Support My Blog

Sunday, September 18, 2011

RACUN TIKUS (PART 1)

RACUN TIKUS adalah sejenis racun yang digunakan untuk memusnahkan Tikus (Rattus spp) sama ada didalam kebun, sawah padi, Ladang Kelapa Sawit dan dalam kawasan rumah. Dua jenis tikus yang sering dijumpai di negara kita adalah Tikus Sawah (Rattus norveigicus) dan Tikus Rumah (Rattus rattus). Tikus merupakan sejenis mamalia yang berdarah panas dan makan tumbuh-tumbuhan, hasil tanaman, makanan manusia, kotak, kain baju, beras dan sebagainya dan membawa penyakit merbahaya kepada manusia dan haiwan lain. Keujudan tikus dari zaman dulu bersama-sama manusia merupakan satu lumrah sehingga berlaku wabak penyakit yang membunuh beribu-ribu manusia di zaman dulu akibat serangan virus dibawa oleh tikus. Kencing Tikus semasa musim banjir juga sangat membimbangkan rakyat Malaysia dimana petugas dan mangsa banjir sering diingatkan berhati-hati dengan kejadian ini. Terdapat berbagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan populasi tikus. Kaedah paling popular dikalangan petani dan pemilik ladang sawit swasta adalah dengan menggunakan RACUN TIKUS. Artikel kali ini saya menulis mengenai beberapa jenis racun tikus yang terdapat di Malaysia untuk panduan dan pengetahuan para pembaca blog Anim Agro Technology.


Kawalan tikus boleh dijalankan dengan kaedah Kawalan Perosak Bersepadu (IPM - Intergrated Pest Management) dimana menggabungkan kaedah Kawalan Biologi, Kawalan Mekanikal, Kawalan Agronomi dan juga Kawalan dengan Bahan Kimia (Racun). Kaedah-kaedah kawalan ini membantu mengurangan kadar kerosakan akibat serangan tikus di sawah padi, ladang kelapa sawit dan dalam rumah kediaman melalui ilmu pengetahuan. Dalam rumah kita sering menggunakan Jerangkap Tikus (Mouse trap), Getah Pelekat, Perangkap Mata Punai dan Racun (Pelbagai jenis). Di sawah padi pula dijalankan dengan memusnahkan sarang-sarang tikus, menggunakan khidmat Burung Pungguk Jelapang Padi (Tyto alba), Tanaman Serentak Ikut Jadual, Kawalan dan Pengurusan Air serta penggunaan racun Tikus. Di Ladang Kelapa Sawit pula menggunakan cara memelihara Ular (dulu popular), musnah sarang tikus dan paling popular penggunaan racun tikus.


Kajian saya dari beberapa buku tujukan teknikal Jabatan Pertanian mendapati terdapat banyak jenis racun tikus dipasaran yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) berdasarkan kepada kandungan bahan perawis aktif (Active Ingredient). Terdapat 9 jenis bahan aktif pada racun tikus iaitu BRODIFCOUM, BROMADIOLONE, CHLOROPHACINONE, COUMATETRALYL, DIFETHIALONE, DIPHACINONE, FLOCOUMAFEN, WARFARIN DAN ZINC PHOSPHIDE. Diantara 9 jenis ini yang selalu digunakan secara meluas dan dalam ingatan saya adalah racun jenis Warfarin dan Zinc Phosphide yang banyak digunakan dalam bidang pertanian sejak zaman dulu kala. Mungkin ada diantara racun-racun tikus yang telah diharamkan pengguynaanya oleh LRMP selepas tahun 2006 (Buku rujukan saya gunakan terbitan tahun 2006).


WARFARIN adalah bahan perawis racun tikus dari kumpulan ‘coumarin anticoagulant’ yang bertindak dalam darah tikus melalui umpan yang dimakannya. Apabila tikus makan upan racun ini maka kesannya darah tikus akan menjadi beku menyebabkan pengedaran darah melalui jantung tersumbat dan akhirnya tikus akan mati. Lazimnya tikus akan kepanasan dan mencari air kemudian akan mati dimana-mana lokasi. Racin ini juga merbahaya kepada manusia jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Antara 10 jenama dagangan racun tikus menggunakan warfarin dipasaran Negara kita adalah EBOR BAITS, HARWAR, HRU RAT BAIT, KAWAL TIKUS RAT BAIT, KG 22 RAT BAIT, RODENKILLA RAT BAIT, TIKUMIN 1000, TIKUMIN 500, TIKUMIN BAIT dan YASOMIN.


ZINC PHOSPHIDE merupakan bahan perawis aktif bagi racun tikus dari Kumpulan ‘Phospine’ dengan cara tindakan mengeluarkan gas phospine dalam perut tikus setelah memakan upan racun tersebut. Gas METI ini akan menyebabkan tikus akan mati dengan kadar cepat dan merupakan racun tikus yang popular digunakan dikawasan sawah padi sejak dulukala. Ada juga dilaporkan ular yang makan bangkai tikus yang mati akibat racun tikus zinc phosphide juga akan mati jika makan dengan kuantiti banyak. Racun tikus jenis ini adalah terkawal dan ada yang menyatakan telah diharamkan di Malalysia. Antara jenama racun tikus jenis ini adalah seperti GOLD COIN ZINC PHOSPHIDE, MAPA ZINC PHOSPHIDE dan ITA ZINC PHOSPHIDE.


Kemusnahan hasil tanaman akibat serangan tikus pada sawah padi boleh menyebabkan pesawah kerugian besar jika tidak dikawal. Terdapat laporan yang menunjukkan serangan teruk menyababkan pesawah kerugian 100% terutama serangan diperingkat kritikal. Kualiti hasil buah-buahan dan sayur-sayuran juga terjejas jika dirosakan oleh tikus. Saya ada pengalaman dimana duit simpanan keluarga saya hamper RM 450 yang disimpan dalam kotak musnah dan tidak boleh digunakan lagi aakibat dimakan tikus pada tahun 1985 dulu daripada sebanyak RM 1,000. Saya fikir keluarga tikus tersebut merupakaan tikus yang paling kaya dalam dunia kerana tidur atas duit, kencing atas duit dan makan duit….inilah kerosakan oleh tikus yang sentiasa ujud didunia ini. Wallahualam…


RACUN TIKUS….ADA BANYAK JENISNYA…..
RACUN MERBAHAYA...MATI AKIBATNYA…
CARA MENGGUNA..BACA PADA LABELNYA…
TERSILAP LANGKAH…MENYESAL AKIBATNYA….


By,
M Anem
Melaka
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...