Beras (Bukan MR 220) |
Varieti MR 220 adalah sesuai untuk di komersialkan di negara kita berdasarkan ciri-ciri yang ada. Padi varieti MR 220 mempunyai umur matang yang sama dengan varieti MR 219 iaitu sekitar 105 hingga 113 hari bergantung pada musim dan sistem penanaman yang diamalkan. Varieti ini matang lebih kurang 10 hari lebih awal berbanding varieti MR 84. Purata tinggi batang sekitar 76 - 78 cm dari pangkal pokok. Panjang tangkai buah adalah 23.3 cm dengan purata terdapat 76 biji buah bernas setiap tangkai. Kajian saya mendapati kandungan biji yang menjadi hampa atau kosong adalah sebanyakk 33.3% bagi setiap tangkai. Panjang biji padi adalah lebihkurang 10.39 mm dengan varian 0.19 mm.sementara lebar biji adalah 2.50 mm dengan varian 0.08 mm. Purata berat setiap 1,000 biji MR 220 adalah 39.5 gram. Cuba anda kira dalam 1 kilogram beras MR 220 terdapat berapa biji ?....
Bentuk pokok MR 220 tidak banyak berbeza daripada varieti MR 219 dengan varieti MR 219 dengan ketinggian batang antara 76 cm hingga 80 cm. Ia mempunyai daun yang lebat di bahagian pangkal pokok dan daunnya lebar sedikit dengan varieti MR 219. Daun pengasuhnya tegak tetapi boleh melentok sekiranya terlebih baja atau ditanam di kawasan yang terlalu subur. Tangkai padi varieti MR 220 adalah sama panjang (23 cm) dengan MR 219 tetapi jauh lebih panjang daripada varieti MR 84 (19.8 cm). Walau bagaimanapun bilangan biji setangkai bagi MR 220 adalah rendah sedikit daripada MR 219 tetapi lebih banyak daripada MR 84. Perbezaan yang ketara antara MR 220 dengan MR 219 dapat dilihat pada ciri-ciri bijinya. Biji MR 220 lebih besar, panjang, lebar dan berat daripada MR 219 dan juga MR 84. Berbentuk panjang dan bujur, beras MR 220 dikategorikan dalam gred panjang.
Laporan dari penyelidikan dan pesawah padi yang ditemubual di kawasan Jelapang Padi menunjukkan bahawa kerintangan Musuh dan Penyakit Varieti MR 220 mempunyai tahap kerintangan yang sangat baik terhadap tiga perosak utama padi iaitu penyakit karah (RINTANG) dan hawar daun bakteria (RINTANG SEDERHANA), Benah Perang (RENTAN) dan SEDERHANA RENTAN terhadap penyakit merah virus. Tahap kerintangan ini setanding dengan varieti MR 219. Walau bagaimanapun, ia hanya sederhana rentan terhadap hawar seludang seperti MR 219 dan MR 84. Untuk hawar seludang, kawalan perlu dilakukan melalui kaedah kimia dan amalan agronomi yang baik. Pengalaman saya menjadi AO dulu mendapati penanam padi MR 220 di Sawah Kesang Gate , Muar menghadapi kerugian teruk akibat serangan bena perang pada 2008. Banyak faktor yang menyebabkan serangan ini seperti masaalah air, benih yang kurang baik, penanaman tidak serentak dan berbagai lagi.
Semasa melawat kilang proses padi di dapati varieti MR 220 mempunyai peratus perolehan beras yang agak tinggi (76%) dan perolehan beras kepala (83%) yang lebih baik walaupun perbezaannya hanyalah sekitar 4% dan 2% sahaja berbanding dengan MR 219.. Biji beras MR 220 adalah yang terpanjang (purata 6.95 mm) berbanding dengan MR 219 (6.91 mm) dan MR 84 (6.07 mm). Walaupun begitu, lebih berasnya adalah lebih rendah daripada kedua-dua varieti MR 219 dan MR 84. Ini memberi gambaran bahawa bentuk biji beras MR 220 lebih tirus (slender) berbanding dengan MR 219 ataupun MR 84.
Kelembutan nasi MR 220 adalah setaraf dengan MR 219 memandangkan kandungan amilosa yang hampir sama bagi kedua-dua varieti ini iaitu sekitar 20% hingga 22% berbanding dengan MR 84 yang mempunyai citarasa nasi yang keras (28% amilosa). Nilai kekonsistenan gel dan juga pepecahan alkali juga memastikan varieti MR 220 dan MR 219 mempunyai citarasa nasi yang lembut, jauh lebih baik daripada MR 84. Varieti padi MR 220 kini telah ditanam lebih 10 tahun dimana mungkin sudah perlu di tukar dengan varieti baru yang lain. Ketahanan varieti padi semakin berkurangan jika ditanam berulang-ulang untuk jangkamasa yang lama. Kini MARDI telah pun menghasilkan varieti padi baru yang tahan penyakit dan cepat matang iaitu Varieti MR 220 /CL1 dan Varieti MR 220 /CL 2 yang telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian (Gambar paling atas) untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi negara.
MR 220 ADALAH.....VARIETI PADI.....
DITANAM DIJAGA....HASINYA MENJADI....
HASIL KAJIAN ...OLEH PIHAK MARDI....
DITANAM LUAS...SELURUH NEGERI...
* Artikel : Pengeluaran Benih Padi (Klik disini)
* Artikel : Padi Angin (Klik disini)
* Artikel : LCC On Paddy (Klik disini)
* Artikel : BERAS (Klik disini)
By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(7.55 malam ; 23 September 2011)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.