Support My Blog

Friday, September 23, 2011

POKOK GANJA

POKOK GANJA (Cannabis sativa Linn) merupakan sejenis tumbuhan CANNABECEAE iaitu tumbuhan herba untuk kegunaan dalam industri fiber, makanan, minyak ekstrak bijirin, dadah dan juga untuk dijadikan ubat-ubatan. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah Hemp, Wild Hemp, Cannabis Hash, Hashish, Bhang (English), Mashinin (Jepun), Porkanchaa (Thailand) dan dinegara kita dipanggil Ganja. Rujukan dari sumber menunjukkan terdapat sebanyak 17 varieti tanaman cannabis iaitu dari kumpulan Cannabis giganteaCannabis indica dan Cannabis sativa ( 3 yang utama) dan 14 yang lain-lainya adalah sub-species mengikut lokaliti. Tumbuhan ini diketegorikan sebagai tanaman yang dikawal penanamannya dikebanyakkan negara kerana aktiviti penyalahgunaan tanaman ini untuk menghasilkan DADAH yang merbahaya kepada kesihatan manusia. Penanaman ganja hanya dibenarkan dibeberapa negara untuk tujuan pengeluaran dadah bagi tujuan perubatan (ubat bius dan lain2) dengan kawalan sangat ketat. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman ini berdasarkan pembacaan dari buku 'An introduction of Tropical Crops' oleh L.S. Cobley terbitan Longman, England terbitan tahun 1976 dan beberapa sumber lain. Jika nak tahu mengenai Akta-akta Dadah di Malaysia (Klik disini).

Pokok ganja tidak natif tetapi ditanam seperti pokok tahunan (annual) dengan ketinggian mencapai 4 meter (13 kaki) bagi jenis untuk diproses bagi dijadikan fiber tumbuhan (Foto sebelah). Batang pokok yang matang adalah keras memanjang dengan kandungan fiber yang tinggi. Bentuk daunnya adalah bersilang dengan mempunyai 5-8 lai daun berwarna hijau yang keluar dari cabang dan dahan pokok. Bunganya berwarna hijau dengan berukuran 0.5 cm panjang berbentuk bulat dimana bunga betina dengan bunga jantan adalah berasingan. Tumbuhan ini mempunyai sistem akar tunjang dan akar rambut yang kukuh. Tumbuhan ini di tuai mengikut kegunaannya seperti bahagian batang untuk dijadikan fiber, bahagian bunga dan buah untuk ekstrak minyak serta merupakan komponen terbanyak mengandungi kimia cannaboids dan bahagian daun untuk dijadikan perubatan serta dadah berfaedah.

Polis memriksa ladang ganja di USA
 Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tengah dan pernah ditanam di China dan disebarkan kenegara lain termasuk USA tetapi sebagai tanaman terkawal semenjak beratus tahun dahulu. Malaysia dan kebanyakan negara MENGHARAMKAN penanaman ini kerana kesan kemungkinan aktiviti penyalahgunaan dadah iaitu bahan mentah untuk membuat dadah Marijuana. Penanaman ganja di USA dijalankan di kawasan khas dibawah kawalan pihak berkuasa untuk tujuan menghasilkan dadah berfaedah (beneficial drugs) seperti untuk bahan kimia untuk pembedahan, ubat tahan sakit, anti-penyakit khusus dan sebagainya. Era peperangan Vietnam dulu menyebabkan tumbuhan ini di tanam di kawasan Segitiga Emas (Golden Triagle) untuk dibekalkan kepada tentera Amerika dan dijadikan komoditi yang didagangkan oleh pihak yang berperang. Kini penanaman ganja sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa.  

Kandungan tumbuhan ini adalah kompoun kimia jenis Tetrahydrocarnibol (THC) yang terdiri daripada 60 jenis komponen/ kompoun Cannabinoids termasuk jenis Cannabidol yang mampu bertindakbalas dengan sistem saraf manusia boleh menyebabkan sistem saraf menjadi lumpuh , lemah atau khayal. Pengambilan dadah ini secara berlebihan adalah menyebabkan ketagihan, mengganggu saraf otak dan akhirnya menyebabkan kerosakan tubuh badan manusia. Kandungan bahan kimia paling banyak didapati pada bahagian bunga ganja. Tanaman ini merupakan tanaman untuk kegunaan khas dan bukan untuk penyalahgunaan dadah. AWAS ! Elakkan dari menanam tumbuhan ini di Malaysia kerana anda akan dihukum mengikut Akta Dadah Merbahaya dan membawa hukuman......semak dengan polis!
Artikel ini ditulis untuk pengetahuan am sahaja.

POKOK CANNABIS ...ITU POKOK GANJA.....
TIDAK BOLEH DITANAM....IA MERBAHAYA...
SALAH GUNA GANJA......BOLEH DI PENJARA..
MAKAN GANJA...HIDUP PORAK PERANDA.....

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Pertanian Bukit Cerakah,
Shah Alam, Selangor,
Malaysia
(Kemaskini pada 14 Muharam 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...