpai daun tirus, rusiga dan paku pakis. Jenis yang tumbuh seperti Rumput Selaput Tunggul (Mikania micranta), Dokong Anak (Phyllanthus niruri), Pokok Kapalterbang, Sendayan dan beberapa lagi. Ia perlu dibasmi semasa penyediaan kawasan dengan membakar, menajak meracun, mencabut dengan tangan dan sebagainya. Ada yang gunakan racun pra-cambah seperti Pretichlor dengan cara betul. Jenis racun seperti Glyphosate dan Glufosinate boleh digunakan dengan karedah yang betul. Gunakan racun rumpau selektif untuk mengelakkan kecederaan teruk kepada tanaman padi bukit. Sebaiknya kawalan rumpai dilakukan diantara 17 - 45 hari HLC untuk mrndapatkan hasil optima. Amalan agronomi untuk kawalan penyakit dan perosak bagi tanaman padi huma dijelaskan dalam Artikel Padi Huma (Part 4). Wasallam.
PADI BUKIT... KENA BERBAJA...
BAJA SEBATIAN... DAN UREA...
KAWAL RUMPAI...SENTIASA...
POKOK SIHAT... HASIL DIRASA..
By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Kg Siol Kandis, Semenggik,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.