ASAM JAWA (Tamarindus indica) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari keluarga FABACEAE yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam ; Asam Jawa ; Asam Kemal ; Asam Kuning (Melayu), Indian date ; Sweet Tamarind ; Tamarind (English), Anbli ; Ambli ; Chinh ; Imalii ; Tamarulhindi (India), Da Ma Lin ;; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Cay me ; me ; Me chua (Vietnam), Kalamagi ; Salomagi ; Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun) dan Khaam ; Kok mak Kham (Laos). Daya dapati tidak ada maklumat rasmi keluasan tanaman asam jawa di tanam di Malaysia tetapi penulis telah menganggarkan sekitar 25-30 hektar CHE. Saya memang minat makan ikan atau daging asam pedas yang mana komponen asam jawa, asam keping atau asam gelugor adalan satu kemestian sebagai ramuan. Kajian menunjukkan bahawa pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Kini asam jawa telah tersebar luas ke serata dunia dan termasuklah yang ada di Malaysia. Penulis belum jumpa ladang asam jawa di Malaysia secara meluas. Artikel subuh 7 Shawal 1432H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu tumbuhan penting pelbagai guna iaitu Pokok Asam Jawa (Tamarindus indica) yang berpotensi untuk dimajukan di negara kita jika berminat.
Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok ini telah pun diperkenalkan ke negara-negara di Asia oleh pedagang-pedagang Arab ke Asia Tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Pembacaan saya mendapati yang mana sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun didunia dimana 65% dihasilkan di India. Asam Jawa digunakan untuk pelbagai kegunaan dimana sebanyak 3,000 metrik tan daripadanya dieksport ke Eropah dan Amerika Utara. Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan.
Kajian menunjukkan pokok asam jawa dewasa mampu menghasilkan sehingga sebanyak 165-175 kg buah asam jawa setahun bergantung kepada saiz pokok dan cara pengurusan. Pembiakan adalah menggunakan kaedah cantuman (bud-grafting) dimana pokok mula mengeluarkan hasil 3-4 tahun selepas ditanam. Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu Asam Jawa yang Manis dan Asam Jawa yang Masam. Kandungan utama dalam asam jawa adalah asid, gula, Vitamin B dan juga tinggi kandungan Kalsium. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah kehadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (scurvy). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara (India).
Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok cukup tua boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pada pemerhatian saya mendapati pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Dikawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan.
Pencirian pokok asam jawa dikenali dengan daunnya berwarna hijau terang, panjangnya 10-15 cm daripada jenis pinat dengan anak daun berbentuk bujur sebanyak 10-20 pasang. Daunnya sentiasa menghijau tetapi apabila cuaca terlalu panas daun-daun ini akan gugur. Daun ini bertangkup pada waktu malam dan merupakan satu keunikan tanaman asam jawa yang saya pernah lihat. Bunga asam jawa adalah agak kecil yang lazimnya berwarna kuning air dan tumbuh di cabang bahagian hujung. Kelopak bunganya adalah berwarna merah jambu. Ia akan gugur apabila bunga mengembang.
Bunga akan mengeluarkan Buah Asam Jawa atau Lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, juga permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung di dalamnya. Warnanya lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Pemerhatian menunjukkan apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti Asid Sitrik, Tartarik, Asis Asitik dan Asid Askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium. Walaupun mengandungi banyak gula tetapi bahagian pulpanya tetap masam juga!.
Pokok asam jawa sangat mudah untuk dibiakkan dan cepat. Pemerhatian saya mendapati yang pokok ini mudah dibiakkan sama ada menggunakan biji benih atau secara tampang. Bijinya diketaui memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Pengalaman saya di Stesyen Pertanian Tangkak, Johor mendapati iaitu apabila pokok asam jawa ditanam dari biji maka ia mula berbuah selepas 6-8 tahun manakala yang ditanam secara tampang akan berbuah selepas 3-4 tahun ditanam iaitu lebih cepat. Tangkai buah asam jawa adalah sangat kuat dan liat. Kajian dinegara India yang merupakan pengeluar asam jawa terbesar didunia biasanya akan dibiarkan buah masak di atas pokok hinggalah kandungan airnya berkurangan sebanyak 20%. Bagi tujuan untuk pasaran segar maka buah dipetik dengan menggunting tangkainya supaya lenggai tidak rosak. Sebelum itu dahan digoncang supaya buah yang masak gugur dahulu dan dikutip. Laporan di India menunjukkan pokok yang matang boleh menghasilkan 150-200 kg buah sepokok setahun atau lebih kurang 12-16 tan sehektar (30-55%) pulpa, 11-30% kulit dan gentian dan 33-40% biji.
Buah asam jawa boleh dimakan segar dan ada dijual di pasar kebanyakannya di utara seperti Kedah dan Perlis (Bekalan dari Thailand). Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur air gula sebagai minuman segar terutama di Negara Malaysia, Thailand dan Indonesia serta Negara tropika lain. Kini jus asam jawa telahpun dibotolkan dan mudah didapati secara runcit oleh usahawan tempatan dengan pasaran domestic malahan ekspot. Syarikat ADABI menghasilkan puree asam jawa yang ‘ready to use’ dan mendapat pasaran yang sangat luas di Malaysia. Kordial minuman asam jawa juga merupakan antara perisa yang popular di Malaysia. Selain itu asam jawa juga merupakan bahan perisa asas dalam pelbagai jenis masakan atau makanan seperti kari, pelbagai jenis acar, pembuatan sos, bahan awet dan lain-lain lagi. Asam jawa sangat mudah didapati di pasaran dalam bentuk pulpa, berbiji atau tanpa biji yang dibungkus. Peranan asam jawa dalam masakan memang penting dari zaman nenek moyang hinggalah kini. Ada pepatah Melayu yang berbunyi 'garam di laut asam di darat' dalam periuk bertemu jua'. Pepatah ini menunjukkan betapa pentingnya peranan asam dalam kehidupan harian masyarakat kita.
Semasa lawatan saya ke Pantai Timur Malaysia khususnya di Terengganu dan Kelantan tahun lepas terdapat aktiviti Industri asas Tani dengan memproses asam jawa menjadi sejenis pencuci mulut. Caranya adalah dengan membuat asam jawa disalut dengan gula pasir, serbuk cili dan dibalut seperti gula-gula. Rasa masam, manis dan pedas ini sangat enak rasanya dan harganya juga sangat murah. Bagi negara Amerika Selatan asam jawa diproses untuk dijadikan bebola manisan, minuman berkarbonat, sirap, jeli, jem, ais krim, bahan awet dan wain. Di Thailand pula, biji asam dikisar untuk dicampurkan ke dalam serbuk kopi. Saya belum minum kopi biji asam jawa tetapi pembaca boleh cuba sendiri buat kopi dari asam jawa dan jangan buang biji asam jawa begitu sahaja.
Pembacaan dari beberapa rujukkan menunjukkan yang asam jawa digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak. Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi. Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir. Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi, lelah dan sakit mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu. Tepung daripada biji asam digunakan untuk merawat bisul.
Terdapat laporan di Afrika Barat dimana air ekstrak dari buah lenggai asam jawa digunakan dalam pewarna untuk mewarnakan kulit kambing. Kulit buah atau pulpanya pula digunakan sebagai bahan 'fixative' bersama-sama kunyit dalam perusahaan membuat pewarna (dye). Kulit buah yang dicampur air masin amat baik digunakan untuk mencuci dan mengilatkan barangan perak, tembaga dan loyang. Daun asam jawa boleh dijadikan makanan kepada ternakan lembu, kambing dan juga ulat sutera menggantikan daun mulberri. Daun dan bunga boleh dijadikan bahan cecair penting kepada bahan pewarna. Bunga asam jawa juga adalah sumber madu yang baik bagi lebah madu (Apis spp.) dimana madu tersebut berwarna kuning keemas-emasan dan sangat manis.
Kegunaan batang atau kayu pokok asam jawa dilaporkan dari jenis kayu keras, berat, kuat, tahan lama dan rintang terhadap serangan perosak. Kayu nya digunakan untuk membuat perabut rumah, panel dinding, roda, gear untuk kilang, pembajak, dinding sampan, pemegang pisau dan alat-alat lain, anak lesung penumbuk beras dan lain-lain lagi. Selain itu, kayu juga boleh digunakan sebagai bahan bakar yang sangat tahan lama dan menghasilkan haba untuk masakan dan juga industri. Kajian menunjukkan yang abu kayu yang asam jawa yang terbakar boleh digunakan bagi merawat dan menanggalkan bulu daripada kulit kambing. Sementara itu dahan, cabang atau akar pokok boleh digayakan untuk dijadikan tongkat (untuk mereka yang melebihi 40 tahun) atau dijadikan bahan hiasan.
Pokok Asam Jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Walau pun buah asam jawa merupakan komponen utama dalam masakan kita seharian tetapi khasiat lain tidak boleh di ketepikan. Banyak kajian boleh dijalankan bagi mengoptimakan penggunaan tumbuhan asam jawa. Malaysia mengimpot 60-80% asam jawa dari negara jiran (Terutama India) kerana pengeluaran tempatan sangat kurang. Kempen dan usaha untuk menanam pokok asam jawa boleh dijalankan terutama di kawasan tanah terbiar dan juga dikawasan tanah-tanah bermasaalah seperti di kawasan Tanah Bris, Tanah Gambut, Tanah Bekas Lombong dan juga Tanah Asid Sulfat. Pakej Amalan Teknologi Tanaman Asam Jawa mungkin mudah untuk disediakan oleh Jabatan terlibat. Mana tahu satu hari nantu akan ada usahawan atau petani yang menanam dan menghasilkan asam jawa secara komersil di Malaysia.
POKOK TINGGI...POKOK ASAM JAWA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA INDIA...
BUAHNYA MASAM...TIDAK TERHINGGA...
BANYAK KHASIAT....PELBAGAI GUNA...
Related articles:
1. Asam Gelugor (Klik disini)
2. Belimbing Buloh (Klik disini)
3. Cermai (Klik disini)
4. Cermai Belanda (Klik disini)
5. Bakawali (Klik disini)
By,
M Anem
Jalan Istana,
Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.
(Kemaskini pdad 5 March 2013)
Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok ini telah pun diperkenalkan ke negara-negara di Asia oleh pedagang-pedagang Arab ke Asia Tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Pembacaan saya mendapati yang mana sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun didunia dimana 65% dihasilkan di India. Asam Jawa digunakan untuk pelbagai kegunaan dimana sebanyak 3,000 metrik tan daripadanya dieksport ke Eropah dan Amerika Utara. Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan.
Kajian menunjukkan pokok asam jawa dewasa mampu menghasilkan sehingga sebanyak 165-175 kg buah asam jawa setahun bergantung kepada saiz pokok dan cara pengurusan. Pembiakan adalah menggunakan kaedah cantuman (bud-grafting) dimana pokok mula mengeluarkan hasil 3-4 tahun selepas ditanam. Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu Asam Jawa yang Manis dan Asam Jawa yang Masam. Kandungan utama dalam asam jawa adalah asid, gula, Vitamin B dan juga tinggi kandungan Kalsium. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah kehadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (scurvy). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara (India).
Pokok asam jawa adalah pokok saka yang mana pokok cukup tua boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pada pemerhatian saya mendapati pokok ini tahan dari serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Batang utama pokoknya pendek tetapi mempunyai banyak cabang dan bentuk pokoknya adalah rimbun. Dahan dan cabang pokok mempunyai susunan yang terbuka luas. Dahan pokok amat kuat dan tahan tiupan angin kencang dan jarang-jarang sekah atau patah. Kanopi pokok asam jawa juga berbentuk seperti kubah yang bulat melebar. Pokok ini tahan kemarau dan mudah hidup di mana-mana jenis tanah sama ada pada tanah yang subur atau tanah bermasalah. Dikawasan Majlis Perbandaran pokok ini ditanam kerana ianya sesuai dijadikan pokok teduhan dan amat menarik jika ditanam sebagai penghias di bahu jalan.
Bunga asam jawa |
Bunga akan mengeluarkan Buah Asam Jawa atau Lenggai yang panjang dimana ianya agak melengkung sedikit, juga permukaannya genting dan mengelembung beralun yang menunjukkan ada biji benih yang terkandung di dalamnya. Warnanya lengai asam jawa adalah coklat karat dan apabila matang buah lenggai akan menjadi rapuh dan mudah terbuka. Pemerhatian menunjukkan apabila lenggai telah merekah ia akan menampakkan isinya (pulpa) berwarna coklat gelap. Terdapat biji berwarna coklat kehitam-hitaman yang agak keras dan berkilat. Hampir setengah daripada berat lenggai terdiri daripada pulpa yang rasanya masam. Pulpa ini mengandungi gula (30-40%) dan asid organik seperti Asid Sitrik, Tartarik, Asis Asitik dan Asid Askorbik (Vitamin C). Pulpa ini juga merupakan sumber bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral terutamanya kalsium. Walaupun mengandungi banyak gula tetapi bahagian pulpanya tetap masam juga!.
Pokok asam jawa sangat mudah untuk dibiakkan dan cepat. Pemerhatian saya mendapati yang pokok ini mudah dibiakkan sama ada menggunakan biji benih atau secara tampang. Bijinya diketaui memang tahan lama disimpan dan sangat mudah bercambah. Pengalaman saya di Stesyen Pertanian Tangkak, Johor mendapati iaitu apabila pokok asam jawa ditanam dari biji maka ia mula berbuah selepas 6-8 tahun manakala yang ditanam secara tampang akan berbuah selepas 3-4 tahun ditanam iaitu lebih cepat. Tangkai buah asam jawa adalah sangat kuat dan liat. Kajian dinegara India yang merupakan pengeluar asam jawa terbesar didunia biasanya akan dibiarkan buah masak di atas pokok hinggalah kandungan airnya berkurangan sebanyak 20%. Bagi tujuan untuk pasaran segar maka buah dipetik dengan menggunting tangkainya supaya lenggai tidak rosak. Sebelum itu dahan digoncang supaya buah yang masak gugur dahulu dan dikutip. Laporan di India menunjukkan pokok yang matang boleh menghasilkan 150-200 kg buah sepokok setahun atau lebih kurang 12-16 tan sehektar (30-55%) pulpa, 11-30% kulit dan gentian dan 33-40% biji.
Buah asam jawa boleh dimakan segar dan ada dijual di pasar kebanyakannya di utara seperti Kedah dan Perlis (Bekalan dari Thailand). Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur air gula sebagai minuman segar terutama di Negara Malaysia, Thailand dan Indonesia serta Negara tropika lain. Kini jus asam jawa telahpun dibotolkan dan mudah didapati secara runcit oleh usahawan tempatan dengan pasaran domestic malahan ekspot. Syarikat ADABI menghasilkan puree asam jawa yang ‘ready to use’ dan mendapat pasaran yang sangat luas di Malaysia. Kordial minuman asam jawa juga merupakan antara perisa yang popular di Malaysia. Selain itu asam jawa juga merupakan bahan perisa asas dalam pelbagai jenis masakan atau makanan seperti kari, pelbagai jenis acar, pembuatan sos, bahan awet dan lain-lain lagi. Asam jawa sangat mudah didapati di pasaran dalam bentuk pulpa, berbiji atau tanpa biji yang dibungkus. Peranan asam jawa dalam masakan memang penting dari zaman nenek moyang hinggalah kini. Ada pepatah Melayu yang berbunyi 'garam di laut asam di darat' dalam periuk bertemu jua'. Pepatah ini menunjukkan betapa pentingnya peranan asam dalam kehidupan harian masyarakat kita.
Semasa lawatan saya ke Pantai Timur Malaysia khususnya di Terengganu dan Kelantan tahun lepas terdapat aktiviti Industri asas Tani dengan memproses asam jawa menjadi sejenis pencuci mulut. Caranya adalah dengan membuat asam jawa disalut dengan gula pasir, serbuk cili dan dibalut seperti gula-gula. Rasa masam, manis dan pedas ini sangat enak rasanya dan harganya juga sangat murah. Bagi negara Amerika Selatan asam jawa diproses untuk dijadikan bebola manisan, minuman berkarbonat, sirap, jeli, jem, ais krim, bahan awet dan wain. Di Thailand pula, biji asam dikisar untuk dicampurkan ke dalam serbuk kopi. Saya belum minum kopi biji asam jawa tetapi pembaca boleh cuba sendiri buat kopi dari asam jawa dan jangan buang biji asam jawa begitu sahaja.
Pembacaan dari beberapa rujukkan menunjukkan yang asam jawa digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak. Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi. Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir. Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi, lelah dan sakit mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu. Tepung daripada biji asam digunakan untuk merawat bisul.
Terdapat laporan di Afrika Barat dimana air ekstrak dari buah lenggai asam jawa digunakan dalam pewarna untuk mewarnakan kulit kambing. Kulit buah atau pulpanya pula digunakan sebagai bahan 'fixative' bersama-sama kunyit dalam perusahaan membuat pewarna (dye). Kulit buah yang dicampur air masin amat baik digunakan untuk mencuci dan mengilatkan barangan perak, tembaga dan loyang. Daun asam jawa boleh dijadikan makanan kepada ternakan lembu, kambing dan juga ulat sutera menggantikan daun mulberri. Daun dan bunga boleh dijadikan bahan cecair penting kepada bahan pewarna. Bunga asam jawa juga adalah sumber madu yang baik bagi lebah madu (Apis spp.) dimana madu tersebut berwarna kuning keemas-emasan dan sangat manis.
Kegunaan batang atau kayu pokok asam jawa dilaporkan dari jenis kayu keras, berat, kuat, tahan lama dan rintang terhadap serangan perosak. Kayu nya digunakan untuk membuat perabut rumah, panel dinding, roda, gear untuk kilang, pembajak, dinding sampan, pemegang pisau dan alat-alat lain, anak lesung penumbuk beras dan lain-lain lagi. Selain itu, kayu juga boleh digunakan sebagai bahan bakar yang sangat tahan lama dan menghasilkan haba untuk masakan dan juga industri. Kajian menunjukkan yang abu kayu yang asam jawa yang terbakar boleh digunakan bagi merawat dan menanggalkan bulu daripada kulit kambing. Sementara itu dahan, cabang atau akar pokok boleh digayakan untuk dijadikan tongkat (untuk mereka yang melebihi 40 tahun) atau dijadikan bahan hiasan.
Pokok Asam Jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Walau pun buah asam jawa merupakan komponen utama dalam masakan kita seharian tetapi khasiat lain tidak boleh di ketepikan. Banyak kajian boleh dijalankan bagi mengoptimakan penggunaan tumbuhan asam jawa. Malaysia mengimpot 60-80% asam jawa dari negara jiran (Terutama India) kerana pengeluaran tempatan sangat kurang. Kempen dan usaha untuk menanam pokok asam jawa boleh dijalankan terutama di kawasan tanah terbiar dan juga dikawasan tanah-tanah bermasaalah seperti di kawasan Tanah Bris, Tanah Gambut, Tanah Bekas Lombong dan juga Tanah Asid Sulfat. Pakej Amalan Teknologi Tanaman Asam Jawa mungkin mudah untuk disediakan oleh Jabatan terlibat. Mana tahu satu hari nantu akan ada usahawan atau petani yang menanam dan menghasilkan asam jawa secara komersil di Malaysia.
POKOK TINGGI...POKOK ASAM JAWA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA INDIA...
BUAHNYA MASAM...TIDAK TERHINGGA...
BANYAK KHASIAT....PELBAGAI GUNA...
Related articles:
1. Asam Gelugor (Klik disini)
2. Belimbing Buloh (Klik disini)
3. Cermai (Klik disini)
4. Cermai Belanda (Klik disini)
5. Bakawali (Klik disini)
By,
M Anem
Jalan Istana,
Bukit Beruang,
Melaka,
Malaysia.
(Kemaskini pdad 5 March 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.