Keladi (Collocasia esculenta) adalah tumbuhan dari keluarga Araceae iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan umbisi keladi yang digunakan sebagai makanan tradisional yang sehingga sekarang masih sangat digemari ramai. Di Malaysia terdapat seluas 4,520 hektar tanaman keladi pada tahun 2011 dimana paling luas di tanam di Negeri Johor, Perak dan Selangor. Terdapat beberapa jenis keladi di Malaysia dimana Keladi Cina, Keladi Mawar dan Keladi Sarawak adalah jenis yang popular boleh dimakan apabila sudah dimasak. Pengalaman penulis mendapati cara masak boleh dilakukan dengan cara direbus, dibuat penggat atau paling syok digoreng. Terdapat banyak jenis keladi keladi yang tidak boleh dimakan seperti keladi liar kecuali perlu diproses dengan cara-cara tertentu terlebih dahulu barulah dimasak dan boleh dimakan. Jika keladi tersebut tidak diproses terlebih dahulu mengikut kaedah khusus maka sesiapa yang makan menyebabkan pemakannya akan mabuk atau keracunan. Kebanyakan keladi liar, keladi untuk perhiasan (Ornamental) serta keladi landskap yang ada di Malaysia tidak boleh dimakan. Antara beberapa jenis keladi yang boleh dimakan ialah seperti Keladi Sarawak,Keladi Bantan, Keladi Minyak, Keladi Cina, Keladi Nibong, Keladi Ice-cream dan lain-lain. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Tecchnology" saya menulis teknologi dan pengurusan tanaman keladi.
Kajian saya di Johor dan sekitar Lembah Kelang mendapati pemintaan terhadap keladi untuk dimakan adalah tinggi maka tidak hairanlah jika sekilo keladi mentah sekarang berharga sampai RM 3.00 hingga RM 5.00 sekilogram. Saya pernah membeli sebiji keladi cina di Pasar Borong Selangor minggu lepas berharga RM 9.50 sen sebiji (Harga runcit 6.00/kg). Keladi juga merupakan bahan yang sesuai untuk diproses menjadi ‘Kerepek Keladi’ yang saya sangat suka dan kerepek keladi dijual dengan harga sampai RM 12.00 hingga RM15.00 sekilogram. Seminggu hendak raya saya telah pergi Banting untuk cari kerepek keladi dan ditawarkan pada berharga RM 20.00 sekilogram (Kalau dalam satu bungkusan 250 kg dijual RM 5.00/paket). Oleh itu nampaknya usaha menanam keladi yang dijaga baik akan mendatangkan pendapatan yang lumayan apa lagi kalau diproses sendiri untuk dibuat kerepek. Petani yang telah berjaya menanam keladi memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Mereka perlu mendapatkan ilmu pengetahuan melalui latihan formal oleh Pegawai Pertanian, belajar dari rakan-rakan yang ada dikawasan berhampiran dan juga menjalankan projek penanaman keladi secara kecil-kecilan dahulu.
Antara kemahiran dan usaha yang diperlukan untuk dilakukan adalah seperti berikut:-
1. Mengenalpasti Kawasan dan Tanah Sesuai
Satu perkara asas dalam usaha untuk menanam keladi perlu dilakukan oleh petani atau pengusaha adalah mencari kawasan atau tanah yang sesuai bagi digunakan untuk menanam keladi. Pengalaman saya mendapati di Johor, Selangor dan Perak mempunyai kawasan tanah gambut yang sesuai untuk tanaman keladi selain dari tanah mineral yang gembur. Tanah yang sesuai ialah tanah gembur berpasir atau tanah gambut sederhana dalam. Rupabentuk mukabumi perlu tanah pamah yang rata dimana keadaannya agak lembab. Bagi tanah gambut ia memerlukan tanah yang agak berair. Tanah yang kering adalah tidak sesuai untuk tanaman keladi kerana tanaman keladi memerlukan tanah yang berair secara berterusan lembab. Pemerhatian saya mendapati tanah gambut yang baru dibuka atau kawasan tanah gambut telah terbakar sangat subur ditanam keladi.
2. Menyediakan Kawasan
Kerja menyediakan kawasan dibuat setelah mendapat tanah yang sesuai untuk tanaman sama ada tanah sendiri, tanah sewa, tanah pajak atau tanah milik kerajaan (TOL). Kerja asas penyediaan infa seperti jalanladang, sistem perparitan, pondok/setor, kalbat takungan air perlu disiapkan dahulu (Lihat foto sebelah). Kawasan semak hendaklah dibersihkan terlebih dahulu mengikut jadual. Cara membersihkannya boleh dilakukan dengan cara manual seperti menggunakan cangkul atau meracun mengikut kesesuaian keadaan tempat (Kawasan sedia ada) dan persekitarannya atau menggunakan jentera yang sesuai. Kalau kawasan tersebut sering terendam air maka perlulah dibuat sistem peparitan atau tali air terlebih dahulu sehingga dapat menyalirkan air dengan sempurna. Tanaman keladi mudah rosak atau mati jika terendam dalam air yang agak lama. Bagaimanapun pengalaman saya di Bt 13, Air Hitam, Muar, Johor mendapati perlu dipastikan kedalaman parit iaitu tidak terlalu dalam kerana tanah akan terlalu kering terutama dimusim kemarau dan menjejaskan pertumbuhan pokok keladi dan mengundang masaalah kebakaran tanah gambut.
3. Lubang Penanaman Keladi
Apabila kawasan telah dibersihkan maka barulah aktiviti membuat lubang untuk penanaman dijalankan. Lubang digali pada kedalaman 30 cm - 40 cm atau kira-kira sedalam dua mata cangkul. Lazimnya jarak penanaman atau jarak antara satu lubang dengan lubang yang lain pada baris yang sama ialah kira-kira dua kaki. Ada juga yang menanam dengan jarak baris dengan baris yang lain selebar 3 kaki bergantung kepada keadaan kawasan. Setengah petani membuat lubang dengan cara menugal. Alat untuk menugal menggunakan sebatang kayu yang besar lilit bulatannya kira-kira 15 inci yang bulat sepanjang 4-5 kaki. Lubang yang ditugal perlu sedalam antara 30 – 40 cm. Kaedah menugal sesuai untuk tanah gambut kerana cepat, mudah dan cekap.
4. Benih Keladi
Benih Keladi adalah penting disediakan semasa kita menyiapkan kawasan tanaman. Benih perlu di cari atau dibeli dari pembekal yang dipercayai dari segi varieti, kualiti, bebas penyakit dan saiz yang dikehendakki. Pengalaman saya di Muar, Johor mendapati ramai petani yang memilih anakbenih keladi yang bersaiz besar sedikit kerana cepat tumbuh dan tahan lasak. Saiz anakbenih dengan adanya empat atau lima pelepah daun sesuai dipilih. Pemerhatian juga mendapati elok jika benih keladi tersebut di biar dua tiga hari agar akarnya tumbuh sedikit. Elakkan menanam terus anakbenih tersebut setelah yang baru dicabut dari pokok induk. Harga anak benih keladi bergantung kepada varieti, saiz dan jarak penghantaran iaitu antara RM 0.20 – RM 0.40 satu unit.
5. Menanam
Benih keladi sebelum ditanam perlulah dipotong pucuknya terlebih dahulu dan tinggalkan panjang dari pangkal benih kira-kira sepanjang 30 cm - 40 cm. Bagi lubang yang diperbuat dengan cara mencangkul, ditengah dasar lubang tersebut perlulah didibuat lubang tambahan sedalam kira-kira 4 inci dari paras dasar lubang . Seelok-eloknya sebelum lubang kecil yang dinyatakan di atas dibuat perlulah lubang tersebut ditabur dengan sedikit baja seperti tanah bakar atau abu tandan kelapa sawit bakar atau dibubuh sesudu besar baja organik yang diproses dengan baik agar hama dari najis binatang itu tidak merosakan tanaman keladi.
6. Pembajaan Keladi
Pembajaan keladi dijalankan seawal seminggu sebelum benih keladi ditanam didalam lubang dengan baja organik atau MOP. Jangan lakukan pembajaan terlalu awal kerana baja tersebut yang masih panas dan ia boleh merosakan anakbenih keladi yang hendak ditanam. Apabila pokok keladi telah mengeluarkan dua daun maka bubuh baja tumbesaran NPK 15:15:15 pada kadar 20 gram sepokok. Program pembajaan boleh dijalankan sebaiknya setiap bulan sehingga bulan ke 5. Selepas itu baja NPK 12:12:17:2 perlu diberikan pada kadar sesuai yang disyorkan. Baja ini bertujuan untuk mempercepat proses pembentukan dan juga pembesarkan isi atau ubi keladi yang ditanam.
7. Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai dikawasan tanaman keladi perlu dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga sedia untuk dituai. Perlu diingat semasa tanaman keladi membesar,rumput rampai dan anak-anak keladi juga turut membiak dan membesar. Kerja-kerja mencabut dan membuang sulur atau anak-anak keladi perlu dijalankan secara manual setiap masa. Rumpai yang tidak dikawal akan menyebabkan keladi yang ditanam lambat membesar dengan baik dan sempurna. Kerja-kerja membersih anak-anak keladi dan rumput rampai perlu dilakukan sekurang -kurangnya sebulan sekali supaya tumbesarannya baik. Penggunaan racun rumpai tidak disyorkan dikebun keladi. Tanamam keladi yang subur dapat dilihat apabila bentuk daunnya lebar, tebal dan berwarna hijau pekat.
8. Kawalan Penyakit dan Perosak
Tanaman keladi tidak mempunyai banyak musuh dan penyakit jika dijaga dengan baik. Lazimnya selepas tiga minggu benih keladi ditanam disyorkan agar petani menyembur racun serangga bagi mengawal Kumbang Pengorek Umbisi dan Serangan Koya pada daun. Serangan koya sering berlaku pada musim panas yang agak panjang menggunakan ’white oil’. Kerja menyembur racun serangga perlu dilakukan setiap tiga minggu sekali jika terlaku banyak serangga atau ulat pemusnah. Tujuan seburan racun serangga ini adalah untuk mengawal benih keladi di diserang serangga perosak atau ulat pemusnah. Antara penyakit tanaman keladi adalah Penyakit Hawar Daun dan Penyakit Reput Umbisi yang mudah dikawal dengan pemeriksaan selalu.
9. Mengutip Hasil
Keladi Cina dan Keladi Mawar akan matang apabila umur keladi mencapai lapan atau sembilan bulan dengan pengurusan kebun yang baik mengikut cara Amalan Pertanian Baik (APB). Selepas umur lebih 9 -10 bulan akan berlaku penurunan saiz umbisi dan tahap kesuburan tanaman. Tanda-tanda keladi sesuai untuk dituai apabila daun mulai layu dan batang mulai kering. Cara menuai pula dengan mencabut pokok keladi dan dibersihkan dengan membuang daun dan akar rambut disekelilingnya. Tanda lain keladi cukup umur ialah apabila kelihatan akarnya telah berkurangan iaitu akarnya hanya tinggal atau berada separuh bahagian dan kebahagian bawah. Elakkan mencabut keladi terlalu lambat kerana keladi tersebut akan rosak dan busuk disebelah bawah dan ini menurunkan kualiti serta harga jualan. Keladi yang berkualiti baik mempunyai beratnya satu kilo keatas dan bentuk yang seragam. Bagi keladi yang bersaiz kecil dikategorikan gred B atau C dimana harganya adalah lebih rendah. Pastikan keladi dijual dengan segar dipasaran.
SELAMAT MENCUBA!
TANAH GAMBUT...DITANAM KELADI...
BENIH KELADI....CARI YANG BERKUALITI...
LEPAS 9 BULAN....HASIL MENJADI....
DI JADIKAN KEREPEK...HARGA TINGGI...
By,
M Anem
Projek ACDA Kg Bt 18, Air Hitam,
Muar, Johor,
Malaysia
(29 Shawal 2011)
Penulis memeriksa keladi di Muar. |
Antara kemahiran dan usaha yang diperlukan untuk dilakukan adalah seperti berikut:-
1. Mengenalpasti Kawasan dan Tanah Sesuai
Tanah gambut di Air Hitam, Muar. |
2. Menyediakan Kawasan
Jalanladang, parit dan kalbat. |
3. Lubang Penanaman Keladi
Barisan anakbenih keladi ditanam. |
4. Benih Keladi
Keladi berumur 1.5 bulan. |
5. Menanam
Penulis di kebun keladi mawar di Muar |
6. Pembajaan Keladi
Tunjukajar oleh AO Daerah. |
7. Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai dikawasan tanaman keladi perlu dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga sedia untuk dituai. Perlu diingat semasa tanaman keladi membesar,rumput rampai dan anak-anak keladi juga turut membiak dan membesar. Kerja-kerja mencabut dan membuang sulur atau anak-anak keladi perlu dijalankan secara manual setiap masa. Rumpai yang tidak dikawal akan menyebabkan keladi yang ditanam lambat membesar dengan baik dan sempurna. Kerja-kerja membersih anak-anak keladi dan rumput rampai perlu dilakukan sekurang -kurangnya sebulan sekali supaya tumbesarannya baik. Penggunaan racun rumpai tidak disyorkan dikebun keladi. Tanamam keladi yang subur dapat dilihat apabila bentuk daunnya lebar, tebal dan berwarna hijau pekat.
8. Kawalan Penyakit dan Perosak
Tanaman keladi tidak mempunyai banyak musuh dan penyakit jika dijaga dengan baik. Lazimnya selepas tiga minggu benih keladi ditanam disyorkan agar petani menyembur racun serangga bagi mengawal Kumbang Pengorek Umbisi dan Serangan Koya pada daun. Serangan koya sering berlaku pada musim panas yang agak panjang menggunakan ’white oil’. Kerja menyembur racun serangga perlu dilakukan setiap tiga minggu sekali jika terlaku banyak serangga atau ulat pemusnah. Tujuan seburan racun serangga ini adalah untuk mengawal benih keladi di diserang serangga perosak atau ulat pemusnah. Antara penyakit tanaman keladi adalah Penyakit Hawar Daun dan Penyakit Reput Umbisi yang mudah dikawal dengan pemeriksaan selalu.
9. Mengutip Hasil
Keladi Cina dan Keladi Mawar akan matang apabila umur keladi mencapai lapan atau sembilan bulan dengan pengurusan kebun yang baik mengikut cara Amalan Pertanian Baik (APB). Selepas umur lebih 9 -10 bulan akan berlaku penurunan saiz umbisi dan tahap kesuburan tanaman. Tanda-tanda keladi sesuai untuk dituai apabila daun mulai layu dan batang mulai kering. Cara menuai pula dengan mencabut pokok keladi dan dibersihkan dengan membuang daun dan akar rambut disekelilingnya. Tanda lain keladi cukup umur ialah apabila kelihatan akarnya telah berkurangan iaitu akarnya hanya tinggal atau berada separuh bahagian dan kebahagian bawah. Elakkan mencabut keladi terlalu lambat kerana keladi tersebut akan rosak dan busuk disebelah bawah dan ini menurunkan kualiti serta harga jualan. Keladi yang berkualiti baik mempunyai beratnya satu kilo keatas dan bentuk yang seragam. Bagi keladi yang bersaiz kecil dikategorikan gred B atau C dimana harganya adalah lebih rendah. Pastikan keladi dijual dengan segar dipasaran.
SELAMAT MENCUBA!
TANAH GAMBUT...DITANAM KELADI...
BENIH KELADI....CARI YANG BERKUALITI...
LEPAS 9 BULAN....HASIL MENJADI....
DI JADIKAN KEREPEK...HARGA TINGGI...
By,
M Anem
Projek ACDA Kg Bt 18, Air Hitam,
Muar, Johor,
Malaysia
(29 Shawal 2011)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.